Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, October 1, 2011

Kisah Oktober plak bermula...

Heheh konon la aku ni...ekcelikan, aku nak coret semua kenangan kat sini. Tapi memandangkan bila tahu aku mengandung, aku rasa baik aku dan keluarga je yang tahu hal ni. Terus terang siapa tak happy, siapa tak teruja nak bercerita pasal kandungan semua nikan?

Bila baca blog org, seronok je. Tapi pengalaman mengajar aku supaya tidak terlalu bergembira. Sentiasa beringat. Tak semua suke cerita kita. Dan pengalaman jugak buat aku sedar. Hati ini sebak bila baca org ni mengandung, org tu bersalin. Bukan la sakit hati tp sedih la. Mula la meratapi dan mula la menyalahkan diri sendiri. Akhirnya sendiri tention.

Sebenarnya aku sedih. Dalam family Zamani, tahun 2010 ada tiga org yang kawin. Adik Zamani, than dua org sepupu Zamani. Dan di awal tahun 2011 pulak aku dapat berita semua tu mengandung.Tapi Allah tu mmg nak mendugakan? Mmg pasrah la sbb by the time aku dah set kan kat otak ni tuk tidak terkejar tuk mendapatkan anak. Buat aku sendiri stress je kan? Kalau dah tentukan aku dengan Zamani je, apa nak buatkan? Mmg tipu la kalau tak terasa hati. Tak sedih. Tapi aku dah give up. Luahkan pada suami pun dah macam buget apa dia nak jawab.

Tah...

Aku bukan nak Zamani pujuk aku ke apa. Ada sesetengah pihak pulak cop aku tak leh nak terima ketentuan Illahi. Ini adalah pekara2 yang selalu aku dengar dari mulut org... bagi mereka aku tak dapat menerima ketentuan dan ujjian Tuhan. Kalau aku tak terima, aku rasa aku dah gila kot. Tah di situ baru aku sedar, dan di kurniakan teman yang senasib dengan ku... dengan dia aku luahkan segalanya. Betul la kata org. Yang faham kita adalah mereka yang senasib dengan kita.

Sentiasa melihat mereka yang menerima dugaan hebat dari kita. Bila pikir itu akan mengisapi diri. Macam aku sendiri org bertanya 'Turn awak bila pulak?' hanya hati yang menjawab. "Saya sedang menanti giliran saya tuk menjadi seorg ibu". Tapi bila tahu ketiga2 mereka yang kawin akhir tahun lepas mengandung, aku mmg banyak termenung. Otak mula setkan jawapan tuk soalan hati. Mula la plan dengan Zamani nak ke sana sini. Just me and Zamani.

Tapi Allah tidak kejam. Maka dia berikan jugak rezeki yang kami minta. Jangan cakap aku tenang sepanjang aku mengandung. Bila tak mengandung aku minta. Bila Allah dah bagi perasaan risau, takut menghantui aku setiap malam. Sepanjang kandungan aku sentiasa risau. Doktor suruh aku banyak tenang, sbb aku tak boleh stress sangat apa lagi di awal kandungan. Mood aku mmg teruk. Org kata aku mengandung anak lelaki... sbb start mengandung sickness yang sangat teruk compre mengandungkan aryssa. Cuti jangan cakap la. Sekali MC doktor mmg bagi cuti 3-4 hari macam tu.

Aku buat pemeriksaan 3 tempat. Hospital Putrajaya, Klinik kesihatan (KK) dan klinik swasta. Tak pa biar banyak tempat asalkan kandungan aku selamat. Minggu ke 7 kandungan aku dah kena ambik asprin. Asprin dah jadi kawan aku, satu hari pun aku tak boleh nak miss ubat tu. Since punca kandungan aku meninggal dulu sbb darah terlalu pekat dan tak sampai ke baby buat aku nekad! macammana pun aku takkan miss tuk ambik asprin.

Zamani pulak mmg tak nak aku stress. Apa jua yang buat aku stress dia akan cube pujuk. Bila tido dia akan belai pujuk aku dengan apa jua masalah yang aku hadapi. Biasalah fobia tak habis. Dok pikir bukan2... macammana kalau sama dengan kandungan dulu, this and that. and di situlah peranan Zamani. Bole tengok kesabaran dia pujuk dan sentiasa berada di sisi aku.

Tapikannn awal kehamilan tu aku mmg tak boleh nak tengok muke dia... hangin satu badan. Sentap jangan cakap la. Eshhh benci la! sampai kalau boleh tak mo bertentang mata dengan dia. Hahah tu yang Amani Iman fotostat muke dia habis. Tapi tak lama la... dalam 4 bulan dah ok dah.

Aku mengandung Amani Iman aku jadi sangat garang... hua hua hua. Aku benci lelaki. Bukan laki sendiri, semua la! pelik tak?? kalau nak deal dengan lelaki kat opis boleh tengok tocang aku naik. Sampai budak opis kata aku salah makan ubat sbb nak marah2 je... hahahah.

Tu pun buat aku stress jugak. Oh sewaktu kandungan 7 minggu start makan asprin, mmg menguji la... ada satu malam tu tengah syok tido, tetiba underware basah lencun... aku panic... apa ni??? sampai mengalir ke kaki semua... time tu pukul 2 pagi. Bila tengok air tapi kekuningan sikit. Aku confuse darah ke apa? Mmg pasrah. Apa lagi yang aku bole pikir? Mungkin ini bukan rezeki ku. Bayangkan pukul 2 pagi. Aku tak berani nak kejutkan sesiapa. Zamani pun aku kejut dia tak bangun. Aku menangis sendiri sampai pukul 4 pagi, which jam bunyik tuk Zamani gi kerja.

Cerita dengan dia apa yang jadi. Kami laki bini terduduk diam... aku dah tak larat nak nangis dah. Zamani pun sama, usap2 kepala aku tunggu pagi tuk klinik.

Aku pergi klinik dengan hati yang sangat sedih. Baru je nak happy ini yang jadi. Jumpa doktor aku check doktor kata itu keputihan. Sbb aku makan asprin dia mencairkan keputihan. BIla scan baby ok... alhamdulilla...Syukur sangat.

Than bila second trimester pun banyak benda yang berlaku. Sebulan lebih aku deman, batuk. Tuhan je tahu. Sampaikan aku kurang air dalam badan. Padan aku rasa macam nak pitam. Yer la dah tak sihatkan? aku makan apa pun kuar balik. Air minum pun kuar balik. So doktor suruh aku minum 100 plus tuk tenaga. Tapi buang gas tu.

Dah baik deman, aku detect semput pulak... aduhhh sampai kena ambik pump. Semua tu buat aku jadi risau dan takut.

Darah aku kurang, than kandungan aku besar dari jangka pembesaran baby. Aku terpaksa ke 3 tempat setiap minggu tuk pemeriksaan. Dalam minggu ke 27 macam tu, doktor sahkan baby aku songsang. Kepala atas, kaki bawah memijak fibroid aku. Tali pusat plak di bahagian kaki dia. How you feel kalau doktor cakap macam tu?? Tak ko risau?

Aku bg tahu klinik kerajaan, diaorg kata selagi tak minggu 28 tak payah risau. Baby masih boleh pusing. Aku selalu berbual dengan baby supaya dia tak pijak fibroid aku dan turun la ke bawah. Lepas minggu ke 28 sangat mengejutkan bila kedudukan dia di bawah... syukur Alhamdulillah. Mmg ajaib sangat apa yang berlaku. Tapi aku plak di sahkan ada kencing manis! Shit... tiap minggu kena ulang alik KK dan hospital putrajaya tuk check kawalan gula.

Tak pa la... tuk anak mmg ini yang aku harus tempuh. Bila baby kuar nanti harap semua ok. Dan sepanjang tempoh kehamilan dari awal sampai akhir, aku dengan Zamani selalu derma atas nama anak2... Aryssa dan Amani. Apa yang kami buat atas nama anak2 kami. Tiap solat Jumaat aku selalu bgtahu zamani tuk derma atas nama anak2. Minta kedua2 anak kami di lindungi, baik di sana mau pun di sini. Aku bukan nak riak, tapi mungkin Allah gerakkan hati kami. Kami tak pernah bersedekah sblm ini. BIarlah segalanya tuk anak.

Aku jugak mendisplinkan diri... dulu mengandung Aryssa aku hanya baca surah lukman, yusoff dan mariam. Tuk apa? Kali ni aku baca tiga surah tu lepas solat subuh. Bangun awal sikit lepas solat mmg baca 3 surah tu berganti2. Surah yusoff panjang jadi mmg tak dan nak habiskan satu hari. Yang surah Mariam dan Lukman mmg habis setiap kali baca. Dan waktu solat aku baca sikit-sikit. Konon nak aim khatam sepanjang kandungan sbb di awal kehamilan ada kawan tegur supaya aku khatam tempoh hamilan 9 bulan. Katanya anak akan jadi baik, tak meragam, anak jadi taat. So tak salah kita cube benda yang baik.

Cume aku ada gak skip baca. Sometime penat, tak larat balik kerja terus tertido. Kalau ada masa terluang aku baca Al-quran sikit2. Tapi tak dan khatam pun sbb amani iman kuar cepat plak. Heheh. Insya Allah akan sambung habiskan bila habis nifas nanti. Nama pun dah niatkan. Apa pun kena jugak habiskan. Insya Allah.

Apa pun aku hanya nak coretkan di sini. Bila dah mengandung bukanlah senang buat ku, ada jugak ujian yang Allah turunkan. Air mata ni selalu mengalir, memanjat doa pada Allah beri anakku kesempatan hidup di dunia. Berikan senyuman buat aku dan suami. Sehinggakan aku nekad tuk buang atau korban segalanya asalkan anak dalam kandungan ku sihat dan sempurna. Means dr segi mental pun aku harus sedia. Baby nangis malam, berjaga malam, kalau ada anak kuar malam pun kena kurangkan, semua tu aku dah set dalam otak, insya Allah selagi boleh aku akan elakkan. Aku juga nekad kali ni, apa pun biar aku yang jaga. Takkan aku ketuk bilik mak ayah aku bagi anak kat diorg sbb aku nak tido. Mengantuk macammana pun aku nekad aku sendiri bangun uruskan anak aku sendiri.

And Alhamdulilla sepanjang 21 hari ni, mmg aku jaga Amani Iman sendiri. Pagi tu ramailah tolong, tapi malam mmg aku dan Amani Iman je. Bila dia nangis, aku selalu bisik kat telinga dia, 'abak tido.... dia nak kerja Amani... nangis sikit2 je yer... ibukan ada...'

Dia ok je... janji abak ada sebelah dia alrite. Bukan la aku nak tunjuk aku baik. Aku lebih bertanggungjawab. Aku tahu mungkin ada pembaca yang meluat... haizzz org baru dapat anak mmg ler gitukan? Insya Allah, dia yang kami nanti, takkan jadi beban buat aku dan Zamani... even aku nekad jugak lepas pantang, kalau aku kerja sblm gi kerja nak bagi ibu jaga atau mak mertua aku jaga, aku KALAU BOLEH nak serahkan anak aku dengan bersih. Siapkan dia dulu baru serahkan pada mak aku... insya Allah. Even aku bagi tahu zamani, since dia balik kerja awal pukul 2 atay 3 petang, balik ambik jaga anak dalam bilik. Take responsible tu so we enjoy perkembangan anak2. Ini aku ambik dari bini bos aku... bini bossss ok!!!! she got maid tapi sebelum gi kerja dia pastikan anak dia bersih sblm bagi mak dia jaga. Selalu aku dengar cerita dia pasal anak dia. Anak dia mmg bersih. Sedap je nak pegang cium tau. Sama jugak dengan bos aku, balik kerja malam dia pastikan masa terluang tuk anak dia. And aku rasa cara tu elokkan? Yang baik kita ikut yang tak baik tak yah la ikutkan?

Apa pun ni perancangan je. Belum start kerja kita tak tahu. So far amani iman gud gurl, kalau lepas pantang ibu nak gi kerja buat hal kita tak tahukan. Tapi kalau kita tak set rancangan tu, sampai bila kita nak bergantung kat org?

Sekali lagi aku minta maaf, kalau coretan ni ada buat org yang meluat. Sekadar berkongsi di sini. Kalau ada tips jaga anak dengan baik, bole la korang drop komen kat sini.

Aku sudahi gambar pregnancy aku time pesraya...

Sesungguhnya time mengandung aku takut nak ambik gambar... hehehe hati ada la teringin nak buat kenangan but at last ada jugak satu.

3 comments:

Deqna said...

terharu bila baca entry ni.. teringat masa mengandungkan Marissa dulu... memang hari2 baca al-quran dan surah2 amalan.. Alhamdulillah Allah izinkan khatam sebelum Marissa lahir. Hari pertama Marissa lahir terus terasa sayu, sbb tak dapat melakukan perkara yg biasa dilakukan..

alhamdulillah cida dapat jaga amani dengan baik... kita ibunya kita lebih tau apa kehendak anak kita kan...

ingat masa pantang dulu pun memang serba-serbi wat sendiri..walaupun stay ngan mak, tapi rasa lebih puas sbb dapat uruskan sendiri.. kita belajar kan...

Mimy Hamid said...

apapun semua dah selamat....ko pun dah selamat jadi ibu kepada amani iman...semoga menhadi ibu mithali dalam mendidik anak anak yer..amin

miszme_ieda said...

salam, i've been following ur blog since last dec. cerita aryssa sgt2 menyentuh and today follow up ur blog, tau akak da selamat bersalin =)
i'm so happy for u and u are blessed with wonderful and supporting families esp a.zamani la kan. anyway, semoga cabaran dan dugaan akan datang u and family boleh tempuhi dgn tabah. semoga kebahagian and keceriaan menjdi milik korang.
amani iman zulaikha sedap nama. comel, cute, geram semua la. heee...semoga jadi parents yg baik ye =)

*tetiba pagi2 happy....huuuu~~~=))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails