Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, March 14, 2013

Bahana Ipad or Gadget




Ok lihat video tu dulu... kalau korang bangga tak? me? kalau ko tanya aku... mmg la bangga. Rasa berbaloi jugak la beli Ipad ni. Mmg nak Amani Iman belajar. Tapi niat aku, aku nak dia membesar sama seperti budak2 yang sebaya dengan dia. Now days bebudak bijak dalam hal2 gajet ni. Tapikan... advance sangat pun tak elok.

Dengan erti kata lain, aku tak nak dia ketinggalan ke belakang. Org lain main, dia tengok dengan penuh harapan nak sama! Weiii hambo membesar gitu tau dak!!!! Meleleh air liur tengok kengkawan ada WalkMan...CDMan... Zaman aku la. Than jiran beli computer. Akak pun nak... siap bertandang rumah jiran semata2 nak tengok bestnya main tekan2 keyboard.

Lepas tu VideoGame... teringin sangat kalau boleh main PacMan (yer ke nama game tu? yang kuning makan2 tu...)

Ayah je sorang kerja. Mak aku surirumah. Jauh sudut hati seorg ibu tu dia nak anak dia sama atau at least merasa la... so ibu suruh aku belajar sungguh2. And lucky me ada mak cik (mak cu) yang sayang anak buah. Siapa pandai. Periksa 1-10 (Ha! 10 ok!) dapat hadiah. Minta apa sahaja... Dan setiap kali result mesti call mak cu tuk bagitahu.

Bila ada anak, terasa sama... bila budak2 ni kadang2 sifat kedekutkan... niat aku, aku tak nak anak aku jauh di belakang. Sekurang2 dia dapat rasa. Budak ni kalau dia dah tahu syok benda tu macammana, dia dah tak heran dah.

Tapi bila dah mengadap ipad tu, ko panggil la mmg buat pekak je. Than dia khayal dengan dunia dia.Ko bagi la buku, bagi la apa pun. Kalau tak gerak,tak bunyi mmg tak heran la. So i guess now, amani will miss her childhood pulak esok. Bila bagi buku, dia cepat bosan. Sekarang aku melatih dia A,B,C gune Ipad. Ok je... tapi bila bagi atau tunjuukan buku ke apa, dia bosan. Matik mak ko!

Risau! mmg as mak ko kena risau! Ini masa depan anak ko! hahah emo... ada yang nasihatkan aku  supaya lebih tenang. Buat aktiviti dengan anak, macam kelering ke, puzzle ke. Biar rumah bersepah tapi anak2 enjoy dan faham aktiviti tu.Tapi amani mmg tak minat la. Beli juga kaler tuk dia. Tak sampai 10 minit la... dia campak je... than try gune "jari telunjuk" konon dengan harapan cepat la kaler tu (konsep Ipad).

Kalau mainan, end up semua masuk mulut. Erm macammana???

My mom advice jangan tegas sangat dengan dia. Sbb dia tak tahu apa-apa. Bila dia sekolah normally dia akan belajar dengan sendiri. Dengan kawan2. Dan itu jugak penyebab, me and Zamani hujung minggu bawak dia ke Kidzone. Biar dia belajar main dengan MAINAN yang betul. 



Tak perlu hantar ke Taska or Nursery. Dia ok je main. Tapi belum pandai berkawan. Erk perlu ke saya risau jugak???







Heheh zamani sent gambar2 ni, aku rasa macam budak besar je... tu bukan beg tapi Harness. Dukung tak nak, masuk troli tak nak, stroller pun tak nak. Jenis berani lebih. Jalan je mana dia nak jalan. So at least kalau teralit sekejap pun kita dapat rasa dia tarik tali tukan.



Bila dia main dengan sepupu2 dia, expecially Rayyan... aku terasa diorg ni sangat la advance. Lagi Rayyan. Sukati dia download apa je... tak suke delete... aik! Sejak Rayyan stay kat klang, aku nampak improvement amani dalam main ipad. She can control ipad tu sendiri. Kalau main puzzle pun dia main sampai habis. Kalering pun dia kaler dengan betul walaupun carca merba la... but what do you xpectkan? She only 1 year 6 month je pun. 

Zamani lain pendapat dengan aku... kenapa??

Dia selalu nak bising kalau aku push amani lebih sangat. Pastu kalau cita2 aku aku tinggi melangit. Laaa baru rancang nak hantar dia sekolah je pun. Dia halang macam aku nak hantar anak dia gi university. Hahahah. According to Zamani, dia tak nak Amani Iman tahu benda yang melebihi umur dia. Macam umur setahun tapi ko dah pandai macam umur ko 7-8 tahun. Erkkk not fun anymore. Tahu2 anak ko tahu baca, tahu tulis. Let her slowly develop. Dia tahu A-C pun dah cukup bagus dah.

Hua hua hua... habis handle ipad tak rupa macam umur mak dia ke abak oiiii???


But what to do la kan kalau surronding dia pun macam ni??? mau salahkan siapa? Zaman? Teknologi?



Kadang2 aku rasa gajet ni bagus jugak... hahahah imagine ko ada 2 kanak2 nak jaga dan satu baby... ko mampu nak handle??? Ha sila ucapkan tahniah pada aku... wakakak.... senang jaga Raeesah while mak dia uruskan hal2 negara sejak lepas merdeka ni. Bukak ipad sorg satu, terasa aman tanpa bunyi gaduh ke apa. aku je la terpaksa mengalah... gigit jari je while terpaksa mengalah dengan anak.

Tapi kalau anak 5 org nak bagi ipad sorg satu, bukan lagi parah. Tapi dah kritikal. Lepas ni org puasa bulan Ramadhan, Zamani dan isteri puasa sepanjang tahun... ho ho ho...

Apa pun depand la kan... semua budak tak sama. Mak bapak pun cara didik anak pun tak sama. Aku push amani selama ni pun dia buat dek, tapi sendiri terkejut dia mampu buat puzzle tu sendiri. Bukan aku ajar, bukan abak dia ajar. Ikut Rayyan, tekan butang HELP terus. Sama jugak match alphabet. Aku pun tak tahu dia tekan gambar dulu, than match. Yang best bila huruf 'B' Bear and Owl so selagi bole dia tolak "B" tu kat Owl...  pastu fail dia meradang, yang mak dia pun hilang sabar... "Bear amani, B for Bear" dia pandang aku... "Berhhh" ---- BIRD... ok... siapa yang cipta application tu bodo... hahah kau pandai...

P/S :- Dah biasa sebut A for Ant, B for Bird... omak tak ajar bear lagi... uhuhuh

Ok till than.. bye

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Gambar lucah?

Wahhh laju je eh nak tengok... Aku pun terkejut jugak pikir siapa punya angkara ni... Lain macam je bentuknya...

*nangis*


Macam bentuk punggung... Kan....muskil sangat... Siapa punya angkara yang buat ni????



I dont want to explain macam apa yang aku nampak... But keep reading...



Yer, aku pun mengucap tengok gambar2 ni... Tak la suspek siapa2 yang ambik gambar tah apa2 ni... Sbb ipad aku kat rumah...



Tang ni rambut hujung2 tu kenal tak???? Eh takkan ada org siko yang ambik gambar si amani iman ni bogel??? Seyes itu yang aku pikir tau!!




Tapi tengok gambar ni??? Obious sekali la kan... JARI SI ACIK DEBAB tengah main ipad. Ok now i know... Gambar adalah pandangan camera depan...Patutlah hasil lain macam! Terperanjat omak ok

*lap segala peluh yang keluar!*



Gambar yang clear!!! Terguling- guling aku gelak sorang2. Amani sampai garu2 kepala pelik kenapa mak dia gelak sakan... Hai la anak... Kalau ler kau tau apa mak ko rasa pestime tengok gambar2 ni, sudah tentu ko pun join mak ko gelak.... Haisemennnn



Muke budak tak bersalah....eshhh amani amani....anak cik zamani ni perangai sama je dengan bapak dia kalau mengadap ipad... Rasa nak piat2 telinga tu tau... Panggil org pekak pun diorg ada respond... Tah apa jer...

Mak dia tak macam ni tau... Lalalalalala

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

Wednesday, March 13, 2013

Semperit

Haloha!


Heheh bukan cerita raya. Tapi kuih raya. Ha! Cerita bila ni? Kemaruk nak makan kuih semperit... Nasib baiklah tatak saya kak pnut terima tempahan kuih semperit nih.

Ekceli family zamani mmg suke makan kuih ni. Especially umar. Teringat raya tahun lepas, umar masuk rumah jiran and slumber makan kuih semperit ni. Hahah... Sorg diri ok. Sungguh berani. Itu namanya anak jantan!

So order dengan kak pnut. Kalau dia tak dapat hantar, ai sanggup ambik kat umah dia. Abang zamani sanggup je. Tapi kak pnut buat delivery kat shah alam. Sedangkan putrajaya ku sanggup redah, shah alam? Pejam mata dah sampai. Lol




Tadaaaaa.... Dalam kereta wa da ambik gambar. Bukan takat ambik gambar. Rasa sekali. Kalah org mengidam. Nikmatnya!!! Tetibakan kuih semperit tu bercakap...

'Cidaaaa ambiklah aku.... Masuk dalam mulut ko' #pengaruhupindanipin

Sila tengok cerita tu yer.


Jangan cakap aku... Ini budak pun makan la...chibuk je... Dia mana makan biskut2 ni. Tapi dah rasa nak lagi. Ho ho ho... Bukan nak bodek la. Tapi hasil tangan kak pnut mmg tak menghampakan. Cume dia tak buat kek dah. Kalau dia buat, aku tender sepanjang tahun ok. Sangat creative! Tak mengecewakan. Mesti kak pnut ingat lagi cerita cup cake yang aku tempah tuk majlis tunang aku. Dah macam aku yang buat ko tau. After that mmg tak percaya mana2 dah. Gambar je cantik. Pandai ko edit tapi hasil???

Sob sob... Time nak order kek kat kak pnut pestime punya la takut, tak nak harapkan kek vogue2 ni. Tapi! Ai tell you! Abev my xpectation uols! Time tu masih tunang zamani... Confident la bawak kek sambut kat luar. Ho ho ho. Dia punya bangga macam sendiri yang buat....

Berbalik pada serita semperit kita!



Ummmmmm! Bila aku tanya amani, sedap tak dik???

'Emmmmm dap!'


Than sampai rumah, satu balang bagi MIL, satu balang lagi bagi family che ta. Sbb umar qayyum mmg peminat semperit. Kejap2 minta bukak... Sampai terpaksa cakap dah habis sbb tak henti makan. Minat sungguhkan?

'Umar! Umar makan kuih eh?'

' takkkkkkkk"

Tapi???


Boleh percaya ke tak tu? Hahah muke tak bersalah langsungkan?

Apa pun kuih tu mmg sedap!

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 12, 2013

Day out

Salam....


Aktiviti hujung minggu. Nak blog about it punyalah payah... Now secara maraton aku cerita ok.

Aku dgn Zamani mmg tak biasakan amani iman tuk shopping sangat. Sbb pertama kami tak nak biasakan. Sbb kami bukan golongan beruang (ber wang) hahaha. Jap lagi anak merengek nak itu ini, sendiri yang tention. So aktiviti kami berjalan2. Pergi taman, pergi taman dan taman... Apa jenis taman pun bole. Janji tak keluar banyak kos. Hahah

So far amani iman ok jer. Cume lain bagi rayyan yang dah biasa ke OU, KLCC, dan sewaktu dengannya. And since mak dia dalam pantang, ini peluang la bawak dia jalan2. Budak ni kecik2 dah pandai bosan duduk rumah.

Minggu pertama tu, kitaorg pergi ICT. Amani iman dah banyak kali pergi. Bagi rayyan pestime.



Pendekar mustar! Posing cukup hebat



Mamat feeling... Sian mama dalam pantang. Hehehe



Amani dan abang long...

Than kita bawak diorg ke Taman Di raja Klang... Main la sepuasnya...



Amani yang ingat dia dah besar. Abang panjat dia pun sibuk memanjat.


Leka bermain... Bebas sungguh! Yerlah time weekdays dia terperap kat rumah je. Sama je dengan anak dara aku tu.



Mak long pun happy tengok ok! Amani pun dah pandai nak berkawan. Tapi dia ikut perangai mak dia... Or perangai mak ngah dia? Hahah rayyan mewarisi sifat me. Hahah rimas! Amani asik ikut bontot dia je... Macam aku rimas dulu fidah ikut aku...



Amani macam budak besarkan???



Dah gaya org putus cinta pun ada. Heheh. Big boy yang bawa diri dah sekarang ni.

Than balik kerja, kami bawak diorg main kat taman kawasan rumah...



Main la korang sepuasnya yer...







Dengan baju kemeja bawak anak2 main kat taman petang2...



Tengok ikan, kura2 kat tasik....



Sometime, bosan2 bawak diorg gi macdonal... While enjoy makan, diorg main2...



Than kalau bosan dan tak tau gi mana, pergi kidzone jer. Bayar RM 10 tuk 45 minit. Main la ko macam mana... Lari la jauh mana. Asal korang having fun. Mcm amani iman, mengajar dia tuk berkawan. Tapi dia ni kalau kawan tu, tu jeee... Tak ramah.

Genetik mak dengan bapak kuat! Hahaha me and zamani mana nak mesra2 dengan org ni. Payah. So amani macam tu jugak. Main dengan sepupu je... Kalau ada org luar selagi budak tu tak mulakan dulu, jangan harap la dia nak ramah mesra.

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kami di mana-mana

Monday, March 11, 2013

Besday abang rayyan

Salam...

24 feb tu, abang long dah masuk 4 tahun. Pandai request kat mak dia, dia nak makan nasik ayam. Jadi adik aku minta aku masakkan. Aku masak???? Apa gila? Sup ayam lepas la... Nasi ayam eh??

Tapi takkan nak malukan diri. Tak pernah buat nasi ayam tapi tengok MIL buat nasi ayam so ingat2 je la... Padahal fidah tak tahu ok... Dia ingat kakak dia ni pandai sangat ke masak???

Ah! Yang nak makan pun si rayyan. Yang lain korang ambik bau je la... Aku buat sbb sajer je. Mana tau one day si amani request nak makan itu ini tuk besday dia. At least taklah kempunan mak cik kecik tukan...

Well aku mak yang selalu veranggan. Kang tiba masa mula la beli kedai je. Hahaha...




Lepas masak terus beli kek. Rayyan yang pilih. Memula macam malas nak beli, tapi apa la erti besday tanpa kek. Kan kan kan?



Cepatnya si bujang ni 4 tahunkan?



Si zoro dan tinkle bell... Ober tau!



Amani dengan nenek. Abang rayyan eksen tak nak ambik gambar dengan nenek. So amani yang volunteer...tapi kenapa gayanya gitu?



One happy family... Mana raessah? Tetiba lupa si kecik tu...



One happy family...


Rayyan yang sayang adik. Sikit2 nak sayang adik. Baguslahkan... Jangan ko buli adik ko sudah.



Best part! Tiup lilin...


Omak dalam pantang... Tapi pantang nampak camera... So sila lihat je la yer... Hahaha....



Semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata mama dan papa yer Rayyan...


Nasi ayam yang aku masak... Hahaha... Komen encik somi???

'Okkkk laaaaaa' ermmmm...zamani kata ok... Amani makan banyak nasi sup! Rayyan pun bertambah makan. Cume aku rasa kurang kick tu ayamnya... Belasah je la... Makan senyap2. Nak bandingkan ayam aku dengan chiken rice shop mmg jauhlahkan?

Apa pun janji cube yer dak???


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Rumah ku syurga ku

Saturday, March 9, 2013

tak habis lagi

Semalam kena panggil dengan big bos... dah tender 2 week baru panggil sesi 'brain wash'. Brain wash ke? Otak saya boleh cuci, tapi hati ini dah mengecil sampai tak nampak dah....

Time dia keluarkan hujah2, aku diam dah senyap. Nak balas but i think this is not the right time. Anyway i know him well... kang tak pasal lain pulak jadinya. Dia ni jenis tak bole org lawan. Nak menang je. Plus dia pernah cakap dengan kitaorg "Sama ada dia salah atau cakap dia tak logik, dia tetap akan menang sbb dia BOS" Fineeeeee! Dah saat terakhirkan. Buat tak tahu je la... anggap sesi lepas geram.

Dia ungkit semua!!!! semua ok!!!!

Time you baru masuk kerja... u start from zero, i train you become what you are now....

You know among us here, you are more power than others... even myself....

U have work for me 6 years, and you tender one month. Have you think about my feeling?

When you need help. Who help you?

Boss....

I never complain when you ask us to stay beyond our working hour... I never complain my pay is low than others. You appoint me as Asst Manager but my pay is actually lower and not even par pun dengan position manager. And i never complain. Sbb apa? The relation between you and me. Yes, you help me a lot. You trained me dari zero sampai la apa yang aku jadi sekarang.

The reason im leaving sbb aku rasa kau dah tak perlukan aku lagi... may be you did not remember those harsh word. I know you the kind yang suke marah but you never keep inside. I know you better than i know my husband laaaa (bab perangai yer). Sbb tu diam tak diam aku dah kerja 6 tahun dengan kau... opss 7 years this april actually. Aku happy kerja sini, walaupun gaji kecik tapi aku tahu masa kerja lebih fleksible. Tapi when you dont really need me, takkan aku duduk je. Betul tak?

Pls leave, pls leave.... pintu terbukak tuk kau keluar dari sini. Depan staff yang lain. Kalau kau sendiri tak hormat aku, macammana dengan mereka yang lain nak hormat aku sebagai superior mereka???  Alasan kau, mana2 company pun kalau org bawah buat silap, yang kena org atas mereka! I agree! Totally agree... aku tak tolak fakta tu. Tapi sekurang2nya siasat la dulu. Ni dah kau buat aku punching beg kau, than hina like aku ni tak ada maruah.

My new job offer me better pay... yes!

Kau tahu tak, aku sendiri tak pasti benefit yang bakal diorg bagi aku kat sana. Kenapa??? sbb aku perlu survive... i got degree dan itu harta yang aku ada tuk survive. Untuk tanggung or bantu suami dan kesenangan anak2 aku. I dont care or bother if they dont give me bonus. Aku tak tanya pun. I dont care or bother the about the annual leave. FYI they give me less than what i get here. I dont care or bother if the bos is extreme gila dari kau sekarang....my position??? Sini asst manager but kat sana level executive but the pay is higher and equal to title you give to me now.

I'm not comparing. But before you take action against me. Better for me to make move. tetiba pulak kau cakap aku masih muda. Perjalanan jauh. Takkan nak tunggu tak ada org nak ambik aku kerja kot?

Rasanya nak ambik org tepi jalan buat akaun tu payahkan?

14 days to go.... wish you all the best Boss.... i believe you can get someone better than me. And for me, aku sebenarnya mencari company yang lebih besar... company yang lebih banyak benefit... tapi rasanya ini langkah permulaan yang pertama... insya Allah rezeki Allah tu ada. Kalau niat kita betul, insya Allah segalanya di permudahkan.

Bila pikir balik, aku dah bayar segala jasa mu,boss... Tahap kesetiaan saya pada boss lebih dari tahap kesetiaan saya pada suami dan anak. You wont bother about my husband's feeling... you wont bother my doter feeling... i also ignore their feeling just to get your attention. Kerja lebih 8 jam sehari. Cuti pun tak bermakna bila kena report everything. Tido pun tak lena bila aku kena balas email2. Tak cukup ke?

Selama 6 tahun ni, aku akui kamu mmg seorg yang bercita2 tinggi. Consider you are young and you already be 'some body' in this industry. I always admire your capabilities. But admire saja tak mencukupi.

Sekian.... luahan hati...

hehehehe   

Free Image Hosting at www.ImageShack.us CidaZam bercerita lagi

Friday, March 8, 2013

Besday ayah saya

Salam....


Akhirnya update blog! Hoyeahhhh terasa macam nak kena beli satu lagi ipad tuk diri sendiri sbb amani iman mmg tak benarkan mak dia gune ipad. Jenis yang melalak tak boleh bla! Pandai memilih. Iphone tak nak! mencik! Abang zamani buat taktahu... Dia cakap hal anak dengan mak dia tak nak campur.

Bila aku mula nak pegang ipad, bateri kong memanjang.

Besday ayah tak blog lagi... Erm encik rusli tak suke nak sambut2. Kalau kita buat makan2 ke apa ke, dia relex je. Macam tak ada perasan pun ada. So sbb tu mmg jarang la kami beli kek. Beli time besday ibu than sambut sekali. Hehehe... Dia pun tak pernah kisah. Tak wish pun dia relex. Hahaha... Ok kami tak sekejam tu. Ingat punya! Mana boleh tak ingatkan. Ayah! Wali! Pelindung! Mentor bagi mana2 anak pun dalam dunia ni.

So nothing special. Kami beli nasi briyani je. Ho ho ho... Kasi adil la. Besday ibu, beli sea food. So besday ayah beli je tuk makan malam.



Tak ada kek... Encik rusli tak kisah...

Tak ada nanyi2... Encik rusli tak heran... Hahaha

We all cume cakap ' selamat hari jadi ayah'

Jawapan dia.... 'Ooooooo terima kasih la...'

That my dad........ Macam tak ada perasaan gitu. Hahaha kalau ko belikan dia hadiah lagi best! Pernah la aku beli hadiah, balut cantik2. Sudahnya mak aku yang tolong bukak tuk dia ok. Akak sentap! Alasan dia???? ingat org lain punya hadiah. Time tu me and fidah belum kawin lagi. Dah tentu2 dalam rumah tu dia sorg je lelaki. Aku beli kemeja tuk dia. Takkan nak bagi kat boiperen kot????

Well my dad tak mesra alam... Hehehe.... But kitaorg ok jer sbb tahu dia gitu sejak azali lagi.



Jemput makan, dia makan je... Kalau aku suruh dia posing or pandang camera, takut dia hilang mood plakkan. So curik2 la ambik gambar. Ada kenangan je eh...

Happy 60 besday ayah....

60 eh? Wow...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Rumah ku syurgaku

Wednesday, March 6, 2013

Gedik gedik

Salam

Amani dah setahun 5 bulan dah... Cakap tu belum lagi. Tapi takat panggil abak tu laju ler...perkembangan dia tak banyak sangat. Cume kaki shopping. Pantang gi shopping mall... Ko bawak speed mart pun dah terasa macam shopping kat klcc dah... Hahaha... Sian anak aku

Than kaki ipad.

Now? Dia dah pandai control ipad 97 percent. Sejak abang rayyan stay sini, lagi bertambah bijak. Perh terkejut. Dah pandai main puzzle ok! Aku tak tahu sama ada dia menghafal or main tekan je apa dia nak tekan. So far match alphabet dah takat E...

A for ant
B for bear
C for cat
D for dinasor
E for elephant

Masuk F dah bosan... Hahaha so menu home terus!

As mak, teruja ar.... Hahahaha... Macam aku cakap bit confuse. Kalau buku, ko tunjuk dia tak minat, may be sbb tak gerak kot.

And now! Nak tido mmg gedik dengan me. So far time tido dia pukul 10 malam. Kalau dia tak mengantuk, dia main ipad. Tapi kalau nak tido ni, aku bagi dia gune iphone je. Dengar cerita. Hahah zaman teknologi, ko download je la cerita animasi, dia layan. Try jugak aku bercerita, dia bosan. Terus tutup buku.

Tapi that nite. Aku try ambik gambar dengan dia. Ipad berat sangat. So used iphone. Sumpah! Semua ni amani iman posing ok. Aku tak tipu, bukan aksi spontan. Tapi dia yang posing. Ko bg arahan je

Amani cepat senyum...

Amani cepat jangan pandang camera...pandang ibu cepat

Amani kiss ibu...

Amani tengok sini....

Bila dah snap dia yang kalut nak tengok... Dah? Dah? Hahah dia tanya kita plak sbb nak tengok hasil gedik dia...

So ini hasilnya...


Pic 1: Amani senyum and tengok ibu....



Pic 2 : Baring and look at the camera...




Pic 3 : Amani smile! (Ok pacifier menghalang)




Pic 4 : Amani! ( terus tengok camera)




Pic 5 : sayang ibu! ( terus cubit pipi ibu yang tembam dari dia) hahaha



Pic 6 : Chzeeeeeee



Pic 7 : big kiss! ( love this pic)




Pic 8 : ok flying kiss.... ( syabas bete!)

Ok genetik darah abak yang mengalir mmg la kuat...

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Bilik kami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails