Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, April 14, 2010

Nak kena potong tangan nih!

Bengang pun ada! Geram jangan cakap la... nak marah, suami... tak masuk syurga lak aku kang... org dok jerit2 pasal anak... aku anak nan ado... tapi suami saya yang berusia 34 tahun ini, berperangai seperti 3 dan 4 tahun...

Sejak dah kawin ada babu kat umahkan??? Semalam balik kerja dah mandi bagai dia bukak almari... mmg la bukak almari, takkan bukak ais box nak ambik baju, yer dak??

Almari aku tak la besar mana, takat tuk aku dengan dia oklah... ada 4 pintu... satu tuk aku dan satu lagi mmg baju dia sahaja... baju duduk umah mmg ku letak dlm laci... asing!!! kalau campur rasanya aku jadi badang kot...mmg pantang kalau baju yang ku susun elok lintang pukang.

Time dia lepas mandi, aku baring atas katil sambil tengok facebook... than dia dah siap wangi, dia ajak makan... aku bangun... dan nampak laci baju tak tutup... padahal dia dah nak kuar bilik... this is not first time... banyak kali dah...aku pun tak tahu kenapa dia suke bebenor tak tutup laci almari yang dia bukak. Selalunya ku tegur kesalahan dia bila dia tengah pakai baju, sikat rambut (eh dia ada rambut ka???) pakai jam dan sewaktu dengannya la...so jawapan dia mesti

kejap la... B tengah pakai bajukan?

Kejap la... B tengah pakai jamkan?

Kali ni... dia dah kuar kat depan pintu bilik...peluang ku tuk sound tepek kat dia!

"Eshhhh ni laki siapa la yang PEMALAS nak tutup laci baju ni! Ada balachi eh yang kena buat... "

Habis marah la ni! Dia pandang aku semacam... tak senyum ni...muke habis confuse... ingat muke bersalah.....korang tahu apa dia jawab???

"Laki ko la... takkan laki mak cik sebelah lak masuk umah ni..." Wakakakak dia gelak!

Alamak salah soalan laaaaaa... so kami gelak2 turun bawah... since dia nak kuar lepas makan (konon nak gi main futsal) dia naik, ambik baju extra kot... aku pun tak tahu la... sbb aku kemas meja makan. Bila dia dah pergi aku naik sekali lagi!!!Ingat nak lepak bilik, seram duduk kat bawah sorg2... bila naik... ermmmm mmg nak kena potong tangan encik Zamani ni....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keadaan laci baju dia bila aku naik bilik semalam. Korang tengok!!! tengok.. dah nama pun LAKI akukan...mcm dia cakap la, kalau laki mak cik umah sebelah dah lama aku bagi notis kuar umah dlm tempoh sejam... nak tak nak buat la... ni semua nak kena charge hujung2 bulan....kerja bertambah gaji hujung bulan pun bertambah la jugak ye... setuju En Zamani???

Pesanan buat en suami :- lepas ni kalau susah sangat nak tutup laci, nanti ku cabut laci tu ye! ini la susah manjakan suami ni... kalau anak ikut perangai abak! mmg ku piat telinga sorang2...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails