Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Tuesday, July 12, 2011

Saya ada dua beg

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ku dahului dengan gambar beg ini. Aku dah pakai beg ni setahun lebih. Kira nak dua tahun la. Aku suke beg ni sbb senang. Banyak benda boleh msk dan kalau beg berat pun dua2 bahu je sakit.

Beg ni aku bawak pergi kerja.

Beg ni aku bawak gi jalan2

Beg ni aku bawak gi dating dengan somi.

Beg ni aku jugak aku bawak gi majlis kawin...

Sempoi tak??? Baju kurung pastu pakai beg ni. Punya la malas nak tukar beg. Bukan tak ada. Beg hantaran kawin tu langsung tak pakai sbb sayang...wakakaka... akakkan ganas?

Beg ni abang Zamani belikan lepas pantang dulu. Kira nak pujuk bini la. Kononnya... yer la boleh la terubat 5%. Dan aku sayang sangat beg ni. Tapi sejak akhir2 ni dia dah minta ampun daaaa...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah semua benda ko letak dalam ni,kan? Ekcelikan asal usul beg ni (chewah) aku beli sbb abang Zamani korang baru start kerja kat Damansara. Time tu kenderaaan tak ada. Satu je kereta. So konon berkorban la nak naik bas. Tu yang beli beg macam ni sbb nak elakkan ragut. Uhuhu....

Beg ni dah minta ampun 2 bulan lepas. Tapi buat tak nampak je. Kata banyak benda yang nak di utamakan? Sambil2 tu survey la beg yang mana berkenan. Tapi tah... kalau nak beli semua tak berkenan. Cube tak nak beli banyak dan melambak je.

Tapi tak usulkan pada Yang di pertua. Sbb??? Aku tahu dia mesti bz suruh aku beli beg. So diamkan dulu.

Than datang la bulan 6 banyak ler sales. Wahhhh rambang mata plak. Bila tengok2. Ada org offer. But diam dulu. Nak beli pakai duit sendiri ni berkira. Muaahahah...

Kalau dulu boleh la aku consider aku ikut brand jugak. Tah lepas kawin rasanya banyak benda yang aku nak buat kot. Handbeg paling mahal aku beli pun beg hantaran kawin je la. Itu pun ambik yang discount ok. Tah sbb aku tahu aku ganas kot. Beg suke campak sana sini. So paling paling tak pun aku suke pakai Carlo Rino. Itu pun sbb nak dpat point. Kang birthday dapat la voucher RM 10-RM 30. Wakaka...

Tak pun Sembonia. Bonia tak mampu la... 70% pun tiga ratus bagai. Tak nak la. Laki ai bukan koperat punkan? (Ayat org tak mampu beli)

Aku try jugak beli beg2 yang org kata cetak rompak ni. Pernah jugak la beli beg Coach yang berharga RM 120... wakakak aku pakai tak sampai 2 bulan kot, tali putus. Coach yang ori tu pakai tali kapal kot yang murah pakai tali rafia je ku rasa. Bengang la. Banyak beg yang tak ada jenama yang aku boleh belikan dengan harga tu. I mean ko beli beg jenama VINCI atau Padini pun dah kira ok. Kan kan kan? Mmg frust. Teruk kena bebel dengan abang Zamani korang.

Jadi! pada ahad lepas akak telah jatuh cinta dengan beg di Voir. Kat Seed pun ada jugak. Tapi kecik. Akakkan stail doremon! Banyak barang nak angkut. Pastu air muke ni kalau nak barang mmg jelas di kesan org incik suami. So aku cakap la. Aku nak beli handbeg. Sbb dah putus dah beg tu. Dia cakap ok. Tanya harga. aku cakap murah je RM 119 jer... 50% je discount so RM 50++. So ahad tu gi la beli

Last stok!!! Mmg rezeki aku. Maka dapat la acik merasa beg baru yang murah!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tadaaaaa....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Beg ni pun aku rasa tak tahan mana pun sbb kulit dia. Tunggu la 3-4 bulan kang. Terkopek2 kulitnya. Tapi tak pa... murah! hahahah... boleh tukar lagi. Susutnilai by the time pun dah tak laku.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Me apa yang abang Zamani beli, aku sayang nak tukar. Dont know why. Halo dia offer beli BoniA... tapi!!! tak pa la sayang... we need cash in hand banyak lagi dari nak beli beli beg yang sangkut kat bahu ni je. Tak yah tak yah

Tapikan....

Mud abang zamani baik lak ari tu. Dia plak berkenan satu beg lagi. Akak jatuh cinta dengan yang pertama. Alaamak! Yang nak kuar duit tu berkenan ni plak. Tapi not bad sebenarnya.

Alasan Zamani, sesuai la casual. Yer la kalau attend majlis mcm tak sesuai. Alaaaa sejak bila kira sesuai ke tak??? sblm ni belasah beg yang atas tu?? hehehe. Aku pun terdiam. Tapi ikut cakap suami. Tak pa la. Ambik yang jeans ni je la.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Berapa kerap sangat gi umah org kawin, kenduri semua ni kan? Sekali tu... dia cakap.

"Eh kenapa letak yang tu? Ambik la sekali..."

Ku nampak bintang dan bentuk ati di keliling Zamani... betul ke ni?

"Mahal la... ambik satu je."

"Its 50% yang... dua pun harga satu." Oooooo tawaran yang hebat.

Akak dah sengeh2 kambing dah ni. Sales gurl tu dah kuar dua2 beg...

"Alo akak... abang sudah offer beli dua"

"Esh... tak pa la b! Satu cukup"

Zamani siap tayang beg yang dia suke tu depan mata aku...

"NAnti boleh tukar2..."

Senyum malu lagi... ambik jelahkan???

"Betul ke?"

"Yer... ambik la dua sekali. Baru je RM 120kan?" Cina tu angguk.

Terus gedik! Ok la...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni pun boleh tahan besar jugak. Nice!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Segala benda boleh masuk ok!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dua- dua dari Voir JERKKKKK.

Syukur... dapat jugak beg. Tak la terpikir2 nak beli beg apa lepas ni. Thanks incik suami... your the best! Senyum simpoollll aku ari tukan.

2 comments:

Eri-chan said...

ehehe..u macam i jugak. campak2 beg lepas balik keje..kekekeke....beg mesti jenis kain macam kain kasa...haha..beg mahal ada je..simpan buat tukun.

CidaZam said...

eri - tu lakan? pernah sekali je kot beli beg mahal pestime kerja. Gaji pertama beli beg Guess sampai RM 300 lebih. end up bengang jugak tak sampai setahun kulit dia rosak... arggg that is the last pes and the last time beli h/beg memahal and think back, kalau suke campak2 beg mmg tak kekal lama mana ler

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails