Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, September 14, 2010

Persediaan Raya

Baru nak cerita pasai persiapan raya? ha ha ha harus ko!

Raya tak la happening sangat. Org kata bersederhana. Sambut dengan org yang kita sayang/keluarga dah cukup hapy dah. Kalau jumaat ari raya suami ku berkerja, apa lagi ari khamiskan? Org semua dah mula cuti. Sama jugak dengan aku. Memula ingat tak mo cuti. Ate! Takkan nak conggok kat opis tuh. Anyway aku kesian dengan mak, at least bule la tulun2 menyapu ke apa. Hahaha... sukekan nak pilih kerja yang paling senang sekali? uhuhu dasar pemaleh.

Pagi khamis tu ku bangun tengok mak sorg2 kat dapur. Nak tulun, mak kata semua dah siap. Garu jap kepala. Berbual dengan mak kat dapur sambil tengok mak masak tuk Che ta. Jadi la... tahu la nak masak kot aku pantang. Wahhh veranggan!

Than settle semua, lepak kat depan mak buat sarung ketupat daun palas. Chewah nak belajar la. Seyes uolz nampak senang tapi masya Allah aku rasa makan ati jugak la cik gu yati mengajar. Bengap sungguh. Wakakak... bukan main pusing2 je, ada gaya dan caranya ok. Aku dok buat jadi ketupat palas 'betina' means betina tu cacat la. Kang nak bukak payah.

Ketupat yang biasa tu, aku pernah belajar sekali je dengan mak cu. Lepas tu lupa. Wakaka... ok insya Allah next year leh la belajar buat. Sekali lagi veranggan... tak pa kemahuan tu ada. Baca blog sahabat ku Neena pasal buat ketupat bawang tu, ada benarnya. Bagaimana kalau satu hari nanti mak kita tak ada, dan kita plak tak tahu nak buat? Sekurang2nya bila kita dah belajar buat, sok ada anak2 bole la bagi anak2 merasa. Org kata beli dan buat beza.


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kembangnya muke aku! Adoiii yaiii... better be gud news! atau lepas ni aku diet giler2... seram tengok gambar ni!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Berbual2 dengan mak pasal zaman silam Mak dan Abak. Aku suke denngar cerita2 hal nak uruskan umahtangga ni. Org kata nasihat org tua ni perlu ambik jangan ambik mudah. Kitakan org mude, diorg lebih makan asam garam dari kita. Belajar sampai hujung dunia sekali pun jangan sesekali kita lupa tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu. Ha tu pesan mak mertua aku. dan yang akan ku ingat pesan 'arwah mak' mak pada dia...

"Setinggi mana pun kau belajar, kalau kau gagal membahagiakan suami, abaikan tanggungjawab anak-anak, kamu adalah org yang paling gagal dalam hiidup sbb satu hari kamu akan keseorgangan."

Ok nasihat tuk Ijat juga sbb dia ada kat situ... hahaha.. and korang my mother in law bukan guru sahaja yer, profession dia dlm perguruan adalah sanggat tinggi. Time dia bersara pun dia dah pegang jawatan besar di kementrian Pendididkan. So i know mak bukan cakap kosong just because aku menantu dan dia nak jaga anak dia. No eh...

Opsss... tersasar cerita.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pembagian tugas pun telah di ambil. Awie kena basuh kipas, fifi vacum kapet. Ijat biasalah hal2 dapur. Aku blogger tegar. Bz sikit lebih kurang, gambar ambik melambak2. Heheh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Lap pak teh! jangan tak lap kipas tu... uhuhuu...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Sepatutnya pasang langsir pun all the teletubbies geng. Tapi malam raya ke empat2 tak nampak idung. Rutin malam raya cari pasal. Ku dan che ta dah makan ulam jantung. Cik yayang! Vanakammm... harus la ko jadi ijau malam raya. Tak pa esok pepagi minta ampun. Tapi malam tu, Ijat yang pasang sbb kalau tunggu abang2nya pagi raya baru pasang aku rasa. Dah la langsir tu berat yang amat. Gagah tul mak dengan Ijat pasang. Aku? Jaga Aisyah Aliya, ke aisyah aliya yang jaga aku? hahaha...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaa... siap berjurai2 langsirnya... menu pagi raya?

Ketupat daun palas
Rendang daging tok mama... terbaek!!! Uhhhh sangat ketagih.
Sambal udang
Nasi tomato
Dalcha

Lepas makan semua tertido... pukul 3 baru bangun, tu pun eksen segar nak tunggu suami ku pulang dari kerja...oh lupa la...

Sup kaki lembu.... terbaek ok! First time aku makan. Dok bayangkan kaki lembu yang very the gebus tu kan? Not bad la.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails