Dah sebulan lebih baru nak terhegeh2 cerita kat blog... Tak pa janji adokan? Amani iman dah 13 bulan... Cepat sungguh masa berjalan. Luka cser pun tak baik sangat. Kadang2 terasa ngilu dan sakit kalau mengeliat ke apa.
Well jadi perempuan kenalah kebal tahan sakit,kan?
Macam aku cerita dalam entry2 yang lepas... Kami nak sambut kesyukuran dan berkongsi dengan keluarga dan kawan2 haru yang bahagia ni... Amani iman mungkin tak faham lagi, tapi aku takkan lupakan tarikh keramat itu... Amani iman, ibu nak kamu tahu yang kamu adalah segalanya... Dan demi kamu ibu dan abak sanggup lakukan apa sahaja...
Majlis yang kecik dan ringkas, tapi cukup bermakna. Terima kasih la pada yang sudi hadir yer.
Aik tetiba kek lain? Lupa jugak nak cerita... Or im not sure dah ada kot cerita? Ini sambutan on 12 sept dekat umah tok dan wan. Sambut dengan family jer... On the day its self mestilah sambutkan?
First time tengok lilin... Menangis ketakutan... Apa daaa adik! Dia mmg takut api... Kek yang simple je... RM 38 kot rasanya. Boleh la sebagai syaratkan?
Aku kalau birthday ni mmg otak banyak nak buat. Selalu aku ambik upah (wakaka ayat tak bole bla) selalu aku jadi birthday planner si rayyan. Adik aku yang super bz selalu minta tolong aku buat goodies la, banner la, kek deco la, macam2. So sepanjang 3 tahun jadi org belakang tabir ni, tipulah kalau aku tak pasang angan2 tuk anak sendirikan? Tapi sebab ni majlis harijadi yang pertama so kita buat alar kadar je. Walaupun niat di hati nak buat tema puteri la... Tema badut la,bintang la, bulan la... Macam2 terpikir nak buat.
Zamani mmg tak kisah. Tapi dalam tak kisah dia yang pilih kek tuk amani iman. Haisemennnn... Tak pa bagi peluang, org kata biar involve jangan nak bantah je. Itu menjadi pantang aku sebenarnya. Yer la kita excited plan tetiba masuk dewan mesyuarat nak cancel itu ini jawapannya hang plan la sendiri. Hehehe.
Antara goodies yang aku beli tuk tetamu kecik...syok main ambik je... Hahah tak ramai pun aku buat. Dalam 24 org je. Memula ingat nak buat princess. Tapi aku pikir kalau budak lelaki cam no la pulak?takkan nak di galas paper beg princess tu? Maka ambik 12 princess dan 12 ben 10 tuk lelaki.
Coklat, gula-gula dan belon...
Goodies tuk budak2 perempuan.
Ben 10 for the boys. Syukur aku beli sunglas tuk budak2, rata2 semua budak bukan main bergaya. Memula zamani mcm tak setuju sbb sayang je kalau budak tak pakai, tapi bagi aku, i wantbthem to have fun ajer...so bebudak yang dah 3-4 tahun ni dah pandaikan, so nampak majlis tu budak bergaya, bIk lelaki atau perempuan. Hehehe... So i think its worth it. Ala tak yah la nak kira pasal duit, kita anggap semua tukan sedekah.
Ini pulak invitation kad tuk email dan facebook invitation. Buat sesimple yang bole... Gigih nak buat jugakkan?
Yang ni pulak invitation card tuk family and friend. Dah macam nak kawin dah anak aku. Kih kih kih. Tema mmg campur2 dahkan? Goodies princess and ben 10. Kad invitation mickey mouse...heheh caca merba dah jadi.
So inilah kek birthday yang pertama buat amani iman... Snow white... Sedap nak mati kek ni. Tapi ini first and last la. Sbb susah gila dow nak potong. Icing je tebal. Separuh je potong, rumah dah runtuh. Hahahah....
Nasib baik aku tak jemput ramai org. Yang tetamu lambat sampai siap tanya, ini kek apa? Hahah mmg buruk jadinya.
Tapi yang penting ambik gambo lawakan? Yer la... Tahun depan sila buat kek 2 tingkat. Tapi rasa kek mmg sedap. Secret resepi. Mmg berbaloi rasanya. Gambar credit to auntie norish yer.
Menu pulak aku buat ( bukan la aku yang masak tp kawan mak aku) nasi ayam dengan bihun je... Nak buat nasi bryani semua takut budak2 tak makan. So kalau nasi ayam budak makankan? Ni pun majlis tuk budak2. Tapi ada pulak insiden yangvtak di ingini, sampai nasi semua lambat siap tetamu dah datang... Haisemen... Next year kita sambut kat kfc, mcdonal, anw atau hotel lima bintang...hahahah...
Gambar majlis aku tak ambik lagi dr adik ipar aku... Ermmmm nanti la bila2 senang. Ipad plak dah jadi mainan budak2 yang datang. So tak ada yang boleg tolong ambikkan gambar. Tapi manage to take pic bukak hadiah... So here we goooo
Antara hadiah yang amani iman dapat. Tq so much. Than yang lain amani iman banyak dapat duit, so takkan nak snap pic bagaikan? Tq so much. Susah2 je...
Gift from mak ngah, pak ngah ken dan abang rayyan... Baju rompers gap dengan seluar GAP
Since tuan punya diri ada... Maka kita ambik gambar yer, tq so much.
Hadiah dari mak long ana, dari gombak.
Small bear bear dari unknown... Ermmm siapa yer?
Baju dress dari auntie norish, uncle madi dengan abang dani... Hoyeahhh raya ko tak yah beli baju anak ku...save duit ibu...kih kih
Baju lagi dari autie ismalina, uncle syam dan kak adriyana
Hadiah dari jiran sebelah rumah. Cik fatimah dan cik hisyam
Oh baju yang tahan... Dari mak ngah azita, pak ngah azizi, kak aisyah, kak liya, abang umar dan adik aydira... Siap beg tuh... Kuh kih kih so nice... And talking tom. Tq so much.
Picnic basket from mak ngah nadiah, pakngah nizam, abang naufal, nazmi dan firas. Hehe lawak the first present yang di bukak sbb abang nazmi nak tahu apa hadiah tu sbb mak dia beli tak ajak dia, maka benda ni jadi rebutan budak2.
Ini set masak2 yang lertama buat amani iman... Dapat je pandai berlakon anak aku... Ingat tak tahu main, kalau cawan minum, kalau biskut/ kek iyo iyo dia mengunyah... Hahaha.
And this penguin ball ni dari mak long marina, pak long amir, abang mirin dan kak mirah. So nice, tapi diorg tak datang sbb jauhkan? Tapi terima kasih sbb tak lupa bagi hadiah. Susah2 je. Memuka amani takut dengan penguin ni tapi lama2 dia main hentam je penguin ni. Amyway mmg purpose benda ni pun tuk tolak so that penguin ni jatuh bangun balik.
Dan yang best dr budak opis... Hahah skuter pink! Bukan main bergaya si amani dengan tak tahu kayuhnya. Poyo je tolak dengan kaki...
Ermmm mmg happy... Heheh aku la happy. Dia masih tak faham apa2kan?
Rasanya itu je la pasal birthday amani iman... Terima kasih buat semua yang sudi dtg. Ada terkurang harap maafkan... Sebagai host tuk majlis yang pertama ni mmg banyak sangat kurang. Tapi tak pa, next year dua bulan seblum besday kita plan yer?
Eh apa pulak? En zamani kenalah buat kejutan istimewakan? Kan kan...ok til here... Gue dah mengantuk mau beradu... Daaaaa....
1 comment:
happy belated birthday amani iman!
Post a Comment