Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Amani Iman First day at Tremelbye

My girl finally enter school today!

Vangga mak nak walaupun nak nangis. Biasa la drama macam bebudak lain. Tapi harap tak la sepanjang kelas nangis. Sekadar sejam dua oklah.

Pagi ni bangun agak senang. Tak la payah sangat. Dia ingat nak ke play school dia kot. Bila sarung baju dia nangis sikit. Erm rasanya dia tahu dia akan di masukkan ke sekolah baru. Dia nangis. Peluk aku. Pujuk dia she going be ok today. Ibu dengan abak akan tinggalkan dia sekejap (kena mention kalau tak bole haru biru) petang sikit ibu and abak akan balik ambik amani balik

Amani ke pergi sekolah. Fave fun dengan kawan-kawan. Menyanyi. Menulis, melukis. Teacher pun mesti ada benda nak cerita, and so on!

Nampak ok!



Maafkan keadaan rumah yer. Macam dobi dah baju gantung sana sini. Ini kerja nenek. Kih kih kih. Suke tengok dia tersenyum riang. Tak bole cakap cantik/comel, senyum je. Hihihihi... anak ibu. Alahai keciknya kamu dulu. Dah cepatnya masa berlalu kamu dah kena masuk sekolah.



Full uniform. Tu kasut sekolah yang Zamani beli awal tahun. Beli sbb murah RM 8 kat tesco. Dia pakai ke GBOB je jalan-jalan. Sebenarnya bukan la kasut sekolah, sbb dia kaler puteh nampak macam kasut sekolah sebenarnya. Sanggup bapak dia cari kasut tu kat store. Nenek kemas sbb jarang pakai. Di sbbkan kasut dia tuk ke sekolah salah saiz, tu kena pakai seliper. Tapi pakaikan kasut ni. Nampak la nak ke sekolah.


My girl.... alahai senyuman amani tu buat ibu cair. 

Hati ni berat nak tinggalkan dia. Lagi tenang kalau dia ada depan mata nenek and atuk while me kerja. Malam tadi tak tido lena, ibu yang gemuruh macammana la amani hari ni

Bangun tido lulus!

Mandi lulus!

Pakai baju lulus!

Yang tak lulus sampai sekolah... hahahah tak pa semua budak pun macam tu. Its just dont take half day menangis dah nak... kang cik gu halau pulak. 

Aku rasa kalau dia happy hari ni, esok akan jadi mudah.Kalau dia rasa tak seronok lagi nampaknya seminggu ni kena bersilat la... fuhhh.... meningat aku, pada diri sensiri. Tak suke gi sekolah!!!!! 


Malas nak make up2 gi kerja. Heheheh hantar anak terus gi kerja. Zamani balik jalan kaki. Dekat sangat umah dengan sekolah... hehehe







Bagi yang tanya amani sekolah mana..... ini la sekolah dia.

Sekolah biasa-biasa je... sekolah yang aku cari dekat dengan rumah. Senang nenek atuk lari tengok. Nak lari jauh-jauh pun kesian kat diorg. So kalau macam ni dekat sikit, so jalan kaki pun bole. Guling guling je dah sampai... uhuhuhu

All the best

Aku potongkan rambut amani... senang sikit nak uruskan dia. Nanti aku cerita pengalaman dia potong rambut. Super baik tak sangka... anak siapa la tu, nangis nangis pun redha!

XoXo


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Thursday, August 6, 2015

Anak aku dah ke sekolah

Amani start sekolah.

Gelabah ko senah tak menyabor masukkan anak sekolah. Agak terlambat bagi aku la nak masukkan amani sekolah. Sbb mind aku selalu pikir dia masih 3 tahun. Padahal tahun ni dia 4 tahun. Tapi lambat lambat pun tak la terlalu lambat tuk mula.

Zamani macam serabut tengok bini tak dan nak hantar anak sekolah. Hahahah biarkan! Banyak faktor yang aku kena pikir... kalau dulu aku ada buat entrykan pasal early education program

Aku ada listkan apa yang kena buat tuk cari sekolah yang sesuai. Dan pendapat2 mak mak dan teacher-teacher pasal benda ni. Since amani ada behaviour issue, dia kena masuk sekolah yang special. Cume nak dapatkan sekolah yang istimewa tu kat klang tak ada. Tapi Alhamdulilla lepas dia join play terapi nampak sangat progress dia. Kalau tengok umur amani blm lagi 4 tahun. Fizikal dia yang tinggi yang macam budak 5/6 tahun buat nampak progress dia agak lambat. Expecially on speech.

Korang percaya tak dia sangat becok dan murai sebenarnya. Dia seorg yang suke tanya dan suke ulang ayat berulang ulang ulang kali. Tapi when come jumpa org luar dia jadi senyap. Totally different sampai org tanya dia tak tahu cakap eh.

Reason aku masukkan dia sekolah awal bukan la nak terus jadikan dia budak yang pandai. Tapi i think she need to develop skill berkawan dia. Biasakan diri dengan org. Memula sblm pose tu mungkin agak ok la nak start. Tapi ni dah nak dekat suku tahun akhirkan. So teacher pun cakap dia takkan paksa Amani. Kalau dia tak nak baca, tak nak menulis, diorg tak akan paksa sangat. Tapiselalunya bebudak ni kalau tengok kawan buat dia akan buat sama.

Pagi ni mencabar bila kejutkan dia bangun. Mengamuk2 sampai hilang sabar. Dia nangis2 yang ammar plak excited nak mandi pagi-pagi. Siapa yang nak gi sekolah ni? Walaupun ini hanya pendaftaran tapi aku sebenarnya nak dia tengok keadaan sekolah dia. Tak la isnin nanti terkejutkan. Asal ibu dengan abak hantar aku sini.

Semalam berbual dengan dia

'Ibu hantar amani school'

'Which school?'

'New school with new friend. But no Teacher Anne'

Muke dah lain... terus

'Tak nak!' when amani cakap tak nak, u kena tahu handle dia. Kena cakap dengan dia. Berulang ulang kali. And her type dia akan cume keluarkan diri dari situasi tu. Kira dia tak nak pun tahu apa akan berlaku next. Sbb tu bila tak ready dia akan menangis. Nangis sejam dua pun tak ada hal!

Dari semalam aku pujuk ikut ibu pagi ni... pagi ni dia macam biasa nangis nak mandi. Lepas mandi ok lak tak sabar nak gi school. Mungkin dia ingat kelas kat GBOB



During registration. Aku cerita sikit masalah amani yang ada behaviour issue. Sambil sambil tu aku biarkan dia tengok keadaan tempat tu so isnin nanti tak la dia rasa lain. Amani ni kalau tempat baru selalu dia akan buat perangai. Tapi kalau dah dua atau tiga kali dia ok. Sbb tu aku paksa dia ikut aku. Padahal lepas tu nak terus gi kerja. Kalau dia nampak mesti nangis sbb kena tinggal.



Dok berkepit dengan aku tak habis. Sambil tengok keadaan sekeliling.

Kenapa aku pilih tadika ini untuk amani.

1) Its full kindy. Tak ada kelas petang ke apa. Sbb bagi aku la... bagi aku. Nursery yang ada transit ni payah jugak. Sbb kalau tadika kecik ni, guru tak banyak. So aku rasa aku sangsi bab perhatian dalam pembelajaran, Sbb kalau full education ni mmg cik gu mengajar je dr nak tengok and perhatikan budak kuar masuk balik and nak pergi sekolah.

Correct me if im wrong pasal tu. Sbb yg aku nampak day care and kindy or nursery ni macam serabut sikit tempat dia. So aku tak dapat bayangkan mana budak belajar, mana diorg nak monitor budak2 transit, mana diorg nak tengok budak bawah 2 tahun ni. So kalau kita pilih benda tu, aku rasa ko kena pilih tempat yang betul betul strong tentang jumlah pendidik. Yang mengajar dan yang mengasuh. Tak leh satu dan ko buat semua.

2) Aku mmg nak cari islamic kindy for Amani. Aku dah survey few tempat. Tapi aku tak rasa its suit Amani. Sbb bab uniform. Kang kena buang sekolah sbb dia mmg tak boleh apa-apa kat kepala dia. Mksud aku benda tertutup. Pakai tudung adalah sangat sensitip bagi Amani.

So ko nak biarkan anak ko? Itu kan wajib. Yer aku tahu anak aku. Nak masukkan tudung tu dia dah macam lemas. Mungkin dia ingat org nak tekup muke dia ke apa aku tak tahu. Dia boleh jadi agressive dengan benda yang dia tak mahu. So belum masanya lagi. So sampai bila nak biarkan? Sampai dia sendiri ok. Sbb keadaan yang macam tu akan menyusahkan semua org. Silap2 cik gu benci. Tak pasal2 amani kena pelempang , aku masuk front page sbb cekik cik gu sbb pukul anak aku. Takkan aku nak susahkan mak akukan nak bergusti dengan cucu sbb tudung je.

Yes nampak macam reason aku ni bodo sangat. Tapi ko pun akan jadi bodo kalau ko dapat anak perangai yang macam ni. Ko give up.

Kindy ni provide kelas agama. So bagi aku cukup untuk asas. U dont expect anak ko tahfizkan? Kat Gbob pun ada ajar, doa, huruf2 kenali Allah...so untuk age macam amani, cukup! Tak perlu we expect more.

3) Im looking school yang mix with other races. So she can learn to mix around. Percaya tak kalau aku cakap amani fobia kalau berhadapan dengan org bangsa cina or india. Everytime we go klinik pead dia mmg cina. Jumpa selalu ni tapi dia punya takut macam nampak apa. Sama gak gi minum kedai mamak, dia akan menherit kalau org tu tegur dia. So mix with other races so that she can learn to respect bangsa lain.

4) English basis. Bukan nak berlagak nak anak bagus sangat. Tapi amani mmg tak tahu bahasa melayu. Dari dia tercengang tak tahu apa-apa dan terasing aku rasa ini adalah terbaik buat amani. Even tadi teacher ada mention kelas dia ada dua. Satu kelas yang mengajar bahasa melayu dan satu english. Tapi kelas english semua cina and india. Majority. Sorg je melayu dan nama budak tu pun amani. Tapi aku request subject bahasa melayu jugak tuk amani. Mungkin ada extra class juga la kot.






Sekolah start 8.15am to 12.15pm

Teacher tu tanya kalau amani berminat nak masuk concert. Hahaha masuk kelas pun belum. I dont know. She love singing. Hahah mana tahukan... hujung tahun concert sekolah tapi teacher cakap diorg di latih since june lagi. Ehem ehem jangan di duga anak dara ai tu...

Silap2 buat persembahan solo. Bangga ibu nak!

No objection from me. If she interested and nak. Go on.... Time ni nak tahu interest dia apa kan?






Baju sekolah terus dapat hari ni.... mak dia teruja bukan anaknya! Hahah amani malu nak sarung depan senior. Masa bebudak tu aku dah ambik. Sbb tu la diorg duduk sesaja. Elok je duduk sementara teacher attend auntie.





Ni kelas budak 6 tahun. 

My target until hujung tahun ni, amani boleh bergaul dengan org. That is the first target. Tahu baca, menulis ke apa we let her learn slowly sbb baru 4 tahun kan? Kalau 5 tahun she can start balik. By age of 6 ke boleh focus on academic school macam q-dees and smart reader. Tapi kalau amani ok boleh baca semua tak pa la continue je sekolah ni until 6 years. Sbb ada target. Macam rayyan smart reader, umur 6 tahun baca paper ko!

Ha tak yah susah. Masukkan anak ko terus university kalau dia boleh baca paper. Heheh tu harapan mengunung. Aku sendiri pemalas ubi, aku sendiri tak baca surat khabar english. Heheh mana tahu kan. Bole la anak aku masuk list menteri. Hahahah bijak sikit dr apa yang ado.

Harapan!

Ok wish amani luck yer... mak dia yang excited. Hua hua hua

Akhirnya anak aku dah sekolah...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, March 10, 2014

Amani Iman's Class 5th week @ Genius Baby On Board

Salam!!!!

Aku mak yang sangat poyo! sila maafkan saya kerana kepoyoan saya yer... i love to update on my doter progress. Rasa macam satu kejayaan... tak la sesusah mana. Yes ko kena korbankan masa. Tak guna hantar anak ke sekolah tapi kat umah tak buat apa-apa... nakkan hasil org kata kena korban.

Dah banyak kali aku mentionkan pasal ni? korg bosan tak? heheh... anak2 semua lain. Aku buat mcm ni sbb aku rasa kekurangan dalam mendidik amani. Aku anak sulung, walaupun ada adik tapi beza ok... adik2 aku takut dengan aku, apa pun diorg report under mak pak akukan? Bukan aku pun. Macam Amani, aku suke sbb kami semakin rapat... kalau sayang ibu, dah leh nampak dah, tak banyak  percent dengan abak je... kalau dulu nampak sayang ibu 30% abak 50% now, can said sayang abak 55% and ibu 50%... hoyeahhh....

Untuk minggu ke 5 ni, aku masih risau tentang penerimaan Amani Iman dengan sekolah. Macammana la kan? Bila tunjuk baju sekolah dia jadi excited...



Nenek pun excited... dah tambah tugas nenek menjaga dobi baju kami sekeluarga... aku dengan Zamani kalau ko tanya baju kerja ada, kitaorg jawab ada je... sbb mak aku mmg sediakan baju tuk pakai seminggu kerja... so dia lebih arif nak tahu ada ke tak ada... hahah kejam tak aku dengan suami?? Tahu2 kalau dia lupa dia tanya kitaorg

'Baju kerja korang adakan?' 

Ni nenek excited amani sekolah... cucu sekolah sejam hari Ahad... bila cakap amani dah dapat uniform dia punya gelabah. Ari tu dapat je uniform, aku simpan, so malam ahad tu baru la keluar. Bising nenek amani, nak basuh dulu, nak gosok... adehhh... nenek macam tu... cucu plak macam ni...



Nangis2 nak pegang baju tu... dah tu gambar tu dia cakap Raeesah... hahah asal baby je Raeesah... kalau budak lelaki UMAR... hahah... sian anak aku... dia set mind dia, Raeesah tu gelaran bagi baby2 seluruh dunia. Dan budak lelaki UMAR...


Gasak memalam nak pakai baju sekolah... 

So sekarang hujung minggu selalu tido lambat... sekarang tak lagi... anak dah sekolah. Amani kalau tak cukup tido dia moody. Tak nak ganggu mode dia ke sekolah. Tengok banyak benda ko kena korban... hahaha. Sampai cerekarama pun aku tak tengok. 10 t0 1030 dia kena tido. Paling lewat 11 malam...



Pagi ahad bangun tak sabar nak siap nampak baju sekolah... Amani ni ko tak leh predict... yah you cant!!! sekarang tunjuk mood yang elok, sampai sana, dia boleh bertukar... apa ni? kokan sama zodiac dengan ibu. Virgo orgnya santun... tapi ko punya perangai macam mak ngah ko... perangai tak leh nak predict. Kalau baik, baik sangat, kalau datang mood bengang macam apa je...

That week class start kul 10 pagi... lagi la kak chik ni kena tido awal

Sampai sekolah Zamani hantar sampai tangga... dia tak leh nak masuk kelas sbb anak dia kalau nampak dia mula buat perangai... naik2 je dia duduk dengan tertibnya... hahaha... Nampak2 kawan, terus tak tentu arah... yang best!!! She start salam semua mommies kat situ! Suruh salam uncle2 dia takut, nangis! mengada...uncle teacher (suami teacher Anne) sampai sekarang dia tak salam... bikin malu la ko nak!

Gambar di awal kelas tak banyak yang aku ambik... video wajib! heheh



Amani duduk dengan akur. Tak yah tarik2 dan tak yah nak wrestling dengan dia kali ni... relex dia pilih tempat duduk...



Class start ni muke belagak anak dara ai... eh... ko dah berani? elok je tahu nak duduk mana. Suruh diam dia tenung kita tajam... suspen jugak... dia ni biar betul...



One week tak ada kelas. Aku lupa, one class skip sbb Teacher Anne tak ada. So class cancel. Itu yang buat aku risau sbb week 4 class dia dah ok ok kan? Takut dia jadi balik takut...

Rata2 budak2 mmg buat perangai that day... sama je dengan amani... sesekali dia bunyi jugak. Tapi kalau selalu bunyi sbb mak dia paksa, kali ni, dia bunyi sbb mak dia halang apa dia nak buat... pening sekejap




Camera phone tak ada antishake...hahaha... minah ni kan lahir tahun arnab... so melompat je la kerja dia... kali ni , aku tak temankan dia pergi depan. Bila nama kena panggil dia dah berlari... syukur... bila balik kat pangkuan mak terlompat2...

Gasak la... janji ko enjoy



Bila lagu good morning je dia pun goyang inul! hahah sangat terkejut... enjoy the song so well... siapa la yang ajo ko menari2 ni nak?? tengok tak budak kecik tu, nama dia Mikail... first week amani join dia siap marah amani, agaknya bising2 balik la! ganggu... kali ni bising jugak, terjerit2... ya Ampun...

Than time art class... amani minat art class aku rasa. Atau dia tak sabar nak duduk kat meja tu...

That week kita belajar pasal touch/sentuhan. So activiti tekap syiling and kaler...



Ok still nampak tak biasa... penat latih kat umah. Ko tahu je la dia pegang pensil or pen hujung pen. Macammana ko pegang 'S' Pen (siapa pakai NOTE samsung tahu la kan). Itu dia belajar dr bapak dia... now dia bole pegang pensil cume teknik salah sikit ar.


 Pandai2 la amani... ibu bagi kamu conteng2... sbb ibu nak ambik gambar. hahah... Sian kat Zamani, dia nak tengok pogress amani. Tapi dia dalam pantang. hahaha... sbb anak dia pantang tengok dia. Kah kah kah... so record la apa yang patut tuk bagi dia tengok. Seronok perkembangan anak ni. Dan aku nak dia tahu! Susah jaga anak... hahah ingat senang ke??? 

Aku nak dia ambik cuti kalau amani masuk sekolah. hari sukan amani, hari report kad,  hari kantin amani... bukan amani je, semua anak2 dia la... biar dia tahu sikit... well kita berdua di besarkan dengan bapak yang sibuk. So semua mak je... now aku paksa dia... tak ada tak! hahah kejam sikit.

Yer la amani bukan anak patung. Apa pun dia nak ibu abak dia ada... kan kan kan?


Budak2 during art class....ini pun latihan tuk aku... bila kat sini rasanya mak banyak buat dr anak... anak ni kat umah sampai ke dinding2 nak conteng. Kat sekolah dia main 5 minit dah penat... mcm amani iman.... kejap je dah tu 'Dah ibu, dah'


Buruk??? to me its beautiful... 

Semua hasil kerja Amani aku simpan. She suppose main2. Tapi mak dia sayang sangat. Macam beli harga juta! Sayang bukan main... dia cabut aku ambik gam tampal balik (tuk hasil art yang lepas). Nanti aku cerita eh... 

Lepas kelas, dia bebas. Aku biarkan dia main sementara nak tunggu Zamani datang jemput.






Mommies2 semua duduk sementara nak tunggu turn jumpa Teacher Anne... macam amani sejak week 4 mcm tak berkesempatan nak duduk berbual dengan Teacher Anne. Cume berbual kat watsapp. Aku rasa sangat happy dengan progress amani


Kalau dulu dia tak berani, kali ni dia jadi ketua darjah... hahah kasar betul main dengan kawan2... 


Kalau dulu dia suke main sendiri, tapi now dah pandai bawak diri... that my gurl! sayang kamu nak!


My Amani Iman Zulaikha!

enjoy the video.... abaikan suara mak yang menghalang... hahahah








Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Tuesday, February 25, 2014

Baby Febuari


Salam...





Happy birthday yang ke lima buat anak buah saya Muhammad Rayyan Khenhaizi... pejam celik pejam celik dah masuk 5 tahun dah si bujang ni... satu2nya cucu lelaki en Rusli...bukan main sayang si Rayyan ni. Sbb semua claim dia muke atuk Rusli... hahaha... tuyang bonus tu. Apa je semua boleh!

Rasa macam baru je tengok kelahiran Rayyan... semalam dah sambut besday yang ke 5.

Since adik aku suke melahirkan anak2 dekat2... so dia sambut besday anak2 dia sekali... Raeesah bulan 1 Rayyan bulan 2... beza sebulan. Tapi nak jimat kos gabungkan... hahaha so on16 Feb iaitu on date laki dia punya besday dia sambut besday anak2 dia kat Kenny Rogers, Subang.

Tema???

Monster University... si checah pun bukan main pandai dan suke monster yang mata satu tu...



 Yeah...1st year celebration for Raeesah dan advance 5th birthday tuk Rayyan...

Banner adalah hasil karya pak long Zamani... bukan main! Dia kalau design2 bukan main lagi... bagi kat dia.
Gambar yang sweetkan? Itu la dua beradik ni...




Goodies tag pun hasil kerja Pak long Zamani. Tugas mak long bagi gambar dan cari background. Handphone mak long tak canggih! nak edit2 ni susah....


Goodies for the party.... sama mcm amani je... heheh. Dari company yang sama....aku nak buat kan tapi adik aku sanggup bayar lebih kat org... ahak!


Meja setup... aku datang lambat sikit sbb anak sekolahkan... hahahah... memula nak kuar cepat tapi kan aku cerita amani had really fun kat sekolag, so macam kesian nak balik awal time anak tengah ok! So kul 12 baru gerak ke subang. Sampai dalam 12 lebih, tetamu dah sampai tapi tak start lagi...so sempat la nak saksikan party start potong kek.


Princess yang sangat mengantuk.... dia ni kan baik sangat! Macam mak dia sebijik, kalau mengantuk mana2 pun bole tido... haiyo... ni pun mata macam tak rela nak bukak je... nak tunggu majlis potong kek lambat bebenor!


Ketiduran!


The cake!


Rayyan yang happy dah teruja... ada badut, ramai org, banyak hadiah... Raeesah ko tengok, angkat kat stroller je... dia ok dah, tak hek tak hok... anak aku yang tak sambut pun meragam kalah raeesah. Ada je tak kena, sbb penat. Nak ajak balik.


Tu dia!


Nampakkan muke excited Rayyan?


Checha pun enjoy siap tepuk tangan...


Badut yang sangat multipurpose, dia MC, dia la ustaz yang baca doa, dia yang aturkan jenis game, dia jugak DJ... hahaha... dia juga yang buat belon tuk bebudak... ko mampu??? berbaloi2.


Nenek tak ketinggalan nak jugak!!!! Dapat belon 







Layan gambar la yer... susah nak cerita... janji update... hahaha... gambar last ni aku nak tunjuk yang Rayyan tengah dating berdua, sekali mak budak perempuan tu masuk... hahaha... Rayyan merajuk tah pasal apa. Terus bawak diri sorang kat meja tu, dah tu cozen dia (belah papa Rayyan) datang duduk. Macam Gf pujuk BF... tapi bila mak ada dalam gambar macam mengadap mak mertua... hahaha


Nenek collect belon, cucu petik pokok kat Kenny Rogers... elok la tu, siapa yang excited agaknya? 


Tangan nenek penuh dengan belon... lawak tul.... mak aku ambik belon2 yang ada kat kenny rogers...katanya ni semua duit!!!! hahaha... 

Than semalamkan besday Rayyankan? so mak dia nak sambut la kat sekolah dia dan nursery... jadi pertolongan mak long amat dia perlukan...

Yelah sbb mak long sayang korang lebih mak long tolong la...



For 70 org.... sekolah 30 org dan Nursery 40 org... 


Sekolah nak tema ben10... yang nursery checha punya... so baby minney and mickey. Checha lagi over dr abang sbb banyak kawan... glub...



Fidah beli kek hantar kat Nursery, kat sekolah, hanya goodies. Mak long tak leh la... sian plak bebudak. So ambik tempahan kek moist choc dari BFF time sekolah. Azean... siap dengan sudu... bagus! bertindak ikut keperluan persekitaran... aku pikir gak macamanan bebudak ni nak makan kek. Mmg kena saman dak Fidah dengan kawan2 sekolah Rayyan sbb kotorkan uniform. Dah ada ni oklah...




Ok boleh order lagi...kang Amani iman punya besday bole la order... tapi nak bagi siapa? hahaha anak ko sekolah pun play school dia 7 or 8 org je... ahak!besday bapak amani pun bole...




Hasilnya! puasati kalau buat tuk anak2 ni... sbb tu la anak buah aku sayang lebih... hahaha... harus la sayang! mak long geget pipi sorang2 nanti!


SEKIAN!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails