Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, September 16, 2011

Cerita September itu bermula Part 3

Dah baca part one? Ermmm ekceli tak ada apa pun.

Frust bila hari ke 6 tu peyed. Ohhhh sangat beremosi time tu. Aku rasa begitu down. Down sbb gatalkan cube nak berubat. Sampai peyed mmg tepat jadi lewat. Bila test negative aku masih lagi pujuk ati, mungkin tanda tu lambat lagi.

Bila tengok peyed datang. Jadi tergamam jap... nangis kat toilet sendiri. Mula la termenung dan apa yang berlaku ada khimahnya.

Mungkin dulu aku terlalu riak. Aku lupa akan kawan2 yang senasib dengan aku. Aku jadi riak bila mengandung. Sekarang aku dapat rasa apa yang kawan2 lain rasa. Betapa rasa diri rendah, kecewa semua campur. Teringat semula kata2 di blog lama time memula mengandung dulu

"Syukur Allah tidak menutup pintu rezeki buat aku...kawin je terus mengandung..."

Ayat itu buat seseorg terasa hati. Tapi aku tetap dengan ego ku... bagiku itu blog aku, suka ati aku lak nak tulis apa. Org lain pun tak ada anak, tapi tak ada la nak sentap mcm tu.

Ini la karma dari Allah. Dia nak bagi sekelip mata dia boleh bagi. Dia nak tarik? sekelip mata dia akan tarik. Emosi aku time tu sangat2 terganggu. Sampai gaduh laki bini. Tapi sesungguhnya mmg Allah nak duga. Zamani dah sampai tahap tak leh tahan sebenarnya. Tapi tah, aku mula rasa serba salah. Sbb aku tahu dia mengharapkan juga cume dia tak nak aku sedih. Now aku mula belajar muhasabah diri. Mungkin Allah nak mengigatkan aku bahawa jangan sesekali riak.

Mula la aku kenangkan kawan2 yang senasib dengan aku. Yang bertahun2 kawin tak ada anak. Lagi teruk mereka rasa. Tapi sedap sakitkan hati mereka. Mula terasa sangat menyesal menyelubungi.

Nangis tak yah cakap la... sampai tak tahu nak mengadu kat siapa. Hanya seorg teman lama. Yang senasib dengan aku. Dan di sebabkan hal ini jugak kami menjadi rapat. Kongsi segala pengalaman dan rasa. Dia kata aku beruntung sbb sekurang2nya aku dapat rasa perasaan menjadi seorg ibu. Pendapat aku pulak berbeza. Lagi untung Allah duga tanpa berikan kita apa-apa, dari di rentap sekelip mata. Rasa gembira itu hilang begitu, rasa fobia kekal selamanya. Kemudian timbul pulak rasa lain. Sedih, hilang keyakinan diri, sentiasa menyalahkan diri sendiri. Sekurang2nya yang tak ada anak ni hanya mengharap dan berdoa.

Ini la yang aku sering luahkan kat BFF aku tu. Tapi kami sedar ini dugaan Allah. Ada sbb kenapa di turunkan ujian yang berbeza buat aku dan dia. Dari situ aku belajar memahami perasaan mereka...

Ya Allah... aku telah menyakiti hati2 mereka secara tidak langsung. Berdosanya aku. Aku tunjukkan kegembiraan tu sampai ada hati yang tersinggung. Dan aku perlahan2 merasakannya. Perasaan yang dulu aku katakan mereka ni 'mengada2' , mereka ni cemburu dengan rezeki org...mcm2 bila ada pihak cube menegur kesilapan aku dulu.

Dengan BFF aku ni, aku dapat kongsi segala dengan dia. Sampaikan satu hari dia tegur aku kat YM. Dia cerita dia buat treament kat doktor pakar sakit puan

Hamid Arshad... siapa kenal??? Tengok gambar tahu la doktor pakar ni. Rasanya time aku mude kot dah popular dengan doktor ni.

Tapi aku refuse. Sbb takut hormon terganggu sebb peyed akukan selalu tepat. Kang buat treament lain plak. Lambat lagi. Lambat tak kisahlah, nak pikir macam2 ni tak sanggup. Aku dengar dan iakan je maklumat yang kawan aku ni bagi. Sbb sebelum ni aku dengan Zamani pergi jugak tanya doktor pakar kat UMRA. Dia cakap kalau dah mengandung ni tak ada problemnya. So mungkin rezeki Allah tu tak ada.

Lama jugak aku mengiakan apa yang BFF aku cakap. So far yang dia kenal semua dah mengandung. Cume rezeki kawan aku masih belum ada lagi. Tapi aku tetap tak nak mencuba. Sbb aku takut aku punca tak dapat anak. Aku takut kehilangan Zamani, if punca tu dari aku.

Tapi BFF aku tetap nasihatkan aku, dan mengingatkan aku yang aku pernah mengandung. Kenapa pulak zamani nak salahkan aku pulak. Tah...aku takut tuk menerima hakikat tu. Anyway aku buat rawatan kat HPJ jugak. Sbb time mengandung Aryssa, aku di katakan ada jangkitan kuman kat virgina pluss ada fibroidkan? Mungkin itu jugak alasan.

Dan biasa aku jadi malu. Nak cube. So aku try bincang dengan Zamani. Yang bagus tentang Zamani, what ever keputusan aku, dia tak pernah bangkang! Sometime perasaan tu berbelah bagi nak call, nak jumpa doktor ni sbb macam aku cakap aku takut nak dengar kemungkinan dan ramalan doktor ni.

Tapi ada benar jugak kata Zamani, aku sibuk merungut tak ada anak. Mungkin ini adalah jalan yang Allah ingin tunjukkan. Mungkin ini jawapan Allah atas segala doa aku? Siapa tahu?

Dalam otak aku hanya pikir pasal Zamani. Kalau dia rasa anak tu penting bagi dia, kalau dia nak anak jugak, tak pa la... aku bagi dia kawin lain je (Ayat org putus harapan). Hati aku sakit bila dia dukung anak org lain, ati aku sedih bila dia memuji anak org lain. Well korang tahu la ini semua emo dan bukan kehendak kita sebenarnya. Tah susah aku nak terangkan. Tapi aku tahu dan pasti segelintir dari korang faham apa yang aku cube sampaikan.

So aku try... call buat appoiment dengan Hamid arshad. Korang tahu punya payah sebulan lebih baru dapat appoiment. Aku jugak tebalkan muke... bincang dengan MIL aku... mana tahu dia tahu jalan dan cara. Bila dengar cakap Hamid Arshat, MIL cakap dia pernah berubat dengan doktor ni. So terasa la lega sikit. So me, Zamani and MIL jumpa doktor Hamid on 14 jan 2011.

Kalau korang dengar penerangan Dr Hamid ni... tah... macam main doktor2 zaman kanak2.

Dia buat scan. Than dia cakap ada cyst kat sebelah kiri aku. Ok dengar cyst je aku rasa nak pitam! Pestime ok doktor mengesahkan aku ada cyst.

So dia tanya lagi...peyed sakit tak? Of coz... macam nak pengsan.

Dia tanya lagi... hari datang tu tepat tak? Mmg tepat 28 hari lepas peyed will be my second peyed.

Doktor hamid hanya mengangguk... tanya Zamani pulak... is he havy smoker? Of cozkan?? So dia cume cakap reduce if you plan to get baby. Padan muke! hahaha. Nasib baik MIL ada. Aku bukan pandai sangat. Siap dia draw mcm2 kat paper nak tunjuk apa yang jadi.

So keputusannya???

Doktor hamid cakap, kalau peyed ok maksudnya tepat tak ada any delay, plus pernah mengandung, means cyst tu tak menganggu. Hanya nak menganggu time nak kuar tu mmg senggugut yang teruk. Bagi dia aku tak ada masalah. Cume dia cakap aku

STRESS! Tak ada masalah lain kecuali STRESS dan itu menganggu waktu subur.

Aku dengar macam tak logic. What?? Stress?? Dan aku kena kawal makan. No fast food. No minuman bergas. Makan banyak buah dan sayur. Bla bla bla... ambik ubat kat kaunter. Dia cakap, we see in 3 mth time. Kalau tak mengandung kita iktiar cara lain

Me??? That time? Rasa macam tah. Patah dan ilang semangat

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Hasbatul Sauda

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Obemin

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Asid folic
( hahah tetiba google image ubat terkuar blog kawan sendiri... sorry mimmy. )

And the cost is RM 220. Pitam! Lagi sekali buat aku patah semangat. But Zamani bagi aku semangat. Sekurang2nya doktor dah sahkan aku tak ada masalah.

Tapi kalau tak ada masalah than kenapa susah sangat? Is it sbb salah tempoh subur? sbb aku mmg buget doktor bagi aku ubat hormon kesuburan mcm tu la. Tapi vitamin2 nih... ermmm

Ok sambung part 3 nanti ok... sadis! tention lebih sekarang


3 comments:

ChemSO said...

Tahniah ya....

Mimy Hamid said...

buat aku sedar beb..takpe sometimes niat kita lain tapi org anggap lain...aku kena beringat..thanks beb sharing luahan hati

PUANSTOBERI said...

Salam,
Sy silent reader blog Cida dari blog lama dulu. Tp lama sgt da tak masuk. Tp termasuk blog ni plak. Tetgk Cida da ada baby rupanya.
Sy pun TTC gak dan dlm treatment LPPKN tp tak smbg lagi sbb LPPKN dia trus proceed IUI. Kalo bleh takmo la IUI trus kan. So nyer, lama da plan nak try Dr Hamit ni gak la. Baca blog Cida ni lagi buat semangat nak buat treatment kat sana. Hihi.

by d way, kalo CIda tanak publish comment ni pun oke. And salam kenal2 juga dari saya :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails