Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, September 8, 2010

Special Entry to My Beloved Mom and Dad

Wartikah Burfday Gurl (Gurl ke???)
Sticky note for today... scrool for next entry

Im 30 today! Amboi besarnya angka tu... opss yang dah 30++ jangan la marah ye. Culture shock ni.Hahah tetiba je akukan?

Takkan nak wish kat diri sendiri. Tak syok. Aku doakan supaya 7 Sept takkan berlalu. Its my day. Hari yang istimewa ku tunggu selalu setiap tahun. Dah puas gelakkan kawan2 yang dah masuk 30 tahun.Sekarang giliran sendiri. Tapi aku nak tujukan ucapan terima kasih ku pada Ayah dan ibu...

Dua org yang paling bermakna dalam hidup aku. Tanpa Ibu dan ayah aku tak rasa aku jadi orang yang berguna. Aku mmg anak mak. Tanya la sesiapa pun, sepanjang 28 tahun (sebelum bergelar isteri) ibu kawan setia.Menemani aku di mana sahaja. Sampaikan aku rasa tak leh nak berdikari tanpa ibu. Ku bawak dia ke mana sahaja. Shopping, berjumpa kawan, bayar bills, bercuti, register kat sekolah, kolej, universiti dan yang paling tak leh bla ibu jugak kawan yang temankan aku interview. Aku tak malu nak bawak dia sbb she everything to me.

Kalau cuti aku lebih suke lepak rumah. Duduk bercerita, and yang best till 28 year aku masih makan bersuap. Buruk ke cute? Sendiri pikir ye.

Dia pendengar yang baik. Penasihat yang baik. Ibu yang baik. Ibu seorg yang sangat tabah, sangat kuat cume dia sedikit lurus. Tapi bukan bererti dia bodoh ye. Aku bole consider ibu cepat percaya pada org termasuk dengan org yang dia baru kenal. Dia tak pandai nak judge org dan tak kisah org nak kata apa pun pasal dia.

Aku tak rasa aku boleh menjadi ibu. Yang tak pernah tunjuk kemarahan dia, tak pernah tunjuk rajuknya, tak pernah tunjuk kesedihannya, yang tak pernah tunjuk kecemburuannya dan tak pernah tunjuk penatnya. Tak pernah mengungkit, tak pernah merungut dan tak pernah mengeluh atas apa juga yang dia dah buat pada ku. Biar pun telah banyak yang dia habiskan tuk ku.

Kami tiga beradik harta tak ternilai buat ibu. Percaya tak ibu simpan kad2 burfday dia, kad hari ibu, kad raya yang kami bagi kat dia berpuluh2 tahun lepas? Even setiap tahun, dia hantarkan kat raya/ kad burfday pada kami adik beradik yang satu umah dengannya melalui pos... cute tak? Kalau korang tak rasa cute, aku rasa cute sbb ibu akan buat apa sahaja tuk kami gembira. Cume dah dok putrajaya ni dia dah pencen sbb tak ada org nak hantar dia gi beli kad, stamp semua. Kalau kat Klang ni dia gigih la jugak naik turun bas.kedai pun depan umah je.

Ushhh panjang pulak...

Ibu tak baca blog aku... tapi aku nak sampaikan ucapan istemewa aku pada ibu....

"Terima kasih ibu... ibu melahirkan along, membesarkan along dengan penuh kasih sayang. Ibu tak pernah bahagikan kasih sayang dan antara kami, kami sikit pun tak rasa kekurangan kasih sayang. Ibu adalah ratu hati along yang tak mungkin di ganti dengan apa pun. Halalkan segala makan minum along, dari kecil sampai la sekarang. Segala jasa ibu tak dapat along balas sampai bila-bila. Terima kasih di atas kasih sayang ibu selama ni. "

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Along sayang ibu...

Caption :- Pic ni ambik year 2008... dua bulan sebelum berjumpa cinta ati saya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ayah... terima kasih juga tak terhingga pada ayah. Walaupun bukan melahirkan tapi terima kasih sbb mendidik dan menjaga along sampai along menjadi apa yang ayah idamkan sekarang. Pada mulanya along tak faham tapi sekarang along faham apa yang ayah buat semua adalah tuk kebaikan kami adik beradik.

Sikap ayang berbeza dengan ibu, ayahku suke merungut. Kadang2 kitaorg selalu pikir ayah ni tak iklas. Tapi sekarang kami faham, ayah mahu kami berjaya dalam hidup. Ayah bersikap tegas. Selagi bergelar student jangan bermimpi nak bercinta. Cemburu dengan kawan2 lain yang mak ayah diorg lebih berpikiran terbuka. Kalau fon kat umah tu, 10 kali aku rasa dia tukar. Jangan harapla kalau dia angkat telefon lelaki yang call, mmg esok tahu2 nombor telefon bertukar. Heheheh. Rasa duduk dalam kem Zionis.

Sebagai remaja jiwa memberontak. Tapi baru ku tahu apa dia lakukan untuk kebaikan kami adik beradik. As long keputusan periksa baik. Dia tak la bising malah murahati lagi nak bagi hadiah bagai.

Itulah ibu dan ayah ku... sentiasa bertahta di hati ini. Mereka yang melahirkan dan membesarkan aku dengan tangan mereka sendiri. Terima kasih ibu... terima kasih ayah... jasa ibu dan ayah along kenang sampai bila2 masa...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails