Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label in law. Show all posts
Showing posts with label in law. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Adyra turn 2

Salam....

Febuari ni boleh buat aku pokai... haahahah.... berderet2 betul yang sambut besday! Rasa bila besday org je aku nak buat2 tak ingat.... tapi mana mungkin!

Besday org2 penting... Mak, Ayah, Atuk, Adik Ipo, Rayyan, Pak cik Sedara (Pakcu)... tambah pulak dengan Adyra! alamak!!! tepuk dahi....

Ni beli satu hadiah, kongsi ramai2... hahaha... ok... 7 Feb... Adyra Farhana sambut besday yang kedua.... wahhh sekejapkan? Did i pernah mention adyra garang? hahah yer amani iman takut dengan dia. Anak dara ai tu badan je besar. Dia hanya bole action dengan Umar Qayyum je... dengan Adyra kau jangan main2... heheh...

That day aku kerja dengan Zamani. Rupanya semua tunggu ke tibaan mak long dengan pak long ghupanya! aisemen!



Org kata adik beradik ni kena rapat... membawa sepakat... kalau besday sesiapa pun depa happy nak berdiri depan kek... Selalu Adyra ketinggalan... dia kan kecik. Kalau ingat dukung la, kalau tak sian dia jengket2... Anak ai, ermmm heran tak, takut iya! hahaha



Macam terharu jap sbb semua ambik gambar dia... Artis baru namanya ni... pandai ko! tanya la dia,

Besday siapa ni??

ADIK!!!!! siap tunjuk diri dia... pandaiiiii....



Saat yang di tunggu oleh Adyra... bukan dia je... kakak abang dia pun sama nak tumpang blow candle.... heheh


Jamuan kecik je... tok mama buat mee udang, goreng nuget dan ayam ala2 kentaki... wahhh dan buah limau semperna raya cina!

2012 Aydra lahir tahun baru cina...



Dyra anak manja... anak bongsu... heheh bongsu ke??? Mummy dengan Abak tak nak kasi dia adik? wahhhhh ko boleh tengok makin kurus mak dia...


Adyra dengan kak ngah... heheh dah macam crop and minimize muke si Aliya dah...



Abang Umar is the only boy dalam family... tu nampak otomen dia? Heheh tanya dia siapa punya besday pandai jawab birthday Dyra, tapi kenapa ambik otomen kek dyra, dia jawab

'Umar punya... Dyra kasi pinjam..' Ok gasak la umar


Mentang2 besday tiga pinggan terus depan mata... heheh jeng jeng jeng.... kakak dengan abang nak makan benda lain... hahah...


Pandai makan sendiri....

 Mmg jarang cerita pasal anak2 buah sekarang ni... tapi tak pa kita abadi dalam blog bila ada perayaan2 besday macam ni...

Mak long dengan pak long ada masalah nak belikan hadiah tuk Adyra... sbb kita tak pernah nampak dia suke main apa... hahah pak long cakap dyra mana main! mainan dia mak dia la... hahah kuang ajo pak long. Habis amani tu? teddy bear dia abak la??? Sungguh tak sesuai...

So who's next??? 
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, November 7, 2013

Turn To Five

Selamat Hari Jadi to Aliya Farhana....

Lama betul nak bulan 10. Dan dia tak sabar. Awal bulan 10 dah request nak hadiah apa... sbb perwatakan dia yang 'kasar' bila dia minta hadiah tu, mak long macam confuse. Betul ke dia minta ni?

Tapi your wish is my command...

Di sebabkan mak long elegik dengan apa yang liya inginkan, so pemilihan hadiah mak long bagi pak long pilih... so kalau tak suke, sila salahkan citarasa pak long mu tu yer... hehehe....

Sambutan besday pada hari sabtu petang. Berkumpul rumah tok... tok masak special tuk besday gurl. Tak adalah sambutan yang besar, cukup sekadar yang datang semua ahli keluarga. Janji besday gurl suke...

 Adik beradik yang pakai tudung on the day... special sikit. Cepat betul budak2 ni membesar. Eloklah semua nak pakai tudung. Org ckp kalau nak didik, biar dari kecik. Diorg minat tak pa la... amani iman mmg pantang la benda atas kepala.

Termasuk budak ni.... sikit tak tarik tudung tukan... Amani iman koleksi tudung tu dah buat pameran je kat rumah. Jangan harap nak pakai.


Kek besday princess....


Birthday gurl and cake birthday princessnya...


Shy birthday gurl... tapi dia sangat excited sbb besday dia paling hujung... sepupu lain semua awal2... so dia menanti dengan penuh rasa berdebar... awal bulan 10 dia dah bercakap mengenai hadiah yang dia nak... kek apa yang dia impikan...


Tok mama buat bihun, laksa, kuih karipap, nuget tuk sambutan hari tu...

 First time mak long tengok aliya, aliya baru je 3 bulan (mummy lepas pantang) , now Aliya dah besar... keletah... bijak... manja... dan sweet...



See how tak sabar dia... menunggu saat menyambut hari jadi... im ready u uols!!! Nasib baik bukan amani...kalau amani mcm ni, mak long besar hati... apa je dia nak, apa je dia impikan insya Allah mak long akan tunaikan... hahah hulur list belanja je kat pak long... kan pak long...kan kan kan... hahaha... mmg mak long minta penampar je dr pak long kalau macam tu... uhuhuh....


Bacaan doa dr wan buat cucu... normal rutin setiap kali sambutan hari jadi... tak kira la siapa pun...


 Ya Allah...jadikan Nur Aliya Farhana sebagai anak yang soleha... yang mendengar nasihat kedua org tuanya... jadikan dia hamba yang sentiasa takut pada azabMu... jadikan dia kakak dan adik yang baik, yang sentiasa menolong adik-adik dan kakaknya serta MAK LONG... hehehe....


Aliya dengan hadiah harijadinya.... walaupun mak long tengok pun Aliya agak kekok main, tapi belasah je la... as long Aliya happy... so Aliya Farhana...

Happy birthday Darling



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, August 28, 2013

Royal Nasi Kandar

Hello ha! ha! ha!


Nak cerita ni... kalau balik Kedah, wajib pekena nasi kandaq!

Haaa... laki ai kempunan since aku mengandungkan Amani Iman lagi...lama dah... nak balik kedah macam jauh sangat... so peluang la kalau balik. Yang best tak lak diorg cuti tuk raya. So far aku try da makan nasi royal ni... not bad

Bagi aku sbb kuah kicap dia yang super pedas tu kot...

Tanya Zamani tah dia cakap rasa tak dapat nak di gambarkan... hahaha... for me aku mmg jarang makan nasi kandar. Gila kesian bila dia tanya aku pernah makan nasi kandar? Aku jawab tak pernah... pas tu cerita makan kat kedai mamak itu ini...

Dey tanghachi... itu la nasi kandar...

Ha ha ha...ingatkan sejenis nasi macam nasi dagang, nasi tomato... maap laaaaa saya dari selatan... memula makan macam biasa je apa yang best? tapi bila dah terbakar lidah tu... syok la kan...macam chandu nak lagi nak lagi...

Itu pengalaman saya la... anda mungkin  beza... uhuk!

So malam raya tu semua cari nasi Royal... tutup... jalan lagi jumpa nasi kandar madinah... balik je masing2 menunggu makan!



Pak long jadi leader la pengagihan... eh yer ke? dia cari dia punya je... wakakak... aisyah dengan aliya dah mcm anak dara. Duduk bukan main sopan i tell u. Tetiba aku teringat batu belah batu betakup... hahaha... Aisyah kalau kat sekolah ada lakonan tu, apply watak melor tau...

Kecoh... makan rendang pun tak macam gini tau... semua bungkusan di agihkan tuk cari nasi budak2, nasi kosong.
 
Nasi Kandar Madina....

Tak feel la makan... dont know... not like Royal... kurang pedas. Tapi aku tengok semua lap peluh makan... chewah belagaknya aku...

Tp esoknya, my Father in law telah dapatkan nasi Royal... terbaek... pergi pagi balik dalam kul 9 or 10... biasalah bukan kat tol je jam. Semua org Kedah mai balik raya sama macam kami la... pak mertua chek kata beratur panjang, yang beli plak macam nak buat open house... heheh ingatkan depa beli buat stok nak simpan KL....


Ini yang terbaik................. makan sampai meleleh ayaq hidung tau!!!!! baru syok....

Sekali lagi di sebabkan saya yang tak sedar diri ini telah sakit perut!!!! manja la perut ai ni... mencik tau... perut dah tua. Ibu saya kata perut nipis... wahhhh nipis... baru nak happy dia sambung lagi...

Perut long... bukan lemak....

Oh mommmmmmmmmmm..... pandai bergurau.... &(%^%$$*&*&*&*



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Monday, August 26, 2013

Our Raya

Salam uols

Ok raya kami simple dan biasa je. Malam raya amani iman demam pulak. Batuk dan selsema. Sian anak aku... nasib baik bawak ubat dia... kalau tak mana plak nak cari klinik raya2 ni...

Mak sakit....

Anak demam...

PIL plan tuk solat aidilfitri awal 730 pagi... ambik ko! Macamana anak demam...mak pun sakit perut... sigh....raya sakit macam not good tau. Kejutkan both  amaniZamani adalah sangat menyakitkan ati... bapak pun 'meragam' nak bangun solar raya ni macammana? hahahah... daku tersiksa tau... Amani pun perangai bapak dia... aku mandi siap2 dulu. 630 dah mandi... kejutkan zamani tak bangun....

Kat umah jerit nada sentap je...hahah pagi raya takkan nak buat macam tu... duduk selipuh tepi katil.... bangun la kanda... Datang my mother inlaw ketuk pintu, mengelabah bangun. Knowing my husb yang semua nak sedia depan mata, maka pagi tu aku berjaya. Dia da bangun nak kejutkan amani pulak cabaran ke dua...

Sejam ok nak pujuk.... Tuhan sahaja yang tahu.... Zamani keluar solat jam 745, pukul 850 baru siap... lap peluh kerbau jap...



Moody amani iman... pagi tu mengamuk, nangis, menjerit... u name it! nak ambik gambar pun payah

Our picture without our nakhoda....
Mrs Zamani in red...

Our first raya kita pilih red kaler. Zamani tak banyak meragam kalau bab nak pakai boria satu family. Lagi pun dia minat boria seisi keluarga... baju Amani Iman di sponser mak sedara dia... so kita pilih warna baju Amani Iman... merata cari... last2 aku jumpa baju aku kat GM harge RM 89 jek... tak kose la beratus2 this time. Sbb pakai sekali, nak gi opis pakai baju raya yang lip lap i very shy... sudahnya simpan dalam lemari je la...

Lepas solat raya, diorg balik kami bermaafan seperti biasa. Amani biasalah dia kalau kita minta dia salam, perangai mai balik. 

Than kami ke umah my biras. Raya di sana sat... makan ketupat dan laksa di pagi raya.

Laksa dan ketupat daun palas.... tapi sayang akak kena ikat perut... takut sakit perut payah pulak nak cari tandas umah org... so makan dalam keadaan org berdiet... mencik!

Ni kembar lain mak bapak.... ko tengok amani iman berpeluh kesan dari makan ubat... lari keliling hall ke ko lari keliling stadium... peluh bukan main lagi... Alhamdulilla la... takut sangat kalau demam. Kang merengek. Rengek mak dia siapa nak tolong nanti??

Amani dan Umaq Qayyum

Adyra Farhana... berkain batuk berbaju kurung kedah... alahai macam kak nam je mak long tengok. comei sungguh. Dia pun moody pagi raya

kak namkan? nak jugak join mummy makan laksa...
Lepas beraya di rumah Rozita che wan Che ta, kita bergerak ke rumah tok sedara Zamani. Dia baru je meninggal awal this year tak silap. So melawat isteri dia... me duduk dalam kereta sbb putri pucuk kelompang saya tido. Tak tergamak nak kejut sbb baru je tido.


Suami dan keluarga mertua je masuk... tapi daku dalam kereta... kesan ubat la kot. Tu yang pengsan seketika

Lepas tu kitaorg terus beraya ke rumah tok jang Zamani...

Hidangan ketupat palas kacang.... yum yum... sekali lagi ku jaga kebajikan perut... sob sob... zamani makan ulang kali... balas dendam tuk 2 tahun akan datang... iyo la kanda....



Bergambar dengan mak su aini, anak tok jang.... tu anak sedara yang CUN tu termasuk ai la kan... hohoho


Gambar family raya 2013...

second day raya :-

Second raya...kita ke Penang. Lepas solat jumaat, lepak rumah Rozita Che wan Che ta lagi... makan tengahari... seblum nak bertolak ke Penang. Umah pak cik Zamani.

US... Second Raya... kami memilih biru...


Baju Zamani dengan Amani secara kebetulan bole pulak sama... suke akak... cume ai je. Ada baju kurung kotak2.... harge RM 150... tapi raya ni tak nak la bazir sangat. Pakai je apa yang ada... beli baju kurung RM 60. KAlau tak leh pakai lagi 2-3 bulan pun ai tak ralat sangat. hehehe.

Sampai Penang, kepala batas (if tak salah aku la... maklumla gi Utara pun time raya jerk) singgah kubur tok dan nenek Zamani. Than sebelum ke umah pakcik dia, singgah kedai mamak ni.... layan cucur udang

Menurut Zamani kuah dia istimewa.... dia pakai biskut merry ok... yer sila tahu... puas aku telek... rasa macam sambal kacang... tapi mmg saya mengaku sedappp



Me and my lovely doter.... gelak je... bateri dah re charge... suke sangat dia jalan, Tapi buas sikit asik kena marah je... sentap hati bonda... tapi kalau tak marah melampau jugak...bila dah marah anak, sendiri terasa... sian anak aku... bila cakap baik2 dia boleh je dengar. Tapi kalau mood active dia mai... harapan la nak cakap baik2 dengan dia.

layan abak....
Sampai umah mak sedara zamani dalam pukul 4 petang... kami di jamu mee rebus dengan laksa perlis. Terbaek la laksa perlis tu... uhhh layan oooo aku je hirup berapa kali... hahah kes perut sakit terus je terlupa!



Kes lupa tu kan...akhibat next day balik ambik! sakit perut... damn! ko tahu je la keadaan RNR musim cuti dan perayaan panjang ni... jangan mimpi la ko nak melabur dengan aman...wakakaka... nasib suami ai memahami perut bini dia ni yang manjakan...

makan tak beringat....


Amani dengan second cousin... main ipad dia... Amani Iman takpandai nak berebut... kalau barang dia pun, dia mengalah je... paling tak jerit kuat2 lepaskan marah. Hahaha... that my gurl. Sok kalau ada adik kongsi la sama2... barang org pun Alhamdulilla dia tak buat barang dia sendiri. Insiden dia kena lempang dengan sepupu sebaya dia buat hati ku menangis... wahhh ober maknya... dia nak main set golf sepupu dia. Sukati ambik kat store umah orgkan... kena lempang banyak kali... hahaha... tapi bagus dia tak melawan. Terus peluk ibu dia mengadu. Alahai anak... so moral of story kalau anak bergaduh jangan kita mengapikan dia tuk balas perbuatan pukul balik anak org... time insiden tu aku cume cakap, itu barang org, kenapa amani nak ambik kalau dia tak bagi. So dia tak salah sbb tu barang dia. Kalau amani iman? barang amani, amani iman marah tak org main tak bagitahu amani iman?

Nasihatkan anak, air mata aku mengalir sama... hahaha... hati tisu betul. Macammana aku nak hantar di sekolah ni???

Kalau barang org jangan main, barang sendiri ko suruh anak ko kongsi dengan org main sama2... hahah last2 barang dia pun jadi milik org lain, acamner? Tak pa... kita ajar dia main sama2... tapi over sangat, biar mak dia simpan je....lalalalalalala... ini namanya mak yang mengada...kui kui kui.

Terus sampai klang minta tuan besar belikan set golf tuk anak dara...wakakaka....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Friday, August 23, 2013

Beraya di kampung

Salam...

Org dah bercerita pasal open2 house dah... aku terkedek lagi nak cerita pasal raya. Silap2 gambar ramadhan lepas pun ada...

Bad me...

Aku pilih tuk cerita perjalanan sehari sebelum raya. Masih lagi boleh tersenyum2 mengingatkan raya di perantauan.... wahhh perantauan la sangat. Tahun ni adik aku raya Kuala Kangsar. Mak ayah aku biasalah Singapore... while me tahun ni giliran beraya sebelah Zamani.

Agak excited. Lepas kami kawin back 4 year... ini balik ke Kedah beraya. but sayangnya, time nak berangkat aku period sampai deman2... damn! Punya nak raya, makan synflex sampai 4 bijik untuk dua hari... paling banyak dalam sejarah datang bulan.

Selasa 6 haribulan dah start lemah... baju semua tak pack. Tuhan je tahu. Dah la kat opis saat genting ko tahu. Aku kena siapkan kerja sbb 12 haribulan gaji pekerja2 asing ni... mau ko raya makan handphone kang kalau semua tak sediakan awal. Tapi keadaan aku dah macam ayam nak kena sembelih buat rendang. Buat pertama kali aku tak check pun gaji diorg dan percayakan budak opis di bawah jagaan aku ni... lantak la... kurang sok bayar... terlebih kang potong la gaji ko bulan depan.

Mmg terbaring aku dalam surau... nangis!

Tapi lepas kul 12 mcm tu bos aku kesian tengok aku suruh aku balik awal. Setelah kerja semua siap. Yerlah kalau aku pengsan macammana? Dengan sakit dengan demam. Diorg semua tanya macammana aku nak raya... raya je la.

Pung pang pung pang... balik awal bukan nak mengemas. Tido lepas ambik synflex yang pertama. Abang Zamani balik kerja tengok bini dia membongkang. Klinik pun dah tutup. Alaa sakit orang pompuan... elok la kang... dalam kul 6 baru la sihat. Kemas macam apa je... sbb diorg nak gerak kul 10 malam

10 malam dah tunggu kat umah PIL... nak gerak... amani org yang tak sabar... dok jommm jommm tak sudah. Lepas solat terawih than gerak dalam 1130 mcm tu...

1130... what do u expectkan jalan kat highway. Amani happy for first 1 hour. Masuk highway utara.... buat perangai... kan ku dah bilang! Sian anak aku... bapak dia yang terlebih sabar tu mula la naik hangin. Dengan tok tak nak, bagi ipad pun nangis. Letak dia kat belakang nangis macam nampak hantu....

Hantu?? ahahaha... mak dia yang tengah dalam kesakitan pun mendodoikan dia kat depan. Sempit2 ko tahu... sampai mana tah aku gendong dia... timbul urat dawai besi aku... see buruk2 busuk2 pun nak tido dengan mak... alhai banganya mak dia... uhuhu...akak terus sentap dengan tindakkan laki ai tu... tapi bagus jugak, kalau dia tak jerkah si amani tu tak ada dia nak diamkan...


Time ni kat hentian mana tah... jauhnya... asal aku balik Kedah mmg jalan malam. So bukak mata je mmg tak sampai2 lagi... stress sungguh. Abang Zamani kalau malam dia boleh join burung hantu! Mengantuk pun boleh drive... uhhhh akak je la yang tahu  betapa takutnya...

Time ni berhenti rehat dan sahur sekali... perut tengah sakit... telan lagi synflex lagi... dua bijik dah. Punya tak nak rasa sakit langsung.

Amani tido dengan aman....

perjalanan di teruskan. Lepas terowong menghala ke kuala Kangsar mmg mata dah segar. Abg Zamani komplain mengantuk. Suruh berhenti tak mo. Dia kata kalau dia tertido mmg jalan esok ler... ok push sangat kang kena marah... diamkan...

Sampai Juru... dah pukul 6...subuh dah pun... sejam setengah lagi nak sampai kedah... wah time tu mata dah bersinar dah... jugak pelik kenapa kereta banyak. Adakah semua balik raya atau depa nak gi kerja... hahaha



Menghala ke Sungai Petani...matahari nak naik... sejuk je... akak excited babeh.... perjalanan  8 jam! tu pun berhenti2... kalau tak awal dah sampai. Amani terkejut sampai je dia tak tentu arah lawat tapak kawasan... kalau dia berjaga aku rasa mau la berperang dengan dia.


We decided duduk homestay... nak stay umah sedara macam tak sesuai rasa nak menyusahkan org. So kalau homestay macam umah sendiri la...

Yang best semua sampai mandi, tido sampai pukul 630 petang... hahaha... kalau umah sedara buat gitu, confirm sedara update status FB ... hahaha... yang co driver semua tak tido... aku lelap2 jugak la...MIL aku rancak berbual dengan Zamani... malu di situ... ko sedap ternganga kat depan... langsung tak bole jadi peneman.

Tapi tak la tido sampai2 tu sampai 6 petang... gila apa... sbb tak tahu buat apa, aku makan synfex sebijik lagi. Amani tak tido dr sampai sampai la ke pukul 2 mcm tu... berlari je... main sengorang dalam bilik. Lantak la ko nak. abak dia dah tido dah. Kul 11 mcm tu zamani bangun jaga amani. Aku sedar2 amani tido zamani pun tido. Aku pun sambung balik tido... wakakak

630 MIL kejut gi umah biras Che ta... bukak pose...

Sampai umah Che ta... wahhh terasa best... suasana raya tu. Lama tak rasa suasana macam tu. Since my atuk meninggal 1993. Lagi la umah che ta belakang je bendang. Pe'rak sungguh. Laki den yang dah biasa pun jadi mcm bini dia jugak


Anak siapa tah ni... datang2 je snap gambar. Salam tuan rumah depan umah je dah terus ke bendang.

Bukan aku amani pun yang tahu pun teruja bila jumpa sepupu2 dia... Dalam kereta nampak Aisyah, aliya dan umar dah tak tentu arah... 


Happynya anak ku... kesian tak ada kampung...wakakaka... nenek dua belah mak dan ayah ada dengan dia... hehehe.... nak buat macammana Amani, Ibu dengan abak tak leh nak pisah dengan parents masing2... so bila raya sangat la meriah macam Aisyah,Aliya, Umar dan Aydra


Cubaan berjalan di tengah bendang... oh pengantin2 hok tangkap gambar tengah bendang mmg salute ar... kain berjurai2 mu yakin boleh mak andam tak mara kat mu... Amani biasa anak duduk bandar macam pelik sikit jalan tempat yang lembab. Selagi bole nak mak dia dukung...


Amani iman and me meredah sawah


pemandangan indah panorama mode... dari umah che ta ke umah yang bertentangan dengan umah dia... bukan sebelah2 yer.
Gambar terbaik.... adik beradik ipo yang gelakkan kak long dan sanggup teman bergambar kat tengah bendang


Dengan bangganya aku ambik gambar LALANG...ingatkan padi! wakakak... tengah snap kena tegur. Ini lalang, padi tengah2...

Malu ai... tapi di terangkan oleh ayah wan (bapak che ta) ini la padi cume tak berbuah... padi akan timbul musim padi tengah2 rumpun ni... tah tak leh nak bayangkan sbb i 'pokok' padi tak pernah tengok... tahu2 jadi beras je. So hargaila satu peluh petani yer... heheh tak ada kena mengena

Big bos perhatikan bini dan anak dari luar....mana tahu masuk terus dalam sawah
  

Magrib kat utara sangat lama... aikan tak pose uols. Tapi i hormati sangat org pose. Tah buat tak tahu je lakan... anggap pose. Tapi tak bole. So bila berbuka ai terasa asing... hahaha poyo... bagi alasan suapkan anak... anak aku tu ada ikan goreng, dia jadi angela bini tom the cat. Hahah tak kasi chan mak dia makan... dia makan dan makan dan makan.
Berbuka duduk di bawah... wahhhh sangat kemelayuan. Ada ketupat dauh palas jugak... Aisyah yang menjamu kami semua... jeng jeng jeng

 
Sangat meriah, yerlah esok dah berayakan... kat luar dah bunyi mercun dah... syok dengar. Last aku dengar 'perang' mercun ni kat melaka... sob sob... apa je yang tinggal yer. Miss beraya kat melaka...satu ketika dulu. Time atuk ada. Nenek sihat. Arwah pak cik ada...lepas tu macam2 halangan dan kawin lagi la... yang ada kenangan je la nak cerita pada amani iman dan adik2 dia sok.


Lepas berbuka, di hidang dengan buah tempatan... terbaek...hantu rambutan harus la duduk mengadap. Merah bukan main!

Cerita kelakar di sini... bila tengah makan di tegur adik ipor

Me :- Eee rambutan

Awie :- Bukan la kak long sini panggil 'Moktan'

Eh macam rambutan... buak Moktan buah apa....

Me :- Apa tu...

Awie :- Moktan la... ni la moktan

Me:- ooo macam rambutan eh

Awie :- Mmg la rambutan... hahaha

CIs! ok fine! Naive....  

Posing dengan cik kak ni... apa yang buat dia nak posing dengan aku? cer teka...

ha

ha

ha

ha

ha

Bibir merah pakai listik harus la ambik gambarkan???



Harus la mengambil gambar dengan somi tercinta... org tu tahun ni pose penuh... bini dia yang happy. Nasib baik tak entitle untuk dapat duit rayakan...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails