Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, February 4, 2013

Lepas geram

Terus naik bilik bila tengok amani iman naik hangin. Budak tu kalau tgk mak dia naik hangin baru ada akal kot. But i prefer diam. Tenung sampai nak keluar biji mata ni, dia nak nangis, dia nangis.

Budak lagi, masih tak tahu apa2.

Mmg la. Kalau org tua dah lama dah. Bukan kena pukul, kena pijak terus. But i know its anoyinglakan dgr budak merengek. Tapi kalau ikutkan sgt lain jadinya. Sometime aku sendiri confuse how to train anak sendiri.

Macam td, isu satu je. Dia nak tengok vedio. Selalu dia pandai pilih tp kali ni mengada. Aku depan dia ni. Yg abang zamani nak g makan. Nak abak dia layan dia. She know me well. Dgn ibu i can not do what ever i want. Tp dgn abak he just follow what ever i ask him to do. Abg Zamani x layan, meronta2. Melalak mcm aku pukul.

Ibu look at me. I know she disagree sbb aku buat tak tahu je. Aku buat x tahu bukan sbb nak lepas tangan. I just want iman belajar. Tapi semua tak faham. Dia melalak je, ramai yg entertain. And yet im a bad mother la kan? Kalau atuk dia ada lagi la sentap tgk cucu di perlakukan macam tak ada mak.

I know zamani sakit kepala. And dia malas nak dgr anak bising. But toooooo much la. Makin hari dia makin menjadi jadi. And now kalau dia nak satu barang and kita tak bagi dia gigit tangan kita. Proteskan tu?

Aku tunggu je dia buat macam tu kat aku. Tahu la apa aku nak buat.

Zamani pernah ckp kat aku the reason amani tak manja dgn aku sbb aku selalu tak hiraukan dia. Sbb apa? Im her mother la! Ada benda yang aku nak dia belajar. Dah semua manjakan dia sok apa jadi?

Aku sendiri dia tak hormat?

Tah... Give up actually. Biar la org nak ckp aku bad mother or bad wife. Mulut orgkan? Korgkan pandai menilai. Anak rapat dgn bapak je bapak la banyak berkorban. Macam aku ni beranak je tak jaga. Macam aku abaikan kebajikan dia.

Sedih jugak bila abang Zamani keluar statement

I pun kerja tapi apa pun i utamakan dia balik balik kerja.

Halooo siapa sampai umah dulu? My duty as mak bukan main je dengan anak. Tu yg malas. Cakap kang kata kita ungkit but that is our responsibilities. Tak payah la cakap or bgtahukan.

Memang bapak skrg dgn bapak dulu lain. Even i admit alhamdulilla la zamani not like my ayah last time. Aku tahu anak aku bersih. U want money i give. Pandai2 uruskan anak.

Cume aku rasa amani x boleh di manjakan sangat. Tgk dia tah. Bila tengok dia mengamuk2 nak barang terasa macam satu kegagalan kau tahu. Kalau pagi tukar pampers dah jadi raja pulak org nak pujuk dia. Tp kat tangan aku ok je. But kalau abak dia ada, alamak! Cukup mengada. And yet zamani ingat aku garang sgt sampai anak tak nak. Aku ni dah sama taraf macam mak tiri dah kau tahu. Ingat aku tak sedih anak tak nak kat aku?

Ibu ckp ini bukan slh didikan but she follow my attitude. I was like....... Halo ibu! Okla diam je. Cucu emaskan. What to do. She just not lucky to have mom like nenek. Sbb mak dia kurang sabar, kan?


via Amaniiman iPhone

Tuesday, January 29, 2013

Skin care


Muke sekarang dah macam.....

Macam.....

Bermacam macam....

Mmg rungsing. Well aku tak nafi la sbb stress lately... Kalau kerja tu, niat di awal pagi nak balik 530 petang. Tapi bila dah habis time kerja extend sampai pukul 7 to 730. Bila last minute kerja ni la yang payah.

Aku mmg gelabah kalau muke effect apa2. To tell uols... Muke ku kini??

Nampak tak benjolan2 di muke ku? Stress ko! Tak tahu la aku tak serasi dengan apa.... Menjadi2 naik jerawat and yang paling best bila kena tegur dengan abang zamani korang yang mulut dah tak berapa nak manis dah...

Main tegur je...

Cube l dengan nada yang syok sikit... Ni?

Dah macam si amani pulak....

" eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeedeeeeedeeeeee" panjang EEEEE dia... Yup! Amani kalau benda yang dia geli ke, tak suke ke dia akan cakap eeee.

So berejam2 la aku kat watson and gurdian. Padan muke ko! Aku habiskan duit dan masa!

Kan aku habaq aku pakai Vasia??? Mmg tak serasi. Naik segala semua jeragat dan jerawat. Tukar balik to olay yang aku pakai before, sama je kesan. So ini hasil rembatan


Hada labo trial pack! Pencuci muke dia mmg ok... Sbb saya penguna pencuci muke hada labo. Than toner dia more mcm air cristal ( hahah air cristal pun tak pernah tengok... Sukati aku nak cakap MACAM?) alaaa yang pakai SKII tu tahu la kot... Wahhh sekali lagi macam pernah pun pakai SKII. Hhaha.... Ko la versi murah....

Lembam, lembut muke... Tapi jerawat i tak surut.


So mungkin kena tunggu dengan kesabaran.


Perlukan ubat tuk kulit... Ada hormon tak betul ni. Ingat nak ambik EPO. Hahah kulit licin yer adik2 kalau makan EPO tu... Bagi yang tak tahu EPO evening prime oil. Tapi bersedia la nafsu makan tu... Membuak2. Abang zamani korang dah suruh akak makan EPO tu. hahah nanti bang... Kang lain jadinya. Kih kih kih...


Than yang ni serum tuk jerawat. Alhamdulilla berkesan. Cepat jerawat susut. Perhhhh bila pikir balik asal aku kena beli Sendayu Tinggi yang sampai RM 26! Padahal beli je johnson clear and clear tukan... Tah2 RM 6-10 jer...

Tak pa... Nak cantik...

Ho ho ho....

Lama juga tak buat facial. Ermmm tak jumpa tempat yang aku betul2 suke. Akak yang akunselalu buat tu dah tutup!! Eeeee salah dia la ni!

Tapi betul. Mmg stress lately... Kerja, rumah, family. I bukan super woman yang boleh bagi perhatian sama rata. Sian anak aku, now malam tido, tido atas badan aku tau... Siankan? Susah abak ko nak kacau ibu... Wakakaka....

Amani terlebih manja sekarang. Kalau minum susu, aku tengah baring, dia ingat badan mak dia ni tilam, main landing je atas badan. Tak pa... Ibu tak kisah. Kalau aku jalan, dia suke paut kat kaki. Kaki mak ko dah macam pokok merbau... Ko jadi pokok tumpang pulak...

Yer itu antara sbb kulit muke saya berjerawat....

Tetiba!

Monday, January 28, 2013

My Raeesah Khalishah

Welcome my dear Raeesah. 26 jan 2013...

Mak long org paling teruja after mama and papa... Waited her so long... Hahah overkan? Terasa nak anak lagi. Lalalala...

Saturday, January 26, 2013

Si rabun

Sbb pertama aku selalu elak drive sendiri especially kalau malam adalah sbb aku rabun. Oh sakit hati beb drive dlm keadaan x nampa. Stress!!!

So sila faham
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 21, 2013

Pukul 3 pagi

* nada Tan Sri P.Ramli*

Pukul 3 pagi.... Mengadap kerja lagi....

Yer sayakan rajin... **muntah darah** kerja yang patut di siapkan tak habis pun kat opis walaupun waktu saya berada di opis melebihi 8 jam... Uh... Apa je ko buat eh?

Main golf mungkin... *mata ke atas*

Eh opis banyak kerja. Kalau sehari tuan besar panggil mengadap 80 kali! Mana nak siap kerja aku. So konon nak buatari sabtu. Kira ober the time la, tapi wajah anakda di rumah memangil2. Kalau dah bawak balik rumah kerja kena tunggu pulak masa yg sesuai, kalau tak ada assistant yang gedik nak nolong...

Abang zamani tak tahu aku bawak balik kerja... Syabas! Sabtu malam tu lepas dia masuk tido, akak merangkak macam ju on buat kerja depan toilet! Hahaha nak dapatkan caya punya pasal. Kalau idok mmg niat nak buat kerja dalam tandas terus.

Than malam ni pulak, aku rassa bersyukur pada premier league. Dia menonton sampai sekarang tak naik2... Hahah tertido la tu kat bawah. Tak pa kali ni akak tak emo. At least habis sudah kerja akak... Ekceli not yer... Figure2 dah ada, nak susun je.

Ha! Ini la kerja account kalau korang nak tahu. Susun2 nombor je... Hehehe

Ok nak tido.

Erm mulut ku ulse dah dekat seminggu lebih. Makan pun susah. Ini patut diet tapi lawAn sakit, main makan je sampai mengalir2 air mata. Hahaha mana la nak kuruskan. Bonjela semua dah letak, tapi rasa macam serius je. Kesannya sampai terasa satu mulut sakit. Dengan gigi2 aku rasa sakit tau... Damit! Nak ambik mc tapi banyak kerja la minggu ni...

Rabu meeting akhir tahun... Hahaha patut buat akhir tahun tapi malas la, account tak siap lagi...so di awal tahun buat meeting akhir tahun. Ha macam mana tu?

Than khamis cuti... Syukur! Bernafas jugak lakan.

Jumaat 25 haribulan... So ada kerja yg perlu ku siapkan dalam 2 hari ni... Erm. Cepatlah baik eh!


Sent from my iPad

Sunday, January 20, 2013

Kongsi

Kongsi

Satu benda yang aku nak amani belajar ialah berkongsi. Kongsi barang. So far alhamdulilla, dia tak kedekut nak kongsi barang dia. Sesiapa pun bole gune barang dia. Janji dia bole tengok sekali. Tapi dgn mak dia mmg dia tak bole nak kongsi. Hahah

Mana tak!!! Mak dia pun x bole nak kongsi dengan anak. Heheh cammm ner tu? Cer citer.

via Amaniiman iPhone

Luka mu luka ku jua

Lately korang dengar tak kes2 dera?

Anak kena dera dengan bapak. Bapak pukul dengan kerusi. Haloooo ambik lawan yang setaraf dengan mu bole?

Than kes boipern ibu dera anak sampai mati... Nak ku ludah! Sialan! Ko boleh bagi boiperan kau pukul anak ko? Eh aku ni zamani, bapak kepada amani iman zulaikha, yang ada hak tuk pukul anak dia pun aku dah jadi hulk. Before ada niat nak pukul anak, meh lawah dengan omak dulu. Chewah, selalu marah je la. Naik tangan, baik aku atau zamani, kami mmg tak sampai hati. Tapi amani iman mencabar jugak kesabaran mak dia. Oooo dia punya degil. Ermmmm

Memang sama dengan mak dia punya perangai. Hahaha.

Last week, terkejut tengok tangan amani merah2. Aku syak kema gigit semut. Kena gigit semut pun aku dah rasa nak panggil company pemusnah seranga. Kau gigit anak aku sebegini rupa?

Korang nampak tak? Ni time awal tahun tu. mengelabah aku. Malam tu nampak kat celah ketiak dia merah. Macam bintat nyamuk tapi besar.... Tak rasa itu nyamuk. Tapi dua belah. Wahhh aku punya takut siap soal cik tipah macam2. Time tu nak nagis da tengok anak macam tukan. Dia tak gatal, dan amani iman pun tak garu. Tengok kat lengan bukan main naik merah2 sampaikan ada gelembung air.


Korang nampak?

Dia jadi merah kat situ... Dua belah. Tapi biasalah anak aku ni nak ambik gambar sikit punya payah. Time ni dapat tahu, aku bising nak bawak amani pergi klinik. Mmg takut tau. Campak ke? Apa ke... Tapi doktor cakap ni jangkitan kuman. Baru teringat mak aku jemur kapet. Mungkin kucing2 liar ni la dok lalu ke apakan. Terus jadi macam tu.

Than air gelembung tu pecah. Aku mmg syak amani yang kacau. Dia rimas benda tu atas tangan dia kot. Bila pecah, apa lagi merebak la... Waaaa dia tak nangis. Aku yang nangis. Gigih letak ubat, tapi mungkin pedih kot. So melalak2 dia.

Sampai sekarang nak 3 minggu.

Tak baik. Tunggu kering.


See terukkan?

Sampai melecet. Sekarang mmg dah kering. Tunggu nak terkopek je... Aku rasa nak tolong kopekkan je. Kesian aku tengok. Tapi tangan amani iman mmg tak boleh duduk diam. Dia mmg suke kopek kudis dia.

Just imagine. Ni baru kena macam Ni. Budak2 yang kena dera tu, diorg tak ada hati perut ke?

Diorg ni budak la... Apa diorg tahu? Korang jangan tak tahu tau. Aku mmg belek amani iman malam2. Hahah over tak? Padahal mak sendiri jaga ni. Macam aku cakap bukan aku tak percaya mak aku atau bapak aku. Sometime diorg pun tak tahu apa yang jadi. Tahu2 time mandi especially. Minah tukan kaki mandi. Kaki air. Kalau kena air nangis mmg ada tak kena la tu. mmg la budak. Tak lari la dari luka. Dan aku bukan ibu yang sangat mengada. Hahah mak aku selalu meluat, nyamuk gigit pun boleh perasan.

Nyamuk sekarang jangan la kau buat main ok. Cepat2 sapu mopiko.apa tujuan mopiko tu pun aku tak tahu. Hahah bukan elakkan dengi pun kan?

Sampai amani iman pun bosan. Hujung2 rambut, kulit2 rambut pun aku check tiap malam. Mak aku dia mmg pantang kalau org tanya2 ni. Dia pernah jaga anak org la. Ada sorg tu mmg mengada nak mapus. Sampai kalau anak sakit ke, jatuh ke, dia siap tanya jam berapa anak dia jatuh. Hahaha. Sekali aku menjangkit. Tapi aku tak tanya pukul berapa. Aku tengok berapa kesan luka kat badan dia. Kah kah kah.

Tu yang aku pikir...

Satu hari amani iman akan sekolah...

Satu hari amani iman akan mula berlari...

Satu hari nanti amani iman pasti akan tersungkur...

Time tu? Apa korang rasa aku buat? Heheh aku pun tak tahu....

Halo! Jerawat timbul kat muke aku semdiri pun, aku dah mengelabah laaaa... Ni ko cerita pasal luka???? Ermmm sendiri pk la yer.

Saturday, January 19, 2013

I need one!

Bila amani iman tak jalan,aku risau.

Dah jalan double risau... pasal dia tak boleh duduk diam. And kalau kita keluar jalan2, she choose to walk. Merata2 la dia jalan. Dia ingat mak bapak dia punya tempat yang dia boleh jalan. And me pulak ada attitude di mana kalau berkenan satu barang, mmg lelek habis.

Nauzubilla! Jangan la terlepas pandang. Penat jugak nak kejar dia ni. Jalan mcm org mabuk. Semua dia nak langar. So i told Zamani.... i really need Baby Harness. Tak pa la org nak kata aku kejam buat anak macam binatang peliharaan.

Habis ko ingat binantang tak ada masalah ke???

LISTEN LISTEN LISTEN.... have some respect pls...

Mmg kena saman aku... Org nak cakap apa cakap la. I know myself. kalau jalan2 tu aku dok harapkan Zamani tengok amani. Which that not fair lakan? Habis teman bini beli barang, aku jaga anak. Mana fair! So semalam aku zikir kat telinga zamani... Pls get one harness for amani iman. At least dia tak jalan jauh mana.

Ko tahu sekarang tiap hari Amani nak jalan kat luar. Mak aku cakap dia dah jadi jaga dah! celik mata nak jalan kat luar. So mak aku tak kose, bagi dia main kat laman rumah. Dah org tua tu tak buat satu kerja pun... ahahaha... amani dengan nenek dia melampau sikit. Nenek pulak sayang nak pukul cucu. Ikutkan aje... sampai teman 2-3 jam kat luar.

Dengan mak dia, dia tak buat lagi... tapi bila aku balik kerja dia dah ready bedak macam tepung gomak tunggu kat pintu gate. Nenek tengok TV dari pintu rumah... wakakak multitasking.

Bukak gate, pegang tangan aku...

"JOMMMM" Ha! satu ayat dia JOM la memanjang...

i need one harness


May be macam ni... 


Or macam ni


 
Atau ini! hahahah mesti amani iman syok!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails