Aku kalau boleh tak nak luahkan kat sini. Dulu biasa je nak luahkan tapikan sejak blog ni link pada facebook and twitter, so dah terlalu open tuk tontonan awam. Jadi kena jaga bahasa dan isi entry kot ada yang tak suke atau rahsia terbongkar...wakakak
Aku mmg jenis yang baran. Can consider la. Tak pasal2 suke nak tersentap. Adatlah. korang yang kenal aku sure tahu macamana emosi saya tak tak berapa stabil ni.
Tapi tah! Allah tu nak menguji kot... sepanjang minggu ni org yang aku jumpa sesedap rasa nak tinggikan suara... rasa nak lempang je. Siapa yang marah tu tak yah la aku bagitahu. Tapi jangan di uji yer. Kalau aku naik hangin tak ada org yang suke. Termasuk aku sendiri. Sbb sendiri stress. Ini bukan kes marah la... kalau marah aku bukan bodo nak diam diri. Silap la... maksud aku nak tinggi suara.
Contoh, individu ni mmg ada masalah. Hati dia tengah panas. Aku tanya sikit punya baik. Ko jawab macam ko bagus satu hal. Macam nak bagi tahu satu dunia tahu suara ko tukan? Dan kita lak terasa macam bodo la. Bodo sbb nampak macam kena marah.
Ingat aku nak diam? Rasa tak yah kuarkan suara kot. Muke aku sahaja dah buat org gerun nak tegur. Satu je aku nak cakap. Mak ayah aku tak pernah tinggi suara pada aku dan adik2. Tapi kami tak kurang ajar. Kami tahu hormat org tua dan perasaan org. Kami tahu tanggunjawab sebagai seorg kawan, sebagai seorg anak, dan dah kawin tahu tanggungjawab sebagai seorg isteri. Sepanjang kawin aku tak pernah la nak tengking Zamani. U can ask him. Paling tak pun dia mengadap muke aku yang masam. Itu pun aku tak lupa tanggungjawab aku. Bukan nak bangga baik ke apa, tapi aku di didik supaya tak kurang ajar.
Makan minum dia tetap aku jaga walau hati sakit macam kena langgar lori
Baju kerja dia aku pastikan gosok walaupun ada kalanya aku rasa macam nak bakar je almari baju dia... hahaha
Dan aku tetap jadi jam loceng dia tuk bangun gi kerja walaupun adakalanya aku rasa lantak ko la kalau tak gi kerja.
Kalau aku jenis yang kurang ajar, dah lama aku maki hamun org2. So boleh di katakan mak ayah aku berjaya mendidik kami adik beradik. Kecuali didi, rasa spoil gila rasa nak panggil lawyer bg hujah2 yang sewajarnya sbb cara didikan me and fidah totally different from didi. So kalau nak salahkan ayah ibu aku, salahkan pat didik anak bongsu diorg...hahaha. Kalau dulu waktu umur aku 8 tahun fida 7 tahun, solat suduh dah kena seret dari katil. Aku jenis melawan, siap saje komat kamit mulut tu bukan baca Al-Fatihah ke apa, saje nak buat ibu sakit hati. Siap kena lempang aku punya keras ati sbb naik hangin bangun tuk solat subuh. Sekarang didi??? Malas aku nak cakap.
Mungkin sbb ibu dah tua. Tapi memberi kesan pada we all me and Fida. Walaupun ibu kejam time kami kecik2 dulu, we still closed. Semua cerita kongsi sama.Compare to Didi yang banyak simpan rahsia dan akhirnya menipu. Eh aku dengan Fida konsep tipu mmg tak ada la. Tipu org lain mungkin kalau tipu ibu sure kami terus terang antara kami adik beradik tuk ilangkan rasa bersalah.
Eh apa da aku melalut? Geram la bila kena marah tanpa sebabkan. Tinggi2 suara macam aku ni adik2 diorg plak. Lain la aku buat salah mencuri ke, buat kerja salah ke, ada scandle dengan boiperen or suami dia ke, curang dengan suami sendiri ke, nak marah siap pukul bantai aku tak kisah sbb u deserve it la. Tapi benda kecik aku tanya, mengila mcm apa je.
Jadi tak puas ati la. Macam jadi bodo bila kita biarkan diri kita di marahi. So sendiri ingat. Aku bukan budak kecik korang nak marah2. Aku bukan org tua yang boleh pukul sebat korang. Paling tak mengadaplah muke aku yang masam ni. Dah la aku jenis dendamkan. Mmg benda2 yang buat ati terluka ni makan masa nak baik. Seee bagi korang kecikkan? So jangan la besarkan benda kecik sbb ati manusia ni kecik je.
Hahah aku tahu sbb aku pun macam tu dulu. Kalau aku marah sorg, mmg semua org aku akan marah jugak. Sbb tu aku try to avoid those ppl yang nak buat aku marah. Sbb aku tak nak diorg terima tempias kemarahan aku. Paling tak pun korang akan nampak muke aku masam dont try la nak gurau bagai. So far semua org faham reaction tu. Heheh.
Ok dah lepas. Entry ni aku tak tuju sesiapa. Dari hari khamis i try be nice tapi semua org nak marah2. Apa kes??? Ni kan awal bulan? Nak kata gaji tak masuk idok la jugak. Nak kata soalan aku tu annoying bagi aku biasa je. Kalau tak nak jawab tak yah jawab yer dak? Tu la org kata, kalau kita dalam keadaan marah, segala input yang kita terima baik message ke, email ke, org tu cakap direct ke, yang si penerima tu sure baca semua tu dengan nada org tu perli dia, sakitkan ati dia. Cube kalau dia tengah cool boleh je jawab baikkan?
Ok til here...adios!
No comments:
Post a Comment