Friday, September 23, 2011
Gift from tok cu and nek cu
Anyway tq mak cu and pak cu. Buat masa ni kaki amani iman tak muat tuk di sarungkan. Nanti dah besar bole ye.
Terima kasih
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Cerita September itu bermula Part 4
So aku luahkan pada sorg lagi cozen aku. Dia bengang jugak sbb aku tak nak dengar cakap dia. Dia cakap aku tak ada apa-apa masalah sbb peyed aku mmg tepat dan teratur. Mungkin Allah menduga sbb kalau ikut al-Quran pun rahim kita akan pulih 2 tahun after setiap kelahiran. Mean tempoh tu dah betul2 kuat.
Mungkin Allah nak aku betul2 sihat sblm apa-apa jadi. Sbb aku dok blame kenapa kenapa kenapa.
Ok pasal ubat doktor hamid bagi tu, aku mmg makan. Tak ada miss walaupun hati ni macam tah... boleh ke percaya? Hanya vitamin biasa ni je boleh mengandung?
Lagi2 nak makan ubat subur. So makan ubat2 tu selama 2 minggu. Ada yang tak kena. Sbb Hasbatul Sauda tu buat aku selalu pening kepala. Tak serasi ke apa aku pun tak tahu. Tapi mmg jenis nak pitam. So aku bagitau my MIL, dia cakap Hasbatul Sauda tu tak elok di makan kalau ada darah tinggi. Well im not saying aku ada darah tinggi. Tapi kalau dah darah pekat dalam badan tu sama dengan darah tinggi jugak.
Mil cakap mak sedara Zamani ada jumpa pakar kat KL Tower nunnnn... Ermm pakar lagi. KL Tower mau makan riban! Kot ubat pun sama dengan yang doktor Hamid ni bagi kot. But bila bincang dengan Zamani, dia setuju tuk pergi. Well aku risau la. Nak anak jugak tapi kena tengok tahap kemampuankan? aku tak nak sok Zamani salahkan aku ke apa.
Than aku setuju dengan cadangan mak nak jumpa doktor yang mak teh jumpa.
Than mak call aku... mak teh cakap dia hanya makan EPO. Lagi aku terkedu... Lagi la bila MIL cakap bukan takat mak teh je makan, akak ipar dia pun 12 tahun kawin tak ada anak, makan ubat tu terus melekat.
Gugurl confuse! Tapi betul aku semangat bila aku tengok my MIl bersungguh2 nak tolong aku. Than semangat dari suami jua buat aku terus usaha. Sampai my BFF cakap kat aku
"Ko untung cida, mak mertua ko bersungguh nak tolong ko dalam pelbagai cara. Tak semua org berkesempatan macam tu. Ambik peluang tu sbb Allah nak tolong tunjukkan jalan buat doa kau"
Ekceli bukan aku menolak apa yang my MIL rancangkan. Cume aku takut diorg sedih sbb aku sendiri pun sedih bila setiap bulan test mengandung ke tak, jawapan sungguh menghampakan. Apa lagi diorg??? kan?

So aku berhenti makan Hasbatul Sauda tu sbb melampau lampau aku sakit kepala. Dan terus makan Epo ni.

Baik jugak tuk kulit sebenarnya. Ini pun susah aku nak makan. Bayangkan sehari 3 kali. Luka tekak ko nak telan. Besar kot!!! Tapi aku nekad. Demi semua org yang concern tuk aku. Apa salahnya aku makan. Mana tahu rezeki Allah
Than peyed aku deley. Ah sudah!!! mungkin Allah marah sbb sendiri cari penyakit. Doktor dah cakap tak ada apa-apa kenapa nak ubah ketentuan Allah itu???
Sekali lagi aku tention!
Baru sehari lewat nak beli test pregnancy. Zamani bising. Suruh tunggu sbb mungkin dia tak nak aku frust. Aku ingat lagi hati aku betul tak sedap! MAlam tu Zamani lena, aku gi gurdian. Beli test pregnacy. Dan beli berbelah bagi! NAk test tak nak. Kalau negetive lagi??
Mati laaaaa... test dan tunggu...
Positive!? Tak salah lihat ke? Menangis aku ok... terus lompat atas katil tunjuk zamani result.
Zamani hanya senyum and peluk aku. Terus ajak aku gi check up.
Sekali lagi doktor kata tak nampak apa-apa. Sedihnya. Dia suruh tunggu dua minggu lagi. Dinding rahim menebal. Sama je dengan ari tu. Hati aku dah sedih dah. NAk nangis dah ni. At least check lakan?
Kuar dr bilik doktor sblm balik, aku buat test sekali lagi. And alhamdulilla aku mengandung buat kali ke dua.... syukur padanya.
Every one happy about it. Tapi doktor cakap aku kena banyak berehat. Sbb awal kehamilan bole tukar jadi peyed. Since situ setelah berbincang dengan mak mertua dan Zamani, aku cube rahsiakan kandungan aku, bukan sbb tak nak kongsi kegembiraan ni. Siapa yang tak nak? Siapa yang tak mahu? Tapi betul kata mak mertua aku. Hati manusia tak ada siapa yang tahu.
Ada suke ada yang tak suke. Yang yang doakan tuk kita ada yang DOA KAN tak baik tuk kita. Mmg semua ketentuan Allah. Tapi kalau kita menyakiti hati org kita tak tahukan? Macam aku cakap la, pengalaman mengajar aku dan menyedarkan aku. Tak nak terlalu happy sampai satu masa aku jatuh sedih sendiri. Walaupun Allah menguji aku selama setahun sahaja, tapi kesannya amat sakit.
Nanti aku cerita lagi yer... tak habis di sini. Jumaat depan kita sambung,
Thursday, September 22, 2011
Pantang
Kali ni aku betul nekad nak pantang. Kebetulan ada mak mertua yg pandai jaga pantang. Mmg aku minta mak mertua aku masak tuk pantang aku. Sian mak mertua aku jugak terkejar2 masak semua. Zamani dah warning siap2 suruh pantang betul2 sbb cos nak kurus dlm pantang much cheaper than ko nak slim sdrikan? So duit ubat, duit makan pantang everything he will handle. Bukan murah tau, tengok lauk lauk yg mak anta semua bole di terima tekak. Halia pun aku telan! Kongmengaaaaa! Kalau tak benda2 tu tolak tepi je kan?
Air aku tak ambik. Air halba je aku minum. Kalau haus sangat aku ambik setengah cawan air zam2. Adoiii nikmat. Time makan kul 12 tengari. Sarapan pagi makan roti bakar dgn air milo. Kopi boleh minum tau sila tahu saya pengemar kopi.
Erm mak kata kalau nak badan cantik pantang 100 hari. Terbeliak mata akak! Sanggup ka kau cida? Ckp kat zamani, dia ok je. Alaaa mak kata pantang 44 hari tu lepas tu bukan sama mcm pantang, it just air ais jangan ambik dulu, start makan ayam after 44 hari tu. Daging jgn ambik. Mean lepas 44 tu diet la. Haha tu yg payah. Aqiqah anak nak buat ni. Tuan umah takut tak tahan menu sendiri. Wakaka
Masalah sembelit so far belum lagi. Mil suruh mkn sebiji limau sanqis tu. Memula takut jugak. Tak berani makan banyak2 makan sebiji. Mmg lawas sgt. Operation ni dah baik tp kalau meneran rasa koyak perut ko! Oh tak sanggup nak bayangkan lepas sehari kuar sepital punya azab aku rasa.
Apa lagi?? Oh putik mengkudu! Mcm apa je rasa. Tapi bila telan bayang muke suami. Wakaka. Everything tuk cik abang.
Tadi mil call, dia dpt carikan bengkung tuk operation. Laju je call zamani. Takut jugak banyak sangat aku minta dia ni. Bil bersalin kat putrajaya tu pun makan ribu. Than umah siap, zamani siap beli heater tuk amani iman mandi tak yah esok nak jerang air panas. Than katil pun we all tukar walaupun katil ni tak la makan ribu, ratus pun still moneykan?
Laju je dia jawab
'ok nanti b balik kerja singgah umah mak. Berapa harga bengkung tu?'
'Erk 200 je b. Nanti dpt gaji I bayar duit bengkung tu kat u eh?'
Jawapan suami ku yang buat aku nak melayang-layang
'Tak pa b bayar kat mak petang karang'
Eh tak yah bayar balik eh?? Vah vah!! Aku bgtahu mak aku
'Haaaa pakai! Pantang betul2. Esok gemuk sendiri memekak! Ko dgn fidah sama je.'
Hahah mmg la sama kan kami anak ibu. Kami ni beranggang je lebih. Wakaka. Tak gitu??
Selasa ni urut. Adoiii mmg lemah badan ko tunggu 2 minggu. Itu pun my MIL uruskan. Nasib baik la. Rezeki amani iman semua ni. Best urut ni tapi tu la risau sakit je. Bahaya tul sakit bersalin ni. Selalu kita tengok org kata mengada la apa la, mat salleh, cina tak pantang pun? Tak tahu la, tp aku sekarang pegang lengan ke apa bisa jugak. Kaki lengguh. Perut pun senak. Kata mak mertua aku perut senak rahim nak kecut. Nurse pun kata gitu.
Ok amani mau susu. Heheh bye
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, September 21, 2011
Sedih bila dia nangis.
Banyak tu je. Dah tu amani iman pulak bersin since day one. Tp tak la kerap. Sehari tu wajib dia bersin.
Kata mak mertua aku takut amani iman tak sesuai minum susu formula. Aku mmg nak bg dia BF. Tp aku sendri rasa dia tak puas. Dia bukan jenis nangis sikit2 ni. Dia nangis kalau bole nak kuar suara dia. Hati mak mana yg sanggup?
Dia struggle nak isap. Tak tahu la breast aku ni besar ke apa sampai aku sendiri takut dia lemas. Pernah dia meronta2 sbb lemas. Sian tarik napas punya panjang. Eshhh aku mmg tak berani nak bg bila malam sbb aku takut tertido.
But everytime dia minum susu formula aku jadi sedih. Org kata mind la apa la. Demand supply from baby la. Aku bengang jugak bila kena sound dgn nurse and few ppl. 'Jgn ikutkan sangat, bila kt tak nak bg tu la air susu kurang.'
Amboi sedap ckp! kalau anak aku meraung sampai nak kuar anak tekak, nak aku terus tenyeh ke dlm mulut dia? Korg ingat aku suka2 nak sumbat susu formula dlm mulut dia? Sedangkan dia perlukan susu lebih dr apa yg aku bole bg dia? And she just 36 week now. Kalau nak compare baby yg cukup bulan.
Entah la. Tapi air halba yg mak suruh minum aljamdulilla setiap kali minum bole rasa bengkak. Time tu amani iman sedap la minum tp mcm aku ckp dia nak membesar so she need more. Tambah la sbb dia kena kuning that day. Dr ckp dia cepat haus and lapar sbb lampu tu kuat. So klu korg kat tempat aku mcm mana?
Next week urut, see how. MIL banyak bantu. Kalau MIL tak ada aku tak tahu la stress jugak la. Sampai merah2 breast aku, petua juga ada suruh sikat atas payudara ke bawah tuk lancar pengaliran susu. Kuar but not much.
I really want to BF amani iman. Ibu mana yang tak nak?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Aku percaya
Mcm Amani iman kalau dia tengahy gerak2 dlm tummy, she will stop bila aku suruh zamani pegang atau tengok. Tention kadang2! Kang zamani ingat aku mengada2.
tapi bila lahir, amani iman mmg cam suara zamani. Semalam zamani start kerja. Selalu dia ada umah je kan? Now bangun pagi tengok abak tak ada. Kul 5 petang dah mula meragam.
Hek sana! Hek sini! Tak tahu dia nak apa. Cek perut tak kembung. Bagi susu badan kejap nangis. Sampai minum susu fomula ingat dia tak cukup minum ke apa.
Dengar bunyi pintu bukak, zamani bagi salam, dan2 mata besar. Bunyi pun tak ada. OOOO rindu abak dia rupanya. Dah tu nak suruh tido dah tak leh la. Samapi aku suruh zamani jgn berckp dlm umah. Haha keji. Dah anak dia dgr suara dia je cubaan bukak mata dan mulut.
Padahal bapak aku ckp sikit punya kuat tak ada makna dia nak jaga. Sampai zamani tukar lampin dia pun dia senyap. Cube aku! Tak pun nenek dia! Nangis memanjang.
Tp bagus jugak. Kalau mcm ni selalu, senang ler kerja ibunda, wahai anakanda!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, September 20, 2011
Like father like that la the doter
Gigih we all cari gambar2 lama. And jumpa. Sama eh? Like that la father, like that la doternya. Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Yg sama dgn ku
Amani iman hidung mcm abak... Fine!
Amani iman ada mulut mcm abak... Ok fine!
Tapi amani iman ikut satu sama ibu. Tangan cepat lebam. Kalau kena cucuk mmg kesan tinggal seminggu dua. Dah la anak dara acik ni halus orgnya. Mak anak kuar hosp mcm kena dera.
Pity her! Kena cucuk ingat tak sakit ka?? Meh ku cucuk ekau! Tu baru tangan. Lengan, peha, sama dengan je.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, September 19, 2011
Kena bayar deposit ni
Rayyan lak tunjuk kasih abang. Mcm dah besar je sibuk nak dukung amani. Oh sgt bahaya. Tak bole lepas sesukati je ni.
Hehe rasa2 ibu amani iman leh minta deposit tak? Haha. Dush!! Sunatkan amani iman dulu baru pk cari menantu! Wakaka
Erm dlm tempoh terdekat ni nak hantar amani iman sunat. But of cos tgk dia kena cucuk pun tak sanggup apa tah lagi sunat ni? Better do it now time dia tido memanjangkan dr dia dah pandai main, kan? Minta my MIL temankan dan tengok la nanti
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
New dady
Kami bukan merunggut. Walaupun amani iman berjaga selepas pukul 12 malam, aku tetap bersyukur. Walaupun lepas ni masa tido, dan masa lain akan berubah, aku tak kisah. And I'm sure zamani pun rasa benda yang sama. Mengantuk mcm mana pun kami gagah bangun tuk melihat si kecik.
Solute to those yang ada anak kecik 2-3 org ni. Lagi mencabar kot rasanya yer?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sunday, September 18, 2011
Zamani
Sorry baby! Promise you everything will get back to normal. Jaga makan pakai you and our iman as well.
Hari ni aku minta dia belikan barang tapi tengok berjam2 baru nak balik. Tersentuh hati seorg isteri bila dia bawak balik beberapa helai baju.
Korang tahukan amani iman lahir tak cukup 9 bulan. So dia sangat comei sampai baju tak muat. Pernah one nite after balik dr hosp, aku dengan dia tukarkan baju anak. Well aku tak nak susahkan mak aku, konon nak belajar sendiri. Tp kesan operate ni membuatkan semua terbatas. Zamani take over tukar lampin. Both of us tak ada pengalaman tukar lampin baby, lampin budak mcm rayyan and aliya ada la.
Nah!!! Zamani pakaikan seluar time angkat amani iman, seluar melorot terus! Panic la!! Amani iman mmg sensitip sikit. Sejuk kot. Melalak sampai aku terasa nak nangis sama.
Pestime zamani bebel. Cari2 baju yang amani iman leh pakai. Nan ado.
Last2 tadi tersentuh hati tengok dia shopping barang anak. Allaaaaa sweetnya. Aku sendiri tak dpt nak pilih baju2 mcm tu.
Semua saiz amani iman. akhirnya ada gak baju tuk anak ku tu. Bukan tu je, banyak jugak keperluan lain dia beli. Aku tak pernah terpk zamani that kind of mankan? Kalau beli brg tuk anak buah pun suruh aku pilih. Pastu belasah, bg idea pun tak nak. Alhamdulilla dia bukan jenis yg lepas tangan.
Amani iman dah ada mykid. Dia cuti terus buat permohonan kat putrajaya sbb nak dptkan mykid tu hari yg sama sbb kalau buat kat branch jpn lain ambik masa sebulan. Dah la permohonan tu tak ckp nak ic akukan? Dia sanggup patah balik klang ambik ic aku yg tertinggal.
Dan yg paling mengejutkan.... Aku selalu ckp dia tido mmg bom jatuh pun tak sedar. Amani iman bunyi 'hekkk' je dia dah terjaga tepuk, sweet. Dia suruh aku tido bila amani iman bangun kul 5-6 pagi. Ermm mungkin tanggungjawab tu bermula dgn adanya amani iman zulaikha.
Ok since update tru BB maka adalah sangat bengong bila gambar semua di atas!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone





