Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, May 5, 2013

Jom undi!

Salam,

Now saya di pusat mengundi kat Andalas, klang. Memula dtg pagi. Punya l ramai, so i decided to go back. Go back an cook ok! Hahah sbb aku tahu sorg2 balik mesti lapo. Buat makaroni gorenng and sup tuk budak2. Balik nak goreng ayam and buat sambal je.

Terlalu penuh. So far aman la. Tak perasan muke2 org obersea. Kot ada pun malas nk perasan sbb aku nak habiskan cept mengundi ni.

So hot! Mak aku dah sudah. Me waiting. Lambat nak mmpus! Kalau x kerana Ini kalilah! Aku rasa aku undi next 5 year je la. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Friday, May 3, 2013

Susu

Picture of cacatanku
cacatanku has left a new comment on your post "Kembali ke jenama asal":

Sis,sy nak share cite pesal anak kembar sy ...dia minum lactogen mmg najis dia hijau busuk sgt...dh la pekat mcm tepung,nk basuh buntut seksanya...bucuk...n now,twins ni mmg x pnh surut selsema n batuk2.kuar msuk wad,klinik tiap2 bulan...skrg pn dok tgh selsema teruk,time tido btuk kuat n muntah2...x larat tkr cdr,tido pn x nyenyak..tringin jg sy nak cuba s26 ni..kot,dpt krgkan masalah bb ni..

Tadi ada reader yang drop comment on this post. Terpanggil nak buat entry... bukan la nak menunjuk tapi sharekan...

Aku adalah salah seorg parents yang suke nak tukar susu anak. First sbb nak cari yang murah. Ho ho... gila kejamkan? Amani iman since lahir we all provide dia susu anmum. Sbb dia premature, so kita tukar pada s26. Ni doktor yang sarankan sbb nak bagi dia cecah 3kg that time. Aku tak bagi susu badan sbb susu badan aku tak berapa banyak. Tengok Amani iman yang dulu halus sangat tak berani la.

Lectogen pun dah try... mmg apa yang puan ni cakap betul. Mmg busuk yang amat najisnya. Aku pakai sbb MIL cakap Zamani kecik2 minum Lectogen. Wakakaka... haruslah najis mu busuk suami ku... heheh...

We try Dumex (Dugro) pakai sebulan kot sbb nak jimat punya pasal. Than kita perasan Amani Iman dada dia berbunyi. Tapi biarkan jugak. Than my firend cakap susu Ducth Lady murah... (ketahuilah aku ni pantang dengar murah tanpa pk soal kesihatan anak)... tukar je susu Amani Iman batuk2 than terus masuk sepital. Mungkin tak sesuai sbb panas or apa, im not sure. Of coz la korang cakap benda nak jadikan?

No... aku rasa punca susu jugak. Than keserasian dengan budak. s26 kalau nak tahu dia bentuk lemak. Susu ni manis sikit kalau ada ibu2 yang penah try la. Sbb tu la Amani ynag kecik besar dengan jayanya!!!!! sbb dia membentuk lemak. Amani minum s 26 je dada dia tak bunyi macam semput tu.

Than Amani serasi dengan Sustagen. Ok ini pulak mmg bagus TAPI!!!! Amani tak nak makan. Mungkin susu ni mengenyangkan. Rasa Sustegan mmg sedap. Mmg macam susu biasa2 ni... ari tu ry bagi dia makan coco crunch pakai susu sustugen end up mak dia habiskan sbb tak rasa macam susu baby... That the main reason. Dia tak nak makan. Susu la memanjang! bengkok jugak rasa... than tukar S26 balik

And now mcm tak serasi s26 sbb macam aku cakap susu tu buat budak gemuk sbb kandungan gula. So nowkan musim panas. berpeluh2... mmg aku perhatikan kalau S26 je mesti dia berpeluh walaupun tido dalam air cond.

Ni baru tukar balik ke sustegen. Zamani bising... macam2 la! takut anak dia tak nak minum susu lagi. Tapi kita kenalah tahukan mana yang serasi. Kesian, takat peluh je tak pa! Ni sampai tergaru2 badan sbb gatal. Dia panas je ,yang kat pelipat2 semua gatal. Susu coklat dia mmg tak nak... Alhamdulilla... kalau tak pening nak tukar cadar baju kalau tumpah. Heheh mak yang malas mmg gini uolz.

Tapi susu coklat pun tak bagus jugak. Sbb aku perhati bebudak ni kalau dah sedap yang coklat, yang puteh tak nak lagi. Budak2 coklat tak elok sangatkan? Gula lebih buat hyper. Pluss susu coklat ni kureng sikit la khasiatnya kalau di bandingkan dengan susu puteh.

Amani baru minum 2 hari susu sustegen. Semalam dia kurang minum, mungkin dia suke S26. Tapi! bagus jugak dia makan, sbb nak elak lapo kot... hahaha... malam minum slow/ i can said dia main2... tapi habis jugak...

And bab najis tu, kalau kita tukar susu anak, its normal 2-3 days cirit yer. Sbb nak sesuaikan susu dengan badan budak. Tapi 3 days je... lebih kena stop sbb tak serasi. So ingat yer kengkawan/ibu2 semua. Ini pesanan doktor bukan saya.

Bab harga, erm takleh cakap la... tapi kita nak terbaik tuk anak. Bukan kalau bagi susu murah tak baik. Tengok la kemampuan. Macam aku cakap tadi, main reason nak tukar susu anak ke murah sbb nak jimat. Org cakap bole jimat sampai RM50 ke atas sebulan. Siapa tak nak. Tapi bila anak sakit, menyesal tak sudah! Mcm aku, aku berkerja. So tak pa la. Untuk anak. Sila pujuk diri sendiri, alaaa budak 6 bulan dah start makan, so tak jadi masalah. Yang bawah 6 bulan ni je la sesak sikit. Heheh tapi anak ai tu diet, nasi tak nak makan! memilih sangat2. Ha dia ikut perangai zamani, bab makan mmg cerewet. Walaupun kita tengok dia ni tak la minta lauk yang hebat2... tapi yang simple tu la payah nak buat bagi aku...eh macammana tu??? hahaha


Thursday, May 2, 2013

Hola!

Salam...

Nasib ko la!!! Waaaa nasib hambo la... kebzian la... entry tertunggak mmg banyak... apa la... nak tulis tapi masa sentiasa tak cukup. Haiz... kerja sangat ok! tapi tu la... balik je penat. Mungkin penat sebab jauh. Dan kerja ni memerlukan aku banyak buat keputusan, bila kena buat keputusan, maka otak generate nak berpikir. Pikir logic, pikir baik buruk... semua la... and again aku mmg malas nak MAMmmmmm kalau nak buat keputusan. Why???? Kenapa tak bole mudah semuanya?? Kalau abang Zamani tanya aku nak makan mana pun aku malas nak pikir tau!

Anyway curi masa sikit... mmg kerja banyak. Tak yah cakap. Tapi bila tengok blog sendiri, rasa nak muntah... (yer aku mmg baca blog sendiri) hahahaha

Ok nak cerita pasal mengundi... chewah... mana aku pilih??? ermmm jangan tak tahu saya adalah penyokong kuat Barisan Nasional... ini kali ke tiga aku mengundi. Isu mengundi ni sangat la sensitip. Nama pun negara demokrasi, tapi every time tulis je kat FB kena attack macam salah bebenor... let me tell u all...

Kita ada hak nak tentukan masa depan kita sendiri. And bagi aku selagi aku tak kacau ko, tak yah la nak emo sangatkan... pantang tulis... macam2 pengkritik politik tak bertauliah join masuk.

Relex laaa.... kalau pihak lawan menang pun apa salahnya... bila mendengar negara akan hancur, negara akan jahanam kalau pihak pembangkang ambik, adoii open ur eye la ppl! Semua org nak kemajuan, tapi tuk mencapai kemajuan, kita kena ambik tahu/peduli background negara kita. Ini kerana kamu semua contribute sebahagian sumber pendapatan negara. So bila kamu dah menjana sikit tuk negara, haruslah kamu ambik tahu! Bukan melopong je!

Sadis tau... i guess mungkin ada yang tak kisah tapi aku rasa as accountant (chewahhhh tinggi jawatan tu) Aku ada background dalam akaun. So tak banyak, aku faham la sikit...aku mmg jenis berkira sikit. Hehehe...

Bukan menentang siapa yang memimpin. Tapi sekarang kita kena bijak memikir. Lepas PKR ambik alih selangor, aku rasa they not bad!!! Aku tinggal kat selangor. Oklah air free. Than ada tabung pendidikan anak selangor which RM 1000! Siapa nak bagi!!!!

BR1M aku tak layak... so aku tak ambik. Tapi aku tahu itu cara kerajaan nak trace pembayar cukai jugak... tengok seronok kerajaan canang BR1M tuk golongan itu ini, aku yang stress sbb kena bayar TAX... bukan RM 10/RM 20... beratus... kalau duit tu aku gi makan HANGIN dengan family pun bagus jugak. Dah aku kena potong, Zamani pun kena potong. Habis apa je yang tinggal??? Nak ambik BR1M pun tak layak... sedih. 

Janji? Semua org janji... kan?

Jangan la korang samakan org yang berkerja 5 bulan dengan puluhan tahun... of coz la... prestasi tak sama... Time last election pun, my dad pulun la cakap undi PKR, u got this benefit that benefit, tapi aku tak peduli... tak percaya. Air free adalah sesuatu yang buat aku tersenyum... bersalah pulak dah la tak pangkah tp dapat nikmat yang sama. So aku rasa mereka menepati janji. Kan?

Cume saya tak faham... kenapa nak bersaing dengan cara yang tak sihat. We need to look at fact! Bukan cerita lucah bagai... rasa muak la... balik2 kes liwat... apa si tak ada cerita lain ke? Kes2 tak berat tu malas nak ambik tahu... sbb wont effect individu pun... yang dah kawin, korg percaya ke cerita tu? walaupun saya bukan la taksub sangat dengan mana parti pun. Takkan la seorgisteri tu tak tahu suami macammana. Even kalau suami tu ada perempuan lain pun bole hidu la... ni ko cerita pasal liwat, gay thing la... aku mmg malas nak ambik port benda2 macam tu... than mendoakan ulama2 kita... stop la... org bukan islam pun tak curse caci maki ulama mcm tu punya teruk. Sedih bila ada setengah org mengeluarkan kata2 yang tak mencerminkan diri tu sebagai islam. Ulama bukan Tuhan. Tapi mereka guru agama yang memimpin dan membimbing setelah berakhirnya zaman Nabi2. So respect. Kita di minta respect bukan sahaja Ulama, tapi cikgu pun kan? betul tak? kalau tak apa yang kita belajar tak berkad. Buat apa kita minta maaf kat cik gu2 during nak exam dulu? Mencari keberkatan. Walaupun Ulama tu tak mengajar kau pun, you dont have right la to judge ppl...

Aku kat rumah pun asik kena syarah je... hahaha... abang Zamani korang bertindak aktive pulak time undi ni... bukan aktive dalam parti, tapi baca timeline kat FB, internet semua... sampai kadang2 nak tido... bukan apa, aku rasa semua tu tak penting la...

Org mengundi sbb apa? Dan undi tu sendiri apa tujuannya? ni pagi2 bukak FB je... macam2 cerita... cepat la hari Ahad... hope semua senyap dan terima kemenangan dan terima kekalahan. Bukannya memerintah lama pun...kalau 5 tahun tak ada perubahan, kita sentiasa bole pilih,kan... ni aku dah bosan. Kawan2 baik boleh bergaduh, family pun bole bermasam muke bagai. So lepas 5 May ni, siapa yang masih bersuara, akan ku kata....

"Simpan hujah2 anda tuk 5 tahun lagi..."

Sekian Terima kasih...

Hahaha...dah sambung kerja! 

Tuesday, April 23, 2013

clean my list

Salam...

banyak sungguh menulis hari ni. Ekceli tengah menunggu kerja, tak sampai lagi punch card pekerja asing ni... haiz... so tu  yang sooooo free...

Anyway nak bagi tahu ni. Aku tengah mengemas kini account Fb aku. Yang mana aku tak kenal, aku mmg Unfriend. Gambar yang tak familiar dan nama yang agak pelik, kalau korang kenal aku tapi tetiba tengok u are not friend with cida, add me back and pm me bagitahu you siapa.

Buget retis ke kau?

Aku rimas la... aku pun tak tahu aku kenal ke tak. So aku harap list dalam FB ni adalah list yang aku kenal. Walaupun aku tak berapa nak kenal and mostly kawan blogger or kawan on line FB yang biasa aku bual or komen, mmg tak buang la...

Again, aku nak Fb aku kawan2 aku... bukan dalam 500 org 10 je kenal...artis pun aku delete. Hahaha ko mampu???? Tah la, artis sekarang pun banyak 'page', so profile facebook ni macam tak bermaya je. So apa kita buat??? kasiii delete!!! hahaha...

Bukan nak tunjuk lagak ke apa. Tapi banyak2 pun tak kenal,kan?

Bahana Ipad

Salam...

Baru baca artikel kat Berita Harian on line...

http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130423/lu_08/Budak-perempuan-ketagih-iPad

Susah la...

Tak susah mana pun... but bole di katakan amani addicted to Ipad 70% kot. Kalau dia tak nampak ok, tapi kalau dia nampak, mmg dia duduk la melanguk. Dia pandai bukak youtube. Nak eja je tak pandai. Selalu dia suruh aku or abak dia taip.

Bukan Ipad je la... any touch screen phone. Note 2 zamani tu pun dia pandai bukak. Yang pelik tu, dapat pulak dia bezakan butang home ipad dan samsung. Bukan la aku nak salahkan my parents. Tapi mcm ayah or ibu, diorg nak khayalkan amani, diorg bagi Ipad tu kat dia. Diorg pun tak gheti bukak ipad tu, bagi  je, and amani master on it... segala di hujung jari org kata. Kalau dah mengadap kadang2 sampai bateri kong! Bayangkan!!! berapa lama tu agaknya??

Tah la... serba salah sekarang. We create her to be like that... tapi nawaitu kami sblm beli ipad tu nak dia belajar supaya dia tak terasing dengan teknologi sekarang. Tapi mmg dia tak terasing la pun...kan?

Syukur jugak. Sbb kalau org lain pegang Ipad and kalau dia tahu bukan dia punya, dia tak berebut. Sekadar pandang je. She know that not belong to her so tak der la dia berebut dengan anak org. Alhamdulillah itu pun sebahagian dari niat aku dengan zamani memula pun. Tapi kita as mak ni pun kalau tak bawak ipad sekali, bila tengok anak tu terjenguk2 barang org, keluarkan phone sendiri and let her play... ha! cam no tu? kita yang create dia gitukan? Nak2 bila bebudak ni poyo tak kasi anak aku jeling pun... hahah anak ok mak ober... eh! auntie pun bole bagi la... ko ingat ekau je ada...

Ini la masalahnya! mak bapak main peranan!

Bila dah risau, mula ko mengadu dengan laki ko! Dengan aku2 sekali kena haramkan main sehingga hujung minggu. Nak main jugak make sure lepas amani tido.

Macammana? Kadang2 aku bawak naik ipad duduk dalam bilik, Zamani bawak amani naik sama... minah tu nampak ipad lagi teruja dari nampak mak dia. Bila dah nampak mula la... yang bapak dia pun sama... duduk je main game... dah tu nak haramkan mak dia main lak... pandai lak, bila aku bebel dia menjawab sehari suntuk kerja dia tak main game pun, so dia nak release tention main game bla bla bla... nasib baik yang jawab tu suami kan! yang aku ni? hey blog bukan sebarang blog... walaupun tak popular, nuffnag ai ada gak cecah RM 100 hahaha...bukan blog suke2... kerja ni... dapat rezeki! betul tak?

Uhhhh... penat la bebel... rasanya nak tak nak kena perbetulkan balik... amani kena main mainan macam bebudak biasa. Amani kena baca or belajar cara manual dengan kenali buku. Ipad and any gajet weekend tu melampau... let give her one hour at least 3 hari sekali... hahah macam bagi makan ubat je...

ah tengok mud aku nak bagi...meh kita mulakan dari sekarang... hujung minggu jom abak ke Toy R us! hahaha...

Itu penyakit Rayyan Khenhaizi... hohoho

 

Monday, April 22, 2013

Kisah tido sendiri....

Lunch dengan HBF (Husband Best Forever) hahahah... tak boleh blakan


Pagi tadi dia TAG Fidah kat facebook katil Macqueen tuk Rayyan. So topic lunch hari ni bila Zamani cakap,

"Amani kalau 4 tahun or kalau dia ada adik, kita kena asingkan dia tido"

Woit so soon??? Why??? My baby is just 1 year 7 month dear! Kalau dia ada adik? Apa nak bagi dia adik umur dia 8 tahun ka??? hahaha

" I tengah cari katil MICKEY" Ok bapa yang sayang anak lebih. Mak dia menagih simpati nak s4 buat dekkk je... macam kena beli sendiri je gaya... ahahaha... walaupun anibersary nak dekat ni... ho ho ho.

Tetiba je aku teringat insiden adik sepupu aku.

"Wan... wan dah tak bole tido dengan mak dah."

"Kenapa?"

" Sbb wan dah besar. Wann kena tido dengan abang2..."

Dengan rasa tak bersalahnya...

" Kenapa wan tak boleh tido dengan mak? Ayah tu lagi besar dari Wan!kenapa mak tak suruh ayah tido dengan abang?"

Hahaha... kalau amani jawab macam tu kat abang Zamani korang, tatak buat tak tahu abak bijakan nak jawab? kan kan kan...


Salam Isnin

Assalamualaikum...

Haloha! Salam Isnin... mengantuk!!!! minggu lepas sabtu tak cuti. Tapi tah kenapa la eh rasa tak puas nak duduk dengan Amani Iman.

Budak tu dah semakin besar semakin faham. Bila aku ada rumah, dia mmg ikut je mana aku pergi. Sampaikan nak ke toilet pun tak kasi. Sanggup dia duduk depan pintu bilik air. Kalau nampak me or Zamani ada rumah, dia akan buat perangai nak keluar. Stail dia, ambik kasut tepi tangga (mmg my mom letak kasut dia di tepi tangga) dah tunggu depan pintu... kalau org buat tak gheti, dia ketuk pintu supaya org tahu dia nak keluar.

Cakap still cakap jerman kalau laju. Kalau pelan tu bole la tangkap apa dia nak cakap. Betul la kata org, hanya mak je faham cakap anak... hahaha...

Ibu masih lagi tak tahu sebut. I not sure. something bole dengar dia panggil BUUUUU! Some time kalau aku ajar dia "EEEbu!" dia akan cakap " Cidaaaaa dan sambungan sakit hati dalilalila"  Tah apa je... so every time dia akan cakap

Daaaaaaa dalilalilalila...

Dah leh panggil few word like

ABAK
NEK (NENEK)
TOK (ATOK)
MA ( TOK MAMA)

Last week Zamani gi rumah MIL aku, so sbb ari tu telampau panas. Nak bagi kereta sejuk... hahah rumah MIL and my house sangat dekat. Bayangkan kereta tak sempat nak sejuk or panas dah sampai rumah tau.. hahaha... so jalan lain sikit... dia pandai lak tunjuk lorong rumah my MIl and cakap

"Tokkkkk abak... tokkkk!" Terjerit2 macam abak dia baru pestime gi rumah tok! Ker dia nampak kereta atuk dia? hahaha...

JOM
ISHU (SUSU)
JUSHO (JUSCO)
NAK
TOR (KOTOR REFER TO TAIK DIA KALAU DIA BEYAK)
KEEEE (MICKEY)
UPIK IPEK (UPIN IPIN)
HALORRR (HALLO)
BEEEE (BYE)
POOO (LAMPU; SELALU REFER TO ICY)
Chikkk (NASI)
ERMMM DAP (ERMMM SEDAP) --- SEDAP KENA SEBUT DENGAN GAYA, KALAU MAKAN APA... ERMMMM DAP.... Amani kaki bodek nom satu. Air kosong pun dia kata sedap!


Apa lagi eh....

oh dia sekarang mengira nombor genap... aku tak tahu kenapa dia tak nak sebut ONE.... may be dia pikir Tok Wan dia kot. Everytime sebut ONE, muke dia mesti pelik tengok aku. Bila tunjuk jari tanda dua, dia sambung

"thowwwwww" Two
"Pohhhhh" Four
"Shickkkkk" Six
"Ittttt" Eight
"ennnnnnnnnnnnnnn"  Ten

Perh... i suspek sbb aku cakap ONE, dia jawab two, Aku cakap Three dia jawab four... mungkin dia kira sendiri pun, dia cakap apa yang dia cakap la...

Tp alhamdulillah... aku terkejut dia ambik puzzle yang tunjuk huruf 8 dan dia bagi kat aku

"Nahhhh ittt" Ha! ko kenal hurup 8?

A,B,C dia kenal 3 hurup buat masa ni. Tak gerak lagi... tapi ko bukak lagu ABC... rentak dah dapat. Sometime dia sebut gak la. M, N, S few word ikut mood. Im not sure dia menghafal atau memang kenal.

Abang zamani warn aku... jangan push sangat anak tu. Biar la anak org lain baya dia dah pandai baca surat khabar sekali pun. Amani will learn slowly dengan rasa keinginan dia...

Ikut mak dia! nak dia pandai baca kamus terus... hahah dush dush!

Sunday, April 21, 2013

Sambutan besday encik somi

Salam....

Hye! Erm nampaknya masa lagi suntuk nak update blog... Kerja banyak, hujung minggu asal keluar ipad je mula la mak cik kecik ni sibuk nak pegang sama. Stress mak

dah bulan 5 baru la terhegeh nak update entry pasal besday suami sendiri. Asal tak publish tahun depan je, kan? Hahaha


This year macam tak syok la... All my surprise tak menjadi sangat. Nak surprise malam besday pun fail! Argggghhh... Kalau tahun lepas macam smooth je... Tahun ni tah... Dengan kek jahanam! Konon malam besday tu bg suprise la beli kek potong. Mak aku beli 3 slice tapi dia lupa masuk ais box! Bukan lupa la... Tak nak zamani nampak la konon. Nah! Lembek semua kek... Nak nangis. Hahaha...dah tu cari lighter tak jumpa. Than amani buat perangai malam tu. abang zamani kalau anak buat hal, dia pun hangin sama. Ermmm

Than tak tahu nak beli apa tuk besday dia. Tanya apa dia nak, dia ckp tak payah. Nak redah beli, kang tak kena dengan citarasa dia kang, akak yang sentap.
So on the day, belanja besday boy dengan family in law makan je. Memula nak makan jauh2, tapi BN buat menisfesto. Hari tu pulak kitaorg kerja. So nak balik tu, abang zamani dah bising2 jam la apa...

Gila lama basi berkulat cerita ni! Sblm pilihan raya dik!

Hadiah tak beli lagi. Tak tahu nak bagi apa... Than nekad tuk beli jam. Since dia pun tak ada jam. So balik kerja cari dengan my sister in law. Punya la payah! Sbb aku tak tahu jenis yang macammana nak cari. Tetiba bodokan. Time belum kawin bukan main beliiiiiii je. Alaa sblm kawin pun, zamani nak jaga ati aku, suke tak suke pakai je. Tapi dah kawin? Hahaha sungguh tak sesuai tuk tontonan umum. Heheh
Anyway sambut kat papa john je. Gambar pun tak ambik. Sekarang nak pegang phone payah. So layan je la apa yang ada eh.




Zaman teknologi ni, phone mmg teman setia anda. Kan labu? Gigih the AnaS mengeluarkan phone... Ai? Ai kalau kuar, ada budak melalak2 pulak,jadi seblum aku pun bertukar jadi ijau, buat tak tahu je, kang cilok la gambar dari siapa2.




Budak ni yang saya maksudkan... Pandai makan sepegati! Sila tahu.



Order satu pizza kongsi 8 org dewasa 5 kanak2. Hahaha siankan? Ni je aku snap!



And kek... Kek potong kat rumah. Sebab masing2 kekenyangan. Gambar potong kek pun nak ada... Sian... Nampak sangat makin lama kawin makin lemau nak bercerita. Kalau tak suprise berepisod macam telenovela!

Hadiah jam? Ermmm tak snap... Heheh... Malas!

Malas tapi nak bercerita... Apa ajer....


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Klang

Thursday, April 18, 2013

Selamat Pagi

Salam satu Malaysia!

Nak mengundikan? Kena ada gaya pemimpin sikit. Hahaha... korg pilih mana? Undikan rohsia... kan kan kan?

Anyway bukan nak cerita pasai tu...

Sajer boring... sebelum memulakan tugas. Maka kita bercerita dahulu... Nak bukak blogger payah kat sini. Bukan tak bole tapi rasa leceh. Hahah... pakai email tak la nampak ko mengupdate blogkan. Konon jawab email.... kena pandai belakon... hahah

Dah nak dekat sebulan kerja di sini. Well everything ok cume my relationship dengan budak opis biasa2 je... still belum jumpa mereka yang sekepala. And aku pulak jenis tak pandai nak bergaul mesra dengan org. I mean to start agak payah. Bad me... tapi tell me, takkan ko nak tetiba join jekan... kang org kata eh ko kenapa???

So mostly aku keseorgan... sob sob... tapi org kata makan masa sikit la... belum pun sebulan kau kat sini. Aku masih lagi buat kerja yang bos aku assign kat aku... oh it hard!!! bukan mudah ok. Memula bila dia assign duty tu, i was like... oh bole siapkan ni. Macammana nak habiskan kerja when you dont have complete data. Than ko kena tanya sorg2... dan aku tak tahu kenapa aku t ak dapat apa yang aku minta. Dah la tak peramahkan? Than bila ko minta something, its like tertulis kat muke mereka...

" Why you need that?"

So got that problem. Ada yang membantu, syukur. But ada yang buat dekkkk je... nak tanya banyak kali pun serba salah.

THan masalah pekerja pulak... since aku ganti tempat org yang uruskan segala hal pentadbiran. So my position is account now. Its just aku gune phone org lama ni la... ko tanya abang zamani. They keep calling you macam ko ni life saver korang. And aku jadi tention! Call tak henti2. Tak faham bahasa. And yang best ko ulang balik apa yang kau tanya.

Memula tengok budak2 operation ni jawab phone sikit punya kasar. Jenis yang tengking2... aku sampai cakap dalam hati, "eh diorg ni... tak baik... dah la org tu jauh dari family, bla bla bla..." ha sekarang ko nak cakap baik2 dengan kau bila dah cakap diorg tanya lagi...

Sampai aku pikir. Diorg ni faham betul2 tak bahasa malaysia? Atau takat tahu tapi tak faham? JAdi tention. Omagad! Sehari mcm berapa kali ko call

Sampai aku bagitahu diorg, itu bukan tugas aku. Nanti aku suruh sesiapa call. Bila ko bagitahu org yang bertanggungjawab diorg angguk ok je... than bangla2 ni call lagi. MAsalah macam2... masalah rumah la, masalah kat tempat kerja diorg la... bila aku bagi nombor phone, org tu tak jawab tu pun call me balik cakap org tu tak jawab.

Stress!!! Org tu tak jawab, masalah aku jugak ke? Emoji

Tapi lawak... satu bangla tu nama dia ANA NURISLAM... hahah tetiba teringat dengan family In lawkan... adoi la hai... so mmg set nama dlm phone BANGLA - ANA NUR... hahaha... adik2 ipar ku dan juga suami ku... tak ada kena mengena dengan kalian (tetiba)

Apa lagi nak cerita? Ok nak sambung kerja... macam tak logic ko tulis email panjang2kan? Ok bye!Emoji

Tuesday, April 16, 2013

Kenduri kawin

Hello readers!

Amani iman dah tido. Dia tak tido siang so? Malam pukul 9 dah mengantuk. So sambil mengadap dia tido, maka kita update la entry. Sawang dah rumah aku... Hahah buget ko retis ke? Banyak sangat org baca blog ko?

Tak kisah pun....

Cerita 3 minggu lepas. Anak sepupu ibu kawin. Aku kenal2 mcm tu je la. Kalau dah atuk aku datang, so semua kena pergi la. Me malas, sbb tak kenal. But bila dah ramai2... Pergi je la. Lagi pun atuk berulang kali tanya.




Zamani lead the way. Bini dan anak mengedik. Erm tengok mulut amani iman. Isap punting lama sangat. Baya dia semua dah stop isap punting. Dia? Dah jadi addicted sampai sekarang .Ko sembunyikan puting , dia ambik anak org lain punya puting. Tu la salah we ols tau. Haizzzz...sbb tak nak ajar dia stick to one pacifier. Konon senangkan diri sendiri, kot kalau tinggal ke apa tak yah nak cari, beli pun ok. Mmg la jadi, buat2 la nak buang puting ke apa. Dia ok je...



Amani iman bila dah besar ni, dia nak berkawan. Aku biasalah paranoid tak habiskan. Tapi zamani cakap biarkan. So dia suke bila dapat duduk kusi org besar dengan abang sepupu dan pak cik baya dia... Hahaha



Sangat behave... Makan! Minum. Duduk pun tak buas. Kalau ko dudukkan dia atas riba ko, mmg susah nak kawal. Kejap naik atas meja... Kang nak turun. Kang kapai apa je yang ada atas meja. Stress! So hari tu bila kita ikut je dia. Dia pandai bawak diri pulak. Nak buat apa je tengok ibu dulu... Tunjuk isyarat jari je dia dah faham... Bagus!



Majlis perkahwinan kat kajang. Ini rumah pengantin lelaki yang kami pergi ni.



Meja makan beradap. Tapi ada budak yang agak biadap telah mencacatka. Kek pengantin!!!!!



I got my own reason to be paranoid, seorg mak yang hati2. Sbb kita sendiri rimas tengok anak org kalau nakal, betul tak? Punya jaga! Ralit sikit je... Amani libas bunga manga kat kek... Kek tu 3 tingkat ok... Kalau la jatuh! Celah mana mak ko nak cari amani iman!!!! Kami bawak 3 hero, tapi heroin yang terlebih lasak...

Hahah amani dah nampak mak dia besar mata, kelam kabut peluk atuk... Yang lain pujuk aku... Budakkkk dia tak tahu apa2... Mmg la mak pak dia la kena tahu apa2... Terus je bawak amani iman masuk rumAh. Panas ati aku sepanas cuaca di luar rumah. Hohoho


Makan cendol pun tak ada senang. Rumah tuan rumah ni dah la bersih. Susun elok je walaupun ada majlis kawin... Impress.. Rumah sendiri tak ada kenduri pun berselerak macam ada kenduri!



Nenek saya yang tengah-tengah pakai tudung pink. Dan yang tudung itam adalah nenek pengantin.



Amani teruja tengok cermin ni macam cermin ni cermin ajaib. Kejap2 sorokkan diri...


Budak ni ajak balik sbb nak shopping! Mogok bila mak long tak layan kehendak dia.


My atuk ( baju biru) dengan atuk pengantin. Kira adik bongsu atuk. Tinggal mereka dua beradik je. Tak hagak berbual depan pelamin... Hahaa


Pengantin data g dalam pukul 230 macam tu... Yes sungguh dan sangat panas ari tu....


Tema cream puteh... Tetiba macam confuse. Tengok pada hiasan semua macam oren and cream, masuk pelamin, merah...

Tak pa la... Janji semua berjalan dengan lancar. Lama gak kitaorg berkampung kat situ... Dari kul 11 pagi sampai ler 230. Masuk kereta amani tido... Mak dia nak tido gak, tapi risau abak terlelap sama... Atuk nenek pun ketiduran sbb panas, penat dan kekenyangan...

Itu sahaja laporan tuk hari ni...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kajang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails