Sajer je nak mengajar amani iman tuk menabung. Jangan jadi macam mak dengan bapak dia. Kalau nak bandingkan aku dengan zamani, aku rasa kitaorg ni sama je. Kalau ada duit tu, ada je nak pakai tau... Mencik!
Ok abaikan amani iman yang pakai bib tapi tak berbaju... Ateee fesyennnnn... My mom bole di klasifikasikan seorg yang jimat. Dia tak kerja pun, dia bole loan anak2 duit... Sangat feliks. Kau mampu buat begitu?
So mak aku ni kalau dia mengemas ke apa, jumpa syiling mmg dia simpan. Sepuluh sen pun dia kalau jumpa mmg dia dah happy dah. Sampai kena marah dengan ayah sbb duit syiling dalam kereta mesti dia sapu habis... Hahaha lawak betul.
Tapi betul, kalau duit syiling ni siapa pun peduli. Kan? Yang sikit tu la jadi banyak. Ibu aku kalau kemas jumpa duit syilling dia masuk dalam tabung amani iman. Tabung ni aku dah beli lama. Tapi nak masuk duit harammmm... So tanpa pengetahuan aku, mak aku telah menjalankan project tabung amani iman. Kalau kemas bilik aku ke, kemas hall ke, asal jumpa duit dia masuk tabung. Padan la duit syiling aku asik kurang je atas meja. Hahaha baru perasankan?
Handbeg aku pun berat sbb duit syiling. So banyak sangat sampah sarap, so keluarkan dari purse. Mau dekat RM 10 duit syiling. Hebat kau!
So aku suruh amani iman belajar masuk duit dalam tabung. Sok senang. Senang gapo??? Senang ibu pinjam duit. Hahaha
Ajar sekali je... Dia mmg gemor simpan barang2 ni jadi harta. Kadang2 mainan dia, dia sorok semua bawah almari or bawah kerusi... Mmg jenuh la nak tunggu dia masukkan RM 10 tu dalam tabung. Dah masuk, dia tonggengkan tabung nak keluarkan balik duit tu...
Bukan takat tonggeng, sekali masuk, 10 kali bagi tepukan pada diri sendiri kerana berjaya masukkan duit dalam tabung. Tention mak ko! Stressssss.... Tapi nak ajarkan? So kesabaran perlu ada.
Satu syiling tertinggal. Yang last ni payah dia nak masuk dalam tabung. Dekat sejam la dia pegang duit tu dan belek... Agaknya dia pikir...
Tinggal satu je ni... Kalau masuk dalam tabung??? Duit habisssss....
Yer nak... Mak kau mmg tak sabar. Aku rampas masuk tabung terus simpan. Dan kesannya? Menangis setengah jam tak puas hati... Hahahaha....kena marah dengan nenek... Kih kih kih. Sori la nak, mak mu mmg kurang sabar...
2 comments:
Comel je Amani Iman menabung... Saya dah lama baca blog cida.. tapi just a silent reader... tapi... walau baru je start baca dlm hujung tahun 2010.. saya dah abis baca semua entry cida ;)
salam... alahai... sweetnya... terima kasih la sudi baca blog yang tak seberapa ni... bole kita bertukar2 link nanti... and terima kasih sudi drop comment yer :)
Post a Comment