Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Monday, July 25, 2011

Mari baca

**Aku lupa nak publish entry ni jumaat tu... heheh sori...**


Ok Jumaat macam ni, tak tahu nak tulis apa. Sekali lagi balik dari klinik mmg ada je la berita yang kurang menyenangkan aku.

Dah la kesorangan di Klinik tadi. Lepas dapat tahu result mula la meroyan. TAPI kali ni mungkin aku lebih sedih. Tak yah la aku nak kenanag apa yang jadi. Cume pikir cara nak mengatasinya. Ya Allah sesungguhnya aku benar2 di uji dengan ujian2 Mu... berikan aku petunjuk dan hidayah.

Bukan senang rupanya. Termenung sat kat klinik tadi. Awal ogos banyak la appoiment aku. Tak pa la demi rumahtangga kami. Demi abang Zamani. Chewah (Flower tau balik ni...lalalala)

Biasalah sentap bila dapat tahu result tadi... mula la sms Zamani... dia biasalah, relex je.

"Insya Allah everything would be ok"

Insya Allah...

Dengan keizinannya. At least aku tahu la apa yang baik tuk aku sama. Balik opis rasa tak ada mood nak kerja. Mula la togok air masak banyak2. Dua malam aku minum air kepala. Kata tu turunkan gula. Ke kelapa tu ada gula??? cis!! tertipu sudah. Lain kali minta abang Zamani panjat pokok kepala terus... wakakaka... beli kat kedai ni macam tipu je. Patutlah air tu sedap gila! Aku suspek ada gula la...

Pastukan...

BW kat blog kawan2... terbaca enrt my BFF ni... so tuk mereka yang sedih macam aku, tak kisah pasal apa pun, pegang la kata2 ini. Mungkin boleh buat kamu tersenyum. Biar pun apa yang kita lalui itu satu kepahitan, satu kesakitan, satu yang amat memedihkan. Aku tak layak pun nak bagi nasihat, sbb bila down sama dengan je. Sentap, emo. But kejap je, bila ok mula la pikir. Its ok to get emo sbb itu fitrah manusia. Ada hati, ada perasaan tuk merasa. So tak yah la nak bagi nasihat 'lupakan', 'teruskan idup la'...'buat apa nak pikir pasai org lain kata la' semua tu fitrah manusia. Nak terasa bila sesuatu menyentuh hati, nak marah bila sesuatu menguji kesabaran, nak nangis bila nak legakan perasaan. Adat manusia akan terasa, kecewa. Sbb dari situ kita belajar tuk bangun semula. ok??

Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi

Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan???
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita

Dan satu ayat yang aku pegang sampai sekarang. Lepas kawin adalah tazkirah my in law. Perkataan yang aku pegang sampai sekarang, Alhamdulilla setelah 2 tahun kawin ni, walaupun rintangan yang aku hadapi tak la sehebat mereka yang kawin berbelas dan berpuluh tahun ni. Tapi bila ingat, kita kembali pada yang satu.

"Sentiasa melihat mereka yang lebih malang dari kita. Dari situ kita akan bersyukur"

Betul... cube terai test. Mmg susah tapi bila kita tengok dan bandingkan diri kita dengan org yang lebih teruk ujiannya, kita akan lebih bersyukur. At least org kata buat kira rasa sedap hati je tuk sehari dua.

Ok ni entry nak sedapkan ati ni setelah tahu ujian darah aku pagi tadi...waaaaaaaa.... relex2... banyak berdoa naaaa cida???


2 comments:

Mimy Hamid said...

ye betul...jangan tengok kesenangan orang nanti kita tamak...tengok kesusahan orang kita rasa insaf..selamat beramal beb

CidaZam said...

mimy - kan? kadang2 kita ni mudah lupa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails