Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label doterlovely. Show all posts
Showing posts with label doterlovely. Show all posts

Sunday, May 27, 2018

Isu si Amani Iman

Salam People... Salam Ramadhan yang ke 11 semua.

Lama tak menulis. Tapi ok la kan, tahun ni ada jugak start menulis. Apa yang aku nak tulis ni, sebagai kenangan dan ingatan yang perlu aku abadikan di blog ni. Demi Allah bukan nak banga diri jauh sekali nak riak. We just share here. Tujuan aku coretkan benda ni untuk kenangan dan benda yang aku bole baca satu ketika nanti. Bagi yang baca mungkin kita bole kongsikan sama2.

Since Amani 2 tahun, dia dah semenang Nampak ciri Autism. Fizikal dia, banyak yang tunjuk dia tak normal. Terus terang aku katakan, tiada seorg mak yang boleh menerima keadaan anak tu apatah lagi waktu dia lahir dia sihat sepenuhnya. Development dia yang buat dia seperti itu. Aku menidakkan kekurangan dia, dia biasa, dia normal. Buat apa yang patut, hantar terapi, buat persediaan untuk dia bagi tempuh persekolah sama seperti anak biasa...

Aku silap?

Last week ada suntikan di sekolah, the next day teacher bg msg Amani tak ambik Jab dan di minta ke klinik kesihatan untuk periksa sbb sekolah rasakan Amani slow leaner and not focus. Aku sangat sangat keliru that time. Dia tak dapat jab sbb dia slow leaner dan tak focus? apa maksud cikgu? Dia nangis ke? Dia throw tantrum ke? Msg tak jelas. Kalau korg pun, korang rasa tak apa yang aku rasa? Down sangat. Aku nangis... akukan hati tisu. Mula menyalahkan diri sendiri. Macam aku cakap, salah aku sbb menidakkan kekurangan dia. Aku yakin sangat dia baik baik sahaja. Sama seperti budak2 lain

Kita pendekkan cerita ye. Tak ada gambar tak best! Cik gu msg hari Khamis,

'Puan saya dah bagi surat rujukkan pada Amani, nanti  puan tengok, tolong bawa Amani pergi sbb saya dah buatkan appointment untuk dia esok. Tolong pergi untuk masa depan dia. Doktor akan consult puan nanti macammana nak kawal Amani focus dan cara dia belajar'

Aku nangis khamis tu...nangis macam Amani dapat penyakit. tapi aku nangis sbb aku sedih. Macammana penerimaan kawan2 dia kat sekolah, penerimaan cik gu... you know?

Balik buka surat yang cik gu bagi.. sekolah tulis Amani ' Abnormal Behavior'



Di sebabkan esoknya tujuan ke klinik ada dua sebb, jab dan jumpa doctor tentang behavior dia, so aku banyak pujuk Amani supaya dia tak takut untuk di suntik. Kalau dia throw tantrum, mau aku pengsan. Bapak dia dah la kerja. Mati gak aku nak handle sorang. Dan paling membimbangkan doctor akan nilai dia lagi buruk la...


Pagi tu, kami ke klinik. Amani mula nebes. Kat rumah dia cakap dia ok dan nak ambik Jab tp on the way dia dah nebes. So janji kalau dia baik, aku akan belikan lollipop. Dia senang je, yang payah bila berjanji si Ammar je. 💁


Ada unit pasukan sekolah. Setelah daftar, terus masuk jumpa doctor.  Cerita start here... panjang tapi tak pa, sekurangnya aku lega lepaskan segala di sini.

Amani dan aku masuk. Masuk je bilik tu Amani mula tak duduk diam. Walaupun Amani anak aku tapi for the first time aku tengok dia tak duduk diam. I mean kat rumah mmg dia akan melompat, berlari tanpa rasa penat. Kat bilik tu mulut dia cakap tak nak jab dan nak start nangis. Dia mula buat perangai macam jakun, tengok semua risalah yang tampal kat dinding... tp mulut cakap dia tak nak  jab. Bila ko jumpa doctor yang nak dignose anak ko, ko harapkan sekurang2nya anak ko bagi kerjasama, duduk! Tak kisah la ko tak dapat jawab apa2, tapi duduk. Ni macam kera dapat bunga. 

'Dia nervous doctor.' Aku cube tutup lagi...

' Its ok... Amani come here, can we talk?" Amani berdiri depan doctor tapi buat doctor tak wujud. Aku sempat Tarik dan suruh dia tengok muke doctor. Dia pandang doctor tapi mata still pandang sana sini. 

doctor mulakan perbualan. Perbualan tu in English... Aku tulis Bahasa melayu je la. Sbb payah kalau salah ejaan bagai... aku bukan pandai bebenor.

'Amani tahu tak kenapa Amani kat sini?'
'Tak nak... saya tak nak kena inject'
'Amani kena inject sbb kalau tak Amani akan dapat penyakit. Injection yang Amani akan ambik akan halang amani dapat penyakit, ok?'
' Tak nakkkkk'

Amani jawab dengan kasar. Tapi masih tak ada eye contact bila bercakap dengan doctor. Aku pejam mata redha dengan apa yang doctor nak cakap lepas ni.

'ok kita berbual sahaja. Amani tak nampakkan sebarang alatan inject dalam bilik ni? Hanya Amani, doctor dan ibu je'

Than Amani diam. 

'Amani faham tak?' Doktor Tanya dan Amani angguk. Still masih anggap doctor tak wujud. 
' Bagus... Amani bole duduk? Doktor nak ckap sikit dengan ibu?'

Amani terus berjalan kat dalam bilik. Aku yang rimas...

'Duduk Amani! Tak ada Amani duduk luar!' Aku dah mula hilang sabar. Dia terus cakap tak nak. duduk tapi geramnya mulut dia tak boleh nak diam.

Aku pandang doctor, doctor tu pulak senyum. Aku macam bole agak apa yang doctor nak cakap.

'Puan tahukan kenapa pihak sekolah rujuk Amani kat sini?' Aku angguk. 

' Saya tahu doctor, anak saya slow dan tak focus'

Doktor geleng kepala... baca laporan dari sekolah... 

'Dia bukan slow. Tapi dia pandai (smart)' Aku salah dengar ke apa? Ha??

'Biar saya terangkan. Amani bukan slow tapi dia budak yang bijak. Dia tak ada masalah dengan pelajaran dia tapi dia tak boleh focus dan tak boleh duduk diam dalam kelas. Pihak sekolah mmg nak dia di keluarkan dari kelas dan masuk ke kelas lebih lemah. Tapi anak puan bukan budak lembab, dia budak bijak.' Terus rasa macam tersedar dari mimpi... time tu Amani dah mula ajak aku keluar dan ganggu perbualan dengan doctor. 

'Amani dah selesa sekarang dalam bilik ni, dan saya rasa dia faham apa yang kita tengah bincangkan. Sbb tu dia cube ajak puan keluar' Doktor senyum lagi.

'Amani keluar la dr bilik ni kalau Amani nak ganggu ibu cakap dengan doktor' Aku dah hilang sabar. Mana adap ko nak!

'Pemikiran Amani adalah pemikiran org dewasa. Tak selari dengan umur dia sekarang.'

' Tapi doctor dia masih baru bercakap, ayat dia pun masih lagi tak teratur. Dia tak berminat Bahasa Melayu, dia lebih minat Bahasa lain'

Doktor angguk. 

'Kes budak lemah or lembab memang banyak. Dan system pendidikan Malaysia mmg untuk kanak2 yang lemah mmg banyak tp untuk special kes macam anak pandai tak. Amani tak dapat kawal diri dia, sbb itu puan bole tengok dia ada symptom autism. Tapi bila saya berbual dengan dia tadi, dia tak lembab. Dia msih boleh jawab soalan saya dan faham saya walaupun dia tak focus.'

'Saya hantar Amani ke kelas tambahan doctor, semua yang mengajar dia rasa dia perlu masuk kelas bawah, kelas junior'

'itu bukan caranya. Meletakkan dia ke kelas yang bawah akan membuatkan masalah bagi dia. Dia tak minat dan tak focus sbb bagi dia, pelajaran tu membosankan. Kalau kita yang dewasa pun, tak boleh nak terima kalau masuk kelas di ajar ABC, 123 balikkan? So puan oleh cerita pasal Amani, dia anak nombor berapa, waktu lahirkan dia, ada sebarang komplikasi ke?'

Aku bagi info yang sepatutnya. 

'Ada bagi Amani gajet?'

'Ada... umur seawal setahun. Saya sedar Amani berkelakuan pelik bila saya mengandung adik dia, dia rapat dengan saya. Dia melihat bangsa asing sebagai org asing dan dia akan mengamuk, saya masukkan sekolah campur bagi dia atasi masalah2 tu'

'Saya tak rasa Amani perlu masuk ke kelas pemulihan. Dia bukan lembab. Tapi sekolah jugak kita tak ada system lompat kelas macam Negara luar. Jad saya akan tulis laporan untuk Amani teruskan dalam kelas. Cuma puan dan keluarga kena kerja kuat sikit. Bantu dia dalam pembelajaran. Dalam buat homework.'

'Tapi dia tak nak doctor buku'

'Bukan buku... mmg buku tak jalan. Dia jenis yang suke explore. Puan perasaan tak, mesti dia ada guna perkataan-perkataan yang luar biasa. Maksud saya dia gune perkataan yang budak tak guna atau org dewasa sendiri tak pernah pakai' Doktor sambung lagi....

'Kita panggil dia 'cerdik pandai' diorg ada keistimewaan sendiri. Pemikiran diorg jauh dr pemikiran org dewasa. Jangan terkejut kalau budak seperti Amani ni tahu benda yang kita tak tahu. Dia bukan sekadar ingat, tapi tahu hal terperinci.'

Otak aku dah macam recall apa yang Amani buat.

Ye... dia hafal planet. Bukan nama planet tapi ciri setiap planet. Dia hafal bentuk, tapi bukan bentuk yang biasa, bentuk yang luar biasa pun dia kenal. Smapai aku pulak betulkan ayat dia konon ingat dia merapu. Contoh org tunjuk bentuk bulat, Amani akan cakap sphere dari round. Group hexagon, apa jenis gon pun dia hafal....

Dalam berbual, Amani datang interrupt lagi...

'Ibu,  I can take medicine, I don't need any injection, it will make me stay healty'

Doktor senyum...'Puan faham maksud sayakan? tak ada budak yang bole fikir macam tu. Maknanya walau pun dia tak focus dengan saya tadi, dia tahu saya bagitahu injection ni untuk halang penyakit'

Aku tengok Amani dengan rasa yang sangat berdosa... aku salah menilai anak sendiri. 

'Tak ada benda yang kita bole buat, sbb system pendidikan kat Malaysia hanya focus pada student yang bermasalah tapi kita tak ada student yang macam ni. Saya akan suggest dia continue balik kelas tanpa letakkan dia ke kelas yang lebih slow. Sbb ini akan buat dia lebih terganggu. Tapi dalam masa yang saya, puan kena tolong dia. Kalau dia tak minat buku, buat permaianan yang dia boleh enjoy. Buat jadual untuk dia. Sementara tu dia kena jugak pergi OT tapi bukan macam OT biasa. Since she special, kita akan ajar dia focus dan bertenang. So dia tak ganggu kawan2. Puan patut bangga. She gifted.'

Nangis mak dalam hati, 


  

Tapi Ot dia lambat sangat bulan 9. 

Sampai sekarang aku cuba google apa tu cerdik pandai tapi tak ada. Terus ke dewan Bahasa dan pusaka. Hahaha.... org kata autism jugak. Berapa kali aku cakap doctor autism ke dia cakap bukan so akak mengalah. Kang akak lak doctor chop slow... anak pandai mak bodo. Org cakap bukan, bukan la...

Fizikal Amani mmg Nampak ciri autism. Sbb tu jugak dia cepat terasa. Org tuakan mudah terasa. Dia memilih kawan. kalau ammar cakap lepas dengan dia pun dia sentap. 

Since case ni rare, bila pergi jumpa nurse untuk buat cucuk, nurse tengok report doctor. Tengok Amani atas bawah. Doktor tak suruh pun anak aku baca huruf kak oii... dia plk suruh Amani baca huruf... Amani kuar dr bilik doctor happy la sbb ingat tak kena cucuk. Jalan lompat sementara aku berbual. Sorg tu macam faham. Dia tenangkan aku. Mmg kes cerdik pandai kurang. Masuk Amani 2 kes je yang klinik pasukan terima. Anak cina kata nurse tu. Mak bapak peguam, anak macam Amani, depa tak boleh terima hakikat sbb anak ada kekurangan. Tpi itu bukan kekurangan itu satu kelebihan. Kata nurse tu. Tp mmg la susuh hati sbb tak ada sekolah yang sesuai. Tu mak bapak peguam bole la. Aku ni??

Yang sorg pandang Amani tu mmg kerek habis... dalam Amani lari2 dia pangil Amani lagi

'Amani.... 5+5 berapa?' Amani pun ha??? sambung lompat... dtg balik kat dia terus jawab 10...

'10 -2?' Lagi sekali Amani ambik mood nak jawab lombat dan jawab 8!

'Puan dia mmg kat rumah macam ni ke?'

Kat rumah macam ni. Kalau tengok TV benda yang dia suke dia duduk la tengok. Kalau tak minat dia macam tu la

'Kat sekolah pun macam tu?'

Ko Nampak tak pandangan org pada kami? itu nurse yang kerja di situ. Yang hari2 mengadap pelajar yang masalah. Kalau Amani report dah tulis dia cerdik pandai pun ko Tanya soalan macam ni apa lagi yang lembab. Kawan dia yang cerita tadi menyampuk

'Saya dah lama dalam bidang ni. Saya tahu la puan.' Sambil tengok kawan dia.

'Saya baru dalam unit ni' Nurse yang Tanya soalan tadi jawab... 

'Aku dah tengok dah... budak bijak macam ni la. Ligat macam gasing. Ada je dia nak buat. Kalau slow puan, puan tak payah susah hati... mmg dia dengar cakap sbb dia tak tahu nak buat apa. Duduk je la senyap. Saya tahu puan mesti takut kan anak puan kena masuk kelas pemulihan? Budak macam ni tak boleh masuk kelas lemah. Doktor ada cakapkan?'

'Itu yang doctor cakap tadi.'

'Haaa betul la tu...' Sambil pandang aku dan kawan dia.


Kesihan anak ibu... inject tak susah pun. Dua jab kena. Alahai. Nangis mmg nangis la. Tp tak la macam aku bayangkan dia guling2 banting diri. Peluk dia, nurse pegang tangan... cube dia keraskan tangan... aku cakap kalau Amani keras tangan, jarum patah lagi teruk. Kita kena dduk hospital. Baru la dia tenang.



Thank you doctor. Sebenarnya bukan senang nak dapat consultant dari doctor tentang perkembangan anak. Swata mahal. Kerjaaan macam ni la kena tunggu. Ramai yang minta aku pergi dapatkan opinion ke dua.  Masih tak boleh decide. Sbb ikut mana pun diagnose, aku tahu Amani mmg ada masalah behavior. Sebelum Ammar lahirkan aku dah start bawak dia jumpa terapi than pakar kanak2 jugak ada bagi surat refer ke pusat terapi (Aku lupa la nama pusat tu haiz...) Rasa ada aku tulis dalam blog ni. Nanti aku try cari lagi. Sbb time tu Amani kecik, so diagnose diorg pun cakap macam terlalu awal tuk pastikan. Ada tahap and stage.

Jangan Tanya apa yang aku nak buat. Masih lagi mengali apa yang kena buat. Buat masa ni, Amani kena pergi Ot tuk bagi dia control diri dia tuk focus dan tak mengganggu kawan2 kelas. Lepas tu aku akan bincang dengan cik gu kelas dia kalau perlu. Rasa mmg perlu. Sbb sekolah mana lagi la aku nak hantar dia. Sekolah tu yang 2 kelas pun cik gu cakap ramai murid yang dia nak kena pantau... apa lagi kalau sekolah yang ada 5/6 kelas?

Anyway aku share kan jugak keperihatinan cik gu Bahasa Malaysia dia.






 Ini bila aku Tanya cik gu dia bila tengok buku Bahasa Malaysia dia kosong dan banyak nota dari cik gu 'siapkan' , 'tak lengkap'. Dari muka surat 1 sampai 55. Masak la tiga hari nak selesaikan.

Oh aku lupa nak mention, Amani mungkin tak suka Bahasa Melayu. Ujian lepas, dia score mata pelajaran English. Sekarangkan math, science dah Bahasa English, so bole la score la jugak walaupun bukan A. Tapi English dia A, tuk penulisan dan pemahaman. Agama B, Bahasa Mandrin pun B. Tapi muzik, kesenian mmg D and E...

Erm... oklah cukup panjang entry ni... anak2 dah bangun tido... membuas sorang2... uhuhuh


Till than, lots of Love XoXo

Wednesday, April 18, 2018

My First entry 2018

Assalamualaikum...

Wahhh lama gila tak menulis. Nangis! Betapa rindunya nak menulis. Tak se-best bebel di FB atau IG. Lepas tinggalkan blog, FB and IG tempat aku kongsi cerita.

So ada ke nak baca blog ni? aku sendiri dah tak baca blog2 org. Well last two entry ada cerita pasal gajet baru, IPhone 7... IPhone ni segala apps kena beli. Kalau dulu gagah jugak update blog from phone. Rasa pakai bloggeroid. Senang jugak la nak update. IPhone ni dah la kena beli apps dia, tapi tak tahu sejauh mana eloknya? Kang tak pasal. Walaupun murah tp duit tetap duitkan? I is kedekut. Hahaha... nak update pakai laptop pun bercinta. Asal bukak laptop tetiba jadi budak baik, buat kerja, balas email and ect... So malam ni tak tahu la.

Update pasal anak2... dah besar dah anak2 aku. Amani Iman, dah 7 tahun. Darjah 1. Ammar yusuf pula 4 tahun. Mulut macam org tua. Dan Aiman Yusuf pulak baru 2 tahun lebih. Dia dari kecik suke makan.

My kids...
Gambar raya last year.  Cepatkan diorg besar?




Amani sekolah di convent Klang. Gigih kakak masukkan dia sekolah lama hakak dulu. Memula kena reject, aku buat rayuan. reason kenapa aku nak sangat dia masuk sekolah perempuan? Sbb knowing her, dia tak pandai berdikari. Or aku yang tak yakin dengan dia? Kalau gi toilet pun masih tak tutup pintu, selesa dengan keadaan kat umah. Free show. Bukan tak ajar, tapi dia dah selesa. So kat mana pun dia buat benda yang sama. Kalau sekolah perempuan ni senang sikit. Terselak skrit or kain baju kurung pun ko still among perempuan. Bayangkan sekolah campur? Aku tak boleh bayangkan. Mmg aku berhenti kerja jadi jaga kat sekolah nampaknya.

Lagi pun sebagai ex student yang pernah belajar sekolah tu, aku rasa selamat sbb kelas pun dua je setiap darjah. Satu darjah tak lebih dari 40 org, so cik gu nak pantau senang. Kita pun tak risau kes buli. Dengan keadaan Amani yang you know la kan, aku sangat risau kalau dia di buli. Alhamdulillah Amani dapat sekolah Convent. Jauh dari rumah tapi ko yang pilih sekolah tu, so struggle la bangun pagi hantar anak sekolah.



Ammar masuk tadika.  Dia masuk sekolah lama Amani. Ingat nak try tadika lain. Sbb aku sendiri bosan hahahah... tapi tadika sekarang kalau ko nak masukkan dia tadika 'berjenama' ni siapkan duit je la.Kalau dia anak tunggal bole la... so janji dia belajar dah ok. Amani pun dulu dari zero sampai la berisi (pengetahuan). Kenal la jugak huruf, boleh la baca dan menulis. Pada mulanya aku cadang tuk ambik tadika Montessori tuk Ammar. Sebab tak nak dia di tekan belajar sangat. Macam Amani, dia more into academic. Dia sendiri tunjuk minat belajar, ABC, Color, shape. Macam Ammar, kita dah Nampak dia tak minat semua tu. So nak latihkan kemahiran or fine motor skill. Tapi nyata salah. Ammar dah sekolah 3 bulan dia dah kenal 1..2..3..10, ABC dan Alif, Ba, Ta. Dan dia minat. Tengok dia lagi rajin dari Amani. Dulu Amani kita Tanya ada tak homework, asik cakap tak ada je. Ammar pulak, Nampak kereta aku je, dia dah cakap dia ada homework.

Cuti sekolah ari tu cik gu dia bagi kerja rumah. (Itu salah satu sbb aku tak nak dia sekolah tu... kerja sekolah macam budak darjah 1). Kerja tumah tuk seminggu. Tapi Ammar habiskan hari Jummat, hari terakhir sekolah.... hahahahah naik hangin aku. Banyak kot! tapi dia nak habiskan. And he finish on Friday maka tak ada la nikmat belajar cuti sekolah.

Aiman dah 2 tahun, tapi malas nak bercakap. Aku takut jadi macam Amani, 4 tahun baru bercakap! Masih baby talk. Perkataan yang clear! Abak! Dia panggil aku ibuwak... dah macam biawak pun ada. After Ammar, Aiman masuk GBOB. Play school. So far antara anak2 aku, dia paling adventure. Tak nangis, independent.... kalau intro diri sendiri, macam Amani and ammar mmg kena paksa, Tarik sampai aku sendiri kena gi ke depan. Ini budak Aiman Yusuf, angkat tangan diri depan sengeh2. Nak cakap tak tahu. Mohon teacher tolong introduce dia kat kawan.

Long way to go Aiman...

Its ok... anak2 semua lain2. As for my big baby???


9 Years marriage... Alhamdulillah... the same old Zamani... 😝

Bapa yang penyayang. Kesayangan anak2... dan kesayangan saya.

Ya Allah... rindunya menulis. Banyak nak cerita ni. Tak tahu la kalau habis entry ni ada tak entry lain? Ada ke yang nak baca? Masih ada ke yang baca? Hahahaha... poyo sangat.

Saya menulis bukan kerana nama... uhuhuhu

Till than,

XoXo

Thursday, May 26, 2016

New

Salam...

Aku ada bagitahukan yang amani sukar menerima perubahan. Anak macam dia mmg kalau benda baru, dia akan reject. Last sunday, tengah2 jalan tetiba dia stop tengok kasut. Ingatkan dia main2. Tapi lepas tu dia minta beli. Since kasut tu ada dua warna, dia minta beli dua. Satu tuk raeesah katanya.



Tp ibu tak tahu saiz raeesah berapa. Kalau area klang bole la gak. Ni kita jalan jauh nak. Nak tukar bukan senang.

Bila anak ko 3 org, jangan harap la bole beli tuk sorg je. Walaupun 2 lagi kecik tp iols takut yg dua lagi terasa. Maka beli la jugak.

The next day tanya amani, kasut mana nak pakai. Dia tunjuk kasut baru.

Akhirnya! Dia bole menerima perubahan baru



Alhamdulillah

posted from Bloggeroid

Monday, May 2, 2016

Wajah syurga saya







Tengok gambar2 ni... nampak macam biasakan? Sebenarnya merenung kembali wajah amani ni, aku rasa hati ku remuk. Rasa serba salah.

Muke amani lepas kena piat telinga, kena marah, kena pukul kat bahu, kena cubit kat lengan. Muke dia tak nampak menyimpan dendamkan? Bila melihat gambar ni rasa serba salah sbb hilang kewarasan marah anak.

She still mampu senyum walaupun muke aku masam mencuka. Agaknya kalau anak2 yg lain pasti sentap.

Amani biasalah kalau keluar mesti nak mcdonal. Dia tak bole tengok mcdonal. Aku mmg serba salah sbb dia bukan jenis pemakan. Jadi apa salahnya kalau belikan dia mcdonal yg tak seberapa. Tp ada sebab2nya. Satu terlalu kerap fast food dan ke dua sbb cara dia minta sangat sangat biadap. Menjerit, bila tak dapat or bila cakap 'kejap' dia baring or duduk lantai. So nak biarkan?? Cakap tak jalan, maka tangan mak dia cepat la jalan.

Kalau amani baca entry ibu satu hari nanti, ibu nak minta maaf menyakiti amani. Percayalah, hati ibu sakit setiap kali bertindak kasar dengan amani. Tp ibu tak bole nak ikutkan sbb amani 'istimewa'. Kalau ibu turutkan u become someone yg lagi teruk. Membuat kebencian org lagi menyakitkan hati ibu. Mendengar org gelarkan amani 'budak degil' membuat ati ibu sedih. So biar ibu yg marah amani dr org lain.

Kalau bab makan aku but sensitip. Org lain bole la masuk telinga kiri keluar ikut idung. Tp aiols tak leh la. Masuk dalam ati terus. Set kat cpu otak dan 'heart drive' hahahaha. Biar pun bapak dia sendiri marah anak, expecially kalau kat kedai makan. Perh macam kena tikam hati ni.

Amani will ask trillion time. Bit anoying la sikit. Dia zikir plus merengek kalau nak barang. Sbb tu aku kalau g kedai makan yg service lembab ubi ni aku stress. Sbb dia akan tanya nak noodle berkali2 sampai depan mata. Walaupun aku cakap 'sabar amani, abang tu tengah buatkan' dia akan zikir nak noodle macam kita tak orderkan dia.

Macam ari tu. Sesi time out dengan amani. Bila sesi time out kalau dia melampau kami buat tak tahu dengan dia. Dia minta 'abak nak egg'

Dalam abak dia nak order, dia ulang sampai kena tengking. Huaaaaa abak dia tu lately baran je. Dulu sabar now hilang sabar. Akak plak yg kecut perut nak bawak anak2 kuar. Sampai kita lapat pun kenyang sbb nak kawal perangai anak. Now zamani tak kira dah. Nak marah dia marah je anak dia. Tak pasal ko masuk fb org viral. Hahahaa.... jangan main2.

Entah la. Allah menguji kami. Kat rumah amani behave. Ammar plak terlebih active. Kat luar kalau keluar makan or jalan, amani selalu sangat buat perangai. Ammar plak pandai bawak diri.



Ammar dok tengok kakak dia lari 500 m dr hujung kedai ke hujung kedai. Amani wat acara sukan kat kedai makan selalu. Lumba lari sorang2... acara lompat kijang, acara lompat arnab. Kalau dia rajin dia lompat katak. Hahaha. Ammar relex tengok.



Amani... amani... semoga ibu dan abak dapat mendidik kamu sebaiknya...

posted from Bloggeroid

Monday, April 18, 2016

Keras hati



Kejadian hari ni.

Selalu nak update pasal anak2 mmg tak ada masa. Kerja penat. Apa lagi ada anak kecik. Tu pun dah ada pembantu. Kalau tak ada kesian la jugak bebudak ni.

Ada sesuatu yg lain pada amani. Sikapnya agak berlainan dr dia yg dulu. Tak baikkan seorg ibu cakap anak tu d.e.g.i.l ( hahaha gigih tulis macam gitu)

Tak tahu sejak bila. Tp aku perhatikan amani jadi keras hati. Ke keras kepala? Kata zamani kalau keras kepala kalau kena gaya tunduk gak. Tp kalau keras ati mmg itam kata kau itam la. Yer ke??

Amani pandai melawan. Kalau dulu dia tunjuk amukan dia tp kali ni dia lawan dengan gaya or body language. Oooo i ols panas ati. Budak memberontak muke ni rasa nak lempang. Tp bila tengok dia, dah macam dalam cermin. Hahaha. Sila la lempang diri sendiri.

Hari ni first time nampak zamani hilang sabar. Kena jugak la kat peha. Tp dia tak nangis. Muke tahan la nangis tp setitik air mata pun tak keluar. Air mata aku plak yg menitik. Marah kesian. Tak marah melampau. Ekceli dah berapa malam la bole di katakan kalau kita keluar dia buat perangai. Macam dia pencetus pergaduhan la. Macam ammar jenis org tak kacau dia, dia relex. Tp kau kacau dia mmg teruk la ko kena. Paling tak tahan dia gigit la. So amani akan buat ammar marah. Bila mamat tu dah marah mmg haru biru. Jerit and tangisan dia, bole 2 hari dua malam. Aku kalau bole tak nak marah dia sbb benda2 macam ni. Sbb aku tahu dia nak tarik perhatian kami. So bila pujuk ammar pandangan dia tu buat aku geram plak.

Kalau kat luar lagi la ko sakit ati. Memula dia tak reti. Dia nak mengamuk dia mengamukkan? Org nampak la dia mengamuk. Tp aku yg diam. Malas nak layan. Tp kali ni dia lagi bijak. Dia tak mengamuk tp dia akan duduk or diri kt benda yg dia nak. Dia siko ko lagi! Panggil la seret la dia tak berganjak dr tempat dia nak. Walaupun aku cakap letak! Count to 100 sekali pun dia buat attitute yg muke minta penampar. Diri la situ pegang macam 'buy or WE sit here.' Bila dia buat aksi tu mula la aku nak menjerit. Tp aku rasa dia tahu aku takkan jerit tempat umum. Stress jadinya.

Kadang2 nak buat macam tak tahu, dah tak ada masa dah. Anak dua org. Yg ammar kalau nampak kakak buat perangai mcm tu dia follow. Mana nak cepat, mana nak layan ko. Tag team plak bertiga. Sampai aku pujuk cara halus 'listen to ibu if not ibu tak beli' contohnya.

Dia jawab 'no... we buy this. I want this'

'Fine you stay and pay urself' dia akan duduk situ or bila dia nampak ko ilang dr pandangan dia, dia bawak benda tu sekali. Huaaaaa....

Kadang2 malas nak bawak dia keluar. Attitute mcm ni kan.

Dulu tak bercakap, protes... mengamuk2
Now pandai menjawab. Mengamuk2 tak ada tp dia nak ikut apa dia nak.

Ermmm mati akal. Seyes now aku rasa sanggat2 mencabar.

posted from Bloggeroid

Monday, March 14, 2016

Girls day out



Heheh we had so much fun together.

Nanti dengan anak2 bujang plak. Insya Allah. Aiman tunggu kepala tegak. Bole ibu drive ko dok kat car seat.

posted from Bloggeroid

Saturday, March 12, 2016

Quality time dengan anak dara

Today! Berapa hari bulan?? Oh 11 march! Amani iman's first time watching movie.

Sebenarnya dia tak la request tp mak dia yg beria nak bawak. Tengok member2 bawak anak pergi. As usual memula nak bawak tu, macam2 la pikir. Bole ke bawak? Kang menjerit satu hal. Tak behave? Buat org maki je kan?

Memula nak bawak ammar and amani. Tp ammar payah nak handle. Biasalah abang besar tunjuk hebat. Dah la tak takut org. Kalau aku atau zamani marah dia melawan ok. Keras hati kalau tak nak jangan harap la. Selalu endup zamani dukung je kalau dia wat perangai.

So tidokan ammar than kami pergi. Aku bagi tahu amani yg kita akan tonton boboboi. Dia nampak faham. Excited. Siap janji tak nak lari2, nakal2. Poyo je la.

Sampai wayang kul 320 ptg. Wayang start 345. Beli couple seat. Mahal nak mammmm.... hahaha lama gila tak tengok wayang. Dulu kalau couple seat pun rm 15. Tu zaman bercinta dengan abang zamani, 7 tahun lepas. Sekarang??? Ayooo 60 percent naik oòoo.

Dengan tak kerja! Terasa sangat.

Amani merengek nak popcorn. Tak sempat2. Beli kab popcorn and air. Jalan nak masuk wayang bole plak nak makan pop corn tu jam jugak. Masuk2 agak gelap. Dia tetiba cakap

'Ibu tak nakkkk takut!'

Ah sudah. Nasib baik aku beli couple seat and ambik tepi tangga. Senang tak ganggu org. Kawan aku la bg tips. Betul gakkan?



Maaf tak nampak. Nak pakai flash macam pèrak sangat.



Trailer start bukan main lg dia dah excited. Dah la cakap agak kuat. Hahah dasar darah melaka mmg cakap kuat2. Kata darah jebat. Hihihi layankan sbb first time bg dia. Berkali2 la cium aku. Biasalah dia tak tahu nak express feeling diakan? Dalam wayang terkepak2 tangan. Bila boboboi dah start dia pubya focus......

Macam masuk exam. Sok exam tak focus macam tu tak tahu la nak kata apa amani oiii....

Agak behave la. Cume last2 tu dah mula bosan. Jalan sini sana. Siap sound bebudak lain yg main naik turun tangga.

Ala amani, awak sorg bole la. Cer ammar ada. Mmg tak tengok pun. Kan??



Apa pun mmg best.

Will save this as my memory. Time single tengok dengan adik. Ada boipren tonton dengan boiperen. Ada tunang tonton dengan tunang. Ada somi tonton dengan somi. Now jadi kenyataan. Tengok dengan anak. Always dream to have quality time dengan anak perempuan.

Tadi sempat la usha beg sblm balik. Hahaha yg lawak dia tak layan. Tetiba dia sibuk survey cincin batu jade. Hahahah

Diakan obses dengan batu2 ni... suruh aku beli plak. Dah kenapa???

Mintak abak!

Uhuhuhuhu

posted from Bloggeroid

Sunday, March 6, 2016

Aksi potong rambut

Lepas pantang... rimas rambut panjang lagi berat ni. Than tengok rambut anak2 pun serabut sangat. Amani lagi la. Dah la kerinting. Malas nak sikat. Malas nak ikat. Sudahnya mak serabut nak suap makan sampai kena rambut.



Nampak?

Si ammar rambut lurus tp rambut depan dah mencucuk2 mata.



Nampak? Hahaha sampai kena sepit rambut



Manis muke anak bujang? Hahahah.

So pergi gunting rambut. Bukan senang. Amani ni kira kali ke dua. Yg pertama abak ada so dia behave. Kali ni payah yang amat. Ammar, aku nak buat g.i tp kakak tu kata kalau dia tak dok diam payah. Takut salah melainkan botak. Kalau botak bila la rambut dia nak tumbuh. Rambut ammar mmg lambat nak tumbuh. Sbb tu la abak dia sayang nak botak rambut anak. Amani pun dia sayang sayang nak potong.

Ko tengok abak dia sangup potong rambut anak sendiri semata2 tak nak aku hantar kedai.



Sesuatu kan? Pertama kali org cakap ammar perempuan sbb gaya rambut macam ni.









Sebab aku baru lepas pantang, adik aku peluk dia. Ko tahu lakan dia punya meronta bukan calang2. Hahah

Bole la tak leh potong g.i pendek sikit.

Amani aku yg handle so outcomenya??



Si ammar plak? Tak ada beza



Tp dah sedap mata memandang anak2. Abaknya senyum je la. Aku plak takut kena marah. Abak dia pasal anak2 erm hak mutlak decision kat dia. Menyampah akak. Akak ni penat penat mengandung kena kelar badan, tp nak lawan dia tak bole. Haizzz.... kena bawak diorg senyap2. Dah buat tak leh kata apa kot kan?

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 2, 2016

My girl....

Pagi ni dapat video dr teacher sekolah amani. Bukan mak dia je risau tp teacher kat sekolah dia pun looking forward to see any of her improvement.

Buat kerja sekolah tak nak....nangis macam kena rejam je.

Amani akan sebut 'tak nak takut... takut' she will keep saying that without any reason. Takut apa tak tahu. Mak dia, dia tak takut plak. Geram lak jadinya.

But zamani selalu ingatkan aku that amani is special. Kena banyak bersabar dengan amani sbb dia bukan macam budak2 biasa. Her level confident it not like normal kids. We know it lama dah. Tp as ibu, aku bukan ibu yg perfect. Kadang2 tahap kesabaran aku di uji dengan perangai amani. Like ammar dia lain. Nakal tapi bila kita marah or cakap baik2 dengan dia, dia bole faham. Cume lately ammar dah mula ikut perangai amani. Maybe dia rasa bila amani mengamuk2 kita turutkan so he become like that. Payah betul.



Video yg teacher sekolah dia ambil. Dia bole bangun dan baca alif, ba, ta....

Ingat tak aktiviti yg kat gbob? Introduce myself? Haram sampai dah tahun 2 pun segan2. Berani gi depan tapi bila nak cakap tak kuar suara. Hahaha

Anyway baby... ibu bangga dengan kamu. Kipidap nak

posted from Bloggeroid

Monday, January 18, 2016

Yellow lilttle man



Anak2 aden mmg tak lepas sakit kuning. Adoi susah ati tul.

Kalau dulu kerja mampu lagi la nak check swasta. Tak banyak sangat kerenahnya compare gov. Bukan berkira tp nak ulang hari2 sampai kuning turun pada paras normal. Kita dah la x sihat. Ekceli baru nak sihat dah kena gi sana sini.



And first time bawak askar2.... mencabar. Bawak 3 escot ni! ( nenek, atuk, mak su) tp depa still nak mak yg uruskan. Sesak napas. Aku tahan geram je.

posted from Bloggeroid

Monday, December 21, 2015

Semalam sepatutnya aku kurung diri aku untuk tenang seketika. Kalau tak, takkan menyesal dengan tindakkan sendiri. Lately aku jadi sangat baran. Expecially bila anak2 buat perangai. Tak bole nak terima sbb keadaan yg sangat tak larat. Apa pun pada siapa aku nak harapkan bila kau mak! Kau la jaga.

Semalam teruk aku pukul amani. Aku rasa that is the first time ever. Since she so close dengan her father aku watsapp zamani ambik dia before aku bertindak di luar kawalan yg bole buat dia lagi teruk.

We manage to overcome perangai addicted dia pasal gajet. Ingatkan? How i struggle bayar kelas, wat activiti dengan dia. Tp lepas tu we fail again. Bila ko rampas atau stop dia dr tengok gajet2 tu dia jadi degil. Dia sajer protes.

Dlm keadaan dia yg x ready nak free diapers aku tak paksa sbb keadaan aku pun bukan la kuat sangat. Mak aku pun tak sihat. Amani jeniw payah sangat nak masuk toilet. Mandi ke kencing ke apa semua payah.

Aku still buat counting pada dia... talk nicely.

1. Put aside or pause first youtube ke video yg amani tengok... than nanti bole continue.

2. Bg option. Counting 1 to 10 kalau x jalan mmg tarik terus atau ipad kena simpan.

Selalu jalan tp kali ni dia buat tak tahu. So semalam alu tarik teringa dia. Tak jalan jugak. Sbb dia keraskan badan dia membuatkan aku terpaksa seret dia masuk toilet. Seret ok. First time...

Than tetap tak nak berganjak. Terus je tangan ni ringan pukul dia. But aku tahu this is age yg dia melawan. Ko pukul dia tangan sakit tp dia tetap tak bergerak. Air mata je mengalir. Terus kuncikan dia dlm toilet.

Terus watsapp zamani since diakan bapa mithali... uruskan anak perempuan dia! Sementara nak tunggu zamani balik, amani dah separuh nyawa nangis. And yg menakutkan aku adalah satu....

Takut dia akan jadi trauma.

Ya Allah aku tak bole tengok betapa dia mengeletar ketakutan. Panggil nama ibu berkali2... tp aku tetap keraskan ati...

'Ibu... amani takut... sakit!'

Dengar dia cakap sakit je terus aku panggil dia. And i cried. Nak mengajar anak kau jugak nangis. Selalu aku tak tunjuk depan anak. Depan buat ati kering belakang je. Tp semalam aku nangis. Takut ada kesan pada dia. Luka ke. Lebam ke.

Tetiba je rasa sedih. Rasa sakit ati... dan memukul bukan cara terbaik nak didik anak terutama anak istemewa macam amani.

Time nak tido amani sendiri tak bole lelapkan mata dia. Dan dia seolah2 lupa apa aku buat kat dia semalam. Dia nanyi mcm biasa. Tp dia terdiam tengok aku nangis. Dia hanya lap air mata...pastu terus senyap.

I dont know... 21 hari je lagi nak bersalin. Aku risau sangat perangai diorg membuat kebencian òrg. Baik amani atau pun ammar. Tiap hari dengar mak dengan adik aku terjerit2 marahkan diorg. But at least better than me yg marah. Kalau aku berjauhan dengan diaorg? Siapa yg tahan kalau diorg buat perangai mcm ni?

Stress la bila memikirkan. Once u sign to be a mother banyak yg kau pkkan di luar kotak pemikiran kau. Kadang2 kau penat sangat. Org tak nampak kau buat kerja tp ko komplain tak larat memanjang. Ko ingat suke2? Sejak kandungan masuk 7 bulan mmg akunrasa letih je. Even ko jalan dr ruang tamu ke toilet pun dah rasa penat semacam. Baby besar agaknya. Sbb 32 week berat baby je dah 2.1kg

Apa lagi kalau ko mengadap anak2. Malam sementara nak tunggu diorg tido sorg dah memanjat. Sorg bertukang.

Aku tak merungut... jauh sekali komplain. Yes diorg budak. Time macam ni diorg belajar. Cume keadaan aku.

Tah la susah nak jadi mak yg baik. Bila kau naik tangan kat anak dah rasa ko usless mother. Bila ko tinggi suara kau, kau rasa apa la fungsi ko sbgai mak kalau anak sendiri tak bole handle?

Anyway aku hanya risau bila aku bersalin nanti. Mcmmana bebudak ni. Mcmmana diorg bawak diri. Dengar kes dera pengasuh la apa buat aku jadi lagi takut. And amani will be my priority. Aku concern lagi dia dr ammar. Walaupun tengok ammar more agressive dr amani. Sbb amani cepat simpan dlm memori dia. And end up dia jadi trauma. And to built balik confident dia ambik masa.



Mungkin hati aku lembut... tak sampai ati nak marah2. Apa lagi pukul.

Rasa bersalah...


posted from Bloggeroid

Friday, August 14, 2015

Special in her own way......


Salam... nak letak video ni untuk tatapan sendiri.

Alhamdulillah Amani mmg special kid... special di mata kami dengan caranya yang tersendiri. Mmg benarla kata org di sebalik kekurangan dia, kekurangan itu adalah sesuatu yang istemewa.

Kekurangan Amani sedikit pun tidak menampakkan dia kekurangan, pada zahirnya mungkin org akan cakap dia lambat.Yes dia lambat. Tak di nafikan. Baya dia dah lancar bercakap, lancar menjawab, siap dah faham kalau kita berkias dengan mereka. But not my girl. Tapi yang orang tak tahu dia cepat tangkap apa je yang dia belajar. Even word yang mungkin org tak bole nak pikir seusia dia, dia boleh kuarkan.

Terima kasih pada Ipad?

Hahahahahah marah kat Ipad but terima kasih pulak. She learn from gajet. Ipad is her best friend since dia berusia 6 month. But Alhamdulillah. Aku syukur sbb sepanjang dia 'berkawan' dengan ipad dia tak la obses dengan game like other kids. Mmg purpose ipad pun install education program. Bila dah besar pandai bukak utube, dia cari pun yang semua education application.

Demi Allah tah la mana la dia tahu semua ni. Tengok2 dia tengah bukak video

"how to wash your hair" ------- tapi mandi nangis!

"how to draw shape" ---- dapat buku conteng habis!

"how to wear pants" ---- sampai sekarang nak org yang bukak pakaikan. Adik plak terbalik buat sendiri!

Semua tutorial la dia bukak... benda yang aku dengan zamani pun tak tahu. And end up sometime dia jawab atau tanya kita benda yang kita tak duga usia dia, dia boleh tanya soalan soalan macam tu. Macam soalan yang baru2 ni, dia minta Zamani belikan dia number... ala number yang ada magnet tu. Dapat kat tangan dia, tetiba dia tunjuk Zamani


"Abak.... this is Six Plus One equal to eh eh"

Hahaha... zamani tengok balik apa yang dia baca tu betul. eh eh tu bunyi question mark... question mark pun dia tahu fungsinya... sbb she did ask me


"question ibu... is this a flower? "

"Erm... no..."

"Yes! No its a question mark!"

Ko rasa mana dia belajar?

Aku selalu risaukan amani. Selalu sangat. Aku takut sangat dia ketinggalan. Aku takut sangat dia ada masalah yang buat dia asing dari budak2 lain. Sbb bila dia main dengan budak2. Bila kawan2 tanya "Awak tak tahu cakap ke amani?" Macam kena sambar petir hati aku. Tetiba je Amani akan memilih tuk main sendiri or duduk diam2 dengan abak dia or me. Sedih tak? Dah la kita tak tahu apa dia rasa. Tapi kalau soalan kawan dia tu dah cukup buat hati aku pedih. Apa lagi dia? Mungkin dia faham tapi tak nak tunjuk?

Tiap malam juga aku akan tenung muke dia dan berdoa. Aku harap dia dapat cakap dan luahkan apa dia rasa. Selama ni aku yang tukang interpret apa dia rasa. Tapi sampai bilakan?

Plus aku bukan seorg yang penyabar. Kalau gagal aku selalu rasa nak nangis. Hahah mungkin kami bintang yang sama. Itu yang buat aku lebih sentisip pada perasaan Amani. Ngeh ngeh ngeh. Zamani selalu cakap perangai amani 100% sama dengan aku. Kalau merajuk tu makan hari. Hahahah.... Kalau tak puas ati tu simpan pendam selagi bole. Tak boleh simpan nangis.

Which is true...

Even my mom pun cakap benda yang sama. CUME! Saya tak sebijak anak saya. Hahahahaha... nak buat apa semua takut. Nak buat apa semua minta pendapat mak.

Panjang pulak ceritanyakan?

So ini video malam di mana buat pertama kalinya Amani buat home work! Since dia tak tahu nak pegang pensel. Cik gu cakap amani nangis bila cik gu suruh diorg buat latihan. Bukan suruh dia eh, suruh satu kelas buat, dia nangis sorang2. Hahahah pelik anak aku sorg tu. May be org cakap itu pelik. Mmg pelik la. Asal ko nak nagis? Tapi sebenarnya dia takut. Give up seblum mencube. Haaa ini yang mak faham anak mak la,kan. Dia takut kalau dia buat salah org marah dia. Org pukul dia, org tak suke dia.

Hebat mak amani yang ada kuasa membaca pemikiran anak :)

Cik gu bagi 8 buku semuanya. So bab baca ke apa dia terkinja2 melompat. Macam aku cakap dengan tembok je. Tapi dalam dia berlari tu, mulut dia ikut jugak apa yang aku suruh. Sbb tu dalam video tu muke ada sikit masam bila suruh duduk buat homework. Dengan mengunakan number yang abak dia beli, kita suruh dia match semua jawapan...

Tell you i bit surprise. May be kat GBOB nampak macam tak ambik kisah. Tapi amani manage to do it!




Suprise dengan kebolehan dia dalam 'value' number.Amani belum pandai tulis. Pegang pencel pun berkali ajar dia akan pegang cara dia. So bagus juga abak beli number tu kita suruh dia pakai benda tu je.
Posted by CidaZam Ammar on Wednesday, 12 August 2015

Amani......

Kamu sangat istimewa... kalau bukan di mata org... tapi ibu nak kamu tahu. Kamu adalah istimewa di mata ibu dan abak...

Now i worried about Ammar... mau bagi Ipad macam kakak ka???

Xoxo

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, August 12, 2015

My girl first hair cut

Perasan rambut amani pendek?

Sbb tak kose la nak uruskan tang rambut berjam jam. Rambut yang org kata cantik tu payah nak jaga. Lambat kering, consume banyak lak shampoo. Dia pulak jenis tak suke nak sikat rambut. kalau mandi payah jugak nak lap. Bole imagine nak gi sekolah? ammar suke belai rambut kakak dia. Tang dia suke bila jari dia tersekat kat rambut amani, and amani meronta nangis sakit. Best part si bujang tu bukan main senang hati gelakkan kakak dia.

Memula takut nak gunting rambut amani. Kang tak leh duduk diam tercucuk ke apa gunting macammana? Kang tukang gunting rambut tersalah potong. 1001 benda aku pikir...paranoid mother. Kadang-kadang aku rasa aku la punca amani jadi yang sorang pasif. Walaupun hantar anak kelas itu ini nak baikkan attitude dia tapi attitute yang patut di ubah adalah aku!

Selalu rambut amani kita gunting sendiri. Dah banyak kali gunting sebenarnya. Tapi yang major belum lagi and this is the first time!

Bagi yang dah baca my previous entry Autism is not disease aku ada mention tanda2 pada amani. Infect doktor suruh pergi rujuk ke klinik psychology kanak-kanak di HUKM sbb di mata kasar doktor pakar kanak-kanak, sintom autism tu mmg ada pada amani dalam 80-%90%....banyak sangat tu. Dan bila call pihak hospital kalau nak tunggu turn, tak silap aku dalam setahun setengah. Lama nak mampus. Walaupun dah dapat surat rujukkan, tak silap aku diorg suruh datang tuk sesi klinik tuk ujian which is time tu dengan ammar, than kena cuti. Bukan la berkira tuk anak tapi aku kena pikir factor lain. Kalau kena berhenti kerja, aku nak berkira dengan siapa? Dengan bos aku? Ko ingat bos aku akan kisah pasal anak aku?

Kita try cara lain. Pergi swasta tak mampu. Dah la area PJ paling dekat. Transport adalah sangat susah bagi aku yang ada anak kecil. Tapi aku cube juga masuk kelas kelas terapi. Dalam nak tunggu turn bawak amani ke klinik psychilogy tu, nampak sedikit sebanyak perubahan amani. Dan aku rasa dengan adanya Ammar, dia baru la nak berkawan. Dan sedikit sebanyak adalah perubahan.

Amani not amani yang dulu lagi.

Still ada sifat yang suke mengamuk, hempas barang, nangis tak tentu pasal. Tapi dia mudah di pujuk. Cume aku rasa dia ada speech delay tapi dah bawak pergi ke klinik kerajaan untuk kanak-kanak, kebetulan dia menyanyi nurse cakap one dia nanyi tu dah consider dia bole bercakap.

But still aku masih lagi belajar. Walaupun aku rasa dia ok tapi aku tak boleh nak rasa di zone selamat.

Berbalik pada dia gunting rambut.

Panjang sangat ceritanya. Macam aku cakap aku bayangkan dia mengamuk-ngamuk baling diri semua. Tp bila suruh duduk dia duduk...

Muke sedih... bunyi, air mata berkatung tapi masib bole di kawal



Saya yang menurut perintah.


Bertakung air mata. Tak nak ibu...sakit... takut....amboi sewaktu dengannya berbunyik


Tapi biasalah amanikan... dia kalau ada je gajet kat tangan dia diam. Ni kerja manja bapak dia. Sbb tu melampau. Nak bagi anak diam bagi gajet. Tapi bgi la kat ammar! no effect! Hahaha tak pandai controlkan. Even kalau tak dpt bukak screen lock pun dah di campak kat bawah. Hua hua hua




Dah potong rambut baru la nampak muke yang comel. Habis la kerinting anak ibu yang org puji cantik cantik tu. Tak pa la... janji ko tak rimas.

Balik rumah tunjuk gambar2 ni... dia cakap

"Why Amani sad ibu?"

"Haaa why amani sad? " Tanya dia balik

"Cause ni (tunjuk rambut) dah tak ada....."

Heheh tak pa la... nanti kita bela panjang lagi.. sekarang amani dah start sekolah. Kang nak uruskan rambut je dah sejam. Ko ingat cik gu ko nak ikat rambut ko kalau terburai ke apa? Idok la....

Comel tak kak ton amani tu?

XoXo


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails