Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, October 7, 2010

Ada apa dlm beg itam itu

Ha! tak habis lagi nak teka gambar yang pertama tu dah ada contest nomot dua???Heheh. Contest masih di buka kalau nak teka. Korang ni ku tengok meter reader bukan main banyak kuar masuk. Tapi berapa kerat je yang meneka.

Mungkin sbb yang lain ni hanya minat nak baca yer. Yang bagi respond thanks so much.

Biasalah mana leh bagi blog ku menyepi. Kena jugak ada cerita. Maka dengan semangat dan sayangkan korang balik kerja ngantuk2 ku buat entry tuk publish next day.

Ok korang ingat tak entry ni? Laporan pagi senin

Punya lama dalam draf baru teringat. Dush muke saya. Kan aku cakap aku berlari ke TESCO beli barang abang Zamani korang yang tertinggal kat uma???

Akukan isteri yang baik... wekkkkk muntah! Tak la... biasalah kalau cuti je, kami ni merempat kat umah mak apak kitaorg. Kejap kat putrajaya nunnnn kejap kat shah alam nunnnn. Tak la jauhkan. Tapi percayalah amat memenatkan sbb tiap2 minggu nak kena packing itu ini. Expecially 'toiletries'...baju korang jangan cakap la. Tiap ari jumaat ku main capai je yang mana ada.

Penat tau!!! Macam biasa, Zamani nak tolong tapi aku tak suke. Sbb??? ada je yang tertinggal. Ini lupa itu lupa. Pastu main campak2 je dalam beg. Dia sangat suke akak bertukar warna jinga tau. Penat gosok t-shirt2 semua elok2. Masuk beg campak2... lelakikan? What do you expect from them kalau buat kerja2 ni?

Aku plak jenis telinga cepat panas, dan hati cepat tak tenteram. Jangan salahkan Zamani tapi mmg aku macam tu. Kalau dia tanya mana berus gigi dia (contoh)... aku lupa nak bawak. Dia ok je nak gi beli baru. Tapi aku la. Hahah tak leh terima kegagalan tertnggal barang.

Aku bukan jenis suka benda2 advanture ni. Time tak ada boleh cari kat kedai2 berhampiran. No No No No. I tak pakai fair and lovely. Silap2 garnier pun tak jual kat kedai runcit biasa. Macammana? Eh jangan marah eh kot siapa pakai fair and lovely marah lak kat aku. Ini contoh sebb jenama tu sentiasa ada kat mana-mana kedai runcit.

So pagi ahad tu aku nekad... kena beli yang khas tuk jalan2. Yang kat umah adalah hak milik umah. Tak yah nak pening2 kepala. Kang ada yang tertinggal. Tertinggal umah sendiri tak pa. tertinggal umah org??? Satu hal plak!




Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beg ini sentiasa ku bawa kalau ke mana2. Bercuti atau bermalam ke mana-mana, beg ni KENA ada. Dalam ni segala make up. Segala pencuci muka. Segala kerim muke, lotion semua ada. Pernah la tertinggal kat umah ibu. Sian Zamani kena bebel dengan aku. Dah sampai klang patah balik sana ambik. Beg baju aku tak kisah nak tinggal tapi tidak beg ni! Kan dah susah? kan?.

Cume alat2 facial set je aku tak beli 2 set... mampus gila tak mampu. Ha ha ha... dah la tak ada starter pack, boleh la gune tuk travel ke apa. Ni botol besar2. Terpaksa ku seret ke sana sini. Tapi dok terpikir nak beli yang container tuk travel tu. Senang sikit. Tak payah nak pikir itu ini tertinggal. Wajib tau tuk basuh muke ari2. Tak leh tido kalau itu aku tak buat tau. So aku agak fussy tentang semua ni.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dulu aku pakai beg ni. Ala ala gini la. Tapi payahnya... sbb dulu gantung kat toilet umah siapa tah... paku dia leh plak tercabut. Apa lagi.... gedebussshhhh masuk kolah... nak nangis je. Barang2 toiletka mmg tuk kena air, yang geram beg tu la basah lencun. Terus tukar ke beg itam tu. Tu beg Fidah, dia dapat time beli perfume Geo Armani kot dapat. Akak dia sebat! hahah tak mo pidah, tak baik buruk siku.

Tapi beg itu bukan tuk toiletires ok. Punya la semua aku sumbat dalam tu. So bila nak mandi aku pikul beg tu macam beg bowling. Beg ni kalau jatuh lagi la aku melalak sbb segala cream lotion semua ada salam tu. Termasuk kapas muke! Mau aku meroyan kalau kapas2 tu injured kan? Payah je aku rasa. Lagi la berdua. Ermmm banyak sangat barang rasanya. Laki aku pun boleh tahang, dengan pencuci mukenya, dengan shavernya.

So aku asingkan. Barang yang nak gune dalam toilet asingkan. So barang2 macam sikat , lotion, facial cream toner bagai asingkan dlm beg itam tu, duduk diam2 sudah dalam bilik...lalalala

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

So ini yang aku beli pada ari kejadian

So ari tu nekad... tuk beli shampoo and conditioner sekali. Yang murah dan kecik boleh di usung sana sini. Shampoo aku pakai V05. Sebotol RM 12 lebih. Hahah siap sebut harga. Dah tu je boleh gune. Dok bonding rambut tak sudah, rosak terus rambut. Tu kena pakai V05. Eh RM 14 bagi aku dah mahal ok! Dulu aku pakai sun slik je pun. Murahkan???Satu saiz lak tu. Besar jugak. Tak ada kerja aku nak bawak2. So cari shampoo yang paling murah di pasaran dan shampoo itu adalah shampoo ni...hahahah gila keji tak? Comei je

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bole la setakat nak wangikan rambut.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Than body form pun aku ambik yang murah... bole la sekadar nak bagi badan wangi... janji kecik senang nak bawa

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beg berus dan ubat gigi. Siap cari yang ada beg sbb takut beg itam tu berair2. Aku mmg tak suke. Memula gamble letak macam tu je. Kot terpikir jatuh ke, minyak wangi atau minyak lain dlm beg tu tertumpah kat berus tu ke, main masuk mulut je. Dan dan berapa kali insiden ubat gigi melempah dari tubenya. Hangin satu badan. So duduk la ko dalam tu! Of coz my one is pinky pinky hubby is blue blue... Zamani pun ada masalah kenal warna aku rasa. 10 kali tanya aku mana satu berus gigi dia. Ate pakainyakan seminggu sekali. Yang kat umah lain la cerita tiap ari mengadap. So kali ni dia sendiri tahu. Tak payah nak tanya mana satu dia punya mana satu aku punya.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan yang ni. Boleh mencuka muke laki aku kalau aku lupa bawak benda ni. Yer la takut feremfuan tak toleh pandang dia. Ha ha ha. Kebetulan kat umah sudah habis. So beli dua satu tuk umah satu tuk travel. Boleh la baru first time gune tapi bau dia nice. Ate ketiak lakikan boleh mengurangkan stress orang pompuan. Haruslah aku pilih bau tu kan? Ko banyak sangat songeh aku bagi tenyeh sabun je. So yang adidas tuk umah. Yang satu lagi mmg tuk di bawa ke mana2.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan benda ala ni aku punya... hahaha... apa benda ni, korang cari la kat watson. And kalau nampak kat gambar ni nasib la. Benda ni mahal sangat. Pejam mata la beli satu tuk di bawa ke mana-mana. Aku tunggu benda alah ni sales je. Boleh la dapat RM 13 kalau sales. Kecik je pun. Tapi sangat berkesan sbb dia cristal. Kalau tak ada ni... habislah hangit la 'keti' ku...wakaka. RM 13 pun mahal tau... yang lain pun baru RM 5 henget lebih.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Padat! Mudah ko seret ke bilik ayor... Kena air pun benda ni agak susah jugak nak lencun. Aku suke! Hahahah

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ghasa ghasanya mak apak Marissa perasan tak beg untie cida ni? Lalalalala nasib baik auntie tak rembat itik dan katak yang Marissa bagi kat Kak Aisyah and Abang Rayyan... kan? hehehe

Kalau ada anak, barang2 anak pun akan aku buat gini. Tak ada kose aku nak packing 80 kali...uhuu so abaknya, sila la sediakan barang2 kepada 2 supaya senang nak ku seret sana sini. Itu pun kalau boleh aku nak beli barang2 4 set. Letak umah mak, letak umah ibu, umah aku dan satu tu mmg bawak la kalau balik kampung ke apa... hahaha... punya malas ubi nak bawak umah mak dan ibukan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails