Friday, April 6, 2012
Selamat Hari jadi Abak
Nak cerita pasal semalam... aku rasa tak leh nak pending lagi cerita ni... so KERJA! wait yah... bagi aku masa tuk coretkan satu kejadian yang aku rasa nak coret di sini.
Dari awal bulan april, aku selalu berbual dengan Amani Iman...
"Hari jadi abak jumaat ni la... ibu tak buat apa pun tuk abak... nak buat apa ye?"
Amani tak respond. Gila ko! takkan dia bagi idea nak sambut besday bapak dia. Tapi tiap hari la aku nanyi lagu happy besday kat dia. Diakan suke lagu2 ni... so semalam! aku mmg tak dapat nak plan tuk abang zamani sbb amani iman tak sihat. Dan otak tetiba blur. Aku pun tak sihat plus kerja opis yang melambak, tak ada masa nak survey apa-apa dalam internet.
So semalam balik kerja awal singgah beli kek sepotong tuk Zamani. Sambut pukul 12 malam. So macam biasa, aku berbual dengan Amani Iman
"Esok besday abak... kita nyayi lagu besday... malam ni Amani tido lambat la... pukul 12 malam kita bagi suprise kat abak ok???" Dia biasalah sengeh2 je...
Aku tak tahu la sama ada Amani Iman faham atau tak... tapi tak pernah dia tak tido ok! Time tido dia pukul 9 malam... paling lewat 1030. Lebih dari tu mmg dia tido dah. Tapi semalam, mmg dia tak tido. Tak meragam pun. Suke ati mak! Cume pukul 9 tu dia lelap sbb sedap kena hayun kat rocking abang rayyan... hahaha
Adalah terlelap 10 minit... pastu mata segar bugar... dia pun layan tengok cerita korea... sambil2 tu aku bisik kat telinga dia...
"2 jam lagi la adik! tunggu eh...." Dia pandang faham je...tapi aku kesian kat dia jugak... paksa anak plakkan?
"Ok kalau adik nak tido, adik tido la..." Tapi dia tak tido... main2... tukar lampin dan baju tido seta bagi makan ubat still tak tido jugak. Mulut bukan main ringan sangat. Pukul 11 malam aku bawak naik barang2 amani iman dan jugak kek yang aku beli petang tadi. Kah kah kah... gue mandi2... letak kek kat bilik sebelah. Takut kantoi. Sajer suruh abang Zamani korang jaga amani. Lepas aku mandi, zamani bawak amani naik...
"Bagi dia tido la... dah mengantuk dah kot..." Terus letak atas katil. Mana ada mengantuk? besar je mata dia.
Mata besar macam ni tido apa??? Tuhan je tahu... dia macam faham la! Terus gelak2 dengan aku... time tu dah 11.40 malam dah...
"Adik nak sambut besday abak ke?" Dia senyum2... pandang pintu.... tunggu abak kot...
Aku buntu! Apa seh nak buat? nak panggil zamani naik atas. Kang panggil naik kantoi plak... kan 2 tahun berturut si Zamani mesti dapat agakkan?
"adik nangis!" Ya Allah... mmg aku rasa Amani Iman faham... dia merenggek... air mata tak kuar... tapi tak kuat la... aku siap bukak pintu bagi Zamani dengar... suara amani lagi kuat bila aku mula jalan kat pintu. Sambil buat isyarat... KUAT lagi....
Tapi aku rasa dia penat kot. Tone suara dia makin rendah bila dia nampak lilin menyala... hahaha... mana leh jadi... terus jerit
"B! Ayang nak masuk toilet.... tengok Amani!" Terus dapatkan amani... hahahah dengar tapak kaki naik tangga! yessazzzzaaa
Abak masuk bilik....
"HAPPY BEDAY!!!!"
Terharu abang Zamani... muke blur... Amani iman ternanga... nampak abak ofcoz la xcitedkan!
See mana ada nangis... masih pelik... inikah happy besday yang ibu cakap tu???? Aku sempat ambik video tau... kalau boleh aku upload kat sini... suke sangat. Amani Iman betul macam faham ko!
Pelik kot... selama ni tengok banyak lilin... ni satu je lilin. Kek pun ciput... alaaa ibu buget la sayang... beli kek beso beso tak habis. Beli macam tu...
Lepas je sambut. Zamani tutup lampu, Amani terus ZzzzzZZZzzzz....tak memerlukan ibu dia tuk tepuk! Sangat pelikkan? betul mengantuk. Sumbat puting, dia pusing dah tak gerak2 dah... hehehe...
Apa pun aku happy... dapat jugak la sambut besday abak with amani iman... aku siap cakap kat Amani...
"besday ibu pun amani buat macam ni tau... plan dengan abak... " hahahah NAK JUGAK!!!!
Apa pun... kali ni mmg tak plan apa-apa... may be makan kat luar sekeluarga je kot... janji ado yer... hehehe...
CidaZam bercerita lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment