Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, May 6, 2015

Parenting Issue - Car Seat

Salam....

Rata- rata aku rasa ini menjadi isu pada ibu bapa di luar sana. And sama macam org lain, aku hanya seorg ibu dan asas 'parenting' tu mmg kena belajar sbb aku bukan pakar dalam mengendalikan anak-anak ni. So I guess since sejak adanya kes kes kemalangan yang melibatkan bayi yang terkeluar/ tercampak dari kenderaan, maka isu ini sangat sangat sangat panas.

Aku bukan nak kupas, aku bukan nak mengajar, dan aku jugak bukan nak tunjuk pandai. Sebab aku tahu ini sangat2 sensitip.

Last year, lepas aku habis pantang Ammar, aku keluar dengan Zamani dan Amani. Nasib baik kita tinggalkan Ammar kat rumah that time. Keluar pergi bank that time. Bank dekat dengan umah dalam 5km. Amani as usual sedang berdiri kat seat depan. Tiba2 abang Zamani break mengejut. Dalam kereta nak berhenti, dia cuba sambut amani tapi amani dah termasuk bawah dash board. Aku panic. Zamani tetiba tarik amani dan peluk amani. Aku blur that time sbb aku tak nampak apa2 pun di hadapan kereta kami, no car, no motor and not even org pun! and what make Zamani break emergency?

Than aku pun dengan nada marah aku tanya la apasal dia break mengejut?Kitaorg kat tengah jalan besar ok. Nasib baik kami je ada kat situ, tak banyak sangat kereta. Berhenti kat tepi urut kepala amani sbb dia terantuk kat dashboard, dan kami pun coolkan diri masing2. Bila tengok laki aku nangis, aku diam je la. Tapi kesian tengok amani. And check2 kereta kemek sikit. And baru aku tahu Zamani break sbb anjing melintas. Tapi bila kami berhenti tepi, tak ada pulak nampak anjing. Tetiba tengok cermin retak


Urut dada sekejap. Nasib baik aku tak bawak Ammar. Mmg tergerak nak gi kuar duit dan tinggalkan Ammar dengan nenek. Imagine aku duduk belakang pun kehadapan, nasib baik ada kerusi yang halang.

We learned our lesson that time. Nasib baik Amani tak cedera. Agak kuat hentakkan tu, kalau tak takkan cermin kereta retak??

Org cakap dah kena baru nak beringat. Sblm tu pun dah dengar pasal budak2 yang tercampak keluar dari kenderaan. Tapi macammana? Anak2 kami tak nak duduk pakai car seat. Anak satu hal la tak nak duduk, mak ayah pun dok set kat kepala benda-benda ni menyusahkan! Sbb apa menyusahkan?

Sbb car seat bukan kecik yer kawan2. Kalau letak tu makan space. Dari muat 3 or 4 org belakang tu, silap2 sorg dua je bole masuk. Kereta Myv lagi la. Yang bawa Viva lagi la yer dak?

Ia jugak berat! Nak angkat kuar masuk tukar kereta payah. Mahal jangan cakap la. Mampu ko nak beli car seat dua nak letak asing2 dalam kereta? Mampu bagus, tak mampu diam.

Than malas nak angkat masuk anak sbb nak pasang tali pinggang bukan senang. Malaysia bukan negara yang sejuk. Buat tengahari ko nak berjalan, belakang ko perit semata nak tunggu and placed anak tu dalam car seat. Betul tak? Tak campur lagi anak jenis tak dok diam. Bukan takat bole tukar warna, dari manusia bole tukar iguana terus!

So aku faham kenapa berat bagi ibu bapa ni nak pakaikan anak seat dalam kereta.

Aku bukan la parent yang betul2 ikut peraturan. Sbb suami aku jenis yang malas gak. Dia malas nak buat benda2 menyusahkan. Percaya atau tak first 2 or 3 years kawin, naik kereta aku akan ingatkan,

Pakai seat belt sayang!

Pakai seat belt B!

Pakai seat belt bole?

Tonasi berubah2. hihihi

Zamani, dia mmg jenis naik kereta jalan! Hoiiii tak bule tak bule! So now automatik dia masuk kereta terus pakai seat belt. Korg tahu tak akak pergi kedai pun akak pakai seat belt, jangan kata gi kedai, kadang2 nak rasa aircoin dalam kete je pun, masuk2 je tarik tali pinggang. Hahah ko mampu buat macam akak? Mesti la ingat sbb punca utama fail exam memandu sbb tak pakai tali pinggang dulu. Siol je! Bawak confident, ingat abang JPJ nak cakap lulus, tetiba dia hulurkan kertas tu dia cakap

'Jumpa lagi... kesalahan paling besar adalah tak pakai tali pinggang!'

Akak siap cek tali pinggang seluar. Hahah sengal. Tepuk dahi that time. So now, lepas 18 tahun ada lesen, naik kereta tarik tali pinggang. Mmg badi terus!

Bila ada Amani, dia jadi spoil. Lagilah dia ada behaviour issue. Kitaorg lagi malas nak bagi dia marah2 mengamuk2. Bukan tak marah. Kalau ibu and abak dah start marah, maka mmg akan jadi tak best. Mood semua tak ada.


Dia suke berdiri macam ni kalau abak dia drive. While dengan aku dia boleh buat macam ni ketika kereta berhenti. Hahaha... kereta gerak aku suruh dia duduk. Bila dia terima arahan duduk mula la dia buat dengan tak iklas. Sampai ke bawah dashbord dia duduk. Punya nak melawan ckp ibu diakan?

Dia dah tentu tak kenal apa itu serik. Ibu and abak dia pun kadang2 lupa. Bila terjadinya kemalangan mula la concern. kalau nak cepat bagai, keselamatan anak di lupakan. Ye, aku mengaku dalam 'sembang macam bagus' kadang2 kita lupa. Kereta Myv tu berapa kali la keluar masuk car seat. Sampai zamani fed up. Aku malas nak gaduh. Dia cakap aku suke pikir bukan2. Dan semua tu satu doa.

So apa yang terjadi pada mereka2 ni adalah doa dari mak ayah diorg? Ermmmm. Bukan kita sepatutnya kena ambik pengajaran?

Aku faham ada parents yang cakap anak menangis. Jerit! Diorg sanggup pegang anak tu dari nak biarkan diorg nangis. Bila nangis mak tak leh nak bagi tumpuan. Which is true. Amani kita place dia dalam car seat, dia akan sedaya upaya kuarkan diri dari situ. Dan time dia baby pun dia akan nangis macam apa je. Tapi aku tak berani lagi nak letak dia macam tu je. First time bawak balik kereta dari batu tiga umah MIL dulu ke Klang, Zamani naik kereta dia, aku bawak Wira dan amani. Beberapa kali berhenti. Sbb? Amani buat perangai. Zamani plak dah ke hadapan mmg tak perasan bini kat belakang berhenti pun.

Amani dan Ammar tak di latih sangat pun dari kecik. Kecik di sini maksudnya baby ye. Amani bila dah terhantuk tu, kitaorg pakaikan car seat dia, sangat lawak sbb mungkin car seat dia ni antara 0- 2 kot, dia dah macam budak 5 tahunkan, letak kat area penumpang, kaki dia tak muat tersepit antara seat belakang dan depan. Letak depan, Zamani naik hantu bila dia tak nampak side mirror. Sbb amani tak boleh duduk diam.

Booster pun sbb teacher amani dan mak-mak di GBOB yang kenalkan. Daif tak tahu kan ada booster seat ni! This what we need. Macam car seat baby, ada price2 yang mahal dan murah. Janji memenuhi objektif kita beli je.

Booster ni RM 69 je, Kalau ko nak kata mahal jugak tak tahu la. Ambik la batu ke apa suruh anak ko duduk atas tu.



Pakai ni pun dia tak nak. Menangis nangis pada mulanya. Tapi pekakkan telinga sbb ini semua untuk kebaikkannya. And Ammar kamu yang kena duduk kat car seat.



Ni pun sama pesen dengan kakak dia. Tak suke. Tapi sekali lagi pekakkan telinga. Car seat ni ko bayangkan amani yang duduk. Mmg tinggi. Dia pun tak selesa.

Ramai yang bersuara,  apa jaminan keselamatan anak2 ni pakai car seat? Betul boleh avoidkan kemalangan? Kalau bole avoid than i guess semua kereta letak satu seat baby ni dalam kereta. Kalau dia tanya soal keselamatan di jamin atau tak, kita kena tanya pemandu. Dia bole pandu kereta dengan cermat atau tak dan jangan lupa tanya pemandu2 yang lain yang mengunakan jalan raya.  Ia di reka untuk keselamatan anak2. Risiko kuranglah. Car seat baby ni ko kena ikat dengan seat belt kat belakang, kalau ko letak je, kereta belok kiri kanan budak sama gerak better tak payah. Sbb itu yang aku buat dulu. Hahah bodo sengalkan. Letak je, habis letak anak. Budak goyang2 jatuh. Dah tu sendiri stress ia tak mencapai objectif keselamatan.

Mungkin itu yang buat Amani lagi seriau! Hahaha



Ada jugak yang kesiankan anak tido duduk... well to me esok dah besar pun tido duduk la dalam kereta. Nak tido baring, tido kat rumah. Heheh.

Ammar lagi la nak susu badan kalau nak tido. Takkan nak ikut sangat peraturan,kan? Heheh nak susu angkat la kalau dia dah tertido kat pangkuan kita tak pa, tak jadi kesalahan pun. Biarkan dia tido kat pangku kita. Jangan buatkan atau jadikan benda2 ni sebagai satu yang berat atau menyusahkan. Bila dia bangun letak balik kat seat dia.

Anak kawan aku sampai umur 7 tahun dia  pakaikan. Hihihi aku plak tengok macam kesiannya budak tu. Sakit kot badan dia. Ko dah la tak jaga keselamatan anak ko, org lain jaga keselamatan anak dia, ko plak yang sibuk2 kesiankan budak tu. Budak tu relex je. 7 tahun dah reti cakap. Mesti dia cakap dia tak selesakan kalau dia rasa tak selesa?

Booster pulak tuk ketinggian budak 135 cm or 7 tahun. Cara pakai macam kat bawah. Tapi minah ni dia tak suke benda bersilang kat dada dia. Sakit katanya.

Poyo sungguh ai kamu!


Ini tujuan pakai tali pinggang. Jadi kalau break ke apa dia tak ke depan. Sepatutnya macam ni tapi end up malas nak layan kerenah anak terus jadi macam ni




Hihihi model GBOB anak aku ni. Hahaha... dah hari ahad je masa tuk keluar berdua. Kalau tak abak mesti ada menghantar kami ke mana2. Ni kalau break ni, harapan ke depan tu tinggi jugak. Tengok gambar ni baru la perasan.

Erm ok lah, aku hanya berkongsi je la. Sbb bila kerajaan nak kuatkuasa car seat ni mak bapak banyak yang tention. Aku pun tention jugak. Sbb kereta aku je ada benda2 ni. Kereta suami aku mana ada? Until now amani masih berdiri lagi, itu pun kalau aku ada dia takut2 sikit nak berdiri. Dengan bapak dia? Bapak dia tu kalau anak dara minta apa pun semua kasi. Semua bole. Semua tak ada hal. Pernah sekali masuk kereta Zamani hint amani

'duduk duduk, ibu marah' Eh... anak ko diri selama ni ko diam ke? Aku bising tu tak la, tapi sentap aku tu semua tak tahan kot. Hahaha...Ammar masih lagi berdiri kat belakang gaya org naik bas plak. Lagi la seriau ibu nak. Ibu plak jadi seat belt dia. Suruh duduk kat pangku aku pun dia tak nak. Bila masuk MYV je anak2 aku jadi kanak2 riang. Semua diri. Syok sangat berdiri agaknya.

Masuk Wira, semua kecut perut. Pandai bebudak ni. Amani pandai duduk elok, tunggu aku or zamani pakaikan seat belt. Ammar pun macam redha duduk kat tempat dia. Tak ada alasan sbb sblm masuk kereta aku, siap2 bagi minum susu. So tak ada sbb dia nak kuar dr tempat dia.

Apa pun bagi aku, kalau anak2 mengamuk, kita sendiri tahu anak kita macammana. Kita sendiri yang tahu macammana dan keperluan yang anak kita perlukan. Sama jugak cara pakai carrier. Ammar enjoy carrier than stroller. Letak kat stroller je memekak. Sbb dia tak nampak mak dia yang gojes ni. Macam zamani dia lebih suke letak anak kat stoller, senang nak tolak, senang anak tido katanya. Bang, baby 9 bulan duduk macam tu kat perut mak dia. Mana ada baby tido terlentang. Hahah. Melainkan amani, 9 bulan dalam perut tido duduk, lahir tido baring, dah 4 tahun ko nak suruh dia tido duduk mmg tak la kan. So ammar still new. So dia suke jalan2 lekap dengan mak dia. Bagi aku stroller agak payah. Nak tolak nak beli barang pun kena letak luar. Abang zamani selesa sbb dia biasa jaga barang. hahahaha mmg tak rasa apa la.

Ok panjang dah membebel...

Adios amigos!

XoXo


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

1 comment:

anis abdullah said...

Baru tahu pasal booster tu..hahaha. btw memang kena ajar pakai sejak kecil. Anak i pun suka berdiri. La ni p hantar pengasuh pakai seat belt share dengan i.sambil riba anak sama2 pakaila...haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails