Pengunaan wipes pun boleh jadi isukan? To me nak lap bontot baby je. So tak perlulah nak mahal2... Nak beli kat mothercare bagai. Tapi opcoslah kalau wipes mahal ni adalah protection tuk protect baby skin bagai. Hygne kena jaga. Air kencing dan najis baby ni tajam. Tapi sejak amani iman dah mula makan, aku mmg gunekan wipes hanya untuk tanggalkan kotor kat bontot dia sajer. Lepas tu angkat ke singki basuh. Kena didik la, lagi la kita islam. Rasanya dah mula ajar anak tentang kebersihan dan cara bersuci.
Kita nak solat pun tak was was. walaupun najis budak ni tak berat tapi aku tetap was was. Kalau travel aku beli spry sajer. Tapi kat rumah mmg angkat amani basuh terus. Kalau dia tido pun aku gune spray je tuk bersihkan.
So kalau pasal penggunaan wipes aku tak kisah sangat.
Dalam banyak wipes, aku suka pakai anakku, prureen dan sbb dua2 jenama yang mahal ( aku boleh consider mahal la) 2 bungkus RM 13 to RM 15, agak mahal. Tapi aku suke sbb ada bau. So kalau sesak napas at least wipes ni membantu mengelakkan bau taik yang mencucuk2 hidung. Hahaha
Tapi try tesco choise ni, elok la... Wangi pun wangi. Murah jugak la serendah RM 8 dua bungkus. Lagi satu aku suke sbb ada penutup. Tak la kering jadinya.
Tapi kalau suruh cik tipah beli. Dia suke johnson and johnson ni. Aku dengan adik2 aku membesar dengan product johnson and johnson ni. Yer la zaman kitaorg mana la ada jenama lain. Sekarang bersepah2. Akibatnya mmg wipes yang paling atas tu kering sbb tak di tutup baik2. Oh ni lagi mahal... Dua bungkus RM 19 lebih?? Boleh beli tesco choise wipes tu 5 kot...
Tak ada bezanya punkan... Bukan jenama menjadi ukuran tapi kualiti barang. Mahal tak semestinya bagus.
No comments:
Post a Comment