Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, November 15, 2010

15 Nov 2008 and 15 Nov 2009

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Title :- Perbezaan kucing jantan dan lelaki

Ok email ni aku dapat dari this gurl....

Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..!! ! dont take seriously...Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai

  • Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...
  • Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

  • Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yangbertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur

  • Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadiseperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap

  • Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kitalepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

  • Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu,sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa

  • Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

  • Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

  • Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasalah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

  • Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

  • Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu takikut perangai kucing la)

** FIKIR-FIKIRKAN LAH YE........ Jangan marah ye org lelaki.... Benda ni nampak cam suka-suka tp ada faktanya juga...

Aku baca article ni aku terigat anak teruna aku si SIMBA tu... mmg ciri kucing aku la... muahahah.... pasangan korg macammana? Macam kucing aku tak? Larikssssss

The Half Blood Princess
- In your Hands, my life begins and ends-


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Title :- Doakan saya

Esok, aku akan di induce... tetiba je aku rasa tak sedap hati... tetiba sahaja aku rasa takut... esok aku mungkin keseorgangan... biasalah hospital kerajaan, tak pasti sama ada membenarkan suami tuk masuk atau tak... tapi selalunya tak... dan aku tak tahu bagaimana aku nak harungi seorg diri...
Zamani tak putus beri kucupan semangat... tawakal la sayang semoga semua berjalan dengan sempurna...

Sekali lagi... Allah menentukan segalaNya... Dia yang mengkehendaki... aku tak pernah rasa takut begini... tubuhku sejuk, jiwa ku tak tenang dari tadi. Aku mula rasa sakit macam nak peyed... korang tahukan kalau aku nak peyed dulu, mmg sakit sangat2... walupun sakitnya masih tak teruk, tapi aku dah mula tak selesa... pinggang, perut ku bisa sangat...

Air mata dah tak mampu nak mengalir... ku gengam tangan Zamani... perasaan menjadi lebih tidak tenteram.... maka aku terus ambil wuduk, solat hajat dan taubat...

Ya Allah... ampunkan dosaku... Ya Allah, permudahkanlah segalanya buat ku... berikan aku kekuatan, berikan aku semangat supaya aku boleh harungi semua ini...

Aku bukan la pandai sangat dalam bab solat ni... maksud aku secara detail... aku buat sekadar yang aku tahu... Tapi sesungguhnya aku harap sangat doaku Allah terima...

Pada semua... aku mohon maaf... sekiranya aku ada salah dan silap terkasar bahasa...

Pada ibu dan ayah....
Along minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki... dari along lahir sampai la sekarang, kasih sayang ayah dan ibu takkan along lupakan... halalkan segala makan minum dan pakai...

Pada adik2...
Maafkan akak kalau ada salah silap... maaf sekiranya aku bukan kakak yang terbaik buat kalian...To Rafidah expecially... you been such wonderful sister... terima kasih di atas kegembiraan, dan kesedihan... tak terbalas jasa mu sampai bila-bila... i love you and you will be in my heart... dan to didi... jadilah anak yang baik...

Pada mak dan abak
Maaf kalau cida bukan menantu yang baik... terima kasih mak dengan abak banyak memberi tunjuk ajar pada cida dan tak pernah mak dan abak membezakan kasih anak dan menantu... mak dan abak telah menunjukkan erti kasih yang sebenar... cida sayang mak dan abak

Pada In law and future in law
Kak long sayang korang... you all the best... maaf kalau sepanjang akak masuk dlm family, ada salah dan silap... thanks to che ta, anyah, fifi, hasra, awie and ijat... korang dah banyak membantu along dan kak long...

To my Niece and nephew
Rayyan, Aisyah,Aliya, Amira, Amirin, Naufal and Nazmi... mak long will always love you all... u all always in my heart...

To All cozen and relative
Terlalu banyak nama yang nak ku sebut... tapi aku bersyukur kalian sangat2 mengambil berat tentang ku... terima kasih banyak2... tak terbalas jasa kalian terhadap ku... doa dan sokongan kalian hanya mampu di balas oleh Allah.

and to my beloved husband...
I love you...ampun dan maaf sepanjang kita bersama... terima kasih di atas kasih sayang B selama ini... kasih sayang B tak mungkin ayang bandingkan dengan sesiapa pun... Terima kasih sbb B sanggup susah senang dengan ayang... sebagai manusia kita hanya merancang dan tuhan menentukan segalanya... ayang tak pernah rasa menyesal memilih B sebagai suami... B seorg suami dan ayah yang sangat penyayang, sangat mengambil berat, walaupun kita hanya memegang title bakal ayah dan ibu, but sepanjang pregnancy without fail you show ur love and care and you know what the best for me... no one will ever take ur place... you complete me sayang...

Mungkin korang kata aku mengarut... terpulang... i just save my last word to those ppl i love... in case apa-apa jadi pada ku,kan?? Setelah apa yang terjadi, aku jadi semakin takut... apa lagi ini merupakan pengalaman pertama aku... aku tak tahu mcm mana rasanya... apa pun tolong doakan tuk ku ya...
Sekali lagi sekiranya aku menyakiti kalian sama ada secara langsung atau tidak langsung, aku harap sangat korg dpt maafkan... take semua... doakan semoga esok semua berjalan dengan lancar... aminnnn


Title :- Ward 2A putrajaya

Aku dah masuk ward kat Putrajaya... so sekarang berada kat ward 2A... katil??? memula kat katil 24... pastu Pidah minta aku di pindahkan ke ward sorang... sbb aku tak leh nak dengar suara baby menangis... melihat wanita2 mengandung... bukan aku cemburu atau sakit hati, tapi tah... sedih... anak tak ada, perut yang selalu ku bayangkan besar pun nan ado dah sekarang... pilu je tengok sebenarnya...

So Pidah adik yang prihatin... dia minta aku di pindahkan... sbb suami atau sesiapa pun tak di benarkan menemani... so alasan nurse kat situ takut suami org lain pun dok teman... Pidah bagi tahu that i need support dan teman sbb losing a baby is not eazy... tengok baby org sekeliling, suara2 bayi... ooo aku boleh giler uolz... Time aku masuk tu pun, Zamani dok peluk aku... sentuh pipi aku sampai aku tertido. Aku tahu dia pun sedar aku mudah mengalir air mata bila dengar dan lihat semua tu... sampai aku suruh dia tutup tirai... habis suara baby semua??? tutup telinga plak ka?

Masuk2 ward jerk kena pakai uniform... sangat besar... time tu aku ketawa... Zamani pun gelak sama... lawak tul... macam badut pun ada... than sempat la aku tertido sbb time melawat jam 4 petang sampai kul 8 malam... time kul 4 tu family member masuk... Alhamdulilla sedikit terhibur... Zamani bawak lapy tuk aku... sbb kalau bosan2 boleh la on line kan... macam sekarang...

Kul 4 minum petang... berbual dengan ibu, Pidah, Che ta, Hasra, Ijat sedikit sebanyak buat aku lupa kesedihan yang aku lalui...

Dalam kul 5.30 aku di pindahkan ke ward 28... Doktor dtg bagi tahu ubat akan di masukkan awal pagi esok kul 6.30 pagi... sob sob... uh tak tahu apa aku rasa... sedih... tu je ungkapan yang aku boleh katakan... tapi aku tak sanggup nak siksa jasad Aryssa yang lama dlm rahim ni... biar la kami sempurnakan jasadnya...

Kul 6 Zamani balik umah ibu ambik barang2... than kul 7 Zamani lak minta diri tuk balik Shah Alam tuk uruskan pengkebumian Aryssa nanti... tak tahu la... aku harap tak ada lah masalah komplikasi atau masalah waktu nak keluarkan jasad Aryssa nanti. Harap esok semuanya boleh berakhir.
Now aku sorang kat sini... busan... nasib baik ada TV yo... heheheh... kul 7 tadi diorg hantar nasik tuk dinner... oklah cume tah tekak aku tak sedap sangat... so yang habiskan ibu... heheheh... tak pa la... berbaloi jugak... kalau idok??? baziq gitu je...


Dinner

Sup Ikan... bole la... ok jugak la...

Sup tahu dengan ayam

Ibu gelak sbb aku makan separuh dia habiskan semua...

Dia claim sedap giler... heheheh

Me on line kat sepital...
Update me... muke dah tak larat nak nangis... aku redha pemergian anak ku... tak ada air mata lagi nak keluar dah... :(

Sakit la perut dan pinggang... :(

Takut je rasa...



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails