Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, November 4, 2012

November di Ingatan Part 3

Tahun 2008 memberi sejuta makna buat aku. Setelah berkahwin dengan zamani, aku jalani kehidupan sebagai isteri zamani [yerlah takkan jadi isteri org lain fulak] Rezeki kami hadir sebulan lepas nikah. Tentu sahaja perasaan gembira tu bukan sahaja untuk kami tapi untuk seluruh ahli keluarga yang lain.

Awal kehamilan je dah menunjukkan problem. Tapi aku berjaya menahan kandungan sehingga ke tempoh 26 minggu.

November juga... Aku kehilangan permata hati yang kami nantikan. Hati ibu mana yang tak hancur. Kau rasa dia membesar, kau rasa dia bergerak dan yang best kau dapat melihat dia seminggu sebelum dia pergi. Aku buat detail scan pada minggu ke 24 minggu. Doktor pastikan semua berjalan dengan baik. Progress bayi kami sihat dan berkembang normal seperti kandungan biasa. Doktor tu tunjukkan secara terperinci perkembangan baby ketika itu.

Tapi doktor bukan tuhan. Pada minggu ke 25, aku mmg kurang rasa gerakkan baby. Tapi aku dapat rassakan macam bola yang melantun dalam perut tak seperti yang aku rasa 3/4 minggu sebelum tu. sebab itu kandungan pertama, aku assume baby bergerak. Rupanya bila jasad tak bernyawa dia bergerak mengikut gerakan aku. Aku tak pernah tahu.

Its sad when doktor confirm dia tiada lagi... Tak tahu apa yang aku rasa ketika itu... Susah nak gambarkan. Dan itu bukan saat yang terindah buat ku. Menulis tentangnya ketika ini pun buat aku rasa sebak...

Kami namakan dia aryssa zulaikha... Kekuatan yang cantik sifatnya. Tapi end up we decided to name her Aryssa Dania Zulaikha... Kekuatan yang hampir cantik... Ia tidak sempurna sepenuhnya.

Dan 19 november tu aku tak tahu nak panggil apa.... Tarikh kematian? Tarikh lahir? Aku sendiri tak pasti nak sebut apa. Tapi apa pun, 19 November tu memberi kesan buat aku dan zamani. Dah hampir 3 tahun dia pergi tapi kesannya masih sama. Tiada beza... Hakikatnya kami telah kehilangan puteri kami...


Hanya ini sahaja yang ada.... Kenangan buat puteri ku Aryssa Dania Zulaikha...











By the way i miss my old blog... Rasa nak sambung menulis di sana, tapi dLam masa yang sama aku suke menulis di sini. Aku tahu zamani pun kadang2 jengah blog lama aku, jadi ia sangat bermakna bukan buat aku, tapi buat kami... Dia dan aku.

Tersentuh bila dia balas wats app aku bila aku mula berbicara tentang blog lama....


Yer ada kebenarannya.... Blog lama kenangan aku, dia dan aryssa...

Singgah sebentar blog aku, dia dan amani... Maaflah kalau korang rasa blog ni membosankan. Aku tak mengharapan pembaca yang ramai sebenarnya. Blog ini sekadar menulis coretan kisah akudan sekeliling ku...

Ranya cukup tiga partkan? Hahah setiap tahun aku akan ulang cerita yang sama. Hehehe... Bila november je aku bukak cerita memori daun pisang ni lagi. Harap tahun depan adalah entry pasal november lagi... Hehehe...








No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails