Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, June 4, 2013

Mari la minum susu

Salam reader....

Alhamdulillah rezeki Amani Iman...bulan ni beli barang keperluan Amani Iman.

Pampers pants BabyLove
Susu Enfagrow 1.7kg and 650g Pack
Botol Susu Baru yang kaler2
Sabun Pencuci Botol

Itu sahaja....

RM 215...

Aku pandang Zamani... bukan merungut eh dan bukan jugak nak belagak anak minum susu mahal. Ko tak tahu, mak bapak amani minum air paip je lepas anak tukar susu. Hahahaha

We change because we want DHA more dalam susu. Aku tak tahu Zamani. Tapi aku mmg study jugak la pasal susu anak. Percaya atau tak, mmg susu membantu dalam perkembangan anak. Mungkin ada yang faktor genetik. Kalau mak bapak genius, anak bole mewarisi. Tu aku percaya jugak. Tapi kalau ikut aku dengan Zamani, omaknya tak la berapa nak pandai. Hahah so kena ada suppliment yang membantu.

Sebab ke dua, aku dah congak harge.

Kalau S26, twin pack tu rasanya kandungan dia 1.2 kg. Price RM 55-58 tengok kedai

Kalau Sustegen, twin pack 1.3 kg - Price RM 53-58 tengok kedai jugak

Amani minum sehari berkali2.... hahaha... so nampak murah tapi berkali tu tak tahan. Satu pack 600g tu tahan 4 hari. So kalau sebulan around RM 200 jugak.

Than ari tu cari susu sbb sustegen dia tak serasi... tetiba je tau. Aku pun tak tahu. Sbb kalau dia baru pakai susu tu than boleh faham la. Tp S26 sejak dia lahir. Sustegen pulak sejak dia capai umur setahun. Than punca dia batuk kahak semua sbb susu.

Than doktor sugest IQ gain. Macam berat hati sbb IQ gain soya. So time tengah survey aku di kenalkan dengan Mamil Leaning

 1.6kg harga dia RM 109 ini harga promotion. Yang pack 600g sahaja. RM 43 ko! Yang triple pack RM 114.00 kandungan 77 mg DHA. Paling tinggi.

Than time gi melaka tu, mak amani yang bijak ni bawak susu anak satu tapaware je. Satu malam dah habis dah susu... heheh alasan gi beli la. Jusco Melaka mahal oooo RM 45 kot compare aku tengok kat Tesco yang RM 39 promotion time tu... apa lagi pilihan ada? Ambik la... sekali kena syarah dengan promoter Enfa


Kes paksa ko!!! aku tak nak tukar. Sian la amani iman. Kot tak serasi ke? Si Rayyan mmg dari kecik minum Enfa. So amani pernah minum la... dia buang botol si Rayyan. Aku bg alasan, anak aku dah try Enfa tapi dia tak nak. Pastu dia promote pulak yang perisa... beza seringit dengan Mamil. Dia pun bercerita. DHA Enfa 75mg je. Tapi Enfa ada Fos and Insulin yang Mamil tak ada.... wahhh betul ke aku terang ni? Kalau salah makna aku salah dengar la tu. Tapi ada satu sumber yang Mamil tak ada. Fos and Insulin tu sourse Dietary Fiber. Kita anak ko tak la minum je. Dia akan kenyang jugak la. Yer ke? Rayyan sukati minta mak dia 2 kali tambah susu. Wakakaka... betul dah minum 16 ons minta tambah lagi.... mak dia kerja bank ok la. Kang mak amani tolong Bangla dengan Napel kerja kat kilang pulak nanti. Buat OT... hehehe

Sentap bila promoter Jusco tengah susun barang kat bahagian susu...dia menyampuk

"Anak saya pun minum susu ni kak. Elok... bijak anak perempuan saya tu. Akak bole nampak beza nanti." Ha! bukan la nak kata apa. See dia bukan manager. Dia kerja jusco je. Tapi tak berkira nak bagi anak minum. Ko Cida??????  Ekceli mmg harga jugak menjadi keutamaan aku. Tapi nak terbaik tuk anak jangan la berkira. Sok anak kedua mmg susu cap gantung je la... hahaha...





So kita tukar to Enfagrow. Oklah 1.7kg...

Ni yang aku perhatikan. Dalam beli kena jugak pehatikan apa beza amani dulu dah sekarang. Nak dekat sebulan minum susu yang berDHA ni la... mmg nampak ketara perubahan Amani.

- Nampak dia active. Stamina semakin bertambah. Ko tahu malam2 dia berlari keliling ruang tamu. Motip? Aku pun tak tahu... kuat berlakon, aku suspect daya imiginasi dia bertambah. Skrg dah pandai belakon gune prop. Hahah dulu sorg2 pun tak pa.

- Selera makan ada. Alhamdulilla... kalau Sustegen mmg dia tak nak makan. Kenyang kot. Ni dia makan la jugak sampai 10 suap max. Diet minah kecik ni.10 tu dah kira bagus la.

- Minat mengira. Aku rasa tu genetik mak dia yang suke account... hahaha... walaupun berterabur Two, Four, Shick, Eittttt, Ten.... semua nombor genap. But Alhamdulilla la...as a mother ko banga tak? Eh anak aku mengira?

- Bunyi dada kurang... means tak ada dengar bunyi pernafasan macam berkahak/ berlendir. Not totally gone. Tapi oklah kalau dulu malam dah join abak buat okestra! Anyway promoter tu cakap its good for bronchitis. 

Ini je la yang aku nampak so far. Mak aku yang banyak nampak perubahan amani iman, sbb dia yang jagakan? Dia cakap Amani cepat belajar expecially bila tengok cartoon disney tu. Ada gaya yang dia nak tiru dia tiru. Aku tak nampak lagi la. Sbb bila suruh dia buat dia tak nak. Ko paksa dia banting diri dia. So tak leh paksa.

Oklah itu je nak kongsi. Org cakap ini la rezeki tuk anak. Kerja nak rak pun tuk siapa pun kan?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Monday, June 3, 2013

Majlis sanding Belah Lelaki

Salam...

Ok sambut cerita kawin- kawin.

26 hari bulan majlis di belah lelaki. Alhamdulilla amani iman dah beransur sihat. Cume merengek tak selesa sbb ramai org. Biasalah dia. Abak bz menolong, menjerit2 gedik. Eshhhh...



Gedik gambar sendiri dulu... Hahaha... Fashion ni dah lamakan? Baru terhegeh nak pakai. Sbb murah dah sekarang tudung ni... Dan mampu di beli... Hehehe... Tapikan uols tak tahu kenapa tudung ni mahal! Ni my friend yang jual.

Ok sambung cerita eh...



Pelamin di luar rumah... Tema biru. Tapi tatak cida dengan abang zamani pakai pink.. Hehehe...



Kemah makan. Ramai jugak yang hadir. Tak banyak sangat nak bantu sbb katering.


Meja makan beradap.


Kek pengantin... Heheh sila nyatakan apa yang pelik pada kek pengantin ni? Kuang kuang kuang... Mampus kena jotos dengan pengantin.... Hahaha tetiba ada lilin! Aku pandang dan tanya adik heri. Dia pun gelak... Dengan pantas kami cabut lilin. Sblm pengantin mengamuk. Nasib baik nama kat kek betul. Ingat salah deliver kek.

Jangan marah eh cik heri hansem... Hehehe



Ni bakal menantu ni... Suke sakat amani iman.


'Bersanding' dengan 'gigi' tak bole bla... Pengantin lelaki memalu tucing... Hehehe...


Garang tak???? Siap nak bagi penumbuk ok....


Marah masih tak habis... Ok abaikan double chin daku tu. kah kah kah.


Time bersanding. Tak dapat nak ambik gambar sangat sbb puteri pucuk kelompang zamani mengamuk2.



Me and my brother Rizal... Sekarang tinggal Rizal jetak kawin. But dont worry. Ku pasti perkahwinan mu lagi grand! Terbaekkkk!



The only flower... Hahah main dengan budak lelaki. Bukan tak ada cozen perempuan. Si amani iman dengan second cozennya... Diorg cakap amani garang macam mak dia... Hua hua hua...



Riz, dia sangat behave...



Main pun kongsi. Amani iman ni aku tengok dia tak suke nak berkawan. Selalu main sendiri. Kalau org nak main dengan dia, layanan dia bukan main garang lagi. Kena hantar dia sekolah. Uhuhu...

Awal lagi kot?

Ok cerita Melaka dah habis dahhhh....

Cayok! First time daku update cepat... Kalau tak makan bulan... Ho ho...


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Kg Tun Razak

HMD

Salam...

Agak mengejutkan bila amani dapat HMD. My cozen Dr Jay cakap itu sintom HMD tapi tak sure sbb dia bukan pakar kanak2. The best dapatkan rawatan. Aku call kawan aku so dia cakap pergi klinik pantai. But the thing is saturday tutup. Dia suruh aku tengok depan hosp pantai ada klinik kanak.

Ok tuk amani iman, aku mmg selesa nak ke pakar. Kalau tak ada klinik pakar aku rassa zamani ajak balik dah hari tu. Uols pls ingat, kalau anak bawah 5 tahun, better bawak ke klinik pakar kanak2 sbb diorg expert sikit. Kalau doktor biasa diorg tak dapat nak bantu sangat. Aku tak cakap doktor biasa ni tak bagus. But tuk anak. Diorg akan explain dekat ko detail. Ok ada la lately aku bising pasal phenomucocal injectionkan. Doktor ada suggest tapi aku sambil lewa... Hehehe... Itu salah aku. Bukan salah doktor.

Amani iman kalau sakit mmg kena spend few hund la...mahal tapi serasi. Alhamdulillah. Tapi ari tu mungkin semua klinik tutup dan klinik ni je yang bukak. So we decided nak tunggu jugak. Time kitaorg sampai pukul 2. Memula tunggu dlm kereta. Amani tido. Dalam pukul 3 nama tak panggil lagi... Ada 7 or 8 org atas dia... So oklah tunggu. Mana tahu satu patient mau dekat setengah jam kot... Omg!



Dr Lim, pakar kanak2 Hospital Pantai Ayer Keroh.



Sampai duduk lantai dah semua. Klinik tutup pukul 4. Yang datang semua dah di bagitahu pesakit ramai. Diorg nak jugak tunggu. Dasyat sungguh!



Mungkin sbb klinik ni bagus or mmg tak ada klinik yang bukak on sat. Tunggu je la... Tunggu ounya tunggu pukul 6 ok baru doktor panggil! Terberak ko kat situ tunggu. Amani jumpa doktor mmg harus la menangis.

Yes amani mmg kena HMD... Tapi baru permulaan. So aku risau la... But doktor cakap tak perlu nak risau sbb kalau dulu yes. But now tak perlu. Its like normal rashes cume dia menjangkit. And normally org tak tahu or parents tak tahu sbb ulser akan banyak kat bahagian mulut, sbb tu la anak tak makan, perlu masuk hospital sbb diorg kena drip due tak boleh makan.

Penyakit ni depend on antibodi seseorg. Kalau terkena air liur yes akan menjangkit dengan mudah. Tapi hanya menjangkit dengan kanak2 yang bawah 5 tahun sbb anyibodi budak tak kuat macam org dewasa. Doktor suruh aku bagi amani minum 100 plus.

Lega dengar penjelasan doktor. Even my cozen pun nasihat benda yang sama.


Doktor yang sangat baik! Nurse sorg tu dah naik hantu. Hahah kul 4 tak bole balik lagi. Kena buat Ot... Lepas aku, ada lagi yang tunggu, tah kul berapa agaknya.



Amani dah buat rumah sendiri. Budak tu nama iman jugak.sama je dengan si amani iman.

Doktor bg 4 jenis ubat. Spray, ubat tahan gatal, cream dan mandian. Aku rasa yang berjaya hanyalah unbat mandian je... Hahah

Balik je terus mandikan dia. Ubat ni kena letak dalam tub mandi or dalam besin besar dah rendamkan dia 20 minit. 20 minit? Yer anak aku mmg suke berendam. So tak ada maslah. Dia jadi masalah bila bawak kuar dari air.



Tengok, happykan? Mmg senang je. Anak buah aku siap tanya kenApa amani mandi dengan air sirap mak long? Nampak best je. Hahaha..

So far ubat doktor tu makan sekali je. Nampak perubahan. Dia nak makan. Sbb spray tu tuk ulser mulut. Dia menghalang makanan or minuman kena kat permukaan ulser.

Antibodi amani mmg tak berapa kuat. Kerap je dia sakit. Nak cari supplement tuk dia. Any suggestion?

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, June 2, 2013

Pagi esoknya....

Salam...

Dah lupa melaka with love part berapa... Hahah aku tahu macam poyokan... So buat je la title biasa. Bangun pagi sbb nak kejar bfast. Hotel ni tak la grand mana pun penyediaan makanan dia... Tapi oklah tuk alas perut. Me pun tak kisah sangat. Amani ada masalah nak bangun pagi. So ni habuan nak bagi dia senyap. Hahah tengok video sendiri... Hasil kerja abak. Suke pulak dia tengok baby tu... Padahal gambar2 dia kecik2. So. Iar la ko melayan. Janji jangan buat bising.

Aku perasan dia tak nak makan. Badan dia penuh sangat ruam. Tapi bahagian kaki. Terutama celah jari kaki.



Puas ajak makan tak nak. Not even nak makan sosej pun... Diakan hantu sosej. Mmg dia tak nak. Aku suspek dia tak ada selera nak makan sbb tak sihat.



Ruang sarapan pagi kat cafe hotel... Aku suke kalau sikit2 ni... I mean kenalah dengan buget ko bayar otel tu... Kalau 300- 400 haruslah ko meroyan makanan macam tu jer.

Lepas makan, lepak bilik sbb pukul 130 petang we all nak kena hantar pengantin.


Katil ni best kot... Dia suke lompat2... Lepas makan lepak jap... Than mandi dan siapakan both abak and anak... Hahaha...sementara abak main game, anak khayal, kenalah gosok baju tuk meke....


Pukul satu berarak di rumah perempuan.... Kul 115 dah tercongok depan umah pengantin perempuan. Hahaha


My uncle baju biru tengah deal dengan org2 kompang.... Pengantin tak sabo...



Rombongan pengantin lelaki... Tanpa di sedari, we all belah lelaki expecially mak cik2 semua berbaju itam... Including me and my lil family... Hahah panas nak matik! Pakai baju itam.... Mmg terbaek!



May 26, 2013 | Cik gu garang berbaju merah. by cidazam_7890 on Keek.com




Ada anak buah haruslah kau pegang bunga mangga.



Menunggu puteri kuar menyambut...


Muke amani iman yang tak sihat... Dia menangis je tak selesa. Abak dia hilang sabar jugak... Ruam kat kaki mmg banyak sangat.... So zamani dengan muke stress cakap lepas ni terus hantar amani kat klinik...

Klinik mana pulak????? Susah2 hanyao Pantai Ayer Keroh sahaja. Call linda tanya ada mana2 Pakar kanak2 tak. Dia cakap dia ambik doktor kat pantai, tapi pandai close hari tu... Suruh aku tengok klinik doktor tu kat depan hosp pantai tu sendiri... Ok will cerita kat uols nanti.



Excited betul pengantin lelaki tu yer... Hahaha cozen siapa tah... Uhuhu





Me and mira... Sempat ko posing... Ate pengantin perempuan lemah gemalai keluar menyambut... Hahah yer la takkan ko nak expect pengantin perempuan datang mcm menyerang pulak... Yer dak?



Majlis bersanding belah perempuan....






May 26, 2013 | Tepung tawar by cidazam_7890 on Keek.com



Majlis tepung tawar di buat oleh dua belah pihak... So aku duduk senyum je la... Hehehe... Gelakkan pengantin.


Part ni jangan di tiru... Yer biadap dr jay makan cendol waktu eri sanding! Hahah tak ajak boleh pulak makan macam tu... Ekceli not him je... Sepupu aku yang lain beratur macam tengok pertunjuukan sambil enjoy makan cendol, bole.... Hahah ni ayat bengang sbb di tinggalkan tak join sekali.




My auntie... Makan kat meja pengantin. Tell u mmg best gila! Banyak lauk... Hahah jadi rakus family pengantin lelaki... Ada ku kesah. Macam2 sampai lauk sup ayam pun di hidangkan... Udang, ikan siakap 3 rasa... Kari, asam pedas, rendang... Oiii terbaik... Tak ada gue pandang nasiberiyani. Hahah tapi nasi puteh dah habis time aku join... Jaga anak, bagi laki makan dulu. So nasi brayni makan dengan lauk2 ni... Tak pa sedap jugak...


Aku suke gila kuih ni... Haven rasa... Last rasa time aku kecik2 time sekolah... Mmg susah nak dpt kuih ni kat melaka now days... Ala tengok gambar nak lagi... Hampir 3 biji gak la aku makan... Sedap sedap sedap....


Penuh! Dengan tahu sumbat... Hati masak kicap, ayam goreng, ekceli ni dah habis kena bedal... May be tak ikut protokol raja sehari, tapi macam aku cakap, ada aku kisah. Org pun nampak pihak pengantin lelaki mak aiii makan tak hengat dunia... Tak yah cover... Org kampung tahu.... Hahah



Kek sarawak pun ada... Kata cikgu dari sarawakkan... Cendol pun ada. Org cakap sedap...tapi me tak sempat. Anak buat hal meragam.




Cik abang tak peduli dia rasa sehari. Aku cakap control la! Dia cakap lantak la... Akukan raja... Hahaha bengong mung! Siap arah mirah and mirin ambikkan cendol. Tapi mmg haven la kalau panas mcm ni minum cendol uols...



Dont try this at you wedding... Bini menyambut tetamu. Ko gigih dengan cendol. Wakakaka...

Ok stop entry sampai sini jap... Sbb time ni abang zamani dah muke singa! Tak bole lengah bawak puteri pucak kelompang gi klinik... Dah nampak tuk dah anak dara aku time tu.

- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Melaka

Saturday, June 1, 2013

Melaka with love part 3

Sambung.....
Malam masih mude, nak balik hotel macam awal. So aku ajak zamani pergi tengok lampu dan lepak depan Majlis Perbandaran Melaka. Sbb amani sure sukekan?




So depan pakson melaka....




Dan budak yang suke dgn air...teruja tengokbebudak kat situ mandi. Yes mandi ok... Asal bole je diorg ni bagi anak mandi macam mandi air terjun. Heheh tapi budak oklah. Kalau org tua! Harus la ko masuk youtube sbb buang tebiat.



Ko tengok muke dia bila aku cakap Amani iman NO! Bukan dia tak faham. Tapi cubaan melawan di situ...



Yes abak mmg monitor... Kan?

Ok try tengok keek la uols.



May 24, 2013 | Bawak amani jalan2 lepas perjumpaan kawan2 kat ayer keroh by cidazam_7890 on Keek.com






May 24, 2013 | Happy tengok air 'lompat-lompat' by cidazam_7890 on Keek.com






May 24, 2013 | Dah mula excited by cidazam_7890 on Keek.com




Amani iman mmg hantu air... Risau gak kalau kat rumah,aku selalu pesan kat mak aku tutup pintu bilik air... Dia suke sangat kalau flush air jamban tu...



May 26, 2013 | Apa respond raudhah??? Esh esh jakunnya budak amani iman tuuu by cidazam_7890 on Keek.com



Kebetulan kawan aku si ely pun bawak anak dia kat situ... Terjumpa pulak mak cik ni... Anak dia tak berani nak main air tu... Haha dia geleng kepala macam eshhh jakunnya budak ni! Tak pernah jumpa air ke???? Hehehe

Itu la anak cidazam... Kalau nak tahu... Hehehe


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Melaka

Friday, May 31, 2013

Melaka with love Part 2...

Salam...

Memula fb, than wechat telah menemukan dan merapatkan kami kembali. Tiba2 rassa rindu dengan kawan lama... Masa belajar kat kolej. Memula aku dengan Linda. Than rapat dengan Ely dan marhana.

Aku paksa diorg join group wechat. Hahaha... Mmg haruk la. Zamani pun jeling je. Macam over bini dia gelak sakan.



Mereka tetap macam dulu. Tak berubah pun. Rindu sangat. Dengan wechat aku rasa kami macam dulu balik. Ada masalah kami berempat la.





Meh aku cerita sikit la kawan2 aku ni. linda mmg kawan dari mula aku start kat kolej. Punya kenal2 rupanya dia pun org kampung aku je. Tapi family dia menyewa kat kawasan taman compare aku yang duduk dengan nenek. So kami dah macam kembar, apa pun nak sama. Beli beg, beli baju. Cermin mata. Semua la...

Si Mar pulak kawan rapat dengan si ely. Mar menyewa kat kawasan kolej. Than aku, linda dan ely mmg duduk luar. Jauh dari kolej. So bila ada break je mmg bilik mar jadi tumpuan kami.

Yang Ab??? Kita org tak suke kawan dengan dia dulu sbb dia kasar. Tapi tah... Lepas dah kawin, dan ada family sendiri, kami rapat dengan dia. And she not bad. Mungkin lepas join krusus jenazah dia insap join group kami ni... Hahah lawak betul bila dia wechat kami berempat cakap dia takut sbb penceramah nak cari model jenazah... Lol...


Pukul 8 malam, kami berjumpa kat mcd ayer keroh. This is us...


Bila dah jumpa mmg 3 malam pun tak cukup. Lama tak jumpa diorg. Kecoh mcd tu dengan suara kami semua.


Mar duduk rembau... Terima kasih kerana sudi turun, walaupun dia kerja wesak day ari tu.


Me and ab... We share alot of thing. Susah senang aku pun dia yang menjadi penasihat....


Ini la linda... Budak yang sekolah tak habis2 (cikgu sekolah) hehehe


And me and ely sharina. Ely dengan aku ada persamaan yang best sikit. Beza aku dengan dia aku tua 10 hari dengan dia. Dan amani dengan raudhah (anak ely) jugak 10 beza... Yah... We all berempat September baby... Baby la sangat aku pun!


Gambar ni pasal apa eh? Hahah candit! Yeah amani mmg folo mak dia... Huhuhu



Layan je la gambar...


Motip ab??? Hahahaha... Aku mak tunjuk anak dak linda dengan anak ab bergusti dalam tu... Hahaha mak2 bukan main sopan kat luar... Hehehe




Ha dah jadi rupa ini dah... Mesra sungguh.


Amani sangat buas... Tengok je muke zamani yang stress. Bagi chan je abak... Ibu lupa diri kalau jumpa kawan2.



Amani iman dengan ab... Punya susah dia nak bergambar, tetiba senyap pulak... Or may be she know ab...maklum la... Penasihat dan pendengar ibu yang baik... Aku mmg rapat dengan ab... Siap nangis2 sms ab dulu... Hahaha...tu amani kasi chan tu... Heheh kalau tak??? Mmg tak ada la dia nak org.




Main kepala bapak dia... Nampak muke zamani dah macam nak telan dah tu.



Amani mmg pandai ambik hati bapak dia. Sbb tu abak sayang amani more than ibu... Sob sob... Betul uols. Amani kalau kena marah, dia akan buat benda yang buat kita nak tersenyum tau... Pandai ambik hati bila dah salah.



Dia cuba letak benda tu kat kepala bapak dia... Konon lawak la...



Yes its funny abak! Hahah ibu nak gelak takut abak ko marah... Hehehe...

Hai... Tah bila nak jumpa lagi yer... Insya Allah kita jumpa lagi. Tak puas rasanya jumpa. Sbb mar nak balik. Banyak gelak dari bercerita...

Will sambung lagi nanti...

- Posted using BlogPress from my iPad

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails