Salam....
Dalam banyak2 entrykan... aku tak sabar nak kongsi cerita tentang Play School Amani.... agaknya ini adalah satu lagi tanggungjawab yang kita kena lalui dalam mendidik dan membesarkan anak2... iaitu memberi ilmu kat anak. So tu yang aku excited sangat nak kongsi kat sini...
Tapi aku tak sangka seawal ni... apa pun let me tell you apa yang aku discover tentang amani iman...
First of all, aku mmg salahkan cara aku mendidik amani iman... we exposed her dengan ipad cepat sangat. Seawal umur dia setahun... sbb tujuan utama sbb tak nak dia ketinggalan. Baya2 dia semua pandai dan cepat belajar. So as parents ... kerja macam org gila selama 26 hari sebulan, apa salahnya mewahkan anak...kan??? Lagi pun aku dan Zamani mampu...
And she so excellent kalau control gajet... Note II Zamani pun dia control lebih hebat dr mak dia... ko tak payah nak bukakkan apa dia nak tengok, bagi je phone or ipad dia tahu nak tengok apa dia nak... sampai aku mengaku gajet tuk mak yang malas nak layan anak macam aku... nangis je hulur ipad... marah je hulur ipad, dia buas aku hulur ipad
Sedihkan?
Sampaikan aku notis she spend tooooooo much on ipad. From dia celik mata pagi sampai kita org balik kerja... dah balik kerja tu pun tak layan dia. Kita sambung bz pulak kat rumah dengan surf internet, layan watsapps kawan... bila kita sendiri leka dengan 'dunia' kita so sekali lagi Amani habis masa main ipad... Zamani online dia kurang tapi more games... kalau duduk 3 beranak, kami tiga2 bz dengan 'dunia' kami... so aku sedar amani tak pandai nak berinteaksi dengan org... dia tak berminat nak main permainan... kalau lalu kat kedai mainan, aku la mak yang paling happy sbb anak aku tak macam anak org lain nak mainan... balik2 dia suke bola, belon... tu je...
Tengok perubahan dia macam tu, aku mula membaca... tanya kawan2... and suprise that not normal for kids. So ada artikel suruh dedahkan buku pada anak... sbb ikut mana pun kemajuan teknologi, kat sekolah masih gune buku, pensel... hadiah besday dia satu pun dia tak heran... Mickey je la yang dia layan... aku jadi takut, risau sbb hang pasal apa??? Anak buah aku Rayyan mainan satu bilik ok!!! ko satu kotak pun ko tak pandang,kenapa? Bila bagi buku tuk kaler, sangat menyentapkan hati bila dia kaler gune jari!!! sbb dia dah biasa... dan cara dia pegang pensel agak mengejutkan... macam pegang Stilus/ S pen....jenis yang pegang hujung2 bukan kat mata pensel mcm kita menulis...
10 minit kalau dia rasa tak menarik perhatian dia, dia give up... campak buku... terus cari ipad. Normal ke tu?
Amani iman dah 2 tahun 4 bulan... baya dia dah boleh bercakap 4 to 5 suku kata... tapi??? Amani?? 2 sahaja... 'Nak makan' 'Nak Nasi' 'Nak Susu'... sbb?? dia banyak tengok kartun yang tanpa dialong macam ogy and timmy... this are fav dia kalau dia tengok tv atau video yang kita dload kat ipad... kalau tengok upin ipn ke apa bole lak dia cakap. She can sing... follow lagu... tapi cant talk... so aku assume sbb nenek banyak habiskan masa tengok TV... atuk plk mmg tak banyak cakap. Mak bapak dia pun! bukan jenis banyak cakap... dalam umah nak bercakap pun pakai watsapp, apa chiter??
Than aku notis dia tak sabar... nama je Iman... tapi tak sabar.... kalau dia cube nak solve problem, macam main lego ke apa, tak bole buat dia mudah naik hangin... nangis... sbb??? Ipad ada hutang HELP maaaa... ko baca A,B,C
A for? Apple.... ok betul
B for? Ball .... ok next...
C for? Ermmmmmm.... malas nak pikir ar... tekan HELP... you got answer... ko main lego??? tang mana ko nak tekan butang? and what next???
Than silap aku... aku tak suke amani iman main kotor... mak mana pun yang sukekan? Jenis mak malas nak mengemas macam aku... lagi la... amani tak tahu makan sendiri. Bedak pun dia tak pernah pegang, lotion jauh sekali... semua mak dia yang sapu... dia tahu tadah diri je. So tangan dia apa sangat dia buat? Main pasir? Dia baru jalan kat pasir aku dah suruh bapak dia dukung...kang kereta berpasir... kang rumah berpasir... barang mainan pun jarang beli, sbb dia jarang mintak, Fidah la selalu belikan Amani mainan... asal dia belikan Rayyan dengan Raeesah dia belikan Amani...kira mak ngah fidah sekali balik klang dia jadi Santa Clause, semua mainan amani dia bagi... bukan mainan recycle ok... mmg mainan baru...
Tapi amani main??? tak... sbb nanti umah bersepah... kita simpan dalam kotak... Allahuakbar... bila menulis ni, aku rasa menyesal... kenapa aku bersikap sampai memberi kesan pada anak sendiri? Amani jadi budak pembersih... tak ada confident sbb dia terlalu attached dengan kami...
Semua tu tak normal...
Tapi since last year aku dah survey. Kawan kolej aku dia yang suggest GBOB (Genius Baby On Board). Play school tapi kat Puchong...satu hal plak, jauh bukan main... tapi aku survey lagi... mmg klang ada. Tapi chinese... macam berat hati sikit... tah, mungkin aku sendiri rasa tak serasi... Aku baca blog GBOB, shah alam ada... tapi kelas banyak sabtu plak... sabtu kan aku kerja... siapa nak bawak amani? Dia mention nak bukak kat Klang... tapi time tu tak bukak lagi...sampai la aku sibuk tak ingat pun pasal kelas ni...
Kat Malaysia pendedahan kelas awal ni tak berapa sangat... aku jadi confuse and lost. Nak masukkan amani pre school tapi macam awal. Zamani pulak tak nak paksa Amani sangat. Macammana kalau dia tak suke? She cant talk yet... takut menganggu emosi dia plak... i keep search about play group... yang best mak and ayah join... its like aktiviti bersama anak dalam kelas tu...
Ramai yang menentang... diorg cakap amani terlalu kecik nak masuk sekolah... terlalu kecil nak faham... even my dad org yang menentang habis2an... kesian katanya... tapi sampai bila... aku tak nak benda ni kekal pada amani iman. Aku sendiri tak ada masa di rumah. Ada masa, tapi masa tu ke lain... PHONE! aku pun kaki gajet... tak ada internet terasa duduk dalam lubuk mana je,kan?So bincang dengan Zamani, why dont you take this class tuk diri sendiri, mungkin boleh practik kat rumah dengan amani...
Erm... Alhamdulilla... mmg Zamani menyokong... mungkin dia pun risaukan... esok kalau amani ada adik baru nak hantar sekolah, dia akan terasa pulak... so our objective tuk masukkan amani dalam play school ada sbb.
- Nak bagi dia bergaul dan develop keberanian / confident
- Nak ajar dia cara berkongsi barang dengan kawan
- Nak ajar dia berkawan supaya dia ringan mulut untuk bercakap
- Nak kurangkan bergantung pada we all... dalam erti kata lain Independent
- Nak bagi dia more focus on actual thing sbb she more on vitual...kartun, song, dan benda2 yang bergerak
Tak ada niat lain pun... aku bukan nak dia jadi pandai membaca, excellent dalam ABC, kira2... no! that not my objective... i just want my girl to enjoy her childhood. Kalau dia lahir sebagai anak raja sekali pun (itu tak lakan... obvious mana plak datang darah raja tu...) dia tetap melalui peringkat kanak2... and i bet anak2 raja pun kalau ko lepas kat tanah, pasir, dia akan jadi budak2... bukan terus2 nak memerintah...kan?
Before kami join trial class, aku berbual dengan teacher Anne... aku bagi tahu segala masalah aku... she said that normal... bring amani and let her join the class... as mak yang sentiasa pikir bukan2 mcm aku ni mesti la aku takut. So i sign up for trial class... satu kelas RM 50 sebenarnya... tapi dia bagi harga promo RM 45 per class... than kalau ko ambik 2 class, another RM 5 discount. So RM 75...
26 Jan.... kelas pertama Amani iman....
Kelas pukul 1030 pagi... mak yang nebes... seawal 7 pagi dah bangun... excited tak? hahah... siapkan amani iman and mood dia ok... tapi hati berdebar2... hope she doing fine... enjoy OUR class... and im looking forward on this class to be a better mother... Insya Allah...
Sampai je kenalkan diri dengan Teacher Anne... Amani pulak main macam biasa... sbb kami sampai awal... hahah so semangatkan? By 10 am dah tercogok...
Tak susah la nak cari... sbb sampai awal, berbual dengan teacher Anne... nice lady... so aku ulang balik masalah aku walaupun dah luah kat telephone...
Time ni kelas belum mula... few budak dah sampai... mak amani yang make friend dengan mak2 budak lain... amani??? Lari macam org tak wujud kat sekeliling dia... dia hanya nampak abak dia dan mak dia je... bebudak lain dia tak nampak dan tak heran.
Rupanya semua parents hantar anak situ semua bersebab ... dan sebab bukan nak suruh anak tu pandai, tapi they discover weakness anak2 diorg.
Ada yang anak garang, yerlah lelaki, kerja nak gaduh je, tak tahu nak main elok2kan... so they want to prevent and to control anak ni, macammana...
Ada anak yang tak focus... dia buat hal dia je... main... mak dia menjerit2 dia buat dekkk je...dengan erti kata lain dia tak focus... its normal yer mak mak... budak dia cepat focus... cume ada cara kita nak bagi mereka mengawal cara focus tu... so diorg tak leka sangat.
Ada anak yang tak nak sayang or tahu kehadiran adik.... jenis macam ni of coz tak nak kongsi dengan adik, nak main sendiri, kalau barang dia,dia tak nak kongsi, kalau beli barang pun dia tak nak mak ayah dia belikan adik dia...
Ahhh aku jadi macam... eh ni kelas masalah ke apa??? No... kelas ni yang akan latih ko berhadapan dengan anak2 ko...faham mereka...
Bila kelas start!!! Amani start nangis... perh memula ok... bila suruh duduk dia memberontak... nangis jenis yang habis tone suara punya... dia TAK NAK join the class. Pitam... ni mak bapak join the class ni! Kalau ko sengsorang? Dia punya meronta! Sakit badan aku... hempap aku, hentak kepala dia kat dada... dan dia tutup mata dia sepanjang kelas. Dia cube untuk tidak tengok apa yang cik gu tu buat...
Tell you i stress! Yerlah menganggu kelas... cik gu anne pun macam tak selesa nak mengajar... aku rasa nak telan je si amani... Mmg apa yang aku expect tu jauh sekali. ingat nangis cebek2 je... tak ok... mmg nangis yang aku rasa give up...
Aku tak larat nak handle dia... paksa bapak dia join kelas... dia takut sikit nak bunyila... tapi still nangis... Ya Allah apa kena kau ni nak?? Mula la aku pikir macam2... kalau hantar preschool dia menangis macam ni siapa nak bantu? ni la yang budak banyak meninggal kat nursery bagai... agaknya penjaga tak tahan dengan perangai anak yang macam amani kot... aku stress dan lost... nak nangis sama dalam kelas... terasa aku gagal di situ...
Antara aktiviti yang ada kat GBOB... aku snap snap gambar... kalau kat umah aku dah jerit dah aku rasa... mmg dia tak nak stop nangis ok! Kalau nangis yang ala2 lembut tak pa... ni nangis macam kena hentak!
Teacher Anne yang very cool... kesian dia... agaknya this is first time dapat murid yang macam amani...
She resist to try pun... bagi pegang barang pun dia tak nak... mmg dalam otak dia tak nak belajar! tak nak join class... dia keraskan tangan dia... siap sorokkan tangan dia kat belakang... apa je...
Aku keep merayu kat Amani Iman... MERAYU ok... please la... please la be good... tak jalan... dia tak nangis kuar air mata pun... tapi tah... menjerit2... ke air mata dah kering? hahahah
Bila time art work, teacher Anne hilang sabar! Hahaha... no la... dia kesian kat Mummy Amani... yang dah macam lost dan putus asa ni... rasa macam nak minta permission to go back je dengan anak macam ni... macam nak minta maaf kat semua mummy kat situ sbb menganggu aktiviti anak2 dan mereka... bayar kelas bukan nak dengar anak ko nangis... but they actually sangat memahami... diorg banyak jugak pujuk amani. Tapi anak dara ai ni... ermmmm tak makan saman... dia tutup mata all the way class... makin kuat plak org luar cube pujuk.
Teacher Anne terus angkat Amani ke bilik belakang. Puhhh... tenang sikit...hahaha... mengendap kat bilik tu. Amani cume bangun melarikan diri tuk dapatkan aku atau bapak dia kat depan... Ya Ampun... dah bergelut pulak dengan cik gu tu... Dalam hati aku doa sangat2 dia dapat coolkan diri...
So teacher anne suruh one of mummy kat situ pesan kat aku menyorok... jangan bagi amani nampak... ok aku lari masuk dalam bilik cik gu anne yang ada cermin besar... hahah... nampak amani lari keluar cari aku dan abak dia... siap tahu mana pintu nak keluar!!!! bergelut la semua kejar amani iman...
Kalau korang tanya aku apa perasaaan aku! SEDIH! bukan sbb dia kena marah ke apa, tapi aku jadikan dia macam tu... how sadkan? kalau mak lain may be that is last class la... but not me... i need to do something... something need to be change! Sama ada aku yang berubah atau amani akan tetap macam tu... so aku keraskan hati... i need to sign up this class... tuk latih dan programe amani iman, dengan cara yang betul...aku tengok dia sepanjang kelas tu...
Art class... nampak dia bergelut lagi... tapi tak sekuat memula tadi. Mungkin dia pun penat. Tapi suara tak stop... dia tak nak tengok apa yang cik gu buat... even teacher letak gam kat tangan, dia macam menolak... heheh dia geli sebenarnya... ho ho ho
Oh Teacher Anne ada bagi tahu, nanti dia akan panggil aku keluar... once keluar, dia minta aku peluk amani dan tell her that i love her... ok noted... terus perhatikan di cermin
Nampak sikit dia enjoy the bubble
Teacher suruh diorg pecahkan bubble... berlumba2 la... nampak sikit amani ok...
Than aktiviti ni, Parachute time... suke suke aku bagi nama... rasanya la... mak bapak kena angkat kain parachute and anak main2 kat bawah tu... nampak amani duduk bawah tu...
So bila teacher Anne panggil aku keluar peluk amani... emm macam tak nampak mak dia setahun... sambung nangis sedu2...
'I love you baby..' Hahah syahdu aku... aamani apa lagi... sambung nangis tapi tak bunyi... hahah takut kena tinggal... terus2 je dia join the class... but its late sbb kelas dah habis! Lagu barney yang I love you tu... dia jadi touching... cium2 aku banyak kali... hahaha... may be dia bersyukur mak dia ada lagi kat situ... Bila last kelas cik gu suruh beratur... boleh pulak dia bangun dan ikut...
Seee..... dia ok... cume itu batu ada duduk kat kepala dia... (tak elok cakap anak D.E.G.I.L).
Habis kelas berbual panjang dengan Teacher Anne... banyak yang Teacher Anne bagitahu... apa yang aku discover tu mmg betul la... tak yah nak ulang sbb entry panjang... tapi tutup mata tu yang tak leh bla...bila tutup mata eye contact tu mmg tak ada. Sukar bagi teacher to have eye contact dengan amani... dia pun terasa cabar that day sbb dia belum pernah berhadapan dengan student macam amani iman... ada tu nangis sikit2... bila dia marah budak takut... ini??? ermmmm....
Apa pun... entry habis... i will update kelas amani every week ok...
So bagi mak mak yang nak try, bole la call Teacher Anne and join the class dengan amani iman eh...
Teacher Anne :- 017-5614606
Wat masa ni kelas on Sunday 10.30 to 11.30 am... each class 10 pax je... so kalau ada yang berminat additional class akan dia bukak... try la uols... bukan kita nak anak kita jadi excellent. Let them enjoy quality time dengan mak ayah...
Aku sertakan sekali video... korang tengok jangan geleng kepala yer... heheh
Post by CidaZam Zulaikha.
Post by CidaZam Zulaikha.
Post by CidaZam Zulaikha.
CidaZam bercerita lagi
5 comments:
Salam,
good luck dengan amani. syukur akak sedar awal, before amani totally dalam dunia dia.
sy suka baca satu blog ni http://saatakukaupilih.blogspot.com/
anak dia pun lebih kurang baya amani. ada dia share aktiviti2 makapak dengan anak, and maybe akak boleh praktikkan sekali sekala =)
Thanks adik... ok... thank for the link... baru baca sikit dan menarik perhatian... mungkin boleh share cara dia didik anak diakan...maklumla akak baru lagi... eheheh
kudos to akak cida sebab menyedari semuanya sebelum terlambat. Kuatkan semangat, teruskan usaha... maybe boleh reduce ipad time sikit sikit... and introduce bed time story ke, story telling session lima minit ke... Moga berjaya, ye :)
Oh i sedih baca. Tapi u mesti kuatkan. I pun menunggu masa je. Kami pun kaki gajet.
aku paham...bila duk ngan nenek gini la manja dia lain sikit...aku pun hantar kelas playgroup..tp Alimkids..islamic sikit
Post a Comment