Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, May 27, 2016

Eo young living review

Aku tak pasti sama ada aku ada mention pasal product eo ni dalam entry lepas. Kalau nak tahu aku salah sorg peminat Eo yg usha dr jauh. Hahahah mahal kau! Tp dua jenis minyak eo yg aku gune mmg tak mengecewakan. Cume dulu nak beli tak mampu sangat.

Aku gune RC dulu. Time tu ammar admited last year. Pengetua amani kat play school yg kenalkan. Chewah otai cik gu wati. Aku agak sangsi la memula. Tp pernah dlm kelas gbob sorg student batuk agak kuat. Jenis yg kahak banyak ni. Teacher wati sapukan. Terus dlm masa 10 minit batuk budak tu reda. Bukan 8la ilang terus tp reda. Sbb dia strugglekan batuk nak kuar kahak. Tp lepas2 tu batuk tu slow.

Than gune RC terus je serasi.

Second is Peace and calming (pnc). Since amani ada behavior issuekan, bangun pagi nk nangis. Mandi nak nangis, pakai baju nak nangis. Diorg suggest aku pakai PNC. Alhamdulillah nampak la kesan. Tetiba mood amani baik je.

Now dah start kerja, aku start balik nak gune setiap botol tuk kegunaan anak. Yer la payah nak makan ubatkan?

Ekcelikan semalam amani admited kat hosp due to athma. Pasal tu nanti la aku cerita. Tp dah nama title pun review eokan? Aku tak sabar nak kongsi.

Aku beli RC ni dah botol ke 4. Mmg kena ada. Sbb aku pun athma. Pakai gak la. Baru tahu betapa leganya kalau sapu time2 rasa dada ni sesak! Budak lagi la kan? Mmg tido la kalau kena.

Semalam amani bukan sahaja kena serangan athma tp dia kekurangan oksigen. Bacaan adalah below 90.



Dan amani di tempatkan di unit HDU tuk pemantauan. Mmg flat betul dia. Kebetulan aku beli RC dan oregano. Beli tuk anak bujang sorg tu. Sebenarnya tak ada duit nak jab ammar and aiman pnemococal ( sori spelling confirm salah... hahaha) suntikan cocal tu la. Suntikan jangkitan paru2 yg di takuti. Yg bole meragut nyawa kanak2. Amani dulu ambik dose yg ke tiga. Itu pun harganya RM 200 lebih nak ke RM 300. Lepas inject tu nampak la dia kurang sangat sakit demam, selsema. Sbb sblm ambik jab amani kerap sakit. Lepas2 tu je alhamdulillah.

Tuk ammar dengan aiman bukan la berkira. Tp tahu la akak tak kerja that time. Mmg aku concern pasal penyakit tu. Kalau bebudak ni batuk berkahak je mula la pikir akan kuman tu. So bila baca review pasal oregano, aku rasa aku nak cube.



So di pendekkan cerita, aku tak rasa amani akan pulih dengan cepat. Sbb macam aku cakap la, semalam dalam masa 1 jam 4 kali neb secara berterusan. Sampai kena ambik oksigen sbb oksigen tak cukup. Aku sapukan rc dan lepas sapu tu dia akan terlelap at least setengah jam. Than lepas tu nangis.

Keadaan dia semalam sangat2 lemah. So pagi tadi pun sama je. Tak ada beza. Sampai doktor cakap by 12 noon tak ada perubahan, diorg nak pasang drip lain pada sebelah tangan tuk masuk ubat. Imagine la ko sebagai mak, doktor cakap mcm tu mesti ko susah ati. Apa susah sangat nak baik?

Doktor dah minta nurse tuk get ready letak cream bius. Tuk kebaskan tangan kiri amani. Sblm gi kerja ( yer saya kerja jugak ari ni) sapukan oregano di tapak kaki. Kul 2 tanya zamani, doktor cakap progress amani baik so tak perlu cucuk, sambung ventolin je.

Good news kan? The power of oregano??? Kuasa Allah itu sudah pasti. Tp kita usaha dan tawakal.

Balik kerja jumpa amani, dia dah mula active. Dah turun katil. Dah start makan. Which aku rasa awal perubahan dia. Kalau tak otak berfikir berapa lama la lagi dia nak stay sini.



Kakak kawasan dah sihat, bukan main gaya ambik neb. Hihihihi



Malam ni dah ada selera nak makan.



Dan malam ni bacaan oksigen dah atas 90 to 100. Mmg 100 tu max. So dah capai.

Alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan semuanya. Cepat sembuh yer amani....

posted from Bloggeroid

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails