Sebagai ibu yang berkerja, pastinya aku hanya dapat luangkan masa dengan amani iman ahad. Hari biasa kalau aku balik pukul 6 ptg oklah. Kalau lambat selalunya dapat mainn dengan dia hanya sejam dua sbb dia tido awal.
Dan bila dia dah besar ni dia dah faham. Bosan duduk rumah. Ke mmg dia itu genetik abak dia yang tak bole duduk rumah? Panas je pungung tu kalau duduk umah.
Balik balik kalau dia bosan bawak dia gi umah tok mama... Balik balik kalau tengah bulan nak tunggu gaji, bosan2 bawak gi umah tok mama... Hahah kita org jalan jauh sikit bagi dia puas hati perjalanan jauh.
Sbb dia takkan boleh tido, resah gelisah je kalau tak jejak kat kereta. Imagine tak? Ko balik kerja penat, tak sampai hati tengok anak ko ketuk pintu minta pintu di bukak dan dia boleh keluar.
So hari ni kita jalan2...
Ready to jalan2. Bangun pukul 9 pagi. Than siap terus gi sarapan dulu.
Nasi lemak seri sarawak adalah nasi lemak terbAekkk...
Well some time dia mmg serabai sikit... Hahaha. Bukan sikit tp mmg selalu.
Dah cantik2 si gadis ayu tetiba nak 'berlemuih' chewahhh betul ker ejaan tu? Yg tak tahu makna sila bukak kamus org utara... Haha mesti laki aku vangga!
Lepas sarapan kita ke gm. Niat hati nak cari barang tuk aku. Tapi hati hancur bila tahu GM klang tak ada Atm machine???? Dah tu debit card pun tak boleh gune, dalam wallet ada 30 jer... Apa ko nak beli? Bodo betul. Macammana buat perancangan. Kena la tahu yang itu penting zaman ni...bila dapat tahu GM tak ada mesin Atm, terus tertutup pintu hati nak membeli. Ada diorg suruh aku gi withdraw duit kat jusco? Ingat jusco kuar pintu GM terus jusco ke? Jalan kaki satu hal jauh, naik kereta buang minyak je. Jauh jugak.
Terus ajak abang zamani gi jusco...
Tak ada sebab. So abang zamani terus ajak kidz fun zone, kan dia happy time besday dia dulu? Punya la ramai org... Murah pun murah... Setengah jam RM 6 je.
Tengok cara dia duduk... Tak sopan langsung. Baju gaun macam puteri, tapi duduk kat stroller dah macam jantan. Puting kat mulut tu yang tak tahan. Ni tunggu zamani gi toilet. Kang masuk dulu, zamani tak leh nak masuk dah. Kang org ingat dia tebiat plak nak main.
Banyak lagi game, tapi dia belum pandai jalan lagi. So aku pun malas, punya banyak bebudak kat situ, seyes macam sakai bebudak ni main. Kalau kecik aku tak kisah tau, ni umur 10-12 tahun... Ko tahu la sekali masuk bukan tahu ada org ke tak, main lompat je. Aku dengan zamni yang emo. Macammana pihak pengurusan boleh lepaskan diorg masuk sedangkan ada had ketinggian je yang boleh main.
Ko bayangkan amani iman masuk je dah tengelam, so budak2 yang bersaiz anak gajah ni main lompat. Yang lompat macam sakai satu, yang ada baling2 bola. Sakittt oooo...ko pasal apa meroyan masuk sini?
Aku jegil mata kalau diorg main hampir terkena Amani iman. Again mmg la bagi dia kawan, nama pun budak, tapi kalau 10-12 tahun dah ada otak dah... Ada tiga org budak tadi yang mmg aku dengan zamani bengang. Sekor mmg saiz badan besar, dia duduk belakang amani, time tu amani nak turun slide. Amani turun dia terbaring kat hujung slide tu, budak ni dah ready nak turun... Menjerit aku...
'Wait!' Terus je suara cikgu besar. Aku tarik amani bawa ke tepi. Dia terjun ok! Terjun. Berderau tengok cara dia main. Jangan kata hempap amani la... Hempap aku mau aku masuk hospital sebulan.
Ada budak perempuan ni dah besar gak la, maybe 10 tahun, feeling swimming pool kuak lentang dalam bola2 tu sambil tutup badan dia...budak lelaki cina ni terjun. Imagine kalau terjun atas badan dia. Aku tak kisah la sbb tu mungkin sedara ke adik budak lelaki tu,
Datang sorg budak lagi main campak2 bola... Gila! Dia campak kat amani... Eh, ko pasai apa. Aku tenung dia, dia baling makin kuat ha! Abang zamani buat suara king kong sambil tunjuk isyarat tangan. Amani mcm blur kejap. Ari tukan dia main tak ada org sbb weekday.
Than ada budak india perempuan ni, umur dia 5 tahun kot... Nak kawan dengan amani, dia pun baling bola kat amani, so aku ajar amani baling bola kat dia pulak... Wakaka... Tak la main la sama, sbb umur lebih kurang consider kecik? Balingan dia pun tak la sakit mana. Amani gelak2. Tapi! Lebih pulak tendang bola2 tu sampai tertimbus anak aku... Aku tegur terus sentap keluar dari situ. Hahaha
Happy banyak bola...
Amani dengan dunia dia sendiri... Ajak keluar lepas tu tak nak... Hahaha... Sudah sudah... Makin lama makin risau aku tengok. Ganas betul budak2 ni.
Ha sempat try motor... Merengek2 nak naik...
Amani ni imaginasi dia selalu tinggi tau... Siap masukkan jari nak start moto...sbb kunci tak ada. Hahah
Lepas je dah puas main, happy gi makan. Makan nasi ayam. Aku ambik nasi extra tuk amani iman, habis separuh. Itu yang abang zamani cakap nak kongsi dengan amani iman? Hahaha... Lapar sungguh dia.
Ekcelikan dia ni dah pandai minta barang. Kami malas nak layan dia. Opcos tak faham apa nak sbb dia belum pandai cakapkan, tapi tunjuk benda mengarut. Hahaha casing phone la, pasu bunga la, bunga la... Mana kamu berhenti, dia pun mula tunjuk barang and nangis2...
Aku segan jugak,tapi aku kena marah dengan zamani. Buat tak tahu, dia penat kang dia berhenti. Tak yah tanya aPa dia nak. Sbb esok dia gune tektik tu nak barang dari kita... Glup... Ah bapak ko ni amani... Tapi apa pun aku kena setuju... Nak kaya tak???? Hahah so jangan layan perangai anak yang pelik2...
Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment