Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, August 3, 2011

Puasa

Erm sana sini org citer pasal pose yer? Saya???

Oklah... dua hari tak pose sbb ada doktor appointment. So sebelum doktor suruh aku buat benda yang bukan2... (hahah macam apa je ayat!) baik jangan pose. Kang ambik darah aku berbotol2 siapa tahukan? Mabuk pengsan??? Dah la akak ni tak berupaya... semalam pun tak makan apa-apa tapi bodo sungguh pegawai yang ambik darah aku. Nak tampo je mukenya

Cucuk aku 3 tempat tak kuar darah! Yer bukan salah dia! tapi kalau ko pro tak akan jadi gitu la. Sbb selama ni aku dah bilang, ambil kat bahagian lengan aku yang kanan. Mmg situ tak miss darah kuar. Tak nak percaya sbb ko pegawai perubatan, tah doktor tah attendant hospital aku pun tak tahu. Ko tahu tak sakit. Aku dah tunjuk dah tempat yang senang kuar darah, dia cucuk tempat lain pas tu dia kata aku memandai... bakor darah.

Cucuk kanan tak dapat. Dia kata kena ambik kat tangan atas tu... aku tak suke ambik situ. Bole demam tau! Tak kuar satu hal.. dia boleh hala jarum tu kiri kanan. Perlukah aku menampornya??? Hahah aku tak pose! Nak ambi 2 botol ni. Bukan sikit!

Akhir di tangan kanan. Sama jugak, cucuk tak kuar dia adjust2 sesedap rasa kiri kanan. Akibat darah kuar terlebih2. Aku pun terkujat. Bengkak terus. Pastu kuar macam pesakit cedera parah. Kiri kanan tangan dan lengan di tampal kapas. Mesti org simpati kat aku... hahaha... biasalah aku ni manja terlebih. Mula la rasa nak pitam bagai.

Tapikan... bukan nak cerita tu. Jeles ni org sana sini blog masak itu ini. Walaupun tak sihat tapi aku vangga!!! dua hari ni alhamdulilla gue masak!!! Caiyok tak? Lepas masak tumis sakit gila2 sbb mungkin lantai baru dapur tak sesuai dengan kaki akak... wakakak...

Alaaaa semangat umah barukan? Ahad tu bertungkus lumus la aku bersihkan umah dengan abang Jamani. Heheh akak tak buat pun, upah org. Best arah2 org ni. Sudahnya 2 hari je nak RM 300 bayar upah org kerja.

3 bulan uloz!!! kami bernafas dalam lumpur dan debu. Masak apa lagi lakan? Dengan bau tanah semua. Tak sesuai. 3 bulan jugak la makan luar. Habis duit! Sekali beli makanan RM 20 lebih. Kira la... hampir tiap2 hari jugak telan nasik bungkus. Bila umah siap! Akak balas dendam la nak makan umah. Walaupun tak sedap mana.

Zamani kata peli kat Bazar je. Tapikan??? Ermmm bukan la nak cakap riak! Tapi bulan pose ni korang pun tahu ada certain peniaga nak buat untung je. Sama level je dengan masakan aku. Tu yang nekad tak adanya nak beli kat Bazar ni. Kecuali la ko nak murtabak ke kuih2 ke, tak pa la... cari la. Aku pun tak gheti nak buatkan? So kita masukkan pasal umah dulu yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pandangan dari belakang umah. Tinggal pasang grill je belakang ni.Mungkin dalam minggu ni jugak. Yang lain siap! Purple ko umah Cik Tipah. Nak pilih kaler pun susah. Mak aku tak nak sama dengan warna umah jiran! Bole??? Mengada nak lain dari yang lain.

Kami suggest Biru.............. Alaaaa sama dengan umah india hujung ni

Kami suggest Hijau............Alaaaa macam warna cik gu kamarul jiran aku

Kami suggest Kuning (Kaler depan umah sendiri ni) ....dah sama mcam umah kita kat depan. Biar org kompuse sikit...

Hahah lawak la mak aku ni. Sometime cakap tak logik! Tapi what to do... mak akukan? So sajer gurau...

Purple la ibu... tahu2 balik dah jadi lagu ni. Terus order kat org buat umah tu...pitam!!! Tak pa la... cantik jugak


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pemilik umah menyokong LIverpool and Arsenal. Maka kenalah merahkan? Aku suke Hall umah ni dah besih dan besar. Bole guling2. Kalau tak adoi laaaaaaa anak kucing aku si Ipin, Upin dan Kak Rose sorg2 tak nampak diorg. Payah sungguh. Nak duduk pun sedih tau! Banyak sangat barang. So sekarang ruang tamu hanya kerusi dan TV... hoyeh!!!!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dapur lama yang bertukar menjadi dining room. Sesuai tuk mereka yang tak pose. Wakakaka... tak la umum sangat. Tapi tak final lagi. Abaikan barang kat tepi tu. Nak tunggu pasang kipas je kat sini. Panas gila!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan yang syok dapur! Siap jugak walaupun kelam kabut. Kabenet tak tertutup sbb kontraktor buat rumah dan table top sahaja. Pintu kabenet kena cari org. Nak survey bagai. Nan ado masa. Lantak la sumbatkan apa aje yang perlu kat bawah ni. Sila tutup mata bagi tetamu2 sekali.

Jadi aku semangat la nak masak. So malam puasa tu, sahur aku masak sambal tumis sardine dengan telur goreng je. Sedap2 tak dapat la. Umah habis kemas je tengah malam. Than siapa nak gi beli barang basah. Itu pun ayah nak beli nasi goreng tuk sahur.

Alaaa kembang la tekak! Tak pa la masak. Lepas solat, bersilat la kat dapur... macam syok je main masak2...lalalal... lepas masak masuk tido. Sekali bangun ikan sardin satu ekor je tinggal? Semalam masak ada 4 ekor tau. Ibu kata incik rusli dengan si Didi tak tahan lapar, lepas aku naik je diorg sebat. Adoiiii nasib baik sardine 2 tin ayah beli, aku masak satu tin ingat cukup la. So just add. Kalau tak semua makan sambal je la.

Ni gara2 sbb 3 bulan meluat makan luar! Percaya la mmg sadis ko! So suke la dapat sediakan makanan sahur tuk Zamani.

Buke plak... ibu masak hati masak kicap, dengan sambal sardine tu jadi terlebih2 plak...wakaka. Maka sajer gedik nak main masak2 jugak. Ayah beli ayam, aku goreng. Dengan ikan pari. So aku masak asam pedas ikan pari. Tapi Zamani tak makan asam pedas. Kureng la. Kalau masak dia ambik kuah. Bikin ati akak bengkak tak sanggup nak tengok dia makan berkuah kosong je. So aku gorengkan dia ayam. Pastu petang tu dia tanya aku nak masak apa. Aku cakap ayah nak makan ikan pari asam pedas. So banyak lauk... aku goreng ayam tuk dia dan didi. Dia request ayam sambal! Memula malas nak buat, lepas tu???? tak sampai ati la... org posekan?

Tapi frust ayam sambal ku tak pedas! Walaupun aku letak segengam cili padi. What the hack???! Bila rasa tu buat muke! Ermmm confirm dia makan ala kadar je... hahaha...janji ado... akak dapat kiss jugak ucapan terima kasih sbb masak... hahaha...

Ok korang jangan la kata aku belagak! Sbb aku masak pun jarang jarang... sometime sometime kadang kadang. So sian tak sian laki akukan?

So semalam lauk banyak gila. Semua tak habis. Ermmm kalau kami mmg tibai je lauk semalam. Tapi sian suami saya. Call la mak mertua. Ingat2 lupa la nak goreng kueh tiaw version cikgu yati. Otak jam bila terpikir bahan2... kena sama sbb zamani bab mee/bihun yang boleh dia makan 10 kali tambah versi mak dia je.

So gigih la akak ke kodai beli barang2... kul 6 sampai umah, siang2 barang... masak... biasalah kalau dah resepi mak mertua aku... dia masak jenis campak2 TAPI!! ada tapi... sangat leceh. Tauhu goreng dulu... telo pun goreng dulu... nan ado makna semua campak kasi satu. Tu yang anak sulung cik gu yati terlebih manja... muah muah muah. Jadi akak kena la belajar. Untuk siapa??? tuk laki akak jugakkan? Haruslah bangga org kutuk dia gemuk! wakakaka... alhamdulilla... alaaa masak baru 2-3 hari dah kata abang Zamani makan cukup eh? Belasah! Ada aku kisah?

So sahur plak goreng nasik dengan telo goreng jerk.

Buke ni plak tak tahu la... dahlah posekan? Tah larat tah tidak balik kerja ni nak masak... uhuhu. Insya Allah. Org kata niat baik di balas baik. Harap2 sampailah puasa ku ari ni... hahah mcm bebudakkan???

2 comments:

Deqna said...

wah.. cantiknya.. raya rmh barulah tahun nie...

warna purple memang cantik..ai like :)

Mimy Hamid said...

rumah baru cantik ok..kemain taste mak ko kan..heheh..berserila raya...ada open house tak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails