Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label product. Show all posts
Showing posts with label product. Show all posts

Tuesday, June 21, 2016

Young living



Adoi... sejak amani and ammar masuk hosp hari tu, ati dah mula berpaut pada product ni. Dont know why. Dah terasa dukun da aku ni.

Memula usha je. Tp kali ni dah terjebak. Asik review kat fb. Aku rasa aku nak review kat blog la. Tuk simpanan and rujukan diri sendiri.

Skrg dah jadi ahli you. Kelas tak? Mana akak dpt duit? Ada la... hihihi mmg sesuai tuk family. Tak percaya? Cube la. Aku malas nak paksa2 org. Yg rasa perlu bole la pakai. Tp aku rasa aku nak elakkan atau kurangkan pengambilan2 ubat ni. Bukan la menolak tp mengurangkan. Benda semula jadi elok tuk badan. Dr ada bahan kimiakan?

Entah la... aku cube cari kesilapan atau kelemahan product, tp pakai je semua menjadi. Tak pada aku, pada anak2. So ko rasa??

Amani terutamanya... kalau minyak emotion ni laju je nampak progressnya. Ammar dan aiman so far aku pakaikan diorg stress away je. Ammar kena stress away terus tido. Hahah. Aiman pun lebih kurang. Amani plak nampak x jalan dengan stress away. Tp aku nak amani lagi outstanding. Kalau pakai stress away mcm dia pasif lak.

Oklah nak tido... nanti aku review semua minyak aku gune yer

Tungguuuuuuuuuu

Nak korek fb jap lagi

posted from Bloggeroid

Friday, May 27, 2016

Eo young living review

Aku tak pasti sama ada aku ada mention pasal product eo ni dalam entry lepas. Kalau nak tahu aku salah sorg peminat Eo yg usha dr jauh. Hahahah mahal kau! Tp dua jenis minyak eo yg aku gune mmg tak mengecewakan. Cume dulu nak beli tak mampu sangat.

Aku gune RC dulu. Time tu ammar admited last year. Pengetua amani kat play school yg kenalkan. Chewah otai cik gu wati. Aku agak sangsi la memula. Tp pernah dlm kelas gbob sorg student batuk agak kuat. Jenis yg kahak banyak ni. Teacher wati sapukan. Terus dlm masa 10 minit batuk budak tu reda. Bukan 8la ilang terus tp reda. Sbb dia strugglekan batuk nak kuar kahak. Tp lepas2 tu batuk tu slow.

Than gune RC terus je serasi.

Second is Peace and calming (pnc). Since amani ada behavior issuekan, bangun pagi nk nangis. Mandi nak nangis, pakai baju nak nangis. Diorg suggest aku pakai PNC. Alhamdulillah nampak la kesan. Tetiba mood amani baik je.

Now dah start kerja, aku start balik nak gune setiap botol tuk kegunaan anak. Yer la payah nak makan ubatkan?

Ekcelikan semalam amani admited kat hosp due to athma. Pasal tu nanti la aku cerita. Tp dah nama title pun review eokan? Aku tak sabar nak kongsi.

Aku beli RC ni dah botol ke 4. Mmg kena ada. Sbb aku pun athma. Pakai gak la. Baru tahu betapa leganya kalau sapu time2 rasa dada ni sesak! Budak lagi la kan? Mmg tido la kalau kena.

Semalam amani bukan sahaja kena serangan athma tp dia kekurangan oksigen. Bacaan adalah below 90.



Dan amani di tempatkan di unit HDU tuk pemantauan. Mmg flat betul dia. Kebetulan aku beli RC dan oregano. Beli tuk anak bujang sorg tu. Sebenarnya tak ada duit nak jab ammar and aiman pnemococal ( sori spelling confirm salah... hahaha) suntikan cocal tu la. Suntikan jangkitan paru2 yg di takuti. Yg bole meragut nyawa kanak2. Amani dulu ambik dose yg ke tiga. Itu pun harganya RM 200 lebih nak ke RM 300. Lepas inject tu nampak la dia kurang sangat sakit demam, selsema. Sbb sblm ambik jab amani kerap sakit. Lepas2 tu je alhamdulillah.

Tuk ammar dengan aiman bukan la berkira. Tp tahu la akak tak kerja that time. Mmg aku concern pasal penyakit tu. Kalau bebudak ni batuk berkahak je mula la pikir akan kuman tu. So bila baca review pasal oregano, aku rasa aku nak cube.



So di pendekkan cerita, aku tak rasa amani akan pulih dengan cepat. Sbb macam aku cakap la, semalam dalam masa 1 jam 4 kali neb secara berterusan. Sampai kena ambik oksigen sbb oksigen tak cukup. Aku sapukan rc dan lepas sapu tu dia akan terlelap at least setengah jam. Than lepas tu nangis.

Keadaan dia semalam sangat2 lemah. So pagi tadi pun sama je. Tak ada beza. Sampai doktor cakap by 12 noon tak ada perubahan, diorg nak pasang drip lain pada sebelah tangan tuk masuk ubat. Imagine la ko sebagai mak, doktor cakap mcm tu mesti ko susah ati. Apa susah sangat nak baik?

Doktor dah minta nurse tuk get ready letak cream bius. Tuk kebaskan tangan kiri amani. Sblm gi kerja ( yer saya kerja jugak ari ni) sapukan oregano di tapak kaki. Kul 2 tanya zamani, doktor cakap progress amani baik so tak perlu cucuk, sambung ventolin je.

Good news kan? The power of oregano??? Kuasa Allah itu sudah pasti. Tp kita usaha dan tawakal.

Balik kerja jumpa amani, dia dah mula active. Dah turun katil. Dah start makan. Which aku rasa awal perubahan dia. Kalau tak otak berfikir berapa lama la lagi dia nak stay sini.



Kakak kawasan dah sihat, bukan main gaya ambik neb. Hihihihi



Malam ni dah ada selera nak makan.



Dan malam ni bacaan oksigen dah atas 90 to 100. Mmg 100 tu max. So dah capai.

Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan semuanya. Cepat sembuh yer amani....

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 10, 2016

Nursing cream



Hoyeah... saya telah mendapatkan cream ni akhirnya... dah tak tahan tengok aiman keep di bantu dengan susu formula lebih dr susu badan. Bengkak jangan cakap la. Dengan luka lagi.

Tp aku sebenarnya cari butter cream. Payah nak dpt. Hanya kedai tertentu je ada.



Cny kan cuti panjang. Sebolehnya aku nak cari ni sbb semua yg gune kata elok. So kalau bole nak la beli bila org bg testi. Tp tengok aiman minum susu formula hati jadi sakit. Hihihi. Ajak abang zamani cari kat guardian or watson. Jumpa kat watson. Try je lakan.

Abang zamani ni kalau akak shopping biasa2 dia hantar and tunggu depan kedai. Tp bab anak masuk sekali. Tolong survey sama. Siap tanya selamat ke tuk direct feeding.

Nampak?? Cinta agung tuk anak2. Takut bebenor kalau bab anak.

Mcm ammar dia mmg tak bg beli susu formula. Mmg support bf. Belikan manual pump la... buat dek je bila minta beli susu newborn. Tp aiman aku rasa dia simpati kat aku jugak. Uhuhuhu.

Malam tadi cube direct feeding. Syukur la baru la rasa lega. Cume si aiman plak malas isap. Agaknya laju sangat air dia tadah telan. Time luka ko tak buat macam tu plak. Esh anak...

posted from Bloggeroid

Thursday, February 4, 2016

Pantang....

Semalam selamat berurut 3 hari. Akak urut tu tanya

'Ko makan ubat apa?'

Erkkk ubat tahan sakit je. Hahaha.

'Entah tak decide kak'

1st sbb aku tak kerja. So malas nak bersungguh sangat beli. 2nd sbb bab ubat tu mmg tak makan la. Berkurun la. And ikut sukati aku nak makan. Lagi pun bila aiman kena kuning aku rasa nanti2 la. 3rd ubat pantang ni macam payah nak telan.

Time ammar aku ambik ubat shaklee. Oklah tak ada bau2 pelik. Senang telan tapi pill beso beso. So tak berapa nak displin.

Erm.... aku pakai bantal panas je. Tak tungku. Sbb sakit nak matik cser kali ni, aku seriau nak kacau tempat luka tu. Hahaha padahal hari ke dua dah leh jalan2. Tp sakitnya di dewan bedah. So sampai sekarang aku tak sentuh ok luka tu. Lepas mandi minta mak aku yg bersihkan.

'Jangan dik.... badan nak pakai lama dik. Kalau tak makan esok sakit2 badan susah. Baik makan'

Pulak....betul gak. Minyak pun sapu awal2 je. Now malas. Sbb skrg ni panas la. Kalau berpeluh berminyak2 badan. Dah la tak leh mandi. Mandi sekali sehari. Pagi je kan? Ikut aku malam2 suke aku mandi. Pastu tido. Ni mandi air panas. Adoi. Kurusnya idok jugak.

Maka aku dengan berat ati. Demi badan nak pakai lama ai beli leesa formula. Bila baca product2 ni rasa leesa formula la termurah. Hahaha bukan terbaik eh? Nak beli set macam tak berbaloi. Ambik ubat makan je la. Pati haruan pun aku minum 2 botol je. Stop sbb aiman kuning ari tu.

Nak sambung dah kemalasan. Lagi la bila rasa luka da baikkan? Maka syok la malas tu.



Sekarang semua order online.



Semua rm 104. Nak beli cream2 tu macam.......... tah pakai tah tak. Sbb aku dah pakai cream ginger and gel tu. Oklah... cream ginger tu mmg berfungsi as pilis or param. Jenis modern. Tak leceh. Sapu jer....

Gel plak tuk letak sblm ko berbengkung. Panas leh tahan. Time ammar sampai terkopek2 kulit aku... bukan kat perut. Kat tangan. Tu mls... perut tak kempis jari jemari aku yg kecut. Hahaha.



Aku ambil pil perawan



Emas cotet....

Kedua2 kecutkan rahim. Harapan nak selim la....

Jgn suggest apa2 product sbb tak mampu. Hihihi
posted from Bloggeroid

Tuesday, December 8, 2015

Toran Coffee...

Mak buyung teringin tengok gambar2 ni kat fb... macam haven gitukan??



Ajak abang zamani pergi. Ecehwah konon sambut aniversary ke 7 tahun? Hahahah alasan je tu. Kebetulan.

Review kat sini... bila baca blog and komen. Semua puji makanan sini dan yg tak best service slow. Alaaa jangan la wat mak yung tertunggu. Dengan anak yg alahai super duper lasak. Anak2 aku g makan, diaorg tahu masuk kedai makan ada makanan. Meja kosong depa tak tahu nak wat apa. Tp ada makanan pun mereka tak behave pun. Hahahah...

Tengok menu harga mak aiii sangat murah. Tak la murah sangat. Compare price dengan makanan western macam chilies, vitoria station, TGI mmg separuh la. Teringin nak makan lamb chop. Dengab keadaan darurat tak kerja ni... hahahah idok la akak sanggup habis sepinggan lamp chop harga rm 50 ke rm 80... tengok masih belas ringgit.

Tp org banyak cakap service lambat. So may be that is the price u have to pay la kan.

Sekali... ko masuk kedai ni... dr pintu masuk sampai ke tempat duduk ko di layan. Ok akak suke la. Tp meja kecik sikit. Tak pa la. Kedai tu pun bukan kedai besar.

Than order. Aisyah cabonara with smoke beaf. Amani and ammar spegeti bolognise. Me and en somi lamb chop. Wahh dua pinggan baru rm 38... berbaloi.



Aisyah punya. Sedap gak. Tp aisyah cakap cream dia pekat sangat. Tp oklah not bad. Aku tak minat sangat kalau cabonara ni.



Amani punya. Abang zamani bukan pengemar spegeti tp tengok dia layan amani makan sambil2 tu masuk mulut dia gak. Hahahah... sedap la tu. Ke dia lapar sbb baru balik kerja tak makan. Huhuhuh



Our lamb chop... tell you sangat puas hati!!!! Lembut sangat ok... senang Tokak! Hahahah... isi tak melekat dengan tulang. Ai like! Bau kambing pun tak ada. Mmg layan la. Cume lebih menarik kalau hidang dengan sayur mcm brokoli rebus or coslow. Kentang dia kasar2 buat salad. Kalau mash potato layan gak... but its good. Sedap.

Tengah makan staff dia dtg tanya. Service ok ke tak. Makanan sedap ke tak? Oh service yg aku baca lambat tu nampaknya cepat. Kita dok sana order 3 minit air sampai. Within 10 to 15 min dah dpt semua makanan. Yg bestnya diorg jugak supplier tony roma's. Tp dia cakap dia tak la jual harga tu. So pada yg viral cakap tony romas tu x halal tak yah takut sbb pemilik toran coffee ni ada la melayu. Wahhh tetiba teringat eye rib kat tony romas tukan. Lembut gila.... dah! Jangan macam2. Ajar anak dlm perut tu makan makanan murah. Wahhh tak baik ko!



Layan....



Anak2 choc ais... zamani biasa teh o ais je la. Dan akak plak harap ada la sampah2 atas air macam di tunjuk tetiba ais bland biasa???

Frustnya!!! Sbb tak ada gambar dlm menu. Bila order dpt ni. Cocoa conscious...conscious sangat! Tp mak aku bilang dont judge a look ok... dah rasa ais starbuck... yg choc chip frep ke benda tu.... maaf la bukan kaki starbuck. Uhuhuhu. Tp bukan kaki starbuck pernah la ai rasa.



Total bil yg kena bayar. Kalau lain mau la ratus ratus kan?

Apa2 pun try la. Bg aku yg tak berwang ni berbaloi. My expectation on the food tak la tinggi but memenuhi la...

Bole dtg lagi. Try air yg sampah2 atas tu. Hahaha.... tp kali ni berdua. Anak2 dok umah. Uhuhuhu

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 9, 2015

Maxis Zerolution! Hai Note 5!

Hai...

Something new from Maxis. Yang aku nak kongsi dengan korang. Pertama kalinya baru la aku rasa telecomunation kita ni berjaya offer dengan baik sekali. Uhuhuhu

Memandangkan S4 aku dah mula menunjukkan dia tak berminat nak berkhimat dengan aku la kan, aku terpaksa beralih arah. Tapi yang menyedihkan aku ni bukan la org yang berwang. Ada yang tak suke berhutang2 nak dapatkan phone. Bila aku cakap pasal zerolution ni, ramai yang rasa tak berbaloi. Masih tak suke konsep hutang.

Tapi kalau hutang tapi tak ada interest apa salahnya??

Bagi penguna Maxis postpaid, yang pakai bill lebih dari setahun, anda untung la nak memiliki pakej ni. Memula tu hati berat sbb Maxis offer 5 jenis phone. HTC, Lenovo, Samsung A7, S6 dan S6 edge. Kalau 'S' Series ni macam sama je dengan S4 aku tu. Tapi sangat berbelah bagi. Abang zamani terangkan kat aku pasal Zerolution ni. Dia mmg rajin check offer dari maxis. Time dia terangkan aku rasa mengarut! mengarut! upfront payment tuk phone mesti ada.

Maca dulu aku beli Iphone 4 tuk dia... gi Maxis kena bayar upfront RM 1200... So jadi duta maxis sat... offer dia macam ni....



Menarik? Tertarik?

Lepas customer service tak bertauliah menerangkan aku rasa tak puas ati. Aku call customer service maxis. Dengar ceritanya macam tak percaya. Dalam erti kata lain dia macam bagi phone percume. Customer service pulak cakap sesiapa pun layak buat zerolution ni... means kalau org nak phone register je than get the phone. Eh senangnya?!!!

Rupanya terbukak pada pelanggan maxis yang mengunakan line lebih setahun. Which aku mmg stay dengan maxis more than 4 year dah.

Bila check bill aku layak!

**Gelek***



Ok plan dia macam ni... korang pk sama ada berbaloi atau tak yer

Bill aku je sebulan erm RM 250 permonth...

So kalau ambik zerolution, harga phone RM 93 + RM 128 (pakej line phone + internet) ni option ada yang rendah RM 98 sebulan. So total RM 221

Ko bayar RM 250 line je... apa je aku bual sampai RM 250kan. Kalau ambik zerolution aku dapat phone dan bill yang rendah. Ok nampak penipuan RM 221 tu... sebulan phone tu RM 138 ( sewa RM 98, RM 30 renewal upgrade phone, RM 15 insurance)



ok RM 30 tu adalah new phone every year. Pakai selama 12 bulan, kata ada phone baru... gi maxis tukar dan balance 12 bulan lagi waive! Mesti korang cakap yer la bodoh bayar RM 30 sebulan cover la yang waive tu... but still kot RM 30 setahun berapa sangat? RM 360? cover rugi RM 1656?

So ko beli phone cash RM 2500 so pakailah sampai rosak...

Kalau rosak ni insurance cover RM 15. Report and Maxis akan replace phone baru.

So itu consepnya dong.... tak tahu la kalau tetiba maxis tak kuar pakej ni... ko buta2 la bayar RM 3000 so RM 500 rugi jadi interest. Itu kalau! kalau la maxis nak menipu...

Sebenarnya ini la konsep yang pakai kat oversea. Tak faham Malaysia je nak berupfront bagai. Negara lain, senang je. Kalau ko google diorg ada pakej/contract. Means Come with phone and line. Berbaloi la...

Kata sebulan ko bayar RM 300.... macam sewa phone la. RM 150 tuk phone RM 150 line internet, call and sms.  Aku ni kalau nak ambik pakej RM 98 bole, sbb uma pakai wifi, opis pakai wifi, so berapa sangat mobile data pakai, takat lunch pun kedai2 makan kat area opis pakai wifi gak. Ha ha ha... tapi takut kalau holiday mana2 tak ada line. Mampus! Yer bole mati... macam ko duduk dalam botol kicap. Eh tetibakan?






Dan di sebabkan bill phone abang zamani bayar... akak pakai je la... wakakaka.... apa la sangat tanggung bills bang... kang dalam pantang ke apa senang ai nak update cerita anak2....

You kan suke...

Dulu dia ada kuar ayat...

'erm nasib baik bini ai tak gila shopping or kump barang... tapi dia gila online.'

sbb gila on line ni la abang gilakan ai... kan? Stalker blog aku berminggu2... lagi mau kata aku gila on line... oklah kan.... tapi cakap kat dia,

"Nanti ai bayar la sewa phone tu... you bayar bill yer RM 128 je tuk bahagian ai. Phone ai bayar"

 Suci dengan janji waktu note 5 kat tangan...dah cukup bulan kang?

Buat2 lupa... heheheh achi tak??? Siapa pernah buat macam tu? hahahaha

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, May 9, 2015

Young Living EO

Salam...

Zamani : u beli minyak apa tu?

Me : minyak senyoyong... nak tenyeh anak dara dengan si bujang tu....agar diorg dengar cakap i.

Zamani : banyak la you....

Hihihi... lately amani punya old behavior dtg balik. Dia bukan marah tapi memberontak lebih2. Expecially nak bangun tido. Aku rasa semua bdk macam tukan? Tp tell you ni jenis mengamuk yg ko rasa nak makan dia.

Mencederakan diri. Tah balik balik perangai dia tu. Meronta2 jangan cakap la. Macam batu giling pun ado.

So aku try Eo ni. First beli RC. Ingat tak time ammar masuk sepital. Rc tu serasi dengan amani and ammar. Dr batuk terus lega tido lena bebudak ni. Syukur jugak sejak kuar dr hosp letak je RC terus ok pernafasan bebudak ni. Fungsi mcm vick. Tp tak lekit or berminyak. Resap kat kulit. Aku sendiri pakai tido lena...

Ni peace and calm. Budak tengah mengamuk bagi dia cool sikit. Tak cube lagi tapi advice by teacher watie. Macam amani ada masalah behavior patut ada set minyak yg kena sapu for 14 days. Tp 14 hari ni ko kena dilute without fail. Masalah di situ adalah amani yg pantang org pegang badan dia apa lagi nak urut. Minyak eo ni tak la berminyak tp bau dia kot payah si amani ni nak tahan. Sapu vick pun mengelupur. Ni ada few minyak ko kena sapu mmg tak la kan. Tp testi mak2 yg gune ni ternyata anak diorg behave. Satu lagi masalah aku takut aku lupa. Hahah balik kalau susukan ammar aku kemana anak ke mana. Fail satu hari jahanam usaha.

Tp itu bukan satu alasan. Ko nak anak elok dan buat terbaik tuk anakkan?

Ok kita try PNC dulu... tengok macammana. Kalau berkesan at least aku tak mengadap amani meronta hanya nak susu aku rasa ia berkesan.

Ammar pun bole tahan mak mengamuk. Try kat dia sekejap and oklah dia bole duduk dengan abak dia. If not?? Abak pun tak nak.

But my objective pada si amani. Doakan yer mummy2 semua

Monday, April 27, 2015

BB Cream Seqy Beuty

Review....

Amboi! Lately jaga muke bagai. Apa hal? 10 May ni anniversary ke 6. Motip?  Hahahah

Saje gedik sbb sblm bergelar isteri, saya seorg yang amat mementingkan kecantikkan. Cantik ke ko? Sebenarnya aku bukan kaki make up. Rasa lagi buruk kalau make up. Compare make up aku lebih selesa dan sanggup habis duit tuk alat kecantikan muke macam cream semua tu.

So terpengaruh dengan BB cream. Maaflah, org tak make up. Bila dengar BB cream ingat cream muke! Choiiii rupanya foundation. Ketingalan sudah.

Aku adalah pakai foundation, org perempuan make up harus ada yang basic. Walaupun hanya simpan kat umah. Hahaha... Lipstik pun berkurun sangat kat hanbeg. Nak beli tak jenama malu. Hihihi

'Awak pakai listip jenama apa?' tapi colek kat bibir ni bole bilang dengan jari. Sbb tu anak dara aku tak gheti nak tenyeh kat muke. Kecuali dia tengok mak su dia yang tak yakin dengan muke ciptaan Allah, still nak solek. (Mampus kena lempang dengan mereka yang make up). No! No! Aku tak ada masalah org make up, lumrahkan perempuan dan makeup tak leh pisahkan. Cume adik aku ni, Maaf gi kedai pun nak sapu bedak pakai eye liner bagai. Kedai kot.... aku tak rasa korg gi kedai nak make up betul tak? Hihihihi... kalau gi pasar malam amboi mengalah gi KLCC.  Tu yang kitaorg perli dia, hang ni gi kedai depan je kot, siapa nak tengok muke ko tu? Kalau amani tahu apa tu make up, dia belajar from mak su dia bukan mak dia. Sbb brush aku dia buat sapu meja.

Nangis tau!!!

Ok back to my review on this product. Dok terpengaruh la org cakap bagus bagai. Beli la... RM 55 ok! Sekali sampai kat tangan, asal macam foundation? Huaaaa mmg tak pakai la. Foundation akak yang RM 280 tu tak pakai sampai kejung dalam botol tu. Pakai sekali je pun. Tah mana tah. Ni nak pakai plak.

Dah terbelikan, nak sedap hati sendiri kan? pakai la. sbb beli kaler yang natural.

Erm semua cakap bagus, muke cantik, bla bla bla

Sama je muke pun. Hihihi tak ada effect pung!

Tapi!!! Tell you this BB cream adalah sangat sangat ringan. I mean yang pakai fondation biasa tu, tahu la foundation tu macammana, aku rasa leceh, berat dan kalau ko berpeluh nasib la kalau ko lap peluh pakai lengan baju. Kih kih kih ada yang buat perangai gitu ke? Habis bercapuk muke ko. Tapi seyes, tak lawa mana pun, tak flawless mana pun muke AKU! Muke Aku! Bukan muke org.  Sbb aku jeles tengok komen org bagi testi.... ke bila korang aply bb cream tu korang still kena touch up bedak compact powder tu yang korang lawa! Sbb aku? Malas... hahah lepas pakai pelembab, apply BB cream jalan gi kerja. Tak kose nak tepek2 bedak. Tu yang huduh sikit, up la jugak dr tak pakai bedakkan?

Tetiba nak ambik wuduk pun aku rasa senang. Basuh je muke, eh akak tak was was. Kalau ambik wuduk dengan foundation, adeh leceh. Tapi ni macam ko apply cream muke la. Sbb ambik wuduk ko basuh ko boleh rasa macam muke ko bersih dengan mencuci muke. Tak payah pakai make up remover. KOT? Ni aku rasa la... So org yang bukan kaki make up macam saya, sometime rasa kena juga ada 'seri' sikit bole la gune. Tak la nampak panda eye kat bawah mata, macam aku masalah malam anak berjaga tido tak cukup. Kot ada yang nak snap gambar secara tiba2 ni tak payah la nak risau muke tak siap. hihihi


Oklah bole beli la nanti sbb aku rasa benda ni tak susah. Cume tak wangi macam bedak. Siapa plak nak cium ko kan. Hihihi

Yang penting ada SPF 30.

Jaga kulit time panas2 ni.

Erm anak dah 3 baru nak jaga2 eh. Dah masuk 3 series ni macam2 rasa. Maklumlah pak encik dah nak masuk 40. Life begin at 40 lelaki ni. Tak leh amalkan sikap lebih kurang. Yer la kita iktiar je la, nak cantik macam anak dara tu tak dapat lakan! Tapi aku pelik ada je kawan2 aku sama gitu je maintain... anak diorg kuar dari mana?

Uhuhuhu... sentap bila anak sendiri tersasul panggil aku "NENEK" huaaa nenek dengan ibu amani dah tak leh nak beza ke? Kat umah dah stress, makin stress dia panggil kat shopping mall tau "NENEK" amboiiiiii

Mude belia nenek ko....

Somi senyum je. Berani la nak kata apa2!


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Sunday, April 26, 2015

Product review kawaii

Dah 3 minggu mengunakan kolegen kawaii...

Time nak review this product. Aku ni jenis yg hot hot chiken shit je kalau pakai satu barang tu. Mmg akan rajin seminggu je, lepas tu ke laut la semuanya. So bila nak beli kawaii ni terpikir pikir...

Mahal wei...

Tp di sbbkan tahu akan kekurangan diri, maka ku paksa jugak. Mak aku cakap aku dah macam org tua. Badan x leh turun can not help la. Tp muke dah kusam. Mcm umur 35 tahun. Wakakakakakak.... mak u buat lawak. Chewah... aku je discount umur tu 10 tahun. Omak den kata aden mcm umur 40 an.

Baca review katanya kesan seawal 3 hari... cukup membongak la kau. Aku 3 hari tu dah kemalasan. Tp mahal punya pasal gagah malam2 minum. Perubahan?? Sampai skrg tak la akak nampak. Tp akak perasan satu je. Benda ni bagi ko tenaga... seyes betul kata duta dr halina. Sbb tu aku bole la nak yakin dengan product duta doktor dari retis ni. Takkan doktor nak membongak?

Kalau baca blog doktor halina, dia mmg mention bagi tenaga. Doktor on call tak cukup tidokan? Akak plak ada 30 hari pose nak ganti. Larat ko dah tido lambat nak bangun sahur makan? Tak la kan? Kalau ammar bangun menyusu kul 4 tu bole la teguk ayo. Kalau x mmg melalu je. Sblm tido aku minum. Alhamdulillah pose 5 hari berturut aku tak rasa aku penat. Ook may be dok goyang kaki kat opis. Jari je tekan kalkulator, so apa la sangat nak rasa penat pose. Tp ai gi solat kat surau yg 2km letaknya... jalan kaki ok... syukur penat la jugak tp tak la sampai tahap yg mengigil.

Than aku jugak ada masalah kulit kaki. Tapak kaki dah macam dawai. Jalan atas karpet ngilu oooo... kalau gesel dengan kaki abang zamani di jamin terkait la dengan bulu kaki dia. Wakaka betul uols. Selalu dia elak. Sakit agaknya. Gesel kat tilam pun bole terkait2 apa jenis tah. Puas la gosok letak lotion tak jalan. Tangan pun sensitip. Mengelupas dah macam sisip ikan dah. Tp mcm magis!!!! Semua tu ilang...i tak bohong...

Berat badan?? Hahah akak berserah la dik oii... ko dah kurang kat situ ko lebihkan la kat tempat lain. Akak yakin dengan baki pose yg 25 hari lagi tu bonus la kalau dapat turun berat badan. Hehehe...

Now aku nak cari serum kawaii. Ari tu beli dapat free sabun. Elok jugak pakai. Tak tegang bila cuci. I dont know. Aku masalah warna kulit tak ada sbb tu org tanya kulit puteh awat nak puteh lagi. Had tu tak ada jawapan. Yes dia cakap skin white tp bukan puteh je. Kalau kulit kering ilang. Gesel kaki kat somi pun dia tak melompat terkejut alrite la tu. Kan kan kan?  Than ammar pun malam tak meragam, tak yah susu fomula sebagai tambahan. Hihihi sbb now aku dah malas. Lepas dia 6 mth dia dah patut makan makanan lain sebagai support extra nutrisi.

Sekarang hobi korek sel mati kat kaki dah tak ada. Heheh betapa trruk aku rasa bila amani duduk2 minum susu dia kopek sama kulit kaki. Hahaha. Dasyat x dasyat?

Aku bukan jual kawaii... tp barang baik share apa salahnya. Cume bengang satu. Period pain kata bole hilang. Gatal sangatkan? Period pain aku mmg teruk. Tak ada beza sblm bersalin dan lepas bersalin. Baca bole ilang sengugut. Minum la...

Mmg sengugut ilang...

Period pun stop. Aisemen! Tu tak nak la. Terus tak keruan. Maka akak tak serasi tabg peyed tu. Org pompuan faham la. Ikut mana nak buang benda kotor tu. Stress jadinya.

Ok ku sudahi muke ai yg tak seberapa... hahaha... ada muke 35 tahun ke? Lalalalala

Eh aku baru 25tahun tau....

Sunday, April 5, 2015

Kawaii

Salam...

Terjebak dan terhasut dengan kawaii collagen. Well aku lebih percaya duta doktor dari duta retis. Sbb etika seorg doktor tu lagi tinggikan? Betul tak? Sbb aku mengikuti jugak la blog Dr Halina yg jadi duta kawaii. Set jihan musa adalah yg terbaru tp tak tahu la aku tetap prefer apa yg Dr Halina tu makan. Kalau dia promote yg set jihan akak mesti sanggup beli. Hahah nasib baik set Dr Halina ni murah.

Lepas bersalinkan Ammar, makin menjadi2 berat naik. Demmm! First suami manjakan. Asal juar offer nak makan apa. Gilakan now every morning nasi lemak wajib! Makan tengahari pun nasi! Malam pun nasi. Lagi parah kalau ibu masak. Try la tak makan. Dia ugut tak mo masak lagi sbb penat la apa la masak tak ada org makan.

Lepas tu ammar breastfeeding. Not fully but kalau sabtu and ahadkan mmg dia melekap dengan akukan. So haus dan lapar. Bila badan dah naik, mula la risau. Mesti zamani segan dengan bini gems. Tu yg tangan skrg mengadap game. Kalau luar pun jalan jauh2 gitu. Hahahahahahah

Perasaan sendiri? Mungkin la. Baik buat2 perasan dr tak perasan kang lain jadi. Dok kata ai tak kisah yang... bla bla bla... kang sangkut satu habis semua kuar.

Dulu u cantik....
Dulu i bangga kuar dengan u...

Kang kuar cerita dulu2 acam ner?

Alah benda ni bukan aku tak perasan. Ambik mudah sangat. Susah nak kurus. So akhirnya akan terkubu la niat nak cantik. Bila baca dan terpengaruh dengan kawaii... kolegen yg selamat tuk breastfeeding. So ammar x effect. Kalau effect pun dia akan bertambah puteh. Hahah. Aku nak ambik supplement pun kena tengok gak selamat tak tuk hero aku tu. Ko nak cantik anak merana.

Katanya 3 hari dah nampak berubahan. Tp dah tiga hari mcm tak ada nampak lak kesan. Kulit still mcm jalan tar depan umah. Gesel dengan kaki abang zamani korg terperanjat dia. Hahah dulu mcm kulit baby now kulit kerbau. Kih kih kih

Aku assume akan membuang tp so far tak pulak. Buang air kecik je. Tu effect ke? Kemasalan nak g toilet memalam. Mengantuk!! Banyakkan susu tak nampak lagi. Gst buat susu mahal. Maka kena cari alternative lain. So kawaii SEPATUT membanyakkan lagi susu.

Time nak beli zamani tanya 'ayang nak kurus ke?" Agaknya dia syukur sangat bini dia sedar diri. Uhuhu... ai kaber line...konon tak nak la obios bebenorkan...

'Tak la nak banyakkan susu... sian ammar.'

Haaaa dengar bini membantu dr segi ekonomi mungkin dia akan sejuk ati.

Satu botol kawaii RM 170. tp banyak jualan on line lebih murah. Postage pun tak sampai rm170. Lagi set dr halina yg ijo tu. Rm 130 pun leh dpt. Bukan satu jar tp 2 jar ok. Lepas beli Rm 170 baru la tahu member jual RM 130. Nangis.

Tp now ada fake kawaii..ada sekali mcm tak caya. Offer RM 80..

Erm muyskil. Tp beli mahal2 pun org nak tipu kena tipu gakkan?

Uols bg ai try dulu. Kalau ada perubahan ok la bole teruskan... janji aku berdisplin. Jap minum jap stop. Tu yg payah nak continue. Plus aku perlu extra vitamin. Dah berumur agak semput sikit. Lagi kerja putraheight nun.... perh penat gila rasa.

Saturday, February 7, 2015

G star

Assalamualaikum semua...

Kali ni kan update pakai phone je la. So maaf kalau gambo tu last sekali. Janji adokan?

Ekceli sajer nak kongsikan vitamin yg amani iman ambik. Saya tak jual product but sajer nak berkongsi.

Sejak amani kitaorg suspect autismkan, banyak nasihat dan dorongan kawan2 dan sedara mara bagi. Dan one of my friend bg vitamin ni tuk amani. Dia suruh try. Tah la aku ni bab vitamin2 ni tak percaya lagi2 kalau cakap tuk minda la apa. Makan ubat ni anak jadi pandai. Makan ubat jadi pandai baik try kat diri sendiri. Hahah...

Yer la mcm2 penipuan skrg ni...bijak, pandai bagi aku tu semua anugerah. Tp jangan x tahu anak ni mcm span otak diorg. So apa salah kalau kita cube.

So my testi.... sejak amani makan vitamin ni, alhamdulillah la nampak perubahan. Dia cepat tangkap apa yg dia belajar. Sebulan yg lepas kat play group ajar shape spiral dan arch... aku pun lupa. Tapi dia kalau perasan dia ingatkan aku shape tu. Macam buai ammar, punya lama tetiba lepas kelas dia cakap kat aku.... 'adik pun (tunjuk buai) is arch shape ibu'

Teruja tak? Teruja tak??  Aku plak tertanya dia banyak kali, apa amani cakap tu? Arch tu apa?? Penampar buaya kat mak dia jap.

Than selera makan pun ada. Selain tu bg apaton. Susah nak makan amani ni... geram tengok. Susu sehari tah berapa botol. Beli susu sepeket tu 2 hari habis. Sbb tu tak mampu enfagrow... belo dugro or dutch lady sakit plak... minum sustegen balik. Hahah...

Diakan lambat cakap, alhamdulillah dia dah bole cakap sikit2... and more focus. Akhir ni kat kelas art gbob dia dah bole pegang gunting dengan betul. ( opcos yer latihan di gbob dan di rumah setahun) jangan plak kprg ingat makan pil tu dia tetiba jadi hebat.

As mom aku nampak la perubahan dia. Kalau dulu pegang gunting macam nak gunting kepala org. Kali ni dah pandai la control but mak dia still need to monitor of coz.

Dan kalau kelas art pun sukati dia nak kaler. Jangan ko halang. Last week dia kaler carca merba TAPI aku cakap jangan kaler kat kat sini... kat kawasan ni je... dia kaler penuh berhati2 supaya tak kacau tempat yg aku suruh..  hihi mungkin dia takut mak dia. Abak diakan tak ado kat kelas hahah...

Bagus la... tuk anak2 apa la sangatkan. Ni aku beli kat on line... sebotol rm 45... 2 botol rm 75.... 3 botol rm 100...

Jadi penguna bijak... hahah aku kongsi dengan kawan yg cari vitamin sama tuk anak dia. So dia ambik 1 ai ambik 2... heheh...

So amani jadi budak bijak yer nak. Uhuhu

Semua mak pak nak anak bijakkan???

Thursday, July 31, 2014

Olay raya

Haha... semekkom org kampung!!!

Mentang2 x habis raya... bkn main la semua tajuk raya. Uhuhu... well well... tak sabar nak tunggu habis pantang. Maka saya dapatkan product olay. Jangan salah faham... bukan shopping. Ari tu kuarkan duit. Ate nak cuti raya duit dalam bank. Takkan nak suruh org kuarkan. Yer dak?? Kebetulan sebelah bank tu watson. Nak shopping tak bole singgah la jap. Anyway I already know nak beli apa. Ambik dan bayar. Pulang sbb awak dlm pantang. langgar pantang ke tu? Watson sales. Takut tak sempat plak.

So beli product olay ni.

Bila beli product whitening ni teringat adik sepupu den pernah tanya...

Dah puteh nak puteh lagi ka??

Bukan gitu... sbb pengetahuan aku kalau nak ilanglan jeragat atau spot hitam kat muke yg terbaik whitening.  Jeragat muke aku ni 18 batu dah nampak.

Rimas uols... mungkin panaskan barut. Pakai stokin. Kain batik! Alamak macam nak pakai seluar katoq je... leceh tul. I ni kuat no berpeluh. Muke naik biji2 jerawat tanpa segan naik ke muke..

Barang2 olay 30 percent. Ko tak nak beli??

Cume tak faham awat serum.olay ni tak nak sales! So I beli serum yg ok ok je... ermmm tunggu la turun harga baru beli.

Aku mmg pernah pakai olay so tak ada masalah dgn product ni. Bau pun sedap uols... yg tak syoknya bila nak tenyeh muke anak buat hal. How la ur mother nak cantik2. Hahah...

Ah dalam pantang heboh nak cantik. Harus la... lepas pantang minggu depan abang zamani nampak akak cantik sikit. Hahah. Silap2 ammar dpt adik lagi! Kah kah kah

Ko jangan buat lawak cida... dan ko zamani baca ni jangan nak ambik seyes sangat. Everyday kalau terpegang or terasa tulang belakang ni akak dah seriau!! Uhhh mmg fobia der!!! Bole histeria. Hihi drama harus la lebih. Jangan nak tambah eh. Relex dulu..

Serammnn....

Saturday, October 12, 2013

Brain Expo

Salam dan selamat pagi



Jom kita ramai2 ke Brain Expo....


Tak nampak eh info? Its from 1st to 4th November... 

9-10 PM on 1st to 3rd November
9-7 PM on 4th November

Memula ingat macam best ke bawak si Amani iman ni... dia bukan tahu apa-apa... well tu la mak yang bodokan... suke sangat underestimate kemampuan anak... tapi sejak dua menjak ni, aku tengok perkembangan dia sangat di luar jangkaan aku. Haa! hambik!

Ko tak pernah ada masa nak duduk ajar dia. Sbb Amani ni jenis belajar sendiri. Kalau dia tengah buat something dan tetiba ko join, terus dia tak nak buat. Ajak buat benda lain semua.

Tapi lately aku notis yang dia dah kenal huruf 'A'  to 'E' je... tapi kalau tengah main2... kalau ko tanya dia 'P' ke apa dia tunjukkan kau... i dont know itu aksi spontan atau dia mmg kenal hurup. Kadang2 tengah tengok buku, aku tunjuk huruf dia akan sebut. Sekali je... macam ari tu jugak aku tunjuk gambar 'Watch' tetiba dia sebut 'La biue' . Mau ko tak terkejut???

Terus terang it make me frust jugak la... bukan sbb frust dia pandai.. tapi ko as mak tak pernah nak tahu perkembangan anak kau... 

Dia nanyi selama ni... tapi aku ingat dia bebel jerman je. Tapi bila dia tengok atau dengar Ipad baru aku tahu ooo dia tengah nanyi...

'eee oder neeee ang tow' rupanya???? 'head shoulder knee and toe' .

Bukan nak riak atau bangga... dan ini pun bukan entry sponser... ai nuffnang pun duit nak buat tambang balik Melaka pun tak cukup... uhuhu.... tapi aku nak share kat blog je. Sejak Amani iman minum Enfa, aku bole tengok perubahan yang ketara. Imiginasi dia sangat sangat di luar jangkaan. Macam yang aku cakap pasal huruf2...dalam pelat2 dia, aku notis dia berjaya kira '1' to '10' tu kira oklah may be hafal... sekali hari tu dia ambik blok angka '8' dan bagi kat aku dan tok mama dia...

'Itttttttt'

Aku try campur blok tu... mana eight? 

Dia cari.... erm tapi nombor tu je la yang aku perasan... may be sbb nombor tu je dia main dari dia baby... (sbb nombor lain hilang)



Bila tengok video ni...macam menarik...ini bukan anak je excited... omak pun excited sama ni.... uhuhuuh


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, June 20, 2013

Barang2 yang saya nak...........

Salam...

Next week, me and my famalia nak ke PD bercuti... menumpang cuti my auntie and uncle kat singapore nak bawak anak2 dia bercuti kat PD. Sibuk jekan... nak pergi Singapore tu jauh uols. So diorg dah dekat ok la, boleh join lepaskan rindu.

So this is our second family trip. Memula kat Melakakan... ni kat PD. Mmg nak bawak amani jalan. Sian anak idu... hahah... so banyak benda yang aku pikir nak bawak tuk amani iman. Yang mak bapak dia tak kisah lakan... sbb time pergi kat Melaka, banyak sangat benda yang weols terpaksa beli. Tensi mak...

We all mmg dah decide bila amani dah pandai jalan than baru berani nak jalan. Kalau tak... idok la... Tak berani nak bawak anak yang kecik2 ni berjalan. Lagi dengan cuaca dan keadaan. Bila anak sakit adoiii jiwa ni jadi tak tenteram. Tengok je apa jadi kat Melaka. Bole pulak dia sakit time tu... gelabah cari klinik bagai. Dah la Zamani memilih...kalau klinik kanak2 tak jumpa that day... mmg la!!! balik terus...

So aku dah pikir few thing la nak bawak... Susu pun aku rasa beli yang satu kotak and put aside dalam balang ke apa. Aku mmg tak suke nak bawak barang yang pakai kat rumah. Hahah gedikkan? Sengaji beli susu RM 44 henget tuk bawak jalan. Motip?? Tapi tah... mmg aku tak  bole. Sbb yang tin besar tuk kat umah. Katalah tertinggal ke apa... mau aku meraung. Susu anak bukan murah cik kak oiii.... kalau balang tertinggal tak pa la... kan kan kan... bole terima alasan  ku??

Than ari tu punya bagus tak bawak liquid pembasuh botol susu... poyo je dulu semua sedia... tah mana je pergi semua tu. Time kat melaka dah beli dah, so mmg bawak barang2 ni je la... 

Pencuci botol Pigeon.
Ada yang kecik mmg sesuai masuk beg tuk travel. Harga RM 15 macam tu la...pedulik la... aku pakai shower form... dah bau apa je... menyalahkan diri, asal bodo sangat tak bawak pencuci botol ni... why!!!!! dah tu gigih masukkan jari2 halus menyental dalam botol. Stress...

Than aku beli berus botol jenis ni... senang... belakang dia bersihkan puting susu.

TAPI!!! aku rasa benda ni sangat besar.... time amani lahir, mak aku beli yang kecik. Adalah besar tapak tangan aku ni... mana tah perginya... terpaksa ambik yang ni sbb dia ada penutup. So kalau basah2 boleh simpan dalam beg dalam keadaan yang selamat, di mana tak la basah dalam beg kang.

Bila amani iman dah besar, aku ingat dia boleh gune pinggan, cawan macam org besar. Akak stress kalau baju basah2 ni. Org g holiday nak savekan baju yang banyak, ni terpaksa tukar2. Tapi time tu dia sakitkan... heheh so mmg semua tak selera. Nak makan tapi tak sedap tekak kata org. And i really need this

I need this for travell

Senang, aku pun tak susah hati. Ko tahu sudu yang pakai buang tu? amani gigit kunyah ok!!!! punya aku tak perasan... adoi urut dada sat... memula biarkan dia main2 je... tapi dengar bunyik krup krap... bila kita korek mulut dia, nah! kena gigit la... aku takut luka je mulut diakan... tapi that day aku belikan dia set sudu macam ni... mmg aku letak dalam handbeg


Beli kat Daiso RM 5
Senang... dia mmg suke main sudu... kalau kita pergi mana2 pun boleh gune. Sbb Zamani suke beli jagung rebus untuk amani, sudu mmg selamat. Mesti nak patah. Kalau pakai sudu ni try la gigit! tak gigi ko yang patah nanti...


Need wipes tuk bersihkan apa-apa, ni mmg ada dalam handbeg aku sentiasa. Ada anak ni ko kena ada. Kadang2, bukan anak, bapak dia pun pakai. Jangan ko tak tahu abang zamani kalau makan pun, lebih kurang anak je... ahak! Memula bawak tuala kecik, tapi tak berkesan.... dan aku dah tak gune lagi dah wipes ni... sbb mmg hantar amani basuh pungkuq terus. Tak ada nak lap2, KECUALI dia tido. Kesian kadang2 sampai nangis2. Maaplah nak... ibu mu was was tak bersih je rasa... itu pun dia tido aku spray... hahaha... melampau mak ko amani...

Amani rashers teruk... so pampers dia tak bole lebih 4 jam. Sian dia nangis berepisod.

Than aku kena sediakan segala ubatan. Demam, selsema dan batuk. Tu penting. Segala vicks, minyak yoyee dalam list jugak. Dan penting ke dua ubat ni!

Amani sbb dia ada tonsil. So agak menakutkan kalau dia ada tonsil, sure akan demam. Dan ubat ni kena ada, supaya mengurangkan sakit. Satu ubat titik, satu lagi ubat spray. Mulut dia kalau dah berbau, makna dah nanah la... Amani ni susah nak tahu dia sakit, tahu2 dia dah flat. PAdahal dia ada bagi hint. Kalau dia diam, atau start tak nak minum, something wrong dengan tekak dia.

Dan kalau nafas dia berbau!!! means dah nanah la tekak dia. Tak susah nak bau...hahaha... nangis tu ko bole bau la...



Ubat ni RM 60! Kesan sangat. Padan la mahal. 7 drop ambik sebelum dia makan atau minum. Dah titik, tunggu 15 minit baru makan or minum. Dalam sehari dah ok dah... ubat ni bertindak menghalang makanan dan minum dari terkena luka... tak bahaya sbb dia consist water sahaja...tapi rasa dia.... erk tak yah la rasa... hahah....

 Ini tuk mouth ulser. Boleh gune tuk tonsil dia jugak... antara dua la... yang spray ni normal used je la... spray mulut dan biarkan. Murah2 pun dalam RM 40 kalau tak silap. Kalau silap, ko marah pantai sbb charge me that price. Yang atas tu we all tahu mahal sbb kita beli kat Farmasi.

Bonjela tak membantu... ko nak letak kat tempat dia sakit...melalak la... lagi2 nak bukak mulut anak ko? idok la... kena yang ini... sbb spray pun sbb ada muncung panjang, masuk than spray berapa kali...

So mommies boleh beli yer spray ni tuk anak2...

Ini adalah barang2 main yang dalam otak kakak... ada lagi ke? boleh kongsi...


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Teruja

Salah satu application phone yg aku teruja bila ko boleh buat panggilan terus sewaktu ko sms seseorg. Means dari mode sms letak je phone kat telinga, panggilan auto connect. Hahah tahu sbb apa aku teruja dgn apps ni? Aku dgn zamanikan suke perang sms. Rasa2 tangan penat menaip kang tertaip benda lain, call je terus. So semalam try la. Suke sbb zamani buat muke. Malas nak layan bini yg dok eksen 'bee ur phone bole wat mcm ni x?' Kah kah kah

Maapkan akak yang keperakkan. Baru pakai teknologi advancekan. Dulu hati tetap dgn phone yang ada qwerty keyboard ni. So maju la ko mcm mana pun hatiku tetap pada bb. Now bb ko yang meninggalkan aku. Chit! Sayang betul rosak. Aku x kisah kalau rosak sbb jatuh ke, masuk air ke. Tapi software crack dah tu x leh betulkan. #sentapatimak

Apa pun lepas call gigih org tu anta msg. Kih kih. Jangan sakit ati yer kanda....

Wednesday, June 19, 2013

Terapi minda

Terapi minda. Banyak free gift. Bayar lebih ckit. And that to jurujual yg nama Anas ni. Manis mulut ko yer dik. Apa pun pembelian yang berbaloi. Discount power bank harga 399 dpt discount up to 150++. Haruslah aku senyum. Bole gune tuk iphone, ipad and any anroid.

Saturday, January 12, 2013

Nak cantik?

Nak cantik? Tak nak cantik tak pa...

Chewah! Pernah dengar kolegen asli? Hia! Biras ku nunnn di Pahang tu pengedar. Dengar keberkesanan dia, tapi macam tak ambik port. Tapi bila tengok hasil, mana boleh dia cantik sorang. Wakakak...

Tapi lebih meyakinkan when my sista in law and my mother in law gune, dan menampakkan hasil.


Marine collegen. Yezza... Tak teragak terus beri gred yang A terus. Beza pun tak banyak. Kalau effective apa salahnya.

Bukak je bau! Hanyir! Yuksss how la to drink like this? Patah semangat. Tapi Mil cakap basuk sampai air jernih, tell you basuh 10 kali tak jernih. How? Terus je rendam. Perhhhh air dia makin kotor. And bau!

Arah suruh rendam semalam. Aku rendam 3 malam... Haha tak puas ati. Sampai mak aku pun bising. Asal tak masak2 benda alah ni. dua hari rendam, bau tak hilang. Letak daun pandan baru la ok! Hidung oleh terima.


Rupa collegen yang nak di masak. Time masak ni oklah dah bau pandan. Than masak letak pandan jugak... Tapi! Bau rumah ko siap la... Mmg hanyir. Aku terpikir macammana la aku nak minum ni. Seyes abang zamani ko dah buat muke geli geleman.

Tapi Mil cakap minum takkan rasa apa2. Ok....

Dah masak, tapis masuk dalam bekas...


Dapatla satu jug setengah. Sejukkan sebelum masuk ais box


Dah masuk ais box terus jadi macam agar2...

Ambik dua sudu dan masuk dalam air. Tapi di sarankan air oren. Akukan malas... Malas nak bancuh terus beli twister... Perhhhh sumpah! Siapa peminat bubble ais blande tu. lebih kurang halal macam rasa minum tu la dan makan jeli2nya.


Bukan air batu yer... Boleh je nak hancur2kan bagi yang geli dan tak suke. Lagi sekali

Aku malassss... Hahahah

Telan macam tu je... Nikmat. Minum sehari dua kali. Sarapan dan malam nak tido. So far dah 4 hari minum, beyak lawass... Tak tahu side effect ke apa. Tapi membuang la jugak. Tapi tak la kerap. Effect kurus kot? Hahahaha....


Dan sapukan kat muke sblm tido. Buat mask. One or two hours. Nak tunggu sampai pagi esok pun bole. Tapi kang roommate aku ni bising pulak. Dia mana boleh bau2 yang felik ni. Menjadikan aku seorg yang felik jugak. So apa aku buat, malam minum again... Naik basuh muke bersih2, sapu kat muke, than tunggu la setengah jam ke 45 minit. Time ni amani iman terkekek gelakkan mak dia sbb jadi tegang semacamkan. Marah pun macam robot. Mulut tak boleh bukak. Gelak or senyum pun tak nampak gigi. Heheh

Basuh muke, toner and cream muke. Pastu tido...

Kesan tu tak nampak lagi. Tapi kulit tulus mulus... Hohoho.

Boleh order lagi... Tapi BENCINTA nak masak kolegen tu lagi... Sbb mak aku bising dapur dia bau sangat sesuatu...

Ibuuuu beauty is pain... Hahaha

Ko yang nak melawa, aku yang sakit! Hahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails