Macam mana nak cerita yer... ermmm mungkin dua kisah yang berbeza tapi berkait... dan terpikir, ini lah rancangan Allah yang kita tak mampu nak tahu.
Padahal aku tak kenal pun mamat ni... hanya nampak dia beberapa kali di hosp putrajaya bahagian kaunter pendaftaran. Setiap kali aku ke hospital putrajaya (check Amani Iman dan Zamani) aku selalu perhatikan mamat ni... dia tak la hansem mana... perwatakkan dia pun bukan la mcm lelaki yang wajib di tonton oleh semua wanita. Tapi terpanggil tuk aku tengok dia yang serius memanjang...
Kadang2 merungut dalam hati sbb org ramai tapi bila dia buat kerja sambil lewa...
Kadang2 aku puji dia sbb dia cepat melayan org, mean kaunter dia jadi laju tuk pendaftaran....
Kadang2 aku tertanya... dia ni ada masalah ke, muke tu senyum la sikit... org tanya pun macam tak nak jawab je...
Kadang2 aku doa, bila kaunter2 lain penuh, than tiba pulak nombor giliran kami, aku doa supaya tak dapat dia... sbb muke masam.
Ada jugak bagitahu Zamani, tapi u know la my husband tu... bukan masalah dia nak ambik tahu lebih2. Paling tak kalau lambat pun dia bz main game.
Tapi dua hari lepas, aku ada terbaca blog blogger ni... kisah adik dia... aku tengok entry tu baru jugak dalam 2012... dalam bulan 8 macam tu... entry seorg kakak buat seorg adik yang meninggal. So terpanggil tuk baca.
Bila tengok gambar2 tu aku masih lagi tak perasaan. Tapikan.. bila kakak dia mention dia berkerja di kaunter hospital (tak sebut putrajaya) tetiba bayang mamat tadi tu aku nampak dulu... tanpa hint apa-apa yang perlu aku kaitkan dengan mamat tu... yer la kita tak kenal pun seseorg tukan?
Masih tak rasa org yang sama... kebetulan kot... bukan mamat kat putrajaya tu... tapi kakak dia mention peribadi dia, macam yang aku cakap la... dia nampak serius, garang. So sekali lagi macam tak sedap hati... eh takkan la... apa ni tetiba jantung aku degup kencang... pasal apa pulak?
Tapi bila dia sebut hospital putrajaya... aku jadi sedih...
Ya Allah... rasanya org yang sama... aku tengok balik gambar itu... mmg sama... tiba2 je aku jadi sedih. Tetiba je aku jadi berdosa... i dont know him... ko merunggut setiap kali tengok dia... but he is nice guy... nice adik... dah itu diri dia yang sebenar... Lagi la bila baca entry tu, ko terus tahu dia macammana... macammana dia meninggal.
Tapi betul ke org yang aku cakap dengan aku tengok /baca ni org yang sama? Atau pelanduk dua serupa?
Kalau la benar... Al-fatiha buat insan yang bernama "SHA***" tu... aku tahu pun dari entry kakak dia... Semoga dia tenang di sana...
Ini la manusia... hanya dengan PANDANGAN kita menilai baik buruk org....walaupun kita tak kenal org tu...walaupun kita kenal seseorg tu berpuluh tahun sekali pun kita tetap nak menilai, kita tetap nak cakap buruk, kita tetap tak bersyukur.
Tanpa pernah berbicara, kita nilaikan peribadi seseorg itu. Aku tak pernah berbual atau bercakap dengan mamat ni... i mean sepanjang menjalani rawatan kat sepital tu, dia masih belum pernah panggil nombor aku. Habis bila nombor dekat, aku dok doa jangan dapat kaunter tu sbb takut tengok gaya dia. Hehehe... u know la zamani, malas bertanya harapkan bini dia yang berat mulut bertanya...kang kena marah tengking macammana?
Ajal dan maut tak kira usia... gitu juga dengan pertemuan dan perpisahan. Mengajar aku erti sabar. Dan jangan mudah memberi tanggapan pada org sama ada kenal mahupun tak kenal. Adat la kadang2 duduk sorg2 tu kita dok perhatikan org itu ini... pastu ringgan je nak tweet, nak update status fb cakap itu ini... mungkin itu rancangan Allah buat aku... Bukan pertemuan sbb Jodo sahaja. Ada tersirat di sebalik pertemuan dan mungkin juga lepas ni, bila kita buat salah pada org yang kita tak kenal, terlanggar bahu ke, org tersentuh kita ke, terjeling kita dengan benci ke, kita doakan yang baik tuk mereka...
Allah kalau nak tarik nikmat yang di beri sekejap jekan? tak perlu hint atau amaran... ermmm
CidaZam bercerita lagi
4 comments:
Saya pun ada baca entry kakak tu.. Sbb blog dia pun saya baca hari2 mcm blog cida... Kita hanya merancang.. Allah yg menentukan.. AlFatihah..
rokayah - seyes ke? tu la akak baru baca blog dia baru2 ni... cerita blog dia menarik sbb nama anak pun samakan... tetiba terbaca entry adik dia and akak rasa sedih sangat... rancangan Allah tu indahkan?
salaam sis cida.. sy pun baca blog dia... :'( sedih kan?
nina - tu la... lagi la kalau kita dah jumpa the personkan, tentu kira rasa sangat sedih dan yang sedih bila kita kenal dia, dia telah tiada
Post a Comment