Dengar topic pagi Sinar... aku tak tahu la apa topicnya but ada caller ni cerita tentang masalah kawan dia... dia ka kawan ka... aku tak tahu... but ceritanya gini...ku bezakan kawan tu dengan kaler la ye... kang pening plak korang nak faham
"Dia ada kawan... dan kawan dia punya kawan baik dan dia lelaki la... so kawan dia ni dah kematian suami... dia dengan kawan lelaki dia tu dah kawan hampir 18 tahun. So kawan lelaki dia ni nak jadikan dia isteri la sbb dia mmg suke kat kawan perempuan dia ni. Masalahnya kawan lelaki dia tu dah beristeri..."
I was like geram kat situ... kau kawan dengan perempuan tu for 18 tahun dan ko ada ati kat isteri orang?? Bukan dia nak kawin perempuan tu dengan alasan simpati tapi alasan sbb mmg dah lama ada hati... sempat jugak caller tu cerita, kawan perempuan dia ni dalam dilema sbb kawan lelaki dia tu suami org...
Adoii perlukah runtuh rumahtangga org? Dah ko kawan dia (the guy) im sure bini org tu pun ko kenal dan kawan rapat jugak betul tak? Cepat betul manusia berubahkan? i can not imagine if one day chinta abang Jamani berubah...yes tak kena batang idung sendiri kita tak leh nak cakap. Sekarang ni macam2 word yang kuar dari mulut kita... nak cincang la... nak potong 18 la... tapi bila benda dah jadi confirm yang boleh buat is dodok menangis meraung je la,kan?
Aku takut akan kehilangan... tapi aku tahu dalam dunia ni tiada yang kekal... masalah rumahtangga ni terlalu luas kalau nak di perkatakan... ada yang cari alasan tak ada anak, nak anak... yang ada anak pulak cari alasan isteri tak bagus... aku tak nafi semua tu... kalau bercinta, baru2 kawin boleh je menegur pasangan tu... kenapa sekarang tak boleh? Masalah anak pun bukan ko yang tentukan... what make you confident kalau kawin dengan perempuan tu, ko dapat anak??
I dont know... tapi pernah ke diorg fikir perasaan isteri tu? kita tolak cerita kalau isteri tu bermasalah... dah lama kawin tak mo jaga makan pakai... bagi syarat tak nak ada anak bagai... tolak semua tu... maksud ku sekarang pada isteri yang setia taat pada suami...susah senang sama-sama, tapi di akhir usia nak habiskan sisa usia dengan org lain. Tak terpikir ke pengorbanan isteri tu?
Aku juga tahu bukan masalah aku pun... masalah org lain... but biasalah akak suke dengar cerita2 gini... nasib baik yang call tu KAWAN pada si perempuan tu...tapi nak cakap tak leh jugak... cinta ni buta... sbb tu benda2 macam ni jadi,kan? jauhkan la diri sebelum rapat... time aku berurut kat Sepital Putrajaya... akak ni dah kawin, tapi tinggal jauh dengan suami... jumpa dua minggu sekali... dia menyewa dengan kawan dan semua dah kawin... dia kata lelaki-lelaki ni suke cari perempuan yang dah kawin, sbb apa? kalau perempuan mengandung pun, dia tak perlu bertanggungjawab... aku terperanjat sat kat situ... macam tu jugak dengan perempuan yang kawin, tak perlu risau kalau lelaki tu tak nak bertanggungjawab...
Alasan yang akak tu bagi pun macam tak leh nak di terima je... menyalahkan suami sbb suami tak menjalankan tanggungjawab tapi itu bukan alasan tuk kita curang pada suami... macam abang jamani cakap, ada jalan penyelesaian, islam tak kejam. Kalau rasa suami tak boleh nak jalankan tanggungjawab, undang2 islamkan ada? Kenapa nak jatuhkan maruah dan harga sendiri? Eshhh aku ni cakap je pandaikan... tapi apa pun minta sangat la di jauhkan... family main peranan jugak kot...maksud aku kalau family tu sentiasa menegur, betulkan apa yang salah insya Allah kita boleh la berfikir panjang. Bagi aku kalau ada segelintir suami yang jaga ketat pergaulan isterinya ada maknanya jugak sbb tak nak ini terjadi... setan sentiasa ada,kan?
Maafkan saya kalau saya hanya pandai berbicara... mungkin org kata saya tak faham, tak pernah lalui so jangan banyak cakap... ini peringatan tuk diri sendiri juga... sbb aku tahu aku juga jenis yang memberontak... kadang2 apa yang aku buat bukan atas keinginan sendiri tapi sengaja nak buat suami tu sakit hati. Akibatnya bertindak mengunakan emosi dan bukan akal fikiran. Wei aku tak kata isu ini aku pun buat eh... kang ada org lak ingat aku selingkuh... aku harap kalau aku terjerumus ke arah itu, tegurla...
Kih kih kih lepas ni abang Jamani kawal ketat la bini dia... base on trust sahaja pun tak leh jugak...1% perlu ada tuk kemungkinan-kemungkinan yang kecik... tapi kalau dah sampai email, FB account semua nak check aku rasa tu dah 50% percaya 50% tidak, itu bukan 1%... tapi kalau check fon SAHAJA consider 1% tak percaya... wakakaka... larikssss...
Pesanan penaja :- Akak selalu check fon abang Jamani... muah muah muah... opsss terkantoi sudahhhhhh
No comments:
Post a Comment