Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, September 27, 2015

Tiada rahsia

Salam

Rasanya malas nak simpan as rahsia. Soal mengandung kali ke 4 anak ke 3...

Ye. Mengandung buat kali ke 4. Walaupun sewaktu tu ammar belum pun setahun. Waktu aku tahu aku lewat period tu aku tak suspect mengandung pun sbb menyusukan badan dan memang merancang. Merancang pun macam sblm2 ni. Tak ada la ambik ubat. Rancang ikut waktu subur je. Tp of coz lakan bila kita susu badan period kita lari. Seminggu dua minggu lari. Tp bila kali ni mcm pelik nak sebulan delay. Sekali mmg Allah nak bg rezeki.

Aku mula risau. Ammar still blm setahun. Maknanya luka cser aku blm lagi baik. Yer ke? Itu assume aku je. Mmg serabut sangat rasa. So u decide to ask opinion gyne. Sbb diorg lagi pakar. Mmg diorg cakap agak awal. Tp tak merbahaya walaupun kondisi aku kalau mengandung mmg membahayakan diri dan anak. So bila doktor cakap ok. So kita teruskan. Alhamdulillah... aku takut sangat la kalau di nasihat tuk cuci/ buang... Allah you know la how its feelkan.

So this will be my last pregnancy... tak sangka secepat ini... tp Allah dah pun tentukan. Last pregnancy sbb dah 3 scarkan. So kena ikat. Dah 5 bulan lebih dah. Syukur la mmg kali ni tak banyak sangat masalah. Sakit di tempat cser pun Alhamdulilla belum lagi rasa. Tak tahu la di hujung2. Tp tahap ketahanan tu mmg low. Baru 5 bulan tp dah rasa macam 9 bulan... tak larat tp paksa diri diri juga expecially time kerja. Mmg mencabar.

Mabuk di awal kandungan. Tp sbb tu bulan pose maka syukur gak pose penuh tahun ni.

Tak ada la alahan yang mengada2 ke apa. Mungkin baby faham ibu yg perlu berkerja dan jaga kakak dan abang. Tp masak ke kemas ke mmg tak la. Terbaring je kalau ada peluang. And abang zamani as usual dia yg amik alih pasal anak2. Jaga, mandi... kalau aku moody atay penat dia layan bawak anak2 keluar sekejap. He is really responsible father/ husband. Walaupun aku tahu sometime dia penat. Tp belum lagi mengeluh.

Dan sebab tu jugak la aku hantar amani sekolah. Walaupun rancangan awal is 2016. Jan 2016 aku bersalin. Kalau baru nak masukkan dia sekolah kesian plak zamani nanti. Mana nak handle aku dan baby mana nak uruskan amani sekolah. Kan si amani tu specialkan. Jap lagi nak kena tunggu kat sekolah seminggu ke apa. Masak.... so lepas2 raya terus masukkan dia sekolah. Get ready awal2. Jadi awal tahun senang la dia sekolah. Zamani bole la uruskan adik. Means pendaftaran and jaga anak2 sewaktu aku bersalin.

Anak dah masuk 3 tak harap la zamani teman kat hosp. Biar dia jaga anak2. As for me baby baru aku jaga la. Macam amani dulu sian dia lost seminggu. Nak cakap tak tahu. Bila jumpa aku kuar hosp dia nangis rindu. Sbb ibu tak ada dia melekat dengan abak dia. Ke mana semua dia ikut. Sampai abak nak g toilet pun dia duduk depan toilet.

Erm ok la... rasanya cukup la bercerita. Aku akan update nanti. Asalnya nak berdiam pasal kandungan ni tp tak pa la... apa nak di sorokkan. Doakan semuanya berjalan dengan baik yer. Bukan nak riak bukan nak menunjuk... kisah amani dan ammar pun aku banyak senyap sampai bersalin. Kali ni biar la... nanti baby merajuk plak. Heheh...

Kali ni mengandung i bit sensitip... kesian abang zamani. Hahaha but like i said dia pun dah immune... heheh another one yg geng dia sok ni.

Aku sudahi entry dengan gambar fatel dopper ni... time mengandung ammar aku beli. So still used it for this pregnancy.

Adik baik2 yer nak... 4 bulan je lagi... membesar la kamu dengan sihat. Usah risau tentang apa yg ibu rasa. Usah pedulik apa yg ibu fikirkan. We need u... and tak sabar kehadiran mu.


posted from Bloggeroid

2 comments:

Mimy Hamid said...

tahniah beb rezeki...jaga diri ...seronok nyaaaaaaaaaaa....

anis abdullah said...

Tahniah....aku dan Mimy masih sorang anak bujang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails