Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, February 6, 2016

Pengalaman bersalin

Skrg kat fb rata2 ramai yg geram sbb issue mak2 yg bersalin cser ni, bukan real mother sbb tak struggle mcm mak2 yg bersalin normal. And sebagai ibu yg lahirkan 3 org anak secara cser, mesti la sentap. Apa plak tak real motherkan? Siap bole tunjuk bukti kot aku pernah bersalin. Ko yg bersalin normal tunjuk sikit bukti. Hahah ada beran?

See emo.

Tp now cser dah tak sesakit dulu la. Nasib baik x leh beranak lagi. Lepas di aiman ok lak. Hahah compare kakak and abang. Cume kalau bole bersalin sekali lagi aku nak full bius. Nak tido. Hahah... sbb pengalaman ke tiga2 mmg lain.

Pengalaman amani iman....



Amani prem baby... 35 minggu je minah ni. Tp syukur berat dia 2.5kg lepas la tak perlu incubator bagai. Kes amani plak tetiba satu pagi tu aku nampak kat panties air jenih... so sepanjang mengandungkan dia mmg tak pernah la discharge air ni. Dah la malam tu umah Mil nak wat open house raya. Aku tak cakap dengan mil cume bgtahu zamani tuk bawak aku g klinik sbb ada air sikit. Laki aku terus bgtahu mil. Its lucky he told my Mil. Kalau tak konon nak menulung la. Lepas tolong2 baru nak check.

Gi hosp Umra... sekali tengok air ketuban mmg dah reduce. So mmg air ketuban la keluar. Tp since HPJ yg handle kes aku (sbb ada historykan) doktor suruh aku pergi HPJ. Kalau HPJ halau cakap x ada apa2doktor rafi minta dtg Umra tuk bersalin. Bg dia kena keluarkan baby secepat mungkin.

Sampai HPJ di pantau 2 jam. Pastu dalam doktor suruh balik, aku di tahan ketika nak kuar bilik emergency. Kena stay sehari kat hosp tuk monitor. So malam tu doktor pakar dtg cakap kena induse esok pagi. So malam tu diorg minta aku stop makan. Cheh. Kenapa plakkan?? Kul 8 malam kot time tu.

Induse... perh pernah rasa during Aryssa. Sakit nak mammm.... tu baby kecik 500g and tak ada jahitan. Cukup aku rasa sakit sangat. Mmg aku harap and doa time ni biar la cser. So malam tu kena inject matang
Paru-paru. Tu pun sama sakitnya.... macam inject kat tulang! Nangis aku!

Tp sok pagi doktor pakar dtg kul 8... terus cakap we place you emergency cser. Macam tercengang. Biar betulkan? Sepatutnya jumpa baby 15 oct tarikh due. Sebulan lagi kot?Nama pun emergency cser semuanya emergency la. Call zamani pagi tu sbb doktor nak jumpa dia tuk sign segala borang. Alasan pakar diorg tak nak induse. Risiko baby lemas. 12 jam tak keluar sama gak kena cser. So buat apa nak sakit banyak tempat. Katanya that time.

Aku happy la. Wish come true. Time tu bius gune spinal bius. Chewah tak ambik epidural ni. Lepas cser, tak sampai bilik lagi ko dah sakit nak mati. Lepas masuk ward, terus dpt baby nurse ajar bf. Tengah sakit kot!!!!! Nangis je la. Lepas 8 hour kena gerak plak. Tell you sakit sangat!!! Org kata kalau jumpa baby sakit ilang. Tipu! Hahaha....

Muhammad Ammar Yusuf




Yg ni lak... plan cser. Awal kandungan dah tahu tak leh normal sbb ada fibrod. Tp bila dah bg date bagai check tak ada plak fibrod tu. Ilang terus. Tp since aku malas nak try try normal aku proceed je cser. Sbb ammar cukup tempoh 38 weeks and plus aku on esprin so by 38 week mmg cun cun je nak kuar dia.

Bila elective cser. Maka semua well plan ler. Semua mudah. Cume time masuk morfin bius tu doktor tercucuk bahagian urat. Renjatan elec kat kaki. Kesan morfin ni lain. Aku rasa itu epidural tp doktor cakap bukan. Effect ko akan pening and gatal2. Hahah time cser tu aku dah rasa gatal2 kat muke. Janam sangat.... tergaru2. Lepas baby keluar ammar diorg letak atas badan tuk bf sementara perut tengah seal. Tp lepas kuar bilik OT tetiba kepala berpusing2... mabuk terus.

Sakit kurang. Tak macam amani. Lepas tu muntah. Tu pun sakit manja2. Bagus lakkan? Next day dah leh jalan semua. Tp sblm keluar doktor bukak plaster tu ambik!!! Sakit nak mati gak. Dengan kaki tak leh gerak. Seram tau! Balik uma panggil akak urut. Dia tak berani urut tp dia sauna aku. Hahah bagi urat kembang. Bagi jalan darah. Dia urut pelan2 baru la aku bole angkat punggung. Kalau tak punggung pun tak leh. Itu yg buat aku seriau.

Muhammad Aiman yusuf



Anak dah 2... dan dua2 cser. So aku dah kira otai la. Set dalam otak ni. Dlm bilik ot apa sangat. Siap tanya doktor nak sesi pagi. Aku sorg je cser ari tu. Wahhh yg lain tak ada? Tp since bilik Ot tu rupanya di kongsi tuk semua penyakit. Padan la ikut turn. Patut ada la bilik Ot tuk ibu mengandungkan? Tp tak pa akak yg first. 7.30 pagi dah masuk bilik OT. Kecoh tul pagi2. Siap pesakit berbaris ikut turn. Hahah aku tahu sbb ada patient lelaki. Takkan la cser bersalinkan? So we all tunggu la turn. Nampak gak satu2 pesakit di tolak dlm ruang tu.

Doktor suruh sain beberapa document. Than aku org pertama masuk. Yehaaaaa suke la konon. Kata pengalaman 2 kali. Dalam bilik Ot tak sakit mana pun. Cume jangan salah cucuk macam time ammar sudah.

Kali ni doktor mention sama je macam ammar tp extra epidural. Tak bole kata tak sbb mmg epidural di perlukan sbb takut pembedahan berlangsung lebih 2 jam. Morfin tu bole bertahan 2 hours. So diorg cucuk epidural dulu sblm morfin. Cilaka tul sakit oooo time cucuk epidural. Lepas tu diorg tak jumpa urat nak cucuk morfin. Mau setengah jam kot. Doktor tu terus naik suara dengan aku sbb dia kata aku tak duduk diam. Eh plak. Lembut badan la, tunduk la apa la... lama ok... sampai dia tanya assist dia nak cucuk bahagian atas sikit dr pingang. Sbb diorg dah cucuk epidural so tak rasa la cucuk morfin tu. Rasa jugak...tp tak sakit sgt la. So cucuk laaaaaa.... hahah... eksen statementkan. Tp assistant dia tak bg. Kata atas sangat. Bahaya.

Bahaya???? Dia nak buat apa ni? Terus diorg panggil pakar kot. Pakar tu pun dr bilik Ot lain sbb time dia suruh panggil diorg cakap dia dalam bilik ot satu lagi.

Doktor cucuk aku cakap, she need that doktor. Aku nampak doktor ke nurse ke dok bersandar kat dinding macam nak tunggu kerja menyiang. Hahah... so doktor pakar masuk. Doktor bius tu tanya nak inject atas sikit, kira kat tengah2 badan. Doktor tu tak kasi. Adoi kalau la dia pandai2 apa la jadi kat aku?

Tah macammana dpt inject morfin. Kebas seluruh badan. Dlm 20 min diorg jerit

'Baby's head!!!! Ok baby out! 8.59 am!' Aik time amani ammar tak ada plak. Tp baby kuar nangis terus diorg bawak mana2... adoi tak macam ammar. So lepas tu kisah seram muncul.

Aku rasa daging di tarik2. Mmg rasa sangat. Memula aku tahan. Tp rasa sakit sakit sakit sakit... mmg rasa diorg tarik something kuar. Aku siap bg hint 'och' tp diorg wat dek... oiii ouch tu makna aku rasa ler... tp makin sakit.... terasa urat aku di tarik and di simpul dan tarik kuat2. Apakah?? Eh ingat balik seram la... sakit tuh!

Terus jerit.. sakit doktor! Doktor leh jawab

'Mmg sakit puan'

Haaaa??? Ni sakit macam tak pakai bius ngok!

Agaknya aku bising sangat terus bagi mask. Terus lelap. Tp still aku terasa diorg macam masukkan isi perut aku dan jahit. Macam real oiii aku mimpi ke??

Lepas tu diorg kejutkan aku. Kuar bilih ot masuk bilik pemulihan. Baby diorg try bf kat situ. Rupanya baby kuar diorg cari zamani. Mamat tu tak sampai hospital. First kuar bilik ot dah mabuk. Ala time tu plak la nurse nak ajaf bf. Aku mata pun tak leh nak bukak. Dengan nak muntah bagai.

Tapi... tak sakit ok. Bole gerak2. Aku syak pasal ada plaster tu la. Siapa kisah. Nak discharge kang rasa la suffer.

Tp lepas dah bukak plaster pun aku tak rasa sakit. To mengada org tanya sakit tak? Kenang di lapah idup2 aku sakit. Hahahah gedikkan? Tp sakit bukan tempat luka. Rasa organ dalaman bergerak2. Hahaha.

Aku rasa kalau kat swasta mesti dah bole berlari kot. 3 hari kat hosp diorg cucuk ubat cair darah. Mungkin sbb tu tak sakit sangat bahagian luka. Than tiap 6 hour telan ubat tahan sakit. Mungkin tak sakit la. Kesan epidural tu dasyat bebenor. Tak sakit. Tp lepas discharge pinggang ko sakit sangat. Tak tahu nak buat apa. Rasa bisa sangat. Duduk sakit baring lama pun sakit. Adoihai..... mmg tangkap tulang.

Erm macam2 pengalaman. Tp tak semua anak kita ada pengalaman yg sama. Yg sama sakit. Baik sakit lepas operation mau pun tengah operation. Sob sob.

Tp lepas ni harap aku tak hadap la operate2 ni. Sakitnya tu di mana2. Hebat tak hebat la aku kan. Dalam takut2 ambik 3 kali kena bedah. Tempat yg sama... itu pun nak beranak lagi. Hahaha....ni cakap nak sedapkan ati sendiri. Padahal????

Dah nak sebulan aku seriau luka ni. Perut plak terasa sengal sekali sekala. Mcm lebam yg di picit2. Tak sakit sangat tp kalau tertekan sakit la gakkan? Mcm tu la aku rasa.
posted from Bloggeroid

1 comment:

anis abdullah said...

oh i tahu that feeling...tapi i hari tu kena morfin jer..lepas tengok baby dah dikeluarkan terus tak sedar diri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails