Syukur... Itu je yang dapat aku ucapkan bila tengok amani iman cepat belajar. Selalu aku solat, aku mmg solat dalam bilik. Amani iman ada di beri pada nenek atau atuk dia kalau aku solat. So dia mungkin jarang tengok aku solat depan mata dia.
Mungkin dia belajar dengan nenek. Tapi syukur la.
Kebetulan ari tu zamani balik kerja lambat, amani iman pulak nak tido. Layan dia sebelum dia tido. Abak dia lepas mandi solat magrib dulu.
Dari mula zamani solat dia pandang sampai la abak dia beri salam dia terus tegur.
Baru aku lepaskan dia merangkak...
Sila abaikan baldi di situ... Hahaha. Aku patutnya angkat dia, tapi dia merangkak ke arah zamani dan duduk berdoa ikut abak doa.
Syukur Alhamdulillah. Budak2 ibarat kain puteh. Menjadi ibu dan bapa mmg mudah tapi yang susah bila mendidik anak2. Aku selalu risau pasal didikan ni, yerlah kita pun tak sempurna manakan? Tpikir jugak macammana nak ajar dia solat, macammana nak ajar dia jadi anak yang dengar cakap. Macammana nak ajar dia itu ini... Rupanya mereka belajar dari melihat apa yang kita buat.
Semoga amani iman menjadi anak yang soleha... Sejuk je hati tengok anak belajarbenda yang baik kan???
No comments:
Post a Comment