Amani iman masuk sepital...hari ni dah hari ke 5 dia kat sepital ni. Deman dia nampak 2 hari lepas mmg dah ok. cume doktor cakap ada 2 percent virus so diorg nak hilangkan virus fully so that demam tak berulang lagi. Macam aku cerita entry yang lepas, ahad lepas dalam pukul 3 badan mula panas. Sblm tu elok je. Sbb tak gi mana2, dan malas nak keluar makan, maka aku masak je, dari sarapan ke makan tengahari ke malam. Huhuh...ok tipu! Malam malam makan lauk yang tengahari... Rajin sangat ler aku nak masak tuk malam bagai.
Dalam pukul 5 aku rasa badan amani iman panas. Dalam 37 macam tu, temometer dah tunjuk tanda merah. So bagi makan ubat deman. She look ok after that... Tapi malam! Bahang badan. So isnin, zamani ambik El. Bapa mithali. Omaknya kena kerja. Kata org kuat opiskan?
Zamani bawak pergi klinik biasa. Doktor cakap demam biasa. First time aku tengok anak aku mmg lemah. Lepas gi klinik tu ok dah. Boleh makan dan main2. Tapi lepas aku balik kerja badan makin panas. Aku siap bawak dia keluar makan lagi. Tapi biasalah tak fully baik. Dalam pukul 11 lebih badan dia panas. Malam tu mmg aku dengan zamani tak boleh nak tido. Dia punya merengek sian tengok. Makan ubat pun deman tak surut, mula la aku pikir nak gi sepital malam tu... Siap compress badan dia dengan tuala malam2. Pukul 3 pagi, badan dia semakin panas, cecah 39.7 degree. Aku bukakan baju dan seluar. Tutup air cond dan bukak kipas. Compress badan dia bergilir2 dengan zamani. Time tu aku doa cepat la pagi. Zamani tanya aku nak ke hosp Serdang atau Putrajaya? I was like.... Kenapa jauh sangat? Klang mmg idok la, dengar service yang office mate aku dapat time anak dia kena sengat dengan lebah, aku cancel. Bad service!
'Kita gi Pantai la...' Zamani pandang aku...
'Erk sure ke? Kalau masuk sepital how?' Aku tahu dia tanya pasal charges. Aku pun kalau tak ada insurance tak la aku nak pandai2 sebut Pantai! Sungai kelang bole ler... Hahah... Ok joke tak jadi di situ.
Syukur la... Pukul 7 bangun terus je mandi. Dengan tak tidonya kitaorg. Aku terus sms agent insurance aku... Tell you! Agent insurance aku mmg menjengkelkan! Tapi mmg service tip top. Ko tak payah nak call prudential. Sent sms kat dia, hospital panel prudential kat klang, terus je dia call bagi tahu. Terus je dia buat taklimat pendek... Apa ko kena buat, charge yang di kenakan. So kenalah sediakan cash dalam tangan. Sbb 10 percent kita bayar sendiri. Minimum RM 300 dan max is RM 1000. Tapi kalau opis ko tanggung so ko tak payah la nak bayar satu sen pun. Company aku or zamani mmg tak tanggung. Dia siap cakap rate bilik tuk amani iman. Aku ambik bilik yang RM 100 sehari. So pandai2 buget la. Kalau ambik bilik lebih dari RM 100 bayar yang lebihan sahaja.
Pertama kali masuk hospital pantai klang. Reception mmg tak friendly... Bengang dan sakit hati jugak. Rasa nak tepuk je dahi! Tapi sabo... Dengan amani yang melalak2... Tengah tak sihatkan?
Muke budak tak sihat. Masuk jumpa pakar kanak2... Dia punya menangis! Tuhan tolong la anak aku... Sian sangat. Panas sampai 40 deg. Doktor suruh balik, tapi bila dengar panas amani iman takkan surut malam tu, aku terus minta dia warded.
Bila anak sakit... Semua Benda tak jadi. Dia sakit tak nak aku. Nak abak dia je. Nak masuk ward pun lambat. Nak tunggu approval dari prudential dulu. Mau la dekat satu jam. Abang zamani dah naik hangin. Sabo la... Kalau ko tak sabar aku ni lagi la... Mau dekat 10 kali dok tanya kaunter tu. Siap aku call agent insurance aku. So dia tolong apa yang patut.
Pukul 10 pagi dapat bilik yang 4 org... Si amani iman masuk ward je melalak! Belum lagi nurse atau doktor jumpa dia lagi. Mmg lama la. 2 jam ok... Sabar tak sabar la ko dengan anak yang sakit. Nangis sampai muntah2...
Dia tak nak tido cot dia. Dalam kul 12 macam tu tangan masuk drip. Dan ambik sample darah.
Kesian... Nangis sampai habis suara... At last keletihan dan ketiduran. Pukul 4 mcm tu ada baby baya dia masuk... Melalak serupa dia juga... Tahu lak dia tutup telinga dia. Ha! Ko bising tak pa eh? Tapi aku pun tak tahan. Budak tu aku rasa ok la bole terima sbb anak aku pun bukan diam. Tapi aku tak tahan nenek budak tu. Menanyi macam kat karaoke ko! Hahah budak tu diam dia pulak bising2. Minta tukar bilik yang dua org je... Ingat ok! Worst!!! Jiran bawak org kampung every day! Aku pun tak tahu la family dia mmg turun datang. Dah tu buat macam open house deepavali, cakap tak reti pelan. Mabuk aku!
Amani iman second day... Hahah muke sakit... Demam naik turun jugak, tak surut. Nasib baik ada ipad. Sesekali boleh la hilangkan rasa sedih dia kat tempat berkurung macam nikan?
Tangan tu boleh buat asah gigi. Lawak tau si amani iman ni... Tangan berbalut pun dia bole lagi gunekan tangan yang berbalut tu. Siap cubaan tarik wayer and tiub kat tangan tu,
See how she adapt tangan yang berbalut macam tu... Tidak menghalang tuk baca newspaper. Wakaka...
Bila dah sihat tak reti duduk diam...
Siap cubaan tutup drip tu...suka hati dia jer.
Tangan berbalut tidak membataskan hak bermain ok!
Bila sakit mmg nak berkepit je la. Nak ibu and abak. Dengan tok tak nak, wan pun tak nak, nenek pun tak nak, atuk pun tak nak. Tetiba dia mcm buat tak kenal org... Rimas jugak. Tapi what to do kena faham la dia sakit.
Makan pun tak nak. Tapi alhamdulilla tok buat bubur nasi tuk amani iman dr first day. So sakit2 pun makan jugak. Dapat la tenaga kat situkan. Nanti aku upload video gambar dia makan. Tengok video tu macam budak tak makan setahun. Hahaha tak bole lambat sikit.
Sampai nak solat pun payah. Macam aku pergi mana je. Padahal solat depan mata dia je. Nenek sampai tak larat nak tahan, kata mak aku, nampak je demam, tapi tenaga dia luar biasa. Kalau tolak tu macam nak jatuh nenek tu. Amani.... Amani.... Doa pun ibu tak sempat tau. Ko melalak mcm kena tinggal.
Motip tak pakai baju? Ni hari ke tiga kat sepital. Dah tu cerry berry plak. Langsung kena baju seluar sampai baru perasan hanya seluar yang tinggal. Baju nan ado.
Layan upin ipin time ni... How la? Org opis dok call berulang kali. Payah rasa. Bukan sengaja. Tapi tengok la anak sakit nak berkepit je. Amani iman sampai tido pun nak aku peluk ok...sampai sakit2 badan aku. Dia pulak bukan main tido je, main2 dulu than baru la lelap.
Bila anak tido, time omak pulak layan adam and hawa... Oloo syuga dapat tgk aaron aziz kau!
Thank you la brat pit malaya! Abang jamani, gigih dload adam dan hawa 10 episod yang tertinggal tuk bini kesayangan.
Lupa nak bilang, malam pertama tu mak ngah azita dengan pak ngah azizi datang melawat. Aduhhh dah ku bilang tak yah datang sbb kesiankan, mak ngah azita sekarang dah malas nak meredah jam. Dia dah sahut cabaran kerajaan naik public transport. Heheh sian jugak balik lewat, ambik anak2 kat taska semua dan tak sempat nak rehat datang jauh2 dari damansara damai ke klang tengok amani iman.
But thanks alot la. Amani rindu kakak dengan abang dia. Dari moody terus sengeh. Especially jumpa abang umar pujaan hati.
Hilang sakit amani iman... See how she smile. Dan abang umar yang sweet pandai ambik ati amani iman...begitu jugak dengan kak long... Bukan main nasihatkan amani jangan gerak sangat nanti tangan sakit.
Tapi amani imannnn... Mana Nak dengar cakapkan? Ikut perangai abak dia. Keras kepala... Heheh tetiba....
Dan hari ke 4... Aku gosok gigi dan cuci muke... Tetiba dengar suara amani iman macam bercakap... Tapi tak la melalak. Selalu dia nangis bila tengok aku tak ada. Jenguk tengok dia menongeng... Aku dah nampak patung mickey kat bawah katil tu... Org sakit jalan project rupanya. Jatuhkan segala barang yang ada atas katil tu... Tapi rupanya??? Main wayer.
Dah sihat gini plak jadinya... Alhamdulilla jangan merunggut. Dia sakit ko plak yang tak tentu arah.
Maknya tak dapat nak mandi... Haizzzz maka nak lap je badan dia, dah berapa hari tak mandikan? Sekali berak... Bersepah. Nak tak nak basuh, dalam basuh aku mandikan dia... Tapi tak boleh nak sampoo... Bukan main segar lepas tu...
Boleh makan, minum.... Dan main sikit lepas tu zazzzzzz....
Doktor tak nak discharge amani iman walaupun on thurs tu nampak progress dia mendadak. Nak tunggu virus tu pupus dalam badan.
And today aku org yang paling happy nak discharge. Walaupun anak menjadi keutamaan, tapi kerja tetap dalam otak. Tentu je budak opis memerlukan aku. Tapi apa nak buat. Aku pun tak minta amani sakitkan? Nak suruh org faham, org mungkin tak tahu. Tapi aku tahu tak ada yang lebih penting dari suami dan anak. Dua harta yang aku ada kat dunia ni. Mungkin tak ada nilai bagi org lain tapi bernilai bagi aku.
Last day! Pagi sabtu aku kerja. So seblm aku pergi kerja, aku tolong zamani mandikan amani iman. Doktor bagi kebenaran tapi minta jangan sampai balutan tangan basah. Kena charge! Hahah dah nak keluar dah kot. Tapi kalau keluar pun tengahari than balutan tangan tu basah, mau la kecut tangan si amani iman ni.
Senang sikit nak mandikan dia. Tangan tu kami masukkan dalam plastik! Bijak tak mak bapak amani? Dia dok pelik kenapa tangan dia kena berbalut macam tu. Nanti air panas, dia pun rasa selesa kot sbb dah dekat seminggu dia tak mandi. Nasib baiklah baby. Kalau org besar mau aku rasa pengsan tak pun mati org dekat. Hahah
Imagine tanpa bamboo seat ni! Mmg payah la...
Dah mandi, sarapan cornflek. Dia ni tak suke nak campur susu or air bagi lembek. Suke makan macam gitu je. Sambil layan upin dan ipin
Them... Before aku off to work today... Turn abak jaga amani iman. Sbb abak tak kerja hari sabtu.
Bila sampai semua dah sedia kemas... Dua beranak sampai ketiduran. Doktor kata bole discharge pukul 11 pagi. Tapi end up discharge pukul 1 ptg.
Nak tahu berapa cost semua???
Ha! Panjang sangat. Will write about it nanti. Bukan riak tapi nak berkongsi je. Bukan beli tuk anak je... Tapi untuk diri sendiri. Apa lagi insurance la. Time bayar, kaunter mmg lambat. Sbb diorg banyak gune insurance to pay. Mmg lama gila ar! Baik nak masuk mahupun nak keluar hospital.
Nanti kita story eh!
1 comment:
cute baby
Post a Comment