Akhirnya 2012 melabuhkan tirai... Maka entry ni serba sedikit cerita pasal rumusan 2012...
Terus terang 2012 ni tak berapa nak Ong! Tak tahu la aku je rasa atau mmg tahun ni tak berapa baik... Well aku ni cakap macam org cina plak nAk percaya yang baik buruk... Yes yang buruk itu datang dari manusia itu sendiri. Tapi business office aku pun merundum tahun ni. Terlampau sampai stress akak di buatnya... Di sebabkan business tak berapa baik sangat, maka kena kerah betul2 expecially on collection part, di mana banyak jugak customer aku bungkus. So nak dapatkan payment tu agak susah.
Ok itu bab kerja.
Bab peribadi... Erm tah la... Dugaan sepanjang tahun ni... Financial mmg tak begitu bagus. Tak tahu la, mungkin sbb ada anak, tetiba expense bertambah dan aku tak tahu nak buat apa ATAU mmg tak tahu nak manage. But alhamdulilla keputusan untuk beli insurance aku rasa satu tindakkan yang bijak, at least ada sikit saving yang tak nampak di situ... Uhuhu...
Than family aku menerima dugaan kecil dariNya, zamani masuk hospital dan membuat pembedahan tulang rusuk. Dah tu benda tu jadi dengan tak dirancang. Tahu2 dapat sms dr zamani hari rabu masuk hospital, jumaat operate. Time tu bulan puasa... Hanya Tuhan je tahu betapa beratnya dugaan di bulan Ramadhan. 8 hari zamani di hospital, dan 8 hari jugak la aku jadi pelarian.Aku tak merungut... Sesungguhnya tak ada benda yang lebih penting dari kesihatan suami. Amani iman kami tinggalkan selama 8 hari... Kesian anak aku... Dan aku terpaksa menyusahkan semua org tapi aku tak ada pilihan lain. Kalau amani iman boleh duduk kat sepital tu, dah lama aku heret sama...
Dan kemudian akhir2 ni, amani iman kena viral fever.... Sekali kali di uji... Ambik cuti sampai terpaksa ambik unpaid leave tuk satu hari... Demi anak tak pa la terpaksa ku korbankan... Tapi ada pulak yang tak faham... Masuk balik kerja dapat berita buruk. Bonus kena potong sbb cuti lebih sampai unpaid leave. Aku malas nak argue... Potong la... Nama pun bonuskan... Tak payah la nak ungkit penat kerja this and that. Siapa kita tuk melawan penilaian pihak pengurusan ni...tak cukup dengan bonus kena potong. Kena maki berbakul2 dari bos... Tak pa la... Aku pekakkan telinga. Aku bukan suka2 nak abaikan kerja aku. Aku mmg salah sbb tak bertanggunjawab menjalankan kewajipan sebagai pekerja but aku akan lagi bersalah kalau aku gagal menjalankan kewajipan sebagai isteri dan ibu... Aku tak harapkan sesiapa pun faham.
Tak pa la mungkin rezeki tahun depan lebih baik dari tahun ni. Siapa yang tahukan?
Atittude pulak... Erm...sentap tu makin menjadi2 kot? I dont know. Tapi sejak kawin ni, makin hari makin terasa diri ni matang sikit. Kalau dulu aku cepat sangat nak marah. Bila marah aku suke lepaskan kat mana2 tempat yang aku boleh luahkan. I guess korang pun boleh tengok beza aku dulu dan sekarang. Entry sekarang boring je... Banyak cerita pasal family. Dulu reader banyak... Hahah biasalah pembaca ni suke baca benda lain dari lain. Kalau pasal kondem org, kalau mengutuk mengeji ni org suke baca. Blog yang aku suke baca, aku baca... Yang tak suke aku tak akan baca langsung. Tak yah nak stress buat benda yang kita tak suke. WALAUPUN kadang2 hati ni memberontak nak tulis benda yang keji tuk luahkan perasaan. Org akan cakap, esh dia asik dok cerita pasal anak dan somi dia macam dia sorg yang bahagia, well takkan aku nak cerita each time aku gaduh dengan suami, takkan aku nak cerita buruk tentang keluarga sendiri. Takkan? Percayalah kehidupan aku mmg mcm org lain... Gaduh, sentap semua tu ada... Cume tak tulis je.
And yes!!!!!
Perubahan yang cukup baik! Bila me and zamani tahun ni mmg tak gaduh gila2. Dulu, rasanya kalau gaduh adalah seminggu... Ha ha ha... Ini mesti ramai nak tahu. Gaduh gila maksud aku kat sini, macam aku cakap la... Tinggi suara. Ha!me and zamani kalau gaduh suke test suara siapa yang lebih tinggi. And kalau berdepan pun dah macam pendekar dah... Dua2 debik dada siapa paling besar... Nak menang.
Tapi itu di awal perkahwinan. Now nan ado...seyes... Alhamdulilla. Mungkin dah faham masing2...
So bila marah... Diam!
Bila sentap! Tido..... Hahahaha....
Tak puas hati? Diam jugak... Malas nak luah2 kan...
Tapikan...dulu2 gaduh gila2 bila baik mesti dapat hadiah, bunga, coklat... Itu yang indahnya... Tapi kali ni? Tak yah gedik la... Kadang-kadang ko lupa yang kau gaduh.. May be dia yang ambik langkah berubah malas nak layan aku. Ho ho ho.
Dan aku jugak mempraktikkan diri untuk mengelak dan menjauhkan diri dari menyakiti hati org lain. Dulu suke jadi bzbodi. Zamani mmg tak suke kalau aku jadi ahli golongan peah gosip. Eh ada ke suami yang suke isteri jadi geng ahli mesyuarat tingkap?
:: gambar hiasan; peah gosip ::
Yang best lagi, hanya dengar cerita org, ko dah nilai org tu macammana. Dulu aku mmg mudah bias dengan org, tapi now malas la... Sakit hati macammana pun cube jadi pemaaf. Kadang2 aku bersikap lalang... Tapi itu la aku. Aku ni suke dengar ckap org than aku tak buat keputusan bijak. Bab ni mmg zamani 'kasi' betul2. Memula aku mmg susah nak terima. Yerlah org keras kepala macam aku ni, mana la nak tima pendapat dan nasihatkan? Bila respond dia lain dari apa yang aku harapkan, sendiri yang stress. Selalunya dia akan mendengar... Contoh kalau aku cerita hal masalah kat opis, kalau dia tak suke sesuatu tu, dia tak akan komen... And terasa macam u jadi org bodo cerita bersungguh2 end up nothing! Uhhhh! Aku tahu dia tak nak tegur sbb nak jaga hati aku.
Tapi lama2 dah biasa dahhhhh...
Tahun ni semuanya tahun baru buat amani iman... Birthday... Raya...dan pertama jugak buat aku dan zamani, pergi mana2 bawak anak... Dan yang best!!! We miss outing watch midnite movie or tak perlu midnite la... Rindu nak dating tengok wayang. But nehhhhh tak besar pun isu tu... We will miss amani iman more! Sbb kamikan kerja. So kat opis selalu, lebih dari 8 jam sehari. Itu dah cukup buat ko rindu anak ko kat rumahkan? So kami akan cube untuk terus bersama amani iman. Dating dating mmg tak ada dah... Family outing je sekarang ni.
Dan hujung tahun ni... Maknanya alhamdulilla dah 4 tahun aku mengenali Zamani. 4 tahun tu apa la sangat! But ia berharga sangat...
So azam baru??
Nak selesaikan apa yang tak tercapai... Kang buat list berjela tak jalan jugak ken?????
2 comments:
cida...kalau ko nak tau blog ko mmg aku selalu jejak..sebab ko jujur...penulisan ko mmg best...dan aku boleh rasa setiap perangai ko adalah macam aku...kadang aku rasa ko dan aku ada persamaan tapi tak serupa...keep in touch babe..semoga tahun akan datang akan lebih bahagia..amin
mimy - thanks... aku pun suke baca blog ko... cume aku baca selalu google reader so nak komen tak boleh. tak pa... janji aku baca. baca semua kisah2 yang happy, yang boleh aku buat panduan sama... dah tua2 ni malas nak kepochi pasal orgkan? apa pun thanks for the pray... aku doakan ko pun sama... jangan berhenti menulis ok
Post a Comment