Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, August 5, 2012

rindu suami rindu anak

Assalamualaikum....

uiiii kejapnya dah 15 ramadhankan? dalam aku sibuk menjaga Zamani kat sepital tahu2 je dah pun 15 hari puasa.

Now aku kat rumah adik sepupu aku yang doktor kat serdang tu. Dia dok ajak pi rumah dia, tapi tak pergi dan hanya kesempatan pergi pun sekarang ni... ehem ehem.... laki ai tu manja. Mulut suruh balik tapi he need me. Vangga sekejap.

Zamani dah selamat menjalani pembedahan rusuk kanan dia. Syukur sangat. Kalau kat Fb tu korang tengok aku uodate ckp pembedahan tu postpone ari selasa depankan? Jadi aku pun dengan berat hati pergi kerja. Pagi sewal pukul 6 tu zamani dah kena kejut dengan nurse, operation ari jumaat tu sepatutnya pukul 3 petang. Tapi kami laki bini dah kena bangun pukul 6 pagi ok!

Pukul 8 lebih macam tu doktor cakap cancel. Postpone ari selasa. Aku pun pk macam takkan nak cuti panjangkan? melampau la... so aku decide to go work.

Sampai opis dalam pukul 10 pagi. Hati tak sedap, call Zamani dia cakap dia tengah tido. Before aku gi opis tu, aku belikan dia nasi lemak. So tanya la dia dah makan ke belum. Dia jawab belum. Nurse cakap may be buat operation ari ini (jumaat tu jugak)

Pulak!!!! Hati tak tenang. Tapi Abg Zamani cakap mmg slot dia petang macam pukul 3 atau 4. So contiinue buat kerja. Sekali pukul 1 ptg dia call cakap nak masuk bilik bedah... gila la ko!!! aku mula naik hangin. Bukan hangin dengan dia tp pihak hospital! walau its minor operation but still la kan? mesti ko ada kat laki kau. So bawak kereta selaju bole. Dengan harapan... "wahai kereta bertukar la ko menjadi ferrari"

Hari pertama mmg teruk, menjerit2... kalah budak kecik.Aku pun sedih tengok dia. Sakitlakan? Tak bole nak tengok kedaan dia yang lemah tu. Doktor suruh bagi dia air. Tapi knowing baby tua kalau sakit, kalah AmaniIman. Ku tahan telinga ar.

Second day jadi teruk sbb doktor dah stop Epidural. Ha dah macam org bersalin. Zamani suke keraskan badan dia. So doktor pun marah sbb kalau dia keraskan badan dia, maka sakit la... normal la semua kat situ di bedah. Tapi dia yang lebih manja. Aku plak ngeri tengok. Wayer bukan main sana sini. Dah tu bekas darah semua Alamak!!!! very the sengsara ok... Aku nasihkan dia lembutkan badan... kena tengking

"Ingat tak sakit ke???Nak nafas semua sakit!" Ok tatak diam la...kang kena lagi. Nak kata apakan? Helo saya pun operate kat perut. Lagi susah nak gerak kalau pikir. Tapi according to my cozen "dia potong tulang kak, lain dengan bersalin... sbb dia nafas buat masa sekarang mmg sakit. Kalau diorg kata epidural tak jalan, imagine la mcmmana sakit dia."

Insap sekejap.... sian laki ai! Betul la... gune epidural bg bersalin, dua hari ko dah berjalan ratakan? Dia mengerang sakit sampai doktor stop epidural sbb lebih dose pun tak elok.

Bising sangat nurse jap dia kasi tido... hahaha...

Third day dia dah bole makan... tapi doktor suruh start dengan makan makanan lembut. Knowing zamani dia mmg tak makan bubur nasi. Lagi makan hospital lagi la jangan harap nak makan. Dia kata tak nak! means dia tak nak. Puas pujuk. So again my cozen bro cakap belikan zamani mushroom sup ke apa. Makan dengan roti at least. MMg nak makan mmg tak bole sbb rusuk dia buangkan?

So belikan mushroom sup dan wipe potato semalam... habis dia makan... Syukur sangat.

Sepupu aku ajak aku tido umah dia. Since dia tak kerja. Tapi pukul 6 Zamani call aku... guess what... terpanjat akak! dia nak gi toilet... nak gosok gigi semua... hoyeiiii... secepat kilat papah dia ke toilet. Gosok gigi, lap badan dia... siapkan milo dan makan roti... dia bersuara rindukan amani iman. Minta ibu bawak amani iman ari ni umah jay sbb nak buat video call... gasak la... kalau dia naik ward, dia nak minta tolong sepupu aku bawak naik ward. 5 hari tak jumpa anak...

Dan dia cakap...

Nak macaroni sup! Selera tengah adakan? Terus call my cozen pagi2... nak pinjam dapur... hahah amani iman pun on the way ke umah busu din... heheh bole la suap dia sekali. Buget sedap je lakan? tak pa... janji hati aku gembira...

ok nak beli barang masak...





Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, August 3, 2012

Zamani update

Zamani masih di dewan bedah. Menyesal sbb aku tinggalkan dia hari ni. Bila pagi tadi nurse suruh bangun bersiap mandi dan tukar baju bedah tetiba doktor ckp postpone ari selasa sbb isnin cuti umum. Pulakkk... Dr duduk baik aku kerja. So tak la membazir cutikan?

Tahu2 abang zamani ckp dia kena bedah. Slot kosong ada. Patutnya ada cina tu yg kena bedah tp lepas doktor inform cancel operation dia terus makan. Jadi slot tu dpt kat zamani.

Dah sampai opis hati jadi x sedap. Rupanya dia nak d bedah.

Now aku tgh menunggu. Oh sangat letih dan mengantuk. Tp hati x tenteram. Hope semua berjalan dgn lancar.

Miss you hubby... Really miss you...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Uh!

Me tak kuat mana pun. Ko tau la tatak ni hati lemau sikit. First time aku tahu pasal zamani msk sepital ni darah aku yg gemuruh lebih2.

Semalam ok lagi. But today worst! Dia relex tp aku yg gerun semacam. Not semacam... Tp bermacam2 huaaaa...

Permudahkan segalanya Ya Allah. Mcmmana dia nak hadapi kalau aku sendiri lemaukan? Doktor pun kata operation ni bukan major, so risiko kematian mmg tak ada. Just imagine eh sblm doktor brief kitaorg, ada couple ni. Husb dia sakit jantung. Doktor tu dgn slumber cakap ada risiko kematian dalam berapa peratus. Adoiii la mcmmana diorg hadap?

While me? Itu pun doktor ckp risiko infection and bleeding yg teruk. Itu pun lepas my cozen bro tenangkan insya Allah x ada apa yg parah, sekejap je la rasa tenang. Sob sob...

Lepas operation ni I guess mmg ada perubahan dengan zamani. Tahap kesihatan dia x akan sama dgn normal ppl yg sihat. So dia baik jaga kesihatan dia. Pemakanan yg sihat. Stop merokok.

Dia siap buat lawak dgn aku....

'I ingat time kita kenal dulu, youkan ada ckp u suke lelaki yg smoke? Nampak real guykan?' Aahhh time cinta bang! Semua aku nampak indah. Even aku dah jadi annoying plak bila bau rokok menusuk hidung. Tak pun hang belakon je la pegang rokok tu. Wahahah.

Ok x funny pun.

Aku takut, aku risau... Aku nak peluk dia tp aku sedar di sini dia yang sakit. Hehe bukan aku. So don't emo lebih2. Nak feeling lelebih pun aku x berannn sbb aku takut bukan dia x kuat tp aku.

So far abg zamani ok jer. Dia nak cepat2 sbb nak semua end cepat. While me? Don't know...

Doa la ye semua berjalan dgn baik.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 2, 2012

Zamani masuk ward

Yup... Dugaan bulan puasa bila en somi masuk wad. First aku dpt tahu pun ari selasa. And I was like blur.

Eh... Bahaya sgt ke sampai kena bedah? Since mmg we all know yg tulang rusuk dia punya bentuk ada lari sikit. Tp tak tahu itu tumor. Scary tak? Apa tah lagi doktor nak buang sbb benda tu x sepatutnya di situ. Walaupun ketumbuhan tu bukan sel cancer tp diorg takut lama2 ketumbuhan tu jadi sel cancer. So bila jadi sel cancer da tentu susah.

Explanation doktor pun buat aku gerun sudah. Doktor bukan nak buang tumor tu, tp sebahagian tulang rusuk yg ke empat tu semua. Alasannya mcm aku kata la. Takut merebak menjadi sel cancer.

That bad :(

Tp syukurla kami tahu awal. Itu pun tempat kerja zamani keep chasing him on medical report. Kalau x haram tak tahu sbb dia mmg tak rasa sakit, mau pun menunjukkan simtom2. Tp menurut kata doktor benda ni jadi mungkin sbb dia pernah xcident moto dulu. Back 1998. Ha aku baru habis spm. So trauma apa tah doktor ckp semalam. Acik lupa sudah. Anyway term doktor ni payah.

'Trauma apa tah tu' bole menyebabkan cancer tulang tp selalunya pada tulang2 besar mcm peha,lengan. Tulang2 kecik ni jarang berlaku tapi tak bermakna selamat atau takkan berlaku.

So semalam agak terlari2 sbb hosp serdang je ada pakar pasal tulang ni. So yg lawaknya aku ingat aku org paling jauh la yg dtg serdang. Sekali satu ward ni majority org pahang. Hambikkkk. Diaorg bila aku ckp org klang, padan la tercengang. Mana tu? Even yg paling dekat dgn kami pun, nenek ni. Dia ckp dia dr seremban.

Ermm apa2 je la. Janji zamani sihat. Risau jugakkan. Dah la bulan puasa. Bukan la mengeluh nak jaga. Tp takut menyusahkan org lain. Amani buat masa ni ibu and mak mertua aku jaga skrg ni. Budak tu malam x pernah tido dgn nenek lagi. So takut nenek pun terkejut malam2 cucu nangis.

Oklah... Korg doakan semoga semua berjalan dgn lancar ye.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 22, 2012

Salam ramadhan

Selamat berpuasa... Akhirnya kita di beri kesempatan menemui bulan ramadhan. Bulan keberkatan... Last year tak puasa sbb mengandung. Amani iman 7 mth plus... Permulaan puasa aku try puasa. Perhh nak pitam rasa. Mmg x larat. Plus amani kurg gerak that time. So risau maka tak pose la kita sebulan.

Tp tahun ni tahun pertama sambut bulan ramadhan dgn amani. Tell you kalau dulu dlm perut dia baby paling sopan. Tak byk gerak sampai aku kena pergi klinik scan seminggu sekali. Now?? Aku kerja dr kul 8 until 430 tadi. So dlm masa satu jam. Amani tak bole duduk diam. Aghhh mak stress. Nak apa nakkk oiiii???

Tapi tak pa... Usah merungut... Its normal la kot...dia dah semakin faham...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 20, 2012

Self update

Penat... Sehari 24jam x cukup bg aku. Kerja sekarang melambak2. Tak pernah yg habis. Kerja aku makin lama makin lambat. Tah pasal apa tah. Padahal mmg aku skip bfast dan lunch. Dinner baru makan. Bukan nak diet, tp mmg tak ada masa. Balik pun sampai rumah pukul 9 malam.

Amani iman? Makin lasak. Selalu tak byk ragam but now bole urut dada jap. Baru anak sorg. Tak tau la dua tiga sok.

Bole tahan jugak la mak cik ni kalau meragam. Bole ilang sabar. Pandai melawan plak tu. Kadang2 nak gelak pun ada. Kalau kita bebel dia terus Ah! Ah! Tangan siap pukul kita. Rasa nak lempang jeeeee sbb comei. Tp x bole layan sgt. Org kata kalau kita gelak dia tahu kita main2. Selalu abang zamani gelak2 tp ahkak maintain muke kelat dgn anak, walaupun nak gelak tgk gelagat dia. Dah tu bila tgk mak dia tukar kaler, mula la buat muke comel.

Dah 10 bulan ni, dia mmg tak tido pagi. Imagine tak! Ibu ckp paling lama dia tido pun setengah jam. Itu pun tido buai. Maka pukul 10 malam mmg dia da start mengantuk. Bagus jugak, kesan tak tido siang. Malam dia mmg lena ler. Bgn minum susu pun sekali je. Itu pun gue dah senang. Dia bangun je, bg botol. Dia dah pandai pegang. Siap habis susu campak kat tepi.

Bila dia nak tido malam tu, time tu la dia meragam ko! Pening lalat ahkak! Time tido malam, jgn ko mimpi senang lenang kat bawah. Dia nak tido bilik. Pasang air cond, pasang lampu. Selagi x naik, selagi tu la dia merengek. Sakit telinga! Naik tangga suke2. Masuk bilik lagi la hapy! Dah tu pandai memilih, 'adik mau tido katil adik (baby cot) atau tido dgn ibu?'

Kalau tanya mmg dia nak tido atas katil dgn kami. Melonjak2 kalau letak atas katil. Siap tido lena. Tp mak abak dia le sakit badan sbb space terhad. Dia dia yg bolot sorg.

So dgn aku jgn mengada. Isnin-jumaat tido cot, sabtu ahad je tido katil dgn ibu and abak. Sometime tgk mud aku gak. Hahah.

Kejap je dah 10 bln... Ni nak masuk 11 bulan. Bulan lusa besday dia. Dah setahun. Luka operate aku ni pun kekadang ngilu2. Anak dah nak setahun... Cepat betulkan masa berlalu??

Tak pa la. Usah merungut. Nikmati dan syukur dgn apa yang di kurniakan. Semoga amani iman sihat selalu

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 16, 2012

Habit

Amani iman mmg tido katil cot dia. Sometime bila mak dia mengada nak tido dgn dia, baru la tido sekatil dgn kami. But dia lebih suke tido atas katil kami.

Wajib!!!! Mmg satu kewajipan bg dia tuk tendang kepala katil... Dia syok dgr kepala katil tu terhentak dgn dinding...

Sungguh x sesuai...

Dah la rumah mcm umah aku mmg dergar kalau jiran sebelah tolak2 barang. Lagi kita marah, lagi kuat la dia tendang...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 15, 2012

Hujung minggu

Dah berserak rumah, lepak dgn abak... Yg ponat ibu ler nampaknya... Haiz.

Nenek kumpul pencedok susu. Dr amani iman lahir sampai ke hari ni... Mcm amani iman x ada mainan... Dia bg amani iman main collection dia... Haizzzz...

Hujunh minggu ku cerita dgn menjerit terpekik terlolong...

Sampai zamani tegur

'U nak suruh dia kemas ke? Biar betul.'

Idok la... Yg tukang layan tu ramai sgt... Kan kan kan?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saya dah ada gigi

Aku beli baby toothbrush ni time pureen sales. Time tu aku mengandungkan amani iman 7 bulan. Harga??? Seringit jerk. Hahah. Tangan gatal walaupun aku tahu aku akan simpan setahun atau dua tahun.

Bila anak da ada gigi... Bukan satu, tp dua!! Haruslah aku yg over! Miah miah miah. Baru gune pagi ni. Memula dia tak nak. Lepas syok... So comel. Pakai kat jari dan urut gusi or berus gigi dia.

Yang best, sbb dia ada bekas. Tak la aku risau kotor ke apa. Bawak mana2 pun senangkan? But gosok without ubat gigi yer. Uhuhu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

beg kecik Amani iman

Aku jenis yg x suke kalau nak pakai brg, brg tu x ada. Baik tuk kegunaan sendiri atau bila ada budak kecik ni lagi la aku rasa perlu. Kadang2 budak2 ni tak bole di duga. Kang berak la. Lepas tu makan, kang bersepah2, berlengas. Nak jalan pun cancel.

Zamani selalu complain, beg berat la. Keluar kejap je, so benda2 ni x yah bawak. Or kita keluar dekat je... And me soooo x suke.

Ada byk kes dah jadi. Some time tgh makan, amani buat kuih plak. Kalau kita pun tak selesa, punggung over load dgn najiskan? Bau satu hal. Kau bole tgk la dia buat perangai. Seminit dua senyap la... Kang sepuluh minit bunyi x henti.

Kita x bole nak jangka bebudak ni. Sometime elok je. Time siapkan dia, elok je tgk. Than meragam. Tengok2 muntut tetiba je merah. Cream plak kat rumah. Beli plak mcm rugi. Sbb kat umah pun pakai bila perlu je. So letak dlm small container and bring along....

Dan aku ni jenis was was. Siap ada spray air. Amani kalau kencing atau yak yak, aku x selesa nak pakai wipe je. Imagine kita gune wipe... Bersih ke? Mesti tertanya2. So sama la dgn amani iman. Dia x tau nak ckp, so selesa x selesa hanya nangis je. Wipe tetap aku bawak. Air dalam spray mesti ada.

Liquid basuh botol pun sentiasa ada. Sbb dia minum susu fomula. Cuci mcm tu bukan bersihkan? Siap bawak berus lagi. Hahah. Gigih cari yg comei2 letak dlm beg. Sampai ada cina tu bengang dgn aku. Lama cuci botol anak. Biar la... Ko bilas2 gitu je. Ha ambik aku siap bawak liquid padahal kat pasaran skrg ada jenis spray. Spray than cuci jekan? Tp aku siap berus puting2, botol lepas cuci dgn sabun, siap letak air panas tuk bilas.... Hahha. Mak mengada terlebih rajin. Well anak minum susu fomular, faham je la. Anyway she still babykan. Lepas setahun ok la. Abag zamani pun bengang... Kalau puting tu jatuh, aku rasa mcm kuman penuh jerk. Haha... Mula la paranoid. Beli puting dgn penutup.

Cotton but pun bawak. Sometime abak dia pun mintak kalahkan anak! Shampoo, bath form, tuala mmg sentiasa bawak. Kot anak x selesa bole mandi kat mana2. Sbb ini mak cik, ptg tak mandi, dia kalah monyet yang garu sana sini...

Heheh... Panjang plak entry. Amani iman yg tgk syok main tadi pun sampai lena sudah...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails