Siapa lagi kalau cik gu ery and cik gu rizal. Raya ni konpom best dapat berkumpul again dengan my bro. Dua hari sebelum Cik gu Ery balik dia bagitahu aku yang dia akan ambik Rizal on saturday, maknaya ari Ery balik Jumaat, Rizal balik sabtu. Dia ajak aku buke luar. Tapi suruh aku pikir kat mana... adoiii mana aku tahu?? Nak suggest tempat yang payah
Than dia cakap buke area Putrajaya lagi senang sbb dia nak tengok ibu dengan ayah sekali. So dia cakap "apa kata" beli kat bazar Ramadhan makanan than buke je kat umah...
Aisemen... beli kat bazar? aku dah la elegic nak beli kat bazar ni since macam hapa je rasakan? So volunteer la nak masakkan diorg.
Ingat nak buat nasi tomato. Tapi dah buat ari tu, kang bosan lak
Nak buat nasi gading, org Melaka tak tahu nak makan nasi daging.
So Ery request nasi beriyani. Terkulat sat. Siap dok cabar2 lagikan. Akak mana boleh drop abang Zamani punya water face?!!! Gigih ku google resepi nasi beriyani.
Perjanjian hanya 3 org sahaja. Kawan Ery, Ery dan Rizal. Pastu bertambah lak dengan Ezart. Doiii gigih tangan ni. Bila ku google resepi sikit lebih kurang je resepinya. Ibu lak dia kata dia pernah la masak so tak pa petunjuk ada. Kita redah je.
So lepas kerja, sampai je Putrajaya berjuang kat dapur. Menu Nasi Beriyani + Kuah kari daging + sambal ayam ijat (wakakak) terbaek la resepi campak2 adik ipo aku tu + papadom + udang butter. Ini pun baru torai. Resepi Cik kaki tapi agak sedih sbb aku punya kenapa berkuah??? tengok dia punya gambar macam kekeringan sahaja. Aku biasalah suke bazir, konon tak nak la letak kat meja, pasti kena kutuk.
Diorg sampai je time buke. Adoiii ery si mulut celupar tu siap cakap
"Sedap dua kemungkinan ni! Satu suruh mak mertua dia yang masak. Dua mesti beli kat bazar"
Ku lihat mereka ambik lauk... memgigil wei... akak tak makan terus. Hilang selera.
Ery :- Ni mesti beli kat bazar ni! tak pun mesti mak mertua akak dah masak siap2 ni
Rizal :- Aku macam tak caya siot kak cida dah pandai masak. Aku risau jugak ada tak balik melaka ari ni kang.Sakit perut ke apa. Time Ery cakap buke umah mak long kak cida masak, aku ingat telinga aku problem sbb naik flightkan?
Siol bebudak ni. Yang Ezart dan Kawan Ery belasah makan. Yang best udang butter aku laku ok. Nasib baik tak buang.
Tapi aku rasa laku pun sbb diorgkan duduk ulu Sarawak. Tentu tolak batu kayu je kata sedap. Tapi ada 2 org semenanjung ok. Vangga sbb diaorg tambah dua kali. Zamani? gelak2 bini kena perli. Ku tolak2 dia, ok ke tak? Dia biasalah menjaga hati bini.
"Oklah yang. Hery dah kata sedap, sedap la."
Oh bagaikan mimpi ok...ok semua makan tambah dua kali! hoyehhhh. Untung masak time pose sbb mereka akan makan apa sahaja. Raya nak mai confirm order katering. Uhuhu. Tapi yang penting aku tak malukan air muke Zamanikan?
Ery siap suruh aku ambik gambo masuk blog... gambar diorg tengah makan la yer... lauk2 tu mmg tak sempat nak ambik. Masak pun time buke. Org tengah makan takkan nak snap bagaikan? Kurang ajo namanya.
Puding caremal aku buat tuk pencuci mulut. Sbb first time buat aku ingat tak jadi ok. Aku sms neena dia tak balas. So ku tolak tepi sbb ku rasa tak jadi sbb time aku masukkan puding cair dalam gula cair tu, dia bercampur so otak aku set... ni mesti dah bercampur. Tak jadi la ni. Bukan main bising Puan latipah sbb telo dia ku rembat 8 bijik.
Time sahur konon nak buang ar. Ku tonggeng dalam piring. Gedebushhh!!! Gula cair tu melempah ruah... eh jadi!!!! suke! 20 minit nak imsak... ku dan ibu rasa. Wahh vangga jadi la. menyesal aku tak tonggeng semalam kalau tak tentu pujian melangit lagi. Wakaka... ku rasa jadi je, sedap tak sedap tak tahula kan? Zamani poyo kat FB time aku komen link neena dok tanya bila bini dia nak buat. Dah ku buat baru aku tahu dia tak suke karemel! hampagas! I did for you darling, u tak makan. Sob sob... ni nak cari pasal ni. Lalalala ok small the matter. Gerak ati aku rasa dia mmg tak makan, sbb rasa lately awie beli kat bazar dia tak makan. Tapi request aku buat plak. Tak faham!
Ok cik gu hery dah buat promotion yang tak bertauliah kat melaka. Eh korang, aku bukan riak pandai masak ke apa ok. Hanya mereka2 ni tahu betapa benggapnya aku tang masak. Goreng telo pun terkial2 kat dapur ambik 20 minit. Masak megi pun aku letak air panas je. Ha gila kentang tak?
Nak seribu dayakan? Kalau boleh aku tak nak dengar perkataan 'tak tahu masak' kuar dari mulut suami atau bakal anak2 aku nanti. Hancur hati aku kalau diorg puji masakkan org lain. Biar pun tak sedap kat tekak org lain, aku harap anak aku hargai apa aku buat walaupun hanya hidangan sardin dan telur goreng. To all blogger yang suke share resepi thanks alot la yer. Aku siap tulis dalam buke sebagai rujukkan. eh bukan buku. Tapi dalam note hanfon. Kalau re- format fon aku, menangis aku dow!
No comments:
Post a Comment