Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, October 15, 2015

Update

Salam... tahukah anda saya sekarang tidak berkerja? Hahaha habis gila kaya lakan... tak la gimik je. Consider aku berrehat dari kerja. Tp still kerja. Cume sebagai free lanse. Lepaskan bayar hutang bulanan cukup la. Belanja harian kena kenyit mata peluk cium abang zamani minta simpati. Hahaha.

Sabar yer kanda. Dinda janji lepas pantang dinda tolong kanda. Payahkan.... pk anak2. Nak bg diorg yg terbaek. Semua mak ayah nak bg yg terbaik tuk anak2. So buat masa ni anak2 apa yg ada makan la. Nak mewah mcm ibu kerja tak dpt. Adik baby pun. Tp persiapan harus ada. Menyambut kedatangan dia.

So dah 4 hari jadi suri umah... tell u. I prefer kerja. Sob sob. Letihnya baru la kesian gila gila kat my mom. Padan la ku balik kerja x masak. Kemas rumah bila budak2 tido. Anak2 aku baik baik rupanya. Lagi2 ammar. Mmg beza dengan kakak dia. Tiap anak mmg beza pun kan. Hehehe. First may be lelaki. Second dia tak dedah dengan gajet tp dia punya explore tu... haaa urut dada. Kejap2 dia belakang tv. Kejap2 dia naik tangga. Kejap2 tengok dia dah kuarkan badan separuh celah tangga. Kalau jatuh patah riuk jugak sbb cubaan lepas badan di tangga paling atas. Trill sikit. Baru hero. Mak ko nangis kat bawah.

Badan da berat. Macam bawak muatan lebih. Mmg lebih pun. Nak kejar ko lagi. Dah rasa naik batu cave pun ada. Ada pagar kat tangga pun dia bole lepas. So bayangkan sendiri la yer lasaknya.

Sbb tu la mak aku cakap dia sanggup x masak. Tak kemas uma. Dia ikut je mana ammar gi. Itu kisah ammar. Kisah amani nasib baik dia sekolah. Dia pun da kurang main ipad maka dia belajar dr adik dia.

Rutin aku seminggu ni kul 615 bangun...

Siapkan sarapan. Time kerja, tak kose. Bangun subuh terus membuta balik... hahaha kali ni insap. Kawan baik aku kat watsapp sekolahkan aku, wajib jaga makan pakai somi. Ni pakai pun mak urus, makan pun nak mak urus. Aku kerja apa?? Dulu blm ada anak bukan main ko... minum petang pun akak rajin. Setelah ada anak....erm mentang2 abang zamani tak kisah ko melebih2 plak.

Satu lagi sbb keinsapan tak kerja. Maka tak ada la mewah... bukan la cakap kerja mewah. Tak masak makan luar. Tak masak tapau... kali ni berjimat.

So far kul 615 bangun goreng nasi and bihun. Yer roh rajin tu... tunggu dua tiga minggu. Tuna dengan pnut butter ada tersedia kat exbox. Kot malas... sedia tu je. Bijak tak? Hahahah

Than kul 730 pagi sesi kejyt somi and amani sekolah. Bersilat dengan amani dlm toilet 15 minit. Minah tu banyak gak ragam.

Im cold la...
Im hot la...
Im wet la....

Dah nama pun mandi. Takkan ko nak ibu tayamum plak!! 8 pagi terus hantar dia sekolah. Layan plak ammar. Dia bangun ko kejut kakak dia. Nama adik beradikkan. Dulu adil beradik aku x plak kakak bangun adik bangun. Hahahah kakak selalu mengalah bg adij siap dulu. Heheheh. Ni si ammar kul 7 dah bangun. Lepas hantar kakak layan dia plak.

Than baring la kejap sambil2 layan dia. Kadang2 aku tido dr dia. Hahah tahu2 muke kebas kena baling botol or balang biskut. Biadap.... sok ada bini buat macam tu... bangun... buat sarapan... baling beras 5kg kat muke bini. Hahaha nasib baik abak ko penyayang.

But tak leh tido. Lelap pun macam tak berbaloi. Selagi si kecik ni tak tido. So normally aku kemas bilik. Ewah tu pun mak buat dulu. Balik bilik macam hotel 5 star. Tp aku taraf motel je la. Susah gak nak kemas katil jah.... janji tak semak udah.

Than aku akan panaskan lauk sup anak2. Bila amani balik sekolah bole la makan. Tp dia tu diet je. Tak payah nak tunjuk rajin. 2 hari aku gv up. Ammar yg pemakan sama je jadi kakak tak nak makan. Last2 beli buah. Makan la buah. Makan plak. Apple sebijik. Minah salleh bebenor kamu ni amani. Macammana ibu nak jadi contoh ibu terbaek ni. Haiz. Paling tak nasi dengan kicap dia minta. Mak aku cakap. Buat apa nak masak penat2 anak tak makan. So ok la... dr nak masak bazir2.

Kul 2 mcm tu baru la siang2 barang masak tuk petang. Lembab amatur tak bertauliah ni masak. Kalau kul 2 tu baru menyiang... maka kul 5 baru habis masak. Hahahah.... kalau barang ready. Baru la kul 5 akak setat masak. Tuk tengahari selalu makan balance sarapan. Hahaha ala nenek dengan aku je. Atuk biasalah minggu ni dia pose je. So selamat la.

Tp like i said. Being housewife sangat memenatkan. Tp seronok tang jaga anak2. Baru la aku dapat luang masa dengan anak2. Amani and ammar pun mengunakan peluang sebaik mungkin. Bila masak ammar baling2 bawang... dia pun bg set kuali dengan sudip kat bawah. Masak bawang merah putih halia yg raw. Gasak la...kakak ko pandai cari tv. Ko plak jadi master chef. Boring masak lama sangat dia buat acara sukan lak dalam dapur...

Campak cili dalam toilet...
Campak baju kotor dalam mangkuk tandas...
Buang botol susu dalam tong sampah.

Haaaa advanture tak?

Nasih baik la tong sampah uma tu nenek pastikan bersih. Pantang nenek kalau dah habis siang2 terus buang. Rupanya nenek dah predict cucu perangai gini. Salute la nenek!

Erm entry tanpa gambar bosan... oklah wa belanja apa wa masak 4 hari ni. Sarapan ke tengahari dan dinner. Kose nak masak banyak. Lunch dinner sekali.



















Antara menu... dan antara aksi anak....















Baik tu baik... dalam baik gaduh. Ko pukul ko. Tu pun nak kena pantau. Ammar expecially. Tau2 muke aku kena baling balang biskut. Ko akak baling apa mampus aku nak jawab dengan abak dia.

Ok amani nak g sekolah. Nak bersilat plak.... bye bye

posted from Bloggeroid

1 comment:

anis abdullah said...

Perangai ammar cam aqlan. Tadi siang kena baling dengan board dia kat mata kita. Terus ngamuk kita ni. Terus tido. Adoi anak laki. Lepas pantang kerja balik ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails