Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, September 15, 2011

Amani Iman Zulaikha

Di sebalik nama puteri kecil ini. Bukan tuk mengejar nama glamor. Atau bukan saje suke2 letak nama tu untuk bagi bunyi yang sedap.

Korang tahukan macammana aku benar2 maukan cahaya mata? Mcm mana aku stress bila memikirkan soal anak? Mcm mana aku sedih melihat kebagiaan org lain?

Sejak aku di sahkan mengandung, aku tak henti bersyukur. Terus meminta panjangkan dan izinkan janin di dalam rahim ku terus bernafas sihat.

Korang pernah dengar lagu 'iman mutiara'? Lagu tu sangat bermakna bg aku. Lirik dia mmg menangkap setiap kali aku dgr lagu tu. Insaf sangat.

'Iman tak dapat di warisi dari seorg ayah yg bertakwa, ia tak dapat di jual beli, ia tiada di hentian pantai, walauapa pun caranya jua, engkau mendaki gunung yg tinggi, engkau meredah lautan api, namun kau takkan memiliki jika tidak kembali pada Allah'

Bukan mudah tuk aku memiliki 'iman' itu. So aku nekad lelaki atau perempuan aku tetap nak letak nama iman.

Zulaikha sbb 'cantik' so biar la iman itu adalah iman yg cantik. Nama depan aku serah pd zamani. And aku berkeras tuk letak nama iman sbb di awal lagi aku dah mula panggil amani dgn panggilan iman, dan dia respond baikkkk punya!

Amani pulak ketenangan... Semoga amani iman memberi ketenangan pada ibu dgn abak dia. How to handle the lil one dengan penuh kesabaran. Insya Allah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

3 comments:

rokayah said...

amin... cantik dan penuh makna. Panggilan kepada anak2 adalah doa kita Cida... bila kita memanggil dengan nama yang baik makna nya bermakna kita turut mendoakan yang terbaik.. insyaAllah... Amani akan membesar dengan sihat, menjadi anak solehah.. dan cantik iman secantik dirinya... apa-apa pun, tahniah Cida. Saya turut gembira, she is beautiful... :)

Eri-chan said...

nama yang indah..insyaAllah jadik manusia beriman beramal soleh anak u nie

Mimy Hamid said...

aku pun suka nama amani ...tapi ramai sgt dah amik..aku cari nama lain..Insya Allah ada makna

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails