Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label bad attitute. Show all posts
Showing posts with label bad attitute. Show all posts

Saturday, February 28, 2015

Sayangkan anak.... Kita taliban taliban kan....

Salam....

Aku rasa susah hati dengan behaviour amani. Since uols pun tahu she got issue on her behaviour. As mak dan aku rasa mak2 yang lain pun will try same thing. Belajar, bertanya, cari seberapa maklumat yang penting.

Amani's pead pernah cakap dengan aku bdk macam amani ni, ada cara tuk kita tegur cara dia. Perangai dia expecially kalau mengamuk pastinya tak ada org yang akan faham. Yes org akan tengok geram, akan terus berkata weols tak tahu or may be manja kan anak. Aku dalam dilema, sbb dia dah ada masalah takut bertambah masalah bila dia jadi pendendam. Sbb amani bukan seorg budak yg express her feeling like others kids. When she not happy the best terapi dia buat is crying... Crying yg annoying ok!and sometime dia cube mencederakan diri dia...

Zamani can stand a bit la... Amani hentak or banting diri dia, Zamani still can still ask her to do the same action again. Wow as mom aku tak bole. Sbb mungkin zamani tak rasa 'sakit' bersalin or mengandung.... Hihihi...

Ke aku yg ada behaviour issue?

Makin amani membesar makin risau... Baya dia dah lancar bercakap. Dia still masih lagi blm selancar budak seusia dia. Now we practic she need to speak! No more tunjuk2 tarik2 geleng2... Bole plak dia cakap. Tapi masalah aku sekarang adalah! Aku sorg je yg cube ubah amani.

Nenek and atuk of coz lepas tahu amani ada issue behaviour they become lagi kesiankan amani. So perisai amani atuk and nenek. When come to abak, apa dia nak dia dapat... Fine! may b zamani kena be flexy sikit sbb aku bit tegas dengan dia. Sbb nak marah pun zamani has his own reason walaupun aku tak setuju. Macam korg tahu gajet masalah amani, when amani dengan abak, she free to play gajet. Siap bole share gajet bapak dia kalau ipad tak ada bateri. Kalau shopping ke jalan2 ke zamani mesti bagi amani phone dia... Sampai berkecaila phone abak dia. Hahaha.

Bila aku tegur, adalah point yang betul. Where bila amani tak ada benda yang menganggu atau menarik perhatian dia, dia become tak menentu. Contoh dia tak leh duduk diam. Dalam kereta dia akan ke depan ke belakang! Kalau kat shopping, kita kena ikut kepala dia. Nak gi mana, ikut tak pa... Masalah dia berlari, terlompat2, nangis... Yang best dia bole baring kat tengah jalan. Hei amani umur 4 year this year tapi badan dia dah budak 7 tahun ok.... Berat 25 kg... Ko mampu nak angkat dia. Kalau ko dokong dia meronta. Try angkat kat budak 7 tahun tengok. Tak ko tumbang sama sekali.

Alasan ke ni? Aku sendiri tak mampu nak kawal dia. Than harap zamani dia pun tak larat so bg jugak....

So having group watsapp gbob! Wahhh gbob lagi naik ni.....

Luahan rasa kat pengasas gbob and teacher watie adalah seorg yg boleh berkongsi tips... Ramai cakap budak yg ada isu behaviour like amani terus ok di tangan teacher garang. Hahaha... Pernah kurung budak dlm bilik air... Ku wonder macammana peradaan mak budak tu. Tp! Kita kena cekal. The first day amani masuk gbob, teacher anne hanya bawak masuk bilik belakang dan suruh aku sorok. Amani tutup mata. Cheh budak tu panjang akal! Time tu aku rasa sedih. Tapi kena kuat sbb anak tu nak pertolongan. So since situ adalah cara2 tuk handle masalah si amani ni.

Kurung anak eh...

Erm better than rotan anakkan?

So semalam sedabut pk pasal anak... Ammar pun dah macam amani. Dia masih lagi meniarap. Nak menganjak tak nak. Duduk pun tumbang2... Stimulation tak ada. Paranoid mother ke? I guess no... Sama la nangis angkat dukung. Tanya nak apa tunjuk... So? Ko rasa? Dia akan jadi macam kakak dia? Of coz... Tunjuk ajar ku sifukan? Kakak nangis baru dia dapat barang, so? Semua dalam umah ni ada kuasa bole baca pikiran akukan? Semalam balik kerja amani tido. Main dengan ammar bila dia bangun, aku cakap ' hai kakak' penerimaan dia? Macam aku ni org asing yg tegur dia. Pujuk2 tak jalan. Gune kaedah pengiraan....

'Ibu kira sampai 10... U better stop.... Kalau tak????'

Ayat aku selalu terhenti di situ... Kalau tak apa? Aku sendiri tak leh nak decide. Wo amani dah immune kot... Out loud la tangisan dia. 20 minit kot!!!

' ibu cakap stop!' Time tu dah start tarik dia... Aku bole tengok dia takut sbb dia makin meronta. Macam aku cakap la meronta amani budak 7 tahun... Dah rasa macam gaduh dengan bapak dia ni. Hahah...perumpamaan kalau zamani tolak aku, sama kuat dengan amani tendang aku... Maka aku nak cakap aku wanita yang lemah. Haha tak ada tali pinggang hitam. Macam teacher anne buat, amani tutup mata dia... Tak nak tengok muke aku....

Tetiba terpandang bilik bawah tu.... Tempat terbaik nak sumbat dia.

' U stop or ibu kurung amani dalam bilik' mungkin dia tak faham bahasa melayukan. Hihihi....makin kuat. Nenek masuk campur. Suke tau general ni masuk campur. Keep cakap ' nanti dia muntah nanti dia muntah'

Dengar nenek cakap muntah, dia try nak muntah. Batuk kuat2. So???? Dia faham maknanyakan? Betul tak? Nenek dr jadi general jadi pengarah director plakkan?

That it! Makin banyak mak aku punya andaian, amani batuk , semput, muntah jap lagi atuk plak sambung, pengsan.... Taliban!!!! Allahuakbar! Berat ok anak aku. Ai dah la tak sihat semalam!!!

Masuk bilik, tutup lampu, tutup pintu.... Nak tengok apa jadi.

Crying... Yelling.... Of coz.... Air mata aku nak jatuh, macho mana leh. Nenek peluk ammar, ammar senyum pun idok. Rasa macam dia jadi cctv record. Tak kelip mata. I just wish zamani tak sampai umah, if not akak lari naik atas, sbb jap lagi akak plak kena kurung. But sta out la ppl. Aku cube betulkan kesilapan yang salah!

'Along dah la... Sabarlah... Bla bla bla....' Nenek jadi ustazah plak.... Nenek macam2 bole jadi ni...

Amani panggil nenek... Ibu dah lupus di ingatan dia....lagi nenek cairkan....

' i said stop amani.... Keep crying my pleasure, u stay inside bit longer...' Terus slow... Masih nagis....

' stop!'

' ibu......sorry...' Dengar dia ckp sorry.... Mau ko tak cair... Eh ni bilik magik ke aper.... Tesak2.... Bukak pintu, macam hindustan plak.... Dia baring takup muke, teresak, tp tangisan hilang.

Peluk dia dan let her cool... Macam menarikkan.... Maknanya teknik ni berjaya!

'Sorry ibu....' Mencebek... Hahah dia rasa sesuatu bila mengalah kot dengan mak dia.

'Ok ibu pun sorry... Tp kenapa nak nangis?why you not happy? Why cry? Amani nak apa? Kena cakap la.... Kalau nangis ibu tak faham and nak msuk bilik gelap baru nak tahu ke?'

Dengar Bilik gelap terus nangis.... Hahaha....

Susah la... Sbb aku kerja. Masa yg ada pun sehari dengan anak2 its about 4 hour. Paling lama. Sama ada anak2 tido lambat atau aku tido awal. Wakakak....so tuk amani 4 hours tu kan masa tuk aku dengar celoteh dia.... Sabtu and ahad masa dengan diaorg. Banyak sangat nak spend masa.

I only got 10 month to go..... Before dia masuk sekolah next year!

So ppl sayangkan anak taliban talibankan....

Parents kena jadi PAKAR PEKAK

Sekian bebelan saya..... Anak teruna dah senyum baru bangun tido....

Xoxo

Cida

- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, March 18, 2014

Myself review on Genius Baby On Board

Hye... sibuk betul la nak buat review bagai... mak pak org lain cool je hanto anak kat playschool. Tak heran pun...

Mungkin sbb mommies and daddy ada anak yang normal...normal kat sini bukan la saya nak cakap anak saya tu OKU or apa (minta simpang)... cume rasanya teknik membesarkan amani tu salah... tell you how you feel bila anak you


  • Toooo attached dengan you... attached dengan daddy sampai nak ke tandas pun masalah. Nak mengikut. Nak kuar rumah or gi kerja pun payah... macam pencuri.
  • Tak nak main dengan kawan2 sebaya dengan dia. She play all alone...
  • Obses dengan gajet like ipad/smart phone? Where dia lagi expert more than yourself?
  • Not attract to actual toys? Sbb actual toy tak gerak2 mcm ipad, visual, color ada butang help lagi kalau tak tahu, actual toys like playdoh, lego, puzzle? Ia memerlukan anak tuk berfikirkan? So my doter ada penyakit 'malas' kat situ. Bila main toy bagi dia amat menyusahkan diri dia. So end up dia jadi seorg yang tak sabar dan akan menangis kalau dia gagal melakukan sesuatu...
  • Anak saya pengeli, geli nak main tanah liat, geli pada benda2 melekit macam gam, dan lotion. Geli pada pasir, tanah.
Mungkin korang akan cakap, bagus la. Tak la dia berani sangat nak gi merayap kat shopping mall, tak ada lah dia buas sangat kat rumah org, sopan je duduk dengan mak bapak dia. Bagus la kot berkawan nanti dia udah terpengaruh. Bagus la selamat sikit duit dia tak main mainan. Bagus la tak la penat la nak basuh baju kotor ke apa...

Ok... aku kalau cerita mesti overkan... hahah keybord worrier.... kononnnn.... tah la share la sikit apa yang kita dapat. Sesungguhnya aku bangga dengan perkembangan amani iman. Dan tak sekali pun aku menyesal walaupun sekarang dia kalau nampak toy r us dia tahu tu kedai mainan... Zamani cakap kopak macam ni... tak pa la investement tuk anak jugak... kita merungut selama ni sekarang let her lakan... kerja macam nak gila pun untuk siapa??

Ke ko menabung tuk sorg lagi bang!!! Aku nak kongsi dengan mak pak kat luar sana... kadang2 kita tengok anak kita ni normalkan, tapi sebenarnya tak... budak yang kita rasa tak normal tu la yang normal yang namanya budak.

Budak mana tak main kotor?

Budak mana yang tak memanjat?

Budak mana makan tertib tak tumpah?

Sbb aku tahu ada yang mak bapak mula tanya aku pasal GBOB ni... tapi bila mention pasal yuran macam semua diam... mmg agak mahal... akak sjak amani sekolah tak bohong la mmg catuan di buat...mmg ingat tak nak sambung tapi Zamani excited tengok amani yang makin dengar kata... so ko bayo yuran sekolah anak... hahahah... tapi akak tak kijam, akak yang nak amani masukkan? So korban la sikit. Janji anak tu suka... kita kena terima hakikat semua benda pun naik la! Kalau beri kesan apa salahnya?? Anak ko happy apa salahnyakan? dia belajar... dia gembira

Hari2 aku senyum dengar amani iman menyanyi

Good owning...Good owning.... (Good morning good morning)

Ant on apple ah ah ah...

Bouch are bouching Berh berh berh (Ball are bouncing )

Happy! penatnya dia suruh ko nanyi all the time. Sampai mak amani pun dah pro dah... bukan mak je, nenek pun belajar sama. Dah kat umah dia suruh nanyi.. belasah la... Zamani yang tak masuk kelas tengok anak dr kejauhan video saja (kesiankan) dia 'berpantang' sbb amani tak leh tengok dia...

So may be this week dia kena attend kelas jugak... see how...kalau amani mengada sangat payah la.... sbb akak tak lama lagi cuti panjang... ohhhh siapa nak temankan amani kang??? Lain macam cuti panjang tukan?

Mungkin ramai yang tak faham... betapa happynya aku dan terujanya aku... plus aku mmg sukekan nak tulis benda2 ni... so gigih buat video untuk teacher Anne and tatapan ibu2 yang tercari2 penyelesaian macam aku... hey stress tau... now??? korang baca my review eh...

Salam
Kali ni saya ingin berkongsi tentang perkembangan anak saya Amani iman sepanjang dia berada di GBOB. Mungkin saya sedikit teruja di bandingkan dengan ibu2 lain, sbb saya dapat melihat perubahan yang sangat ketara pada anak saya.

PAda mulanya saya mengambil sikap tidak ambik peduli. Dan sering memujuk diri, tak apa, dia kecil lagi. Dia akan belajar sendiri. Tapi semakin hari sikap anak saya menunjukkan sikap yang negative. Dia lambat cakap, dia suke main bersendirian, dia tak pandai berdikari, meninggalkan dia sebentar sementara saya melakukan kerja2 rumah seolah2 dia di pukul. Menangis dan mula bergayut ke kaki saya. Do you think that normal?
Saya dan suami dedahkan dia dengan gajet seperti ipad pada seawall usia dia 6 bulan. Dan since than mainan dia hanya Ipad. Mmg banyak keburukan. Dia boleh menghabiskan masa seharian dengan mengadap ipad. Dia kurang mendengar arahan dan tak berminat langgsung dengan permainan. Bila saya dan suami bagi puzzle, lego, mula nampak dia memberontak sbb dia jadi malas nak berfikir. As you all know la kalau application ipad ada butang ‘help’. So kalau dia gagal atau buntu dia tekan je butang help. Tapi kalau dia gagal buat sesuatu dia jadi marah dan nangis. Even cara dia pegang pensel pun salah. Dan amat mengejutkan bila dia mewarna mengunakan jari. Puas saya tunjuk mengunakan pensel dia tetap mengunakan jari. Macammana saya nak betulkan pemikiran dia?
So saya mula membaca article, masuk group2 bertanya mengenai apa sahaja cara mendidik anak dengan cara yang betul. Saya mula rasa teknik saya mengajar anak saya salah dan perlu di betulkan. Maka saya di perkenalkan dengan playschool. Tapi sayangnya di Malaysia, play school adalah sesuatu yang baru dan tak banyak pendedahan mengenainya. Sekiranya ada, kebanyakkannya milik bukan bumiputra. Saya masih ragu2 takut akan impak pada anak.(As muslim, kita kalau bole nak anak kita di dedahkan dengan perkara2 asas) Untuk masukkan terus ke nursery pun saya tak berani. Macammana saya nak mulakan kalau dia tak berdikari? Kes2 dera di pusat jagaan tambah umur dia yang masih mude, baru berusia 2 tahun macam2 yang saya pikirkan. Kanak2 cepat bosan, anak saya masih tak tahu nak bercakap, macamaman kalau dia tak suke? Adakah saya akan merosakkan pemikiran dia? Dengan memaksa?
Alhamdulilla saya di perkenalkan dengan Genius Baby on Board (GBOB) dari seorg rakan. Bila saya kaji, saya rasa aktiviti yang di jalankan agak ‘ringan’. Tujuan saya menghantar anak saya bukan sbb saya nak dia jadi pandai! Tapi saya nak dia berdikari. Tapi its bonus sbb ia mengajar mak dan ayah jugak cara berinteraksi dengan anak. Bukankah ini yang saya mahu?
Saya hubungi teacher Anne, saya terangkan masalah saya. Cerita satu persatu. Akhirnya saya dapat lah sedikit sebanyak penerangan. Saya bincang dengan suami, dan ibu bapa saya sbb mereka yang menjaga amani bila kami keluar berkerja. Tentangan hebat dr ayah saya. Sbb dia masih angap amani kecil dan its normal katanya, attitude amani pulak disamakan dengan perangai saya, tak jauh dengan amani waktu kecik dulu. Dan di sokong pulak oleh ibu saya. Tapi suami cakap kita cube. Dua kelas dan tengok macammana…
Hari pertama je rundum hati saya… Tuhan je tahu saya nangis ketika itu. Saya yang didik dia jadi macam tu. Saya ingat dia hanya akan nangis dan ok bila few minute. But no! Kelas sejam setengah, dia menangis sepanjang itu. Bukan sekadar nangis, dia tutup mata seolah memberontak tak mahu belajar apa pun. Perlu ke saya tarik diri sbb dia tak suke?
Baru saya tahu and spot dia geli pada benda2 melekit seperti gam, lotion. Dia geli pada benda yang lembik. Dan saya baru sedar peringkat umur dia, motor skill dia amat lemah sbb saya sendiri tak benarkan dia makan sendiri, pegang cawan sendiri. Semua saya buat sbb tak nak dia kotor. Tapi saya mengajar dia menjadi seorg kanak2 yang tak tahu berdikari. Dan erti kata lain, baru la membuka mata saya tentang kelemahan anak saya.

Mummy2 boleh tengok sendiri video ni, memula saya ambik video ni untuk simpanan sendiri. Tp bila minggu ke minggu syukur amani berubah. Tapi saya bukan katakan masuk sini anak jadi ok… mak dan ayah perlu beri komitmen di rumah. Main dengan anak, sentiasa berinteraksi dengan anak di rumah. Minggu pertama, bila saya post di FB saya, mmg ramai yang tak setuju dengan apa yang saya buat. Saya memaksa amani benda yang dia tak suke. Even ibubapa saya marah dengan tindakkan saya, tapi atas sokongan suami, sokongan dan tunjuk ajar teacher Anne,bukan sahaja anak saya tapi saya juga banyak belajar. Walaupun masih lagi ada kekurangan, tapi saya dah mula ambik langkah pertama dalam mendidik anak.
Tujuan video ni bukan nak mempromote, tapi mcm saya katakan saya suke dan ingin berkongsi bersama ibu2. Pendedahan awal itu penting. Now anak saya mula mengenali huruf, tiada penekanan tentang pembelajaran di sini, hanya dengan activiti ringan.
Kata2 teacher Anne yang saya pegang sampai sekarang 'Biar kita malu sekarang, dr malu kemudian hari...'
Yes, now i can smile... tak ada lagi risau2 nak bawak anak ke rumah saudara mara or tempat umum.
Thank you GBOB! Thank you Teacher Anne... Thank you pada mommies yang attend class... risau je takut menganggu anak2 diorg... but Alhamdulillah... every one happy to see amani iman's progress...



Orang kata biarlah kita malu sekarang, dr esok nak bentuk anak dah susah...

korang pernah dengar tak org cakap

'eshhh budak ni! perangai macam apa je... mak pak dia tak pandai nak jaga anak ke?' sentap tak??? pedulikkan org nak kata apa... yer, kata ai tak pa, u kata anak ai, of coz la i marah...

Saya bukan cakap saya dah pandai jaga anak... tapi sekurang2nya sekarang tahu la jugakkan... nak ambik ati anak, nak jadi kawan dengan anak... good luck yer semua... benda ni mmg kat rumah pun boleh buat. Tak di nafikan... tapi ko kena rajin... malas ubi ko dok diam2 tunggu anak sekolah, serahkan pada cik gu je yer...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Friday, February 14, 2014

Sayang anak tangan2 kan...


Hai uols

Pernah tak aku cerita abang Zamani korang marah puteri pucuk kelompang dia?? Dia pun tak pernah marah, sbb dia tu takut anak dara dia tak sayang dia...kalau amani iman, perh sayang bukan main. Aku je la mulut tak leh diam... Zamani relek je. Amani pun kalau abak dia beliakkan mata dia dah seram dahhh... mak dia yang macam machine gun, heran pun dak...

Anak abak sangat la yer???

Insident few week bila dia bertindak tendang ibu... dan datang angin dia, nak duduk atas perut ibu dia... agaknay dia tak puas ati perut mak dia yang super buncitkan... nak tolong kasi kurus... tolak berkali2 mengamuk2 nak jugak attact peruk mak diakan... aku lari bangun pun dia tak puas ati nak memanjat... tah asal tah... mengadu kat abak, abak relex

'Amaniiii jangan!'

Buat dek...gelak2 teruskan serangan... yang aku pun melayan...hahah kata nak main2 dengan anakkan?? mak pun gedik mengadu

'Abak tengok anak you!!!' wah keluarga yang bahagia... hahaha...


Erm bila abak naik hantu! ini yang jadi... hua hua hua...





ai pun ambik kesempatan.... erm mmg dia diam je kena marah...kesian, kesian la jugak... diakan anak mas abak dia...



sampai tertido2 menerima hukuman... tengok muke abang Zamani dia tahan gelak... sian dengan anak dara dia... nenek terus lari kat dapur... panas punggung tengok cucu kena marah... siap kena interview bertalu2 dengan nenek kat dapur... habis melampaukan? nenek salahkan ibu sbb melayan... eh nak aku panjat pokok ke?? dah elok la aku tak pukulkan... sajer tunjuk garang... ahak!

Sesekali kena jugak ajar anak... kan? Amani ni keras ati sikit... u can see dia tak nangis tunjuk dia hebat kat mata mak pak dia... ada jugak sampai kita seret/tarik dia tuk buat something kalau dia tak nak dia tak gerak. Bila kita tarik or paksa dia buat plak timbul rasa kesian sangat2... time tu dia akan nangis dan aku pun nangis sama... hahaha...tapi mmg aku warning Zamani...

Yer warning! ikut mana pun, jangan sentuh anak2... mean jangan di pukul anak2 aku... biar la aku yang pukul sbb aku ni mak... takkan aku pukul benci dengan anak... ko boleh marah tapi jangan naik tangan SEHINGGA aku rasa benda tu patut di pukul... takkan ko ajar anak ko minum, air tumpah ko nak jerit pukul bagaikan... maksud aku kita ada cara nak pukul anakkan? so ikut la saraan ajaran islam... aku pun takut amani terlampau manja, sometime dia kena dia ajar... tapi tah la yer... aku takut Zamani tak dapat control tamper dia...so bila nampak zamani lain sikit, aku jerit lebih... tp sebolehnya aku tak nak la amani nampak mak dia protect dia sangat2...lepas tu perang watapp dengan laki... ahak!


you should not do this do that...

Eh ai tak leh you bole...

Yer la ko je la pandai jaga anak...

Bla bla bla... sepanjang yang bole... hehehe...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 5, 2014

Play School - Didikan awal Amani Iman


Salam....

Dalam banyak2 entrykan... aku tak sabar nak kongsi cerita tentang Play School Amani.... agaknya ini adalah satu lagi tanggungjawab yang kita kena lalui dalam mendidik dan membesarkan anak2... iaitu memberi ilmu kat anak. So tu yang aku excited sangat nak kongsi kat sini...

Tapi aku tak sangka seawal ni... apa pun let me tell you apa yang aku discover tentang amani iman...

First of all, aku mmg salahkan cara aku mendidik amani iman... we exposed her dengan ipad cepat sangat. Seawal umur dia setahun... sbb tujuan utama sbb tak nak dia ketinggalan. Baya2 dia semua pandai dan cepat belajar. So as parents ... kerja macam org gila selama 26 hari sebulan, apa salahnya mewahkan anak...kan??? Lagi pun aku dan Zamani mampu...

And she so excellent kalau control gajet... Note II Zamani pun dia control lebih hebat dr mak dia... ko tak payah nak bukakkan apa dia nak tengok, bagi je phone or ipad dia tahu nak tengok apa dia nak... sampai aku mengaku gajet tuk mak yang malas nak layan anak macam aku... nangis je hulur ipad... marah je hulur ipad, dia buas aku hulur ipad

Sedihkan?

Sampaikan aku notis she spend tooooooo much on ipad. From dia celik mata pagi sampai kita org balik kerja... dah balik kerja tu pun tak layan dia. Kita sambung bz pulak kat rumah dengan surf internet, layan watsapps kawan... bila kita sendiri leka dengan 'dunia' kita so sekali lagi Amani habis masa main ipad...  Zamani online dia kurang tapi more games... kalau duduk 3 beranak, kami tiga2 bz dengan 'dunia' kami... so aku sedar amani tak pandai nak berinteaksi dengan org... dia tak berminat nak main permainan... kalau lalu kat kedai mainan, aku la mak yang paling happy sbb anak aku tak macam anak org lain nak mainan... balik2 dia suke bola, belon... tu je...

Tengok perubahan dia macam tu, aku mula membaca... tanya kawan2... and suprise that not normal for kids. So ada artikel suruh dedahkan buku pada anak... sbb ikut mana pun kemajuan teknologi, kat sekolah masih gune buku, pensel... hadiah besday dia satu pun dia tak heran... Mickey je la yang dia layan... aku jadi takut, risau sbb hang pasal apa??? Anak buah aku Rayyan mainan satu bilik ok!!! ko satu kotak pun ko tak pandang,kenapa? Bila bagi buku tuk kaler, sangat menyentapkan hati bila dia kaler gune jari!!! sbb dia dah biasa... dan cara dia pegang pensel agak mengejutkan... macam pegang Stilus/ S pen....jenis yang pegang hujung2 bukan kat mata pensel mcm kita menulis...

10 minit kalau dia rasa tak menarik perhatian dia, dia give up... campak buku... terus cari ipad. Normal ke tu?

Amani iman dah 2 tahun 4 bulan... baya dia dah boleh bercakap 4 to 5 suku kata... tapi??? Amani?? 2 sahaja... 'Nak makan' 'Nak Nasi' 'Nak Susu'... sbb?? dia banyak tengok kartun yang tanpa dialong macam ogy and timmy... this are fav dia kalau dia tengok tv atau video yang kita dload kat ipad... kalau tengok upin ipn ke apa bole lak dia cakap. She can sing... follow lagu... tapi cant talk... so aku assume sbb nenek banyak habiskan masa tengok TV... atuk plk mmg tak banyak cakap. Mak bapak dia pun! bukan jenis banyak cakap... dalam umah nak bercakap pun pakai watsapp, apa chiter??

Than aku notis dia tak sabar... nama je Iman... tapi tak sabar.... kalau dia cube nak solve problem, macam main lego ke apa, tak bole buat dia mudah naik hangin... nangis... sbb??? Ipad ada hutang HELP maaaa... ko baca A,B,C

A for? Apple.... ok betul

B for? Ball .... ok next...

C for? Ermmmmmm.... malas nak pikir ar... tekan HELP... you got answer... ko main lego??? tang mana ko nak tekan butang? and what next???

Than silap aku... aku tak suke amani iman main kotor... mak mana pun yang sukekan? Jenis mak malas nak mengemas macam aku... lagi la... amani tak tahu makan sendiri. Bedak pun dia tak pernah pegang, lotion jauh sekali... semua mak dia yang sapu... dia tahu tadah diri je. So tangan dia apa sangat dia buat? Main pasir? Dia baru jalan kat pasir aku dah suruh bapak dia dukung...kang kereta berpasir... kang rumah berpasir... barang mainan pun jarang beli, sbb dia jarang mintak, Fidah la selalu belikan Amani mainan... asal dia belikan Rayyan dengan Raeesah dia belikan Amani...kira mak ngah fidah sekali balik klang dia jadi Santa Clause, semua mainan amani dia bagi... bukan mainan recycle ok... mmg mainan baru...

Tapi amani main??? tak... sbb nanti umah bersepah... kita simpan dalam kotak... Allahuakbar... bila menulis ni, aku rasa menyesal... kenapa aku bersikap sampai memberi kesan pada anak sendiri? Amani jadi budak pembersih... tak ada confident sbb dia terlalu attached dengan kami...

Semua tu tak normal...

Tapi since last year aku dah survey. Kawan kolej aku dia yang suggest GBOB (Genius Baby On Board). Play school tapi kat Puchong...satu hal plak, jauh bukan main... tapi aku survey lagi... mmg klang ada. Tapi chinese... macam berat hati sikit... tah, mungkin aku sendiri rasa tak serasi... Aku baca blog GBOB, shah alam ada... tapi kelas banyak sabtu plak... sabtu kan aku kerja... siapa nak bawak amani? Dia mention nak bukak kat Klang... tapi time tu tak bukak lagi...sampai la aku sibuk tak ingat pun pasal kelas ni...

Kat Malaysia pendedahan kelas awal ni tak berapa sangat... aku jadi confuse and lost. Nak masukkan amani pre school tapi macam awal. Zamani pulak tak nak paksa Amani sangat. Macammana kalau dia tak suke? She cant talk yet... takut menganggu emosi dia plak... i keep search about play group... yang best mak and ayah join... its like aktiviti bersama anak dalam kelas tu...

Ramai yang menentang... diorg cakap amani terlalu kecik nak masuk sekolah... terlalu kecil nak faham... even my dad org yang menentang habis2an... kesian katanya... tapi sampai bila... aku tak nak benda ni kekal pada amani iman. Aku sendiri tak ada masa di rumah. Ada masa, tapi masa tu ke lain... PHONE! aku pun kaki gajet... tak ada internet terasa duduk dalam lubuk mana je,kan?So bincang dengan Zamani, why dont you take this class tuk diri sendiri, mungkin boleh practik kat rumah dengan amani...

Erm... Alhamdulilla... mmg Zamani menyokong... mungkin dia pun risaukan... esok kalau amani ada adik baru nak hantar sekolah, dia akan terasa pulak... so our objective tuk masukkan amani dalam play school ada sbb.


  1. Nak bagi dia bergaul dan develop keberanian / confident
  2. Nak ajar dia cara berkongsi barang dengan kawan
  3. Nak ajar dia berkawan supaya dia ringan mulut untuk bercakap
  4. Nak kurangkan bergantung pada we all... dalam erti kata lain Independent
  5. Nak bagi dia more focus on actual thing sbb she more on vitual...kartun, song, dan benda2 yang bergerak
Tak ada niat lain pun... aku bukan nak dia jadi pandai membaca, excellent dalam ABC, kira2... no! that not my objective... i just want my girl to enjoy her childhood. Kalau dia lahir sebagai anak raja sekali pun (itu tak lakan... obvious mana plak datang darah raja tu...) dia tetap melalui peringkat kanak2... and i bet anak2 raja pun kalau ko lepas kat tanah, pasir, dia akan jadi budak2... bukan terus2 nak memerintah...kan?

Before kami join trial class, aku berbual dengan teacher Anne... aku bagi tahu segala masalah aku... she said that normal... bring amani and let her join the class... as mak yang sentiasa pikir bukan2 mcm aku ni mesti la aku takut. So i sign up for trial class... satu kelas RM 50 sebenarnya... tapi dia bagi harga promo RM 45 per class... than kalau ko ambik 2 class, another RM 5 discount. So RM 75...

26 Jan.... kelas pertama Amani iman....


Kelas pukul 1030 pagi... mak yang nebes... seawal 7 pagi dah bangun... excited tak? hahah... siapkan amani iman and mood dia ok... tapi hati berdebar2... hope she doing fine... enjoy OUR class... and im looking forward on this class to be a better mother... Insya Allah...

Sampai je kenalkan diri dengan Teacher Anne... Amani pulak main macam biasa... sbb kami sampai awal... hahah so semangatkan? By 10 am dah tercogok...



Tak susah la nak cari... sbb sampai awal, berbual dengan teacher Anne... nice lady... so aku ulang balik masalah aku walaupun dah luah  kat telephone...



Time ni kelas belum mula... few budak dah sampai... mak amani yang make friend dengan mak2 budak lain... amani??? Lari macam org tak wujud kat sekeliling dia... dia hanya nampak abak dia dan mak dia je... bebudak lain dia tak nampak dan tak heran.


Rupanya semua parents hantar anak situ semua bersebab ... dan sebab bukan nak suruh anak tu pandai, tapi they discover weakness anak2 diorg.

Ada yang anak  garang, yerlah lelaki, kerja nak gaduh je, tak tahu nak main elok2kan... so they want to prevent and to control anak ni, macammana...

Ada anak yang tak focus... dia buat hal dia je... main... mak dia menjerit2 dia buat dekkk je...dengan erti kata lain dia tak focus... its normal yer mak mak... budak dia cepat focus... cume ada cara kita nak bagi mereka mengawal cara focus tu... so diorg tak leka sangat.

Ada anak yang tak nak sayang or tahu kehadiran adik.... jenis macam ni of coz tak nak kongsi dengan adik, nak main sendiri, kalau barang dia,dia tak nak kongsi, kalau beli barang pun dia tak nak mak ayah dia belikan adik dia...

Ahhh aku jadi macam... eh ni kelas masalah ke apa??? No... kelas ni yang akan latih ko berhadapan dengan anak2 ko...faham mereka...

Bila kelas start!!! Amani start nangis... perh memula ok... bila suruh duduk dia memberontak... nangis jenis yang habis tone suara punya... dia TAK NAK join the class. Pitam... ni mak bapak join the class ni! Kalau ko sengsorang? Dia punya meronta! Sakit badan aku... hempap aku, hentak kepala dia kat dada... dan dia tutup mata dia sepanjang kelas. Dia cube untuk tidak tengok apa yang cik gu tu buat...

Tell you i stress! Yerlah menganggu kelas... cik gu anne pun macam tak selesa nak mengajar... aku rasa nak telan je si amani... Mmg apa yang aku expect tu jauh sekali. ingat nangis cebek2 je... tak ok... mmg nangis yang aku rasa give up...

Aku tak larat nak handle dia... paksa bapak dia join kelas... dia takut sikit nak bunyila... tapi still nangis... Ya Allah apa kena kau ni nak?? Mula la aku pikir macam2... kalau hantar preschool dia menangis macam ni siapa nak bantu? ni la yang budak banyak meninggal kat nursery bagai... agaknya penjaga tak tahan dengan perangai anak yang macam amani kot... aku stress dan lost... nak nangis sama dalam kelas... terasa aku gagal di situ...



Antara aktiviti yang ada kat GBOB... aku snap snap gambar... kalau kat umah aku dah jerit dah aku rasa... mmg dia tak nak stop nangis ok! Kalau nangis yang ala2 lembut tak pa... ni nangis macam kena hentak!


Teacher Anne yang very cool... kesian dia... agaknya this is first time dapat murid yang macam amani...



She resist to try pun... bagi pegang barang pun dia tak nak... mmg dalam otak dia tak nak belajar! tak nak join class... dia keraskan tangan dia... siap sorokkan tangan dia kat belakang... apa je...









Aku keep merayu kat Amani Iman... MERAYU ok... please la... please la be good... tak jalan... dia tak nangis kuar air mata pun... tapi tah... menjerit2... ke air mata dah kering? hahahah

Bila time art work, teacher Anne hilang sabar! Hahaha... no la... dia kesian kat Mummy Amani... yang dah macam lost dan putus asa ni... rasa macam nak minta permission to go back je dengan anak macam ni... macam nak minta maaf kat semua mummy kat situ sbb menganggu aktiviti anak2 dan mereka... bayar kelas bukan nak dengar anak ko nangis... but they actually sangat memahami... diorg banyak jugak pujuk amani. Tapi anak dara ai ni... ermmmm tak makan saman... dia tutup mata all the way class... makin kuat plak org luar cube pujuk.

Teacher Anne terus angkat Amani ke bilik belakang. Puhhh... tenang sikit...hahaha... mengendap kat bilik tu. Amani cume bangun melarikan diri tuk dapatkan aku atau bapak dia kat depan... Ya Ampun... dah bergelut pulak dengan cik gu tu... Dalam hati aku doa sangat2 dia dapat coolkan diri...

So teacher anne suruh one of mummy kat situ pesan kat aku menyorok... jangan bagi amani nampak... ok aku lari masuk dalam bilik cik gu anne yang ada cermin besar... hahah... nampak amani lari keluar cari aku dan abak dia... siap tahu mana pintu nak keluar!!!! bergelut la semua kejar amani iman...

Kalau korang tanya aku apa perasaaan aku! SEDIH! bukan sbb dia kena marah ke apa, tapi aku jadikan dia macam tu... how sadkan? kalau mak lain may be that is last class la... but not me... i need to do something... something need to be change! Sama ada aku yang berubah atau amani akan tetap macam tu... so aku keraskan hati... i need to sign up this class... tuk latih dan programe amani iman, dengan cara yang betul...aku tengok dia sepanjang kelas tu...



Art class... nampak dia bergelut lagi... tapi tak sekuat memula tadi. Mungkin dia pun penat. Tapi suara tak stop... dia tak nak tengok apa yang cik gu buat... even teacher letak gam kat tangan, dia macam menolak... heheh dia geli sebenarnya... ho ho ho

Oh Teacher Anne ada bagi tahu, nanti dia akan panggil aku keluar... once keluar, dia minta aku peluk amani dan tell her that i love her... ok noted... terus perhatikan di cermin


Bubble time... amani suke bubble...nampak dia tenang time ni... yang pegang dia tu mummy lain... ala sian anak mummy tu... macam confuse, kenapa mak aku pegang budak kuat nangis ni???


Nampak sikit dia enjoy the bubble


Teacher suruh diorg pecahkan bubble... berlumba2 la... nampak sikit amani ok... 

Than aktiviti ni, Parachute time... suke suke aku bagi nama... rasanya la... mak bapak kena angkat kain parachute and anak main2 kat bawah tu... nampak amani duduk bawah tu...





So bila teacher Anne panggil aku keluar peluk amani... emm macam tak nampak mak dia setahun... sambung nangis sedu2...

'I love you baby..' Hahah syahdu aku... aamani apa lagi... sambung nangis tapi tak bunyi... hahah takut kena tinggal... terus2 je dia join the class... but its late sbb kelas dah habis! Lagu barney yang I love you tu... dia jadi touching... cium2 aku banyak kali... hahaha... may be dia bersyukur mak dia ada lagi kat situ... Bila last kelas cik gu suruh beratur... boleh pulak dia bangun dan ikut...

Seee..... dia ok... cume itu batu ada duduk kat kepala dia... (tak elok cakap anak D.E.G.I.L).

Habis kelas berbual panjang dengan Teacher Anne... banyak yang Teacher Anne bagitahu... apa yang aku discover tu mmg betul la... tak yah nak ulang sbb entry panjang... tapi tutup mata tu yang tak leh bla...bila tutup mata eye contact tu mmg tak ada. Sukar bagi teacher to have eye contact dengan amani... dia pun terasa cabar that day sbb dia belum pernah berhadapan dengan student macam amani iman... ada tu nangis sikit2... bila dia marah budak takut... ini??? ermmmm....

Apa pun... entry habis... i will update kelas amani every week ok...

So bagi mak mak yang nak try, bole la call Teacher Anne and join the class dengan amani iman eh...

Teacher Anne :- 017-5614606

Wat masa ni kelas on Sunday 10.30 to 11.30 am... each class 10 pax je... so kalau ada yang berminat additional class akan dia bukak... try la uols... bukan kita nak anak kita jadi excellent. Let them enjoy quality time dengan mak ayah... 

Aku sertakan sekali video... korang tengok jangan geleng kepala yer... heheh












 Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Wednesday, November 20, 2013

Al -fatihah


Salam....

Aku terpanggil untuk  updat eblog mengenai sesuatu yang pernah jadi padaku 4 tahun lepas...

Semalam mood ku terganggu...pagi-pagi bila bangun bukak mata, the first thing in my head... its 19 November.... semua maklum Aryssa Dania meninggal/ lahir/ di kebumikan ( i dont know the right word, still confuse) on this date. Dan hari yang sama aku di kejutkan dengan pemergian anak sahabat ku waktu di UTM dulu... Wan Suhana...

Anak dia Fatimah Izz Zara meninggal semalam...

Speechless... aku nangis pagi semalam kerana terlalu sedih... apa lagi Fatimah berusia 5 bulan...yang dah di lahirkan, di susukan dan di jaga elok oleh ibunya... mcm menikam diri sendiri aku faham apa yang dia rasa ketika ini. Mungkin lebih berat dari apa yang aku lalui....

4 tahun dulu, aku nak lari dari semua org... aku nak lari dari kenyataan dan anggap semua ni mimpi... lepas menerima berita sedih tu, aku ingat malam tu aku solat... doa... terus doa... bermula dengan solat isya... solat hajat, solat tahjud... terus menangis merintih kenapa aku di duga. Tak mampu nak lelap kan mata... jiwa kosong....

Sms...

Call....

Kalau boleh aku tak nak jawab... cukup! setiap kali mengulanginya setiap kali aku rasa sangat sangat sedih...

Menyalahkan diri dah semestinya... aku tak nak jumpa org... di hosp putrajaya pun tak bermaya... tengok org mengandung dah cukup buat aku siksa... apa lagi tengok  babykan?

Aku faham apa yang kawan aku rasa... aku hanya mampu katakan pada dia, 'nangis la.... luahkan segalanya melalui air mata... kesedihan, kekesalan, kemarahan. kebencian...sbb air mata itu yang akan membuang segala yang terbuku di dada'

Mungkin sampai sekarang ada yang tak faham, kenapa ada setengah kawan aku buang dari list aku... aku tahu diorg mengambil berat. Nak tahu macamana, kenapa semua ni boleh terjadi. But every word yang di tujukan menyakitkan hati dan mmbunuh jiwa...

Aku tak jawab satu panggilan pun... tak balas satu sms pun... di saat itu aku nak meluahkan bukan meminta pendapat apa yang harus aku buat... benda dah pun jadi, aku sedar mcm mana aku cube pun, benda yang jadi tak mungkin akan berubah. Sbb tu aku mencari jalan aku sendiri...

Membaca blog2 mereka yang senasib dengan ku...

Berkawan dan bertukar cerita tentang apa yang berlaku... dengan cara itu je aku dapat menerima segalanya....

Kadang2 kita boleh jadi ilang iman. Kita cepat sensitip dengan sekeliling kita... sometime bila kita kongsi atau bertanya pada org, jawapan org tu betul, tapi tak kena dengan diri kita, kita jadi cepat terasa... seolah2 org ni nak berlagak... yer la anak dia ramai... yer la dia tak ada masalah nak mengandung... ialah anak dia sihat... mcm2 la... sbb tu aku cakap kadang2 kita jadi ilang iman... lupa diri sekejap.

Setiap tahun 19 november, aku akan bersedekah atas nama Aryssa Dania... tapi ada segelintir cakap tak payah... tempatnya pasti di syurga, yang mak bapak ni dosa banyak lagi bla bla  bla... eh aku tak nafikan tapi thanks i dont need ur advice on that... aku bukan buat sbb nak tempatkan anak ku di syurga, tapi sbb rasa tanggungjawab. Nasihat yang cakap kami org2 yang beruntung di pilih Allah sbb anak2 ini akan bawak kami ke syurga, tah ayat2 ini buat aku patah semangat/hati... saat kita sedih, kau cakap mcm tu, its not helping... seolah kau akan rasa itu satu hukuman dari Allah. Apa dosa ku sampai anak aku yang menjadi mangsa untuk aku masuk ke Syurga??? (yes it sound macam org tak ada imankan? )  Tapi saat tu je... cara penyampaian tu kita absorb lain. (Baca betul2 part ni...kang kata aku tak tahu agama plak....)  BAGI AKU LA.... BAGI AKU EH.... Ayat tu kurang sesuai aku rasa...

Its not helping, ppl.... betul aku cakap... org2 yang macam ni, they need their own space... macam aku menulis. What else nak buat? Zamani lepas 4 tahun dia pun bosan dengar cerita bini dia... ahak! balik2 sedih, takut, benci... paling worst still crying macam baby sampai sekarang... hati tisu kanda... aku pun bila org respond macam bosan, mmg tak la nak ulang tayang cerita... lama2 aku sedar biar aku sendiri rasa... biar aku sendiri pendam. Kalau aku nak luahkan aku luahkan mana aku nak luahkan... jangan persoalkan. Yang faham, faham. Yang tak faham tak perlu bertukar jadi baik pegang tasbih sejadah di bahu, nak tazkirah org, sampai keluar segala hadis.

I need to see my baby and i miss her so much dan langkah terbaik bunuh diri.... (Astafirullah) saya masih ada iman, dan berpegang pada Qada dan Qadar. Cume jiwaku kosong bila rintihan ni tak dapat di luah kan. Aku tak minta sesiapa pun faham... cume biarkan aku dengan dunia aku... sampai bila jangan di tanya, sbb aku mengharapkan aku dapat lupakan perlahan2... tapi kuasa Allah... itula yang istimewanya... makin hari makin bertambah sayang dah rindu... makin ko tengok budak sebaya anak kau, makin kuat perasaan itu...

Semalam aku watApp abang Zamani korang...

Biasalah... sedih... jawapan dia....

 
Baikkan suami saya ni... ahak!

But i can tell you, dia mmg pendengar yang baik... yang dia rasa perlu, dia akan tegur dan cakap tapi kalau dia tak nak tahu tengok muke pun malas nak cerita...

Itu je aku nak luahkan... hati mereka ni sangat sangat hancur saat ini... kata2 kita mungkin akan membuatkan mereka membenci kita... listen when they need someone to talk to... let them cry... as long tak terkeluar dr syarak... jangan dia baling barang, cederakan diri dia ko biarkan... pujuk cara baik... mereka hanya nak luah kan rasa sedih yang tak mungkin sesiapa pun mereka rasa akan faham. Kadang2 sentuhan je dah cukup... tak perlu kata atau buat apa sahaja... i alway have my husband's arm, mom hug and sister ears to listen...

Zamani selalu biarkan aku nangis dalam dakapan dia....

Mak aku selalu peluk aku dan pegang tangan aku sampai aku rasa reda...

Fidah pulak selalu menjadi pendengar yang baik...  

Sob sob... tetiba sedih terkenang cerita 4 tahun lepas... uhuk... entry ni sebenarnya nak berkongsi. Aku tahu ada yang tak faham. mungkin dengan entry ni, kamu bole handle situasi kalau berlaku pada org yang terdekat. Siapa tahukan?



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, July 6, 2013

Bye bye Mr Passy


Hari ni hari ke 7 Amani Iman tanpa best friendnya! Mr Passy!

Helll yahhhh.... ibu bangga sbb Amani Iman seorg yang tabah dah kuat. Ekceli kalau nak ikutkan, dia hanya merengek di hari ke tiga which kita dah balik dari PD. Malam biasanya mulut dia nak kena ada Mr Passy baru lena tido. Dan malam tu... dia bangun tah berapa kali daaaa... nasib baik  mak dia cuti esoknya. Bole la melayan bangun buat susu.

Abak dia biasalah... kesian je memanjang. Nak tido petang pun sama. Mak aku cakap punya payah. Dia dah lelap, than terjaga nangis2. Sampai dia ambik puting botol susu isap... apakah! bila dia ambik je, cepat2 ambik sbb sia2 la kan?

But now totally gone! Hoyeahhhh... kalau tak risau hati mak nak... bak kata Balqiss (anak cozen aku)

'So scary right??' hahah bila dia tengok punting si amani yang menakutkan itu.

Alasan atau sbb aku nak buang puting dia, satu sbb dia dah nak 2 tahun. Second dia isap puting tu dia suke gigit2... macam nak mengasah gigi je. Sampai dah teruk puting tu. Berlumut. Kang tak pasal ada pulak penyakit lain. Kan??? sebenarnya tak la susah sangat dia nak hilangkan rasa ketagih puting dia tu. Syukur la. Aku dah set kat otak ni, mampuih 2 minggu ni aku kena tahan ragam dia. But not at all... one or two days je. Cume malam sumbat susu la lebih dari biasa. Mau 4 botol dia minum. Bangun 2 jam sekali... bukan apa, dia cari something nak masuk mulut dia. Than my BIRAS bagi idea, bagi je ayaq kosong... hahah esok buat, terus tak jaga malam... hahahaha dia rasa air biasa terus sambung tido.

Than that its. Itu je...

Kalau main2 dia ambik segala mainan masuk mulut. So far dia tak dapat detect yang mana sedap dan selesa macam Mr Passy dia. Aku risau kalau dia tukar isap jari je.... oh noooo... sbb mak aku kata, macam aku, sampai ke besar la isap ibu jari tangan. Sampai kembang2... hehehe... teringat mmg betul pun. Sampai darjah tiga kot... isap ibu jari tangan kalau nak tido...

Mintak minta dia tak dapat la idea nak cari ganti tuk lepas rindu pada passy dia... Hopefully....

Ya Allah... pls help me... bantulah aku supaya aku dapat mendidik dan membesarkan Amani Iman Zulaikha dengan sempurna...

So far she doing fine... banyak lagi step yang kena buat... ni baru stage satu...esok lusa pulak

Latih dia free diapers
Latih dia minum pakai cawan
Latih dia kenali Islam
Latih dia Solat
Latih dia puasa

Insya Allah... aku tahu ramai yang akan bantu sama... *smile*



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Saturday, January 14, 2012

Celebrity Choice

First sekali...korang mesti tanya. Hang tu artis ke??? hahaha sukati aku la!

Payah dah kawin ni. Kang pakai cream halia, tahu je la. Bau tak sedap. Mula la somi tanya.... lepas mandi wangi2... sapu cream halia mustajab ka, cream halia lissa ka...

"Bau apa nih????" Tak syok betul! tanya dengan muke pelik, buat aku rasa pelik sama. Tapi betul... yang kawin tu sok tahu la. Macammana nak kurus? Sbb tu la time pantang bau busuk2 kan? Kalau tak??? Insya Allah anda murah rezeki.

Entah laaaaa.... aku tahu kalau nak kurus ni mmg payah. Apa lagi kalau ko jenis dengan somi berkepitkan. Mana somi pergi nak mengekor. Selalu lepas kedai mamak. Jalan2, singgah minum dan makan. Yang paling best kalau mak mertua masak!!! nak tutup mata bole la. Tapi idung tak leh tutup... bila terhidang, macam ko rugi je tak makan! Nawaitu, aallaaaa rasa sikit la. Sian mak dah masak.... ermmm terus niat bertukar. Esh sian mak masak banyak, kecik ati dia kalau AKU tak habiskan...

Hasilnya??? Kumpulan lemak2.

Maka akukan suke bazir duit ni. Derma kat anak yatim pun bagus. Semalam gi guardian depan umah tu. Aku biasalah. Kalau masuk watson, guardian, mana2 yang sewaktu dengannya, aku jadi khayal. Mula la feeling2 nak cantik. Tengok perut ni, rasa Amani Iman muat kalau nak sumbat masuk balik! Haizzzz

Semalam terlihat la benda ala ni... malas nak ambik gambo. Gune khimat gugel je

Ada bath scarp, dua cream badan. Harge?? RM 55! Kesan tak kesan aku tak tahu. Well benda2 ni ko ingat ko sapu terus menjadi ke? Opkos la kena diet, jaga makan, senam kena cukup. Kalau ko hentam semua ko makan, selamat jalan la...

Tapi akukan??? siapa tak kenal aku??? Bazir duit mmg juara. Tapi bazir duit sendiri je la. Idok la teman nak gune duit suamikan?

Sampai umah cium bau... wahhh tak kurus pun tak pa! (tetiba semangat ilang???) salah statement tu... mahal pun tak pa. Sbb wangi gila2. Boleh feeling pakai org tak tahu. Sumpah! aku suke bau cream dia.

Pagi ni pakai. Macam tak berkesan je... pakai scrub manja2 gitu. Mahal mahal ni! Tapi sedap lak baunya. Tak yah la nak pakai bath form. Than pakai cream. Ok je... sekali nak gi kerja panas lak badan ni...kesan ubat.

Kat situ tulis boleh tengok perubahan dalam masa 4 minggu. Kita tengok je la... kena ubah pola makan. Kena semangat bawak amani iman kat taman ni. Ini adalah niat awal ni, tapi sampai hari yang ke 14 aku masih tak buat. Anak nangis serah kat ayah atau ibu aku, suruh diorg yang bawak amani iman jalan-jalan. Habis lagu mana???

Hujung minggukan stay umah my MIL, boleh la nak bawak ke taman tu pagi2. Tapi abang Zamani menjatuhkan semangat...

"bebaik yang, pagi2 taman tu ada anjing... kang tak pasal2 kena kejar."

Mmg itu baik tuk kesihatan... wakakak kena kejar anjing maknanya ko excersice la. Tapi dalam badan yang berat mcm ni, kompom aku lari macam siput... jangan mimpi la nak lari macam road runner.

Ni nak cari suppliment ubat hilang selera makan... hahaha.. ada ke? share sikit. Tak nak yang buang2 ni. Tak kose acik nak cari toilet!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Thursday, July 28, 2011

Car wash

Pe'rak jap aku...

Korang pernah masuk car wash yang mesin tuh? gila la... benda ni mmg lama dah ada kat Malaysia. Cume aku tak pernah nak torai. Sbb aku rasa tak selesa mesin yang jalankan kerja.

So kat kawasan umah aku mmg ada. Ari tu balik ambik abang Zamani kerja dia terus masuk car wash ni. Murah je...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Kereta sahaja RM 3

MPV, dan sewaktu dengannya yang besar RM 5

Kalau nak compare dengan kedai car wash biasakan? So akak terlebih xcited la. Ada few kereta jugak la yang nak basuh kereta.Mmg cepat la!

Tapi aku cemas jugak. Tetiba teringat cerita The Final Destination. Siapa tengok? Yang dalam car wash. Tetiba ko punya bumbung kereta terbukak tak leh tutup plak. Air masuk kereta, lemas... oooo imaginasi saya dah ke laut dah... gigil!!!

Aku :- B!! kalau jadi mcam Final Destination macammana?

Zamani :- Mengarut la ayang ni. Mana ada... ok la.

Aku :- takut takut...nak turun la

Zamani :- mengada la! tak ada benda la. Tengok semua kereta tu ok je.

Dah dekat situ baru nak turun, dengan aku2 kang basah! Seyes uols... mmg tetiba aku panic bila teringat cerita tu. Alaaaaaaa mcm panic semacamkan. Suami sendiri mmg bukan nak tenangkan. Gelakkan aku. Tapi aku coolkan diri snap2 gambar. Hahaha bangla yang ada kat situ pun felik dengan kitaorg agaknya...

Ini couple baru datang Malaysia ka? Atau kami yang baru datang? macam beruk comei, cun, hansem tak pernah nampak benda ni...hahaha... harus puji diri sendiri. Tak ada nak gelar diri beruk!Sepak laju2 kang

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Memula diorg sembur sabun buih tukan? Tu ada la pekerja yang kasi sabun kereta ko!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Mmg sesuatu bila ada dalam kereta tau. Bunyi macam kereta ko kena telan dengan mesin ni. Hahaha...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ready???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni paling seram. Menjerit macam aku yang kena berus...hahah gila la! Malu laki sendiri je.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dah sudah berus tu, air curah... makkk macam sesak napas aku dalam kereta tu... perhhh feeling pelakon Final Destination tu... hahaha... bule?

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni paling haram la... kereta ko bergerak ok. Nampak tak palang tu? "Perhatian Jangan Tekan Brek" seyes aku suruh zamani tekan brek sbb apa palang tu dah nak dekat dah dengan cermin kereta. Tapi palang tu tak naik. Menjerit aku... B!!! tekan brek... nak langar tu.

Bisa jatuh jantung gue ok!

Zamani gelak2... mentang2 dia dah pernah basuhkan? Tapi betul! kalau korang pun, dahlah enjin tak mati. Dah tu benda tu tak gerak. Aku rasa mau la 1cm kot dah nak sentuh. Rupanya tu angin tolak air cermin kereta. Lepas je mmg kering cermin kereta ko...

Kepala lutut geletar Tuhan je tahu... sampai umah aku kena gelak dengan Zamani.

Zamani :- kita bawak WKD nak yang?

Aku :- Tak nak la... bawak kat kedai depan ni pun bagus. Mana la tahu mmg malang nasib kita. Eshh macam cerita tu macammana

Zamani :- Esh Pengaruh filem! Tak adanya benda tu jadi

Aku terpikir kalau aku la try cube2 nak basuh kereta kat situ... esh macammana agaknya? Mmg aku tekan brek kot... perhhhh seriau!

Fuyooo aku cerita macam cerita advanturekan? Padahal??? basuh kereta je pung... sok ada anak, mmg kena gelak!

Tuesday, July 27, 2010

Bukan merungut tapi meluahkan...

Diam tak diam dah 8 bulan dah berlalu...
Cepatkan? Dan pastinya soalan2 cepu cemas pasti keluar setiap kali bertemu kawan2.. sedara mara...
'Kosong lagi ke?'
'Masih lagi plan?'
'Bila nak berisi?'
Senyum je la... kalau ku tahu jawapan dah tentu ku jawab siap tarikh dan waktu... hehehe... tapi ku tahu Allah sedang menguji... ekceli aku tak nak keluarga risaukan aku... aku tahu mereka tak boleh nak tengok aku sedih... xpecially Zamani...
Aku tahu dia tahu... but both of us tak pernah cerita apa-apa mengenainya... aku tak nak dia rasa bersalah, dan aku juga tak nak dia rasa sedih... so apa motip entry ini? Sajer.... aku tak pandai nak simpan... biar tertulis di sini sekali than for ever i forget la kot... insya Allah dengan izinNya...
Sbb tu la status Fb aku pelik2... tolong la jangan serkap jarang yang aku tak bersyukur ke apa... bukan itu maksud aku... tak bermaksud jugak nak tunjuk kesedihan, menyalahkan diri, atau menarik perhatian sesiapa... haha kecuali En Suami... aku tahu dia faham... aku tahu dia mengerti tapi macam aku cakap la... its better that way... apa yang dia boleh buat? Apa yang aku boleh buat... menangis, mengungkit, merungut tak dapat kembalikan apa-apa... nak merubah jauh sekali...

Kelakor aku tengok status ni... yerlah diakan pihak pembangkang yang kuat...kadang2 menyampah jugak... tapi ku tahu dia tahu cara mengubati luka bini dia... wakakak... hilang kejap perasaan sedih tu... kira dia tak layan perasan bini dia lagi, sbb dia tahu bini dia juara air mata... wakakak... syabasssss mera suami... uhuhuu...

Pagi ni mud swing sikit... tak la nak menangis... cume hati tu rasa berat sikit... penat nak pikir... dok cakap tak nak pikir tak nak pikir, pikir jugak... pang sikit muke saya yang ala ala angelina joli ni... berderai air mata duyung bila baca komen suami kali ni...

Tah mana dia cilok ayat tu... heheh... jahat tak aku *cube menceriakan diri*

Ku baca berulang kali... dan terasa diri ini semakin kerdil... Ya Allah... adakah aku merugut atas ujianMu? Adakah aku mempersoalankan tugasMu?

Sungguh ku buta dalam cahaya..
Sungguh ku lupa tika bahagia..
Sedang Kau dekat bukan dimata..
SentuhMu erat di pinggir jiwa

Walahualam.....

Monday, May 3, 2010

Tetamu yang tak di undang....

Ok stop dulu nak cerita pasal percutian...

Semalam balik dari Melaka around 6 lebih... sampai shah alam kul 830 malam singgah umah mak dengan abak... gi makan kat Sate Hj Samuri kat PNKS than terus balik klang...

Sampai umah Klang rehat sekejap... penat gila... tak naik bilik tertido atas sofa... En Zamani tengok TV... dlm pukul 11 lebih terjaga sbb leher sakit... mana tak terlelap time duduk... terus la naik ke bilik... tetiba dari tangga tengok laci almari terbuka.... ni yang aku naik hangin dengan En Suami... suke sangat tak tutup lemarikan???? dah la acik penat ni... Tapi leh terdiam sat sbb aku perhatikan semua laci terbukak... tak ada satu yang tertutup dan barang2 berterabur sana sini... yang best kotak barang aksesori aku kat atas katil... habis kotak2 cincin tunang dengan kawin...

Aku macam terdiam sat kat tepi pintu... yer la baru aku perasan pintu semua bilik terbukak sedangkan aku mmh tutup semua pintu bilik sbb takut Ah Don masuk... terus jerit panggil Zamani....

Zamani terus naik... baru berani bukak lampu.... mmg sah umah kami kena rompak! Bak kata Che ta rompat kecil kecilan... sbb Tv semua ok.... aku dah keras macam batu kat tepi pintu... Zamai lari ke bawah tengok dapur mmg sah pintu di ompel...mengigil sat... tak tahu nak buat apa...

Kami duduk sat pikir nak buat apa... Zamani call MIL... mak suruh buat report than baru la datang otak nak gerak... the first thing kena buat is buat report polis... seyes badan terus jadi lemah... More than 20 year kami duduk kat situ tak pernah org masuk... selalu je dengar umah jiran2... sekali tak sangka plak umah sendiri kena...terus ke balai polis Klang buat report...

Apa yang ilang??? Yang aku perasan gelang emas pemberian atuk... nasib aku bukan jenis yang suke pakai barang kemas... cincin tunang dan nikah tak pernah aku tanggalkan...cume gelang tu macam org tua sikit, besar... costnya??? I guess around RM 2k... Patut ibu simpan benda tu tapi aku lupa nak pulangkan... Aku masih ingat la atuk beli gelang tu dari mak cik aku... dia tempah tapi kedai tu buat tak cantik... mean paten kot tak memenuhi citarasa dia... dia beli harga SG 1,200 kot tapi tolak kat atuk arond SG 800 je... so kalau MYR mmg RM 2k la... since aku cucu yang remaja time tukan??? So dpat la kat aku...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Motip gambar??? Nampak tak gelang tu? Gelang tu la... sob sob...

So buat report kat balai polis... cerita itu ini... than tunggu polis dtg ambik gambar bagai... time kat balai polis tu mmg dah rasa seram sejuk terlebih2.... gigil badan ni... sampai tak tahu nak buat apa... thanks to my Family in law sbb dtg teman buat report semua... and expecially Awie, thanks bro sbb time Zamani kuar beli air, polis datang nasib baik awie ada tolong entertain polis tu, aku masih dalam terkejut, so otak tak berfungsi sangat bila polis dok tanya itu ini aku macam blur, awie banyak bersoal jawab la dengan polis tu... aku risau sangat sampai tak terpikir nak buat air tuk mak abak, sampai Zamani terpaksa beli keluar beli pulak... again to mak abak , awie and Fifi, maaf sangat bukan kak long tak hargai tapi mmg betul2 lost semalam...

Than lepas polis dtg ambik gambar than baru perasan jam tangan aku ilang...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pemberian Fidah dan ken... Hadiah langkag bendul... sedih wei... almost 3 years... aku mmg suke sangat jam ni... kebetulan plak sbb jam ni mati... nak tukar bateri tak tukar2... last2 tertinggal... pun dia kebas... mmg cilakassss....aku suke sangat jam ni...sanggup tau tak mo jam lain... sampai time sanding ari tu zamani tanya nak jam ke tak pun aku cakap tak mo sbb aku tak gheti nak pakai jam bertukar2 ni.... sob sob...

Yang ni pun dia cube ambik... PS 2 Zamani... mungkin dia tak tahu nak cabut wayer tu atau mungkin juga dia tak sempat nak ambik barang2 ni... tapi firasat Polis tu... selalunya kejadian macam ni, diorg akan dtg balik... sbb dia dah tahu barang mana yang berharga. Scarykan???

Aku tak dpt nak ambik gambar bilik aku... mmg tak pikir apa pun malam tadi... hang CPU aku... lepas in law balik, aku mcm mati kat situ...nak gerak naik atas pun takut... terpaksa abang Jamani tidokan acik... tak kesempatan dia nak tengok bola malam tadi... sori... even dia lalu belakang pun aku terkujat-terkujat... air mata ni nak mengalir je...

Mmg dua tiga hari ni hati tak sedap... plus mmg terpikir pasal org masuk uma semua sbb kes kecurian mmg banyak kat beritakan? Tetiba umah kena pecah masuk plak... adoiii....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keadaan PS 2 yang cube dia ambik... tapi tak berjaya... benda tu kat dalam lemari...bila ku tunjuukan benda ni kat polis tu yang dia kata diorg akan cube dtg balik umah ni... sob sob menakutkan?kan????

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Plug tu dia dah bukak nak ambik dah....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Dan keadaan gril yang di kopak... mmg aku rasa macam tak selamat je nak duduk umah... a bit worry bila esok kena anta abang jamani awal kerja esok and im alone kat umah... rasanya lepas anta dia aku terus gi kerja la... seram seh nak duduk umah...

Ok gambar2 ni baru je ambik tadi... kalau nak suruh akak ambik malam tadi mmg nan ado... kaki tangan dok ketaq lagi... abang Jamani tak henti2 peluk urut bini dia yang kekejungan ni.... aku risau satu je... diakan tido jenis tak sedar... adoiii yaiiiii kalau kejut tu mau makan hati oooo... glubbbb after reading this hubby... i dont know if this work la... sbb tido is something luar kawalan kitakan? semalam both if us tak tido lena... mana aku tahu dia tak tido lena juga??? sbb setiap kali ku gerak... dia terjaga sama... uhuhuhu....

U all doakan semoga semua selamat ye... sob sob

Thursday, April 29, 2010

Panas betul hati!

Cukup cukup cukup cukup pantaaaannnngggg bila org tengking kita... apa tah lagi kalau kita tak buat salah kat dia... kau ada masalah dalam atau otak sekali pun tak boleh nak jawab baik2 ke? Perlu ke tinggi suara kau yang tak sedap tu!???? Damnnn menyirap betul darah pagi2 ni... sori la... tapi aku mmg tak leh dengar suara org tinggi ni... kalau aku kurang ajar, yes aku faham la ko nak marah...

Ko nak pikir mud ko je pagi2 eh? aku tanya baik2 maka jawab baik2... lain la aku tanya ko macam haramkan? Ko nak marah ke nak maki ke ku faham la jugak... cukup baik aku tanya dengan sopan...

Hang silap hari la... aku mmg tak ada mud pagi ni... selalu ko tinggi suara aku boleh senyum je... but this time... aku mmg tak tahan da... ko buat aku mcm org bodo je tadikan? menjerit macam aku ni adik2 ko...macam ko bagi aku makan? best tak aku tengking ko balik tadi apa ko rasa? malu tak? seronok tak?

Baran baran aku, tersentap2 aku pun i never never nak tinggi suara... kecuali dengan en suami... bluekkk tu pun tinggi suara pun memberontak... idoklah aku jerit macam tarzan...ushhh berdesing telinga acik ni bila dengar suara mu yang GARING tu... bernanah... oh kali ini no more senyum2... hambik... kalau berani nak minta tolong aku jap lagi, datang dengan muke berseri yah... kalau ko nak minta tolong aku dengan muke ketat ko... jangan harap nak tolong... give your magic word first baru ku tolong....

Kalau aku nak minta tolong dia??? Ha ha ha...tunggu isnin... sebb esok aku cuti!!!! bagi cool diri dulu... anyway bukan aku suke nak tengking dia.. dia yang tengking aku... kalau adik aku dah lama kena tampo... hahaha tak percaya? tanya tuk puan Rafidah... dengan Didi... berani tak naik suara dengan aku atau ibu... bukan nak belagak ke apa... aku tak kata aku baik... at least aku kalau tak suke atau tak setuju, marah aku suke diamkan diri... so kalau aku diam org tanya, mmg org tu cari nahas... time tu barulah aku tinggi suara... ahak!

Monday, April 19, 2010

Teremo sendiri...

Since yesterday aku mmg tak sedap hati...

Semalam kuar temankan En suami nak beli kasut Futsal... company dia seminggu sekali ada activiti sukan... so Che Aisyah nak follow mak long dengan pak longnya...

Me and Zamani tak biasa nak bawak budak2... normaly we all pergi mana2 bawak Aisyah, aku dengan Aisyah akan duduk dlm kereta... tapi kali ni semua keluar... so agak mencabar... anak org... ilang ke apa, kes nyayaaa jerk... dah biasa shopping menonong dua org je... bila ada budak jadi tak senang sbb kejap2 tengok Aisyah kat mana... walaupun bawah pengawasan Zamani, mak long still ghisau...

So time kat kedai kasut... me and Aisyah berbual2... tetiba dia nampak buai... aku dah gelabah... dia nak jugak duduk kat buai... sementara tu tangan aku tengah pegang kasut... kalau aku lari confirm satu kedai bunyi hahah sbb bawak kuar kasut dr kedai... Zamani around, tengah tengok2 kasut semua... so terkeluar

"B! Tengok ARRYSA... " Instead nak sebut Aisyah terkuar Aryssa...im not sure Zamani perasan ke tak... but that time hati aku mmg mcm kena langar lori... mati sekejap...

Think about her tooo much?? I tot semua ok... seem me pun tak la teringat sangat...

Aku tak pernah jumpa dia... tak tengok dia mcm mana... just 2-4 month interaction dlm tummy je, aku rasa teruk macam ni...

May be aku terlalu xcited time pregnant dulu...

Balik je semalam, tanpa aku suruh, Zamani berhenti kejap kat kubur... may be dia pun tahu i miss my gurl so much sampai tersebut2 nama... but kami tak cakap mengenainya... sbb kami dua2 tahu... this feeling tak akan hilang... sampai bila2... , expecially me... tak mo pikir tak mo pikir... sometime terpikir jugak...

Aku kena tunggu result 'thrombophilia screening'...

Aku kena rehat dengan cukup...

Aku kena jaga pemakanan aku...

Aku kena jaga kesihatan aku...

Aku kena jaga mentality aku...

Emosi aku...

Sbbnya doktor tu suspect aku ada darah tinggi... tapi tengok history medical time preg tak ada lak mention pasal high blood presure... so tu la langkah2 yang perlu aku ambik...

When plan to get pregnant aku kena jumpa pakar kat Putrajaya sbb diorg cakap aku kena ambik few ubat apa kejadah la semua...

Org cakap senang...ikut je la apa nasihat doktor... bla bla bla... tak yah tengok jauh2... laki aku pun cakap benda yang sama, kalau doktor suruh ambik ubat, ambik je ubat... tak susah mana pun...dia suruh jangan stress, u tenang2 la diri you... yah... betul... lagi banyak benda yang perlu aku jaga, lagi aku bertambah risau... mentality kot... u TRYING not to get strees... 'TRYING TO' itu la yang buat kita jadi stress...

Plus! aku rasa aku dah sihat... tapi bila kena rancang... itu yang buat rasa tertekan... but i know tuk elak benda2 ini berlaku lagi, aku kena ambik kemungkinan yang berlaku...

My husband banyak sangat membantu dalam me-naturalkan mind set aku ni...

"Tuhan uji kita mcm ni, we still have Rayyan, Aisyah, Aliya, Mira, Mirin, Naufal, Nazmi around us... kita rapat dengan diorg so that one day bila tiba masa kita ada anak, kita akan tahu hargai anugerah Allah tu lebih lagi... we never know apa yang Allah rancang tuk kita"

Yah mugkin...insya Allah...


Wednesday, April 14, 2010

Nak kena potong tangan nih!

Bengang pun ada! Geram jangan cakap la... nak marah, suami... tak masuk syurga lak aku kang... org dok jerit2 pasal anak... aku anak nan ado... tapi suami saya yang berusia 34 tahun ini, berperangai seperti 3 dan 4 tahun...

Sejak dah kawin ada babu kat umahkan??? Semalam balik kerja dah mandi bagai dia bukak almari... mmg la bukak almari, takkan bukak ais box nak ambik baju, yer dak??

Almari aku tak la besar mana, takat tuk aku dengan dia oklah... ada 4 pintu... satu tuk aku dan satu lagi mmg baju dia sahaja... baju duduk umah mmg ku letak dlm laci... asing!!! kalau campur rasanya aku jadi badang kot...mmg pantang kalau baju yang ku susun elok lintang pukang.

Time dia lepas mandi, aku baring atas katil sambil tengok facebook... than dia dah siap wangi, dia ajak makan... aku bangun... dan nampak laci baju tak tutup... padahal dia dah nak kuar bilik... this is not first time... banyak kali dah...aku pun tak tahu kenapa dia suke bebenor tak tutup laci almari yang dia bukak. Selalunya ku tegur kesalahan dia bila dia tengah pakai baju, sikat rambut (eh dia ada rambut ka???) pakai jam dan sewaktu dengannya la...so jawapan dia mesti

kejap la... B tengah pakai bajukan?

Kejap la... B tengah pakai jamkan?

Kali ni... dia dah kuar kat depan pintu bilik...peluang ku tuk sound tepek kat dia!

"Eshhhh ni laki siapa la yang PEMALAS nak tutup laci baju ni! Ada balachi eh yang kena buat... "

Habis marah la ni! Dia pandang aku semacam... tak senyum ni...muke habis confuse... ingat muke bersalah.....korang tahu apa dia jawab???

"Laki ko la... takkan laki mak cik sebelah lak masuk umah ni..." Wakakakak dia gelak!

Alamak salah soalan laaaaaa... so kami gelak2 turun bawah... since dia nak kuar lepas makan (konon nak gi main futsal) dia naik, ambik baju extra kot... aku pun tak tahu la... sbb aku kemas meja makan. Bila dia dah pergi aku naik sekali lagi!!!Ingat nak lepak bilik, seram duduk kat bawah sorg2... bila naik... ermmmm mmg nak kena potong tangan encik Zamani ni....

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Keadaan laci baju dia bila aku naik bilik semalam. Korang tengok!!! tengok.. dah nama pun LAKI akukan...mcm dia cakap la, kalau laki mak cik umah sebelah dah lama aku bagi notis kuar umah dlm tempoh sejam... nak tak nak buat la... ni semua nak kena charge hujung2 bulan....kerja bertambah gaji hujung bulan pun bertambah la jugak ye... setuju En Zamani???

Pesanan buat en suami :- lepas ni kalau susah sangat nak tutup laci, nanti ku cabut laci tu ye! ini la susah manjakan suami ni... kalau anak ikut perangai abak! mmg ku piat telinga sorang2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails