Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label amaniimanzulaikha; doterlovely;. Show all posts
Showing posts with label amaniimanzulaikha; doterlovely;. Show all posts

Wednesday, April 25, 2018

Bila Bff Amani mengamuk

Salam uols...

Pagi ni I free sikit... ada benda yang menganggu fikiran aku. Akhirnya setelah Amani dah sekolah 4 bulan ni, isu 'kawan' muncul... hadap la cida masalah anak. Kita selalu risau anak tak makan kat sekolah, anak tak focus kat sekolah, anak boleh tak berdikari kat sekolah and so on... tak ketinggalan jugak pasal macammana anak berkawan kat sekolah.

Aku tak tahu sama ada aku pernah tulis atau tak pasal Amani bila berkawan. Diakan asik cakap English dan bila dia try nak kawan dengan org, ada setengah budak terutama budak melayu akan cakap dia sombong, berlagak... asik cakap English je. So dia terus bawak diri. So aku risau pasal tu. The only way yang aku bole tolong ialah masukkan dia sekolah yang berbagai bangsa. Sekarangkan banyak tadika islamik, so kalau islamik mmg semua melayu. So aku tak nak dia selesa dengan kalangan org2 melayu, dia kena mix dengan semua org.

Dan Convent jugak adalah salah satu sekolah yang tak ada majority, campur cina, india dan melayu. Aku dah kira Berjaya lah to overcome perasaan takut, segan Amani dengan bagi dia bercampur dengan semua bangsa.

Panjang mukadimah kat atas tu... hahaha

Ok... semalam balik kerja, Amani cakap kawan dia pukul dia dengan pensil. Ada luka kat pipi... mata mak bulat la... nasib baik tak kena mata. Tapi kenapa sampai jadi macam tu. Amani hanya ada satu BFF and dia keep sebut je nama kawan dia tu. Aku rasa siapa2 pun tak suke tengok anak luka di atas sbb org lainkan? Even kalau anak jatuh pun, walaupun salah sendiri, I'm sure kita mesti nak investigate sampai lubang cacing.

So I ask my mom. Nenek mmg detail, kalau baju Amani kotor semacam pun dia dah call bagi tahu aku. Tapi luka kat pipi Amani, nenek tak perasan ke? Tanya my mom, my mom cakap itu yang dia Nampak dulu bila Amani masuk rumah, tapi bila Tanya dia cakap jatuh.

See?? kenapa dia nak kena bohong nenekkan? Agak susah nak cakap dengan Amani ni, dia cube susun ayat dia dan as usual aku kena figure it out.

'Pensil kawan (She mantion mana BFF dia) tercucuk pipi saya'

'Kawan marah, dia cucuk'

'Dia ambik buku, dia marah, dia cucuk pensil,'

'saya luka... tapi tak nangis'

So aku kena figure semua tu jadi satu ayat.... bila tengok muke dia macam tu, terpikir macammana bole kena? Sengaja ke? tak sengaja ke? gaduh ke? ke main2 tetiba tercucuk? You know what I mean? Dia tak cerita dengan detail so aku kena solve the puzzle. Nenek dah bising, suruh call mak kawan dia and bagitahu pasal ni. Asik risau kena mata cucu dia. Haiz, ikut hati marah mmg la. Tapi Amani ni pun ada perangai annoying dia yang bole buat kawan marah. Dia suke peluk peluk org, cubit, tumbuk. Siapa tahu budak tu cube nak pertahankan diri ke, tak suke ke terkena?

Mugkin sbb Amani pun takut aku soal macam polis, dia pun cerita kelam kabut...

Me : Tell me what happened. Kalau Amani tak cerita, ibu tak tahu. Amani nak ibu cakap dengan teacher Rohini about this?

That is my first question... sbb kalau dia salah dia akan cakap tak payah... so I know something dia buat. Atau dia reka cerita. Sbb sblm ni pun kalau barang sekolah ilang atau barang dia rosak, dia keep salahkan kawan dia ni. Padahal kalau jahanamkan barang aku tahu dia mmg juara!

Amani : Yes... you call Teacher and told her Kawan did this to me....

Ok she is not lying than....

Me : Ok... tapi Amani kena cakap dengan ibu kenapa kawan Amani buat macam ni kat Amani.Amani buat dia marah ke?

Amani : Yes. I make her angry

Me : What did you do to her? 

Amani :  I don't know... she angry and told me she don't want to friend me anymore.

Me: You bit her? 

Amani : No...

Me : you pinch her?

Amani : No...

Me : You took her thing? 

Amani : No

Me : Or you cabut barang dia?

Amani : No ibu! she mad and she hit me using her pencil and tak minta maaf pun.

Me : You cry tak?

Geleng kepala. Tah la... bukan aku tak percaya apa dia cakap. Sbbnya kalau antara anak ni, aku rasa Amani ni mmg tak tahu nak menipu. Tapi bila nenek, mak su Tanya dia takut dan terus cakap dia jatuh. Tapi dari luka dia ni nampanya bukan jatuhkan? Macam tercucuk sbb at one spot.

So I decide, tak payah la kecoh serahkan kat cik gu.

Me : I'm going to tell your teacher about this. 

Amani : ok ibu... 

Since dia pun cakap ok... mungkin dia rasa mmg dia tak buat salah. Cume aku tak tahu kenapa dia mengaku yang dia buat kawan dia marah sampai kawan cucuk pensil kat muke dia. Cucuk ke terkena ke, I not sure. Tapi aku rasa tercucuk la kot. Since perangai Amani macam kucing gak kadang2.

Susah nak cakap and terangkan kat anak. Lagi la Amani ni dia mmg ambik bulat2 apa yang kita cakap. Kalau ko cakap jangan kawan dengan budak tu, mesti dia buat, yang best nama mak naik. hahaha bukan main gangster mak ko, ajar anak bukan2 Nampak?

Tapi Amani susah hati, tak nak gi sekolah sbb tak ada kawan nanti. Sedihkan?? Mak ati tisu. Kalau mak boleh masuk sekolah, tak payah la kawan  Amani, kawan dengan ibu je hahahaha... semut, nyamuk gigit pun kita bole mengamuk sakan, apa lagi kalau anak terusik. Tak kisah la sengaja atau tak, luka sikit je dah panic.

Tapi as mak, aku patut biarkan dia berdikari. Guide her but  let her decide. Mana elok, mana tak elok. Aku jugak harap aduan kat cik gu tu bukan la aduan suke suke. I really need to know apa jadi. Siapa salah. Budak yang buat Amani ni bijak cakap. First time jumpa dia pun dia dah banyak mengadu pasal Amani, so mungkin dia boleh explain kat teacher.

Bukan nak buat isu. Macam aku cakap, guide her. Kalau teacher bagi tahu budak tu buat Amani sbb dia marah Amani rosakkan barang dia, so aku kena tegur Amani cara dia salah. Berbuih dah mulut nasihatkan dia. Jangan rosakkan barang org... nanti mak bapak org marah. Still nak buat. Kena la habuankan?

Oklah till than... I just upload pic luka kat pipi Amani tu sebagai kenangan blog...



Tuesday, March 29, 2016

Bila amani mula berbicara

Salam.... lama tak update. Masih lagi tak dpt kerja tetap. Tp dah kerja buat free lance akaun kat tempat lama...ok la than nothingkan?

Miss that old place. 7 tahun ko kerja situ. Mau tak?

Anyway ada khimah kenapa tak dpt kerja skrg. Sbb kepenatan yg teramat sangat. Anak 3 lain penatnya. Letih bila anak bangun berjemaah. My two boys la. My girl tido mmg tak bangun. Adik2 nangis nak gegar bilik dia wat dek je. Kalau dia terjaga wat hal, jenuh la jugak.

So now aku hire babysitter. Anak dah tiga, mak aku tak larat nak jaga. Tp share dengan adik aku. Of coz. Akak tak mampu nak hire maid. Mahal! Nak hantar nursery pun sorg dah berapa. Kira2 bahagi dua ok la lagi kan?

Nak cerita pasal amani. Macam yang korang tahu, amani ni kalau kita cakap dengan dia, dia faham cume nak balas balik dia tak tahu. End up dia diam tak pun dia ulang cakap ko. Macam....

Soalan : amani dah makan ke?
Amani : dah makan ke?

Soalan : amani nak makan ke nak minum?
Amani : nak makan ke nak minum?

Nampak tak? Kalau english dia laju. So aku tak tahu sama ada dia faham atau dia tak leh nak cakap. Iaitu nak buat ayat. Matik la kat sekolah nanti macammana la plak. Bole ke dia deliver apa yg cik gu nak sampaikan?

Tp sejak ada helper ni, banyak berubah. Mungkin amani ni manja dengan nenek agaknya. Ada org luar dia pandai bawak diri. Nak cerita hujung minggu lepas dia bangun dr tido. Ammar kebetulan batuk2. So aku cakap

Me : amani turun bole? Cakap abak ibu nak ubat ammar.

Selalu kalau ko suruh amani, sama ada dia duduk je atau pandang muke ko. Itu aku tak tahu. Sama ada dia malas atau dia tak faham. Tp pagi tu, dia bukak pintu dan turun.

Amani : abak!!! Abak!!!...

Dengar nenek cakap sesuatu dengan amani butvim not sure apa nenek cakap. Tp pasang telinga dengar anak dara cakap

Amani : ammar kena 'kubat' ( short form makan ubat)

Not expecting her bahasa bagus since comunication dia banyak in english. Tp org kata mak je faham. Nampaknya nenek tak faham. Amani naik balik

Me: abak mana?

Amani : abak belum balik.

Me : eh abak pergi mana pagi2 ni?

Amani : tak tahu.

Me : ammar dah makan ubat ke?

Amani: ammar kat bawah. Dia blm kubat.

Dalam tak sedar, i had two way communication dengan dia. Bertentang mata ok.

Tiba2 aku jadi sebak. Ini mungkin yg aku tunggu selama ni. Selama ni aku risau dia tak faham. Aku susah ati la. Tak kerja. Kalau kerja duit aku mmg habis tuk anak2. Expecially amani. She need help. Kelas2 yg bole asah kemahiran dia. Dia bukan la cacat tp mungkin sbb aky dengan zamani pun tak banyak interaksi dengan dia directly. Yer la masing2 kerjakan?

Bukan la aku cakap zamani tak membantu. Tp kalau kita kerja senang. Kita tahu kemampuan kita. Nak hantar anak gi kelas2 tambahan ni. Dah bapak dia uruskan yg asas nak tambahan, kita la tambah duit. Ni bg aku la. Aku dah biasa.tak pandai nak bersuara. Kalau aku bersuara aku tahu abang zamani mmg ikutkan. Dia kalau bab anak tak la membantah sangat. Tp tah la.... aku takut melampau sangat. Kalau gaji dia 20k mungkin la kot. Order je. Hahaha

Than hari yg sama, tetiba amani naik bilik.

Amani : ibu... amani dah busuk!

Oiii dia payah mandi. Nak minta dia sendiri mintak mandi payah la. Turun2 helper aku tanya

Helper : eh amani dah mandi? Dia ada cakap apa2 kat akak?

Cakap apa plak.

Me : cakap apa? Tak plak. Kenapa?

Helper : saya cakap dia busuk.

Hahaha

Me : oh ada patut la dia naik bilik. Dia cakap dia busuk.

Macam tu gak hari2. Dia balik sekolah nenek akan bukak kasut dia. Tp nenek cakap kali ni helper tu cakap je, 'amani bukak kasut sendiri'

Dalam mengamuk2 dia bukak kasut. Sampai jatuh2. Pandai letak kasut kat tempat sepatutnya. See...

Tp aku syukur sangat la dia bole bercakap. Risau sungguh kalau dia ada masalah nak faham n nak sampaikan. Walaupun x selancar budak2 baya dia. But i still bersyukur.

Semoga akan ada perubahan yg lebih ketara.


posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails