Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Saturday, March 29, 2014

Orang baru?

KakHai... Rasanya aku tak perlu berselindung tentang kandungan aku kali ni... Yes im pregnant. Mmg pada awalnya aku banyak mendiamkan diri. Mmg indah saat itu apatah lagi bila kita mmg menunggu kehadiran cahaya mata... Ekceli aku dah sedia tuk mengandung selepas birthday amani yang ke dua tahun... Tapi Allah maha mengetahui... Berbulan2 cube gagal... Tapi siapa kita menentang dan mempersoalkannya...

Aku sendiri tak sedar yang aku mengandung. Pada asalnya aku merancang tuk buang cyst yg menjadi punca gagal hamil... Tapi doktor tak advice tuk buang sbb menurutnya cycts tu bole mengecil bila period di hentikan... So dia hanya bg aku makan ubat tahan period. 

Mula aku ingat kesan hormon bila aku jadi mabuk dan mual... 2 minggu jugak la. Tapi aku teruskan makan ubat sbb takut period. Period yang amat menyakitkan... Tapi mungkin Allah nak gerakkan hati. Aku tak puas hati bila baca article pasal ubat hentikan period tu tak beri ala2 kesan sampingan. No even tertulis pening pun. So no harm beli pregnancy kits... 

Terbeliak jugak la mata bila positive. Gi gyne scan janin dah siap ada kantung... Serta merta aku hentikan pengambilan ubat tahan period tu...

And now im 25 week pregnant. So far Alhamdulilla... Semua baik2 sahaja cume hb aku yang sangat rendah. Aku tetap ambik asprin as ubat cairkan darah. Sama seperti amani, aku tetap risaukan kandungan aku kali ni... Sama seperti amani bila melepasi minggu ke 20 kerisauan mula menghantui diri... Cume aku berlagak cool sbb tak nak merisaukan sesiapa... 

Sebaik je tahu mengandung, aku beli fatel dopler sendiri... Alat pengesan jantung baby...hampir tiap2 hari aku periksa denyutan jantung baby... Aku tak bilang sesiapa... Not even pada zamani pun... Try to be cool when ever i couldnt find the baby's heart beat...ye lakan, baby hanya gerak bila usia kandungan mencecah minggu ke 18 ke atas... Tapi walaupun ni kandungan ke 3, aku hanya dapat rasa dia gerak pada minggu ke 20... Tiap malam bangun check back heart beat. Bila bagitahu doktor diorg senang je cakap its to early...

Putrajaya pun tak anggap kes aku berat... Dulu time amani setiap bulan check up putrajaya. But this time so far pun baru buat 3 kali check up kat hosp putrajaya... Kk pun hanya check hb... Aku still buat dua tempat... Klinik Umra pun aku buat jugak... Just to make sure aku tak miss out to long pasal perkembangan baby...

Aku masih trauma dengan apa yang berlaku pada kandungan yg pertama... Its good to heard when doktor told you ur baby is healthy... You baby doing fine... Your baby ok... Takkan ko nak dengar benda buruk plakkan? Tapi setiap kali doktor tekankan kekurangan pada aku, i take it serious walaupun itu hanya dignosis sahaja...

Hb kurang... Almost 4 month hb below 10. Imagine tak? Diorg suspect me Telesimia plak ( ok spelling salah) sila google yer tu ejaan yang betul...

My fibroid membesar and now its 6 cm... Dah menutup jalan keluar baby... So i have no choice but to czer... HPJ dah confirmkan dan sama jugak dengan swasta... 

HPJ tak banyak la plan tuk aku... They told me kalau kandungan ke dua selamat, tak ada apa yang bole di risaukan... But aku tak boleh nak take it easy...so another or second option from swasta. 

Bila doktor rafi bg penerangan... Kau bole rasa nak pengsan kat situ... Its better la kau dengar risiko2 dari kau nak dengar semua baik... Bila tahu semua baik kau tak ambik langkah berjaga2 plakkan? Lagi bila di interview tentang rawatan yang di teima time amani bersalin... Since im on asprin sebenarnya apa yang aku lalui time bersalinkan amani rupanya risiko ada lah tinggi... Cume doktor rafi cakap Allah melindungi aku. They not suppose to do this... To do that... Siap doktor cakap doktor sana BoDoh... Ha senang2 ko nak bodohkan org? 

So few guide line di beri pada aku... In case kalau di takdirkan aku bersalin awal, aku kena pergi HPJ jugak... Unless its above 36 week...

Ermmm... Payahkan? But bila hati mula risau apa lagi yang aku boleh buat? Terus berdoa agar semua selamat... Terus berdoa agar semua di pelihara... Aku dan jugak baby...but kali ni hati cekal... Kalau dulu nangis je... Sikit sikit nangis... Kali ni i pretend 'ok' walaupun tak ok...

So dear baby...

Pls ignore perasaan ibu yang suke sangat risau lebih2... Pls be healthy... Gerak la sebuas mana janji kamu gerak and ibu tak terlepas pandang... Jangan risaukan ibu sakit i will take k of myself and makesure my health doesnt effect you at all... Kalau 'racun' itu penawar dan kalau 'racun' itu boleh membuat kamu sihat, i will take as long i know u safe.


Amani iman happy face... Everytime scan, dia akan jerit Raeesah... Every baby in this worle to her is raeesah... Kadang2 malu gak, dia suke2 panggil baby yang dia jumpa raeesah... 

Now terbukak la rahsia yang saya simpan... The reason i sent amani to play school sbb nak dia belajar berdikari so that dia tak terasa bila adik ada nanti... Sejak tahu aku mengandung, first thing we bought for her is her own katil... Walaupun ramai yang argue terlalu awal, tapi its better. Takkan adik ada baru beli, lagi la dia terasa. Ada org cakap dia akan terima sendiri ahli keluarga yang baru... alhamdulillah kalau dia bole terima... Kalau tak bole dan pk mak bapak dia asingkan dia? Apa langkah seterusnya? 

Rasa itu je kot nak cerita... 

Till than ok...







5 comments:

Deqna said...

InsyaAllah semuanya baik2 sajer...
so amani akan dpt adik girl ker adik boy? surpriseee....

take care cida... just enjoy ur pregnancy moment...:)

ieda iedana said...

Tahniah akak, to be blessed with pregnancy for the 3rd time.
Semoga akak dan kandungan sihat2 selalu. Semoga dipermudahkan segalanya.

anyss said...

Assalamualaikum,
Semoga dipermudahkan segalanya

Unknown said...

assalamua'laikum. :D

semoga akak dan family dilindungiNYA sentiasa. Insya'ALLAH, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. ALLAH hanya beri apa yang mampu kita tanggung. Semoga akak terus tabah dan kuat. Chaiyok2. :)

*selalu jadi silent reader je.. hehe *

♥ annafeez ♥ said...

as salam kak cida..wahhh tahniah :) ana ade baca status akak kat fb. terdetik jugak rasa kak cida pregnant ni. tapi ana senyap dulu ingat nnti2 nak tanya. tapi bila baca post ni rasa nk hug kak cida n say congrats hehe jaga kesihatan akak n baby ye. n u have do the right thing send amani masuk play school. tgk dari post akak kat fb byk perkembangan amani since msuk play school :):)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails