Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Friday, November 25, 2011

ZamCida / CidaZam Juniour

Dulu sebelum kawinkan... gedik la nak tahu muke anak macammana.

Tengah cari file tetibakan ternampak la print screen ni. Teringat dulu pernah buat entry pasal ni kat blog lama. Now nak share kat sini. Try masuk website ni tak ku jumpa application ni. Kot la muke Amani Iman Zulaikha kuar. Tak pun muke kakak dia Aryssa Dania Zulaikha kuarkan?

Sbb tu gambar aku dengan Zamani gambar tak boleh bla... hahaha. Dua2 buget hansem dan cantik. Ini la gambar fav kami nak tunjuk kat org kami ada rupa. Padahal???? kih kih kih. Pitam la sampai tua ko gune gambar ni.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan outcome rupe bakal anak???


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tah anak jepun/korea mana la diorg bagi kat aku. Kih kih kih. Dah tu ko feeling gatal oooo muke anak aku macam gini dah kawin. Menatap la wajah ni, tu yang tak sabar nak kawin tukan? Wakakak (kutuk diri sendiri di benarkan)

Tapi ciptaan Allah lagi hebat dari imiginasi manusia ni. Alhamdulilla tak sama pun janji anak kita sihat, sempurna. Syukur dengan rezeki Allah berikan.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ini hasil me and Zamani yang sebenarnya... heheh mana lebih cute? Imiginasi atau reality?

P/s :- Allah berikan kita rezeki dengan pelbagai cara. Sesungguhnya Allah tidak berlaku kejam. Ada dia berikan rezeki (anak) dan ada juga tak di berikan rezeki anak tapi rezeki lain (harta, kemewahan, keluarga). Apa pun punca rezeki tu, kita sama2 la bersyukur. Maaf kalau ada yang terguris dengan entry2 aku sekarang ni. Bukan nak show off atau berlagak. Percayalah sbb aku pernah berada di tempat kalian dulu.

Thursday, November 24, 2011

Topik minggu ini

Tertarik dengan status seorg adik di muke buku... buat aku nak blog tentang ni. Bukan nak cerita laki sendiri buruk atau jahat. Just berkongsi di sini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Bukan susah nak jadi seorg ayah yer... mak tu kompom kompom la kena terima semua tanggungjawab tu. Yang bapak ni kau boleh tengok la dia lelaki yang macammana. Sama ada dia seorg lelaki yang sangat romentik, lelaki yang penyabar, penyayang, ko boleh nilai bila kau dapat anak sok!

Terus terang macama korang tahu abang Zamani korang jenis yang romentik (chewah) ambik berat, bertanggungjawab sampai bukan masalah dia pun dia nak bz bodi. Hahah ok tu gurau! dia bukan mcam tu. Kalau libat family dia akan lebih lebih. Anak sulung la katakan?

Ok meh aku cerita la. Bukak pekung kain sendiri. Hahaha

Korang tahu la aku dengan Zamani susah tuk di pisahkan. Mana pergi bersama. Kalau dia balik lambat atau aku balik lambat, calling2, msg2 gitukan? Before mengandung pun dia suam2 kuku je. Nampak dia excited tu tak la sangat. Dia lagi excited during aku mengandungkan Aryssa dulu. Mungkin tu anak pertamakan? So yang Amani ni kita tak nak suke2 sangat. Dia beli apa-apa pun diam2 je tak bincang dengan aku semua. Ok fine! Itu sebelum ada anak.

Aku stress bila lepas bersalin. Mungkin sbb dah melekat selalu agaknya, bila dalam pantang dia kena pergi sendiri. Aku stress sbb malam tak tido jaga anak, siang mengharapkan dia jaga anak, aku konon nak rehat ler, dia balik lambat. Kalau pergi kedai depan umah mak tu, Ya Allah macam dia gi kedai kat melaka! Sampai aku bosan. Aku pikir dia nak lepas tangan je. Mmg selalu la ketat muke.

Plus zamani ni kalau dengan adik2 dia, dia mmg lupa bini dia kejap. Asik ilang. Sekarang sms pun tak pernah. aku call tak angkat. Ya Allah mmg aku rasa geram nak letupkan dia je. Sampai satu tahap aku pikir kalau dia nak anak lagi tak nak la! aku sorang2 susah payahkan? Jadi segan la... duduk dengan mak mertua, walaupun mertua aku tak merunggut tapi kita sendiri kena la ambik berat, mcm aku perlukan dia basuh baju, kemas umah atau bilik sikit-sikit, sbb dalam pantang aku mmg tak buat satu kerja pun. Jadi kita tak nak la susahkan sesiapa. Bila dia menghilang tu aku pantang betul!

Apa yang aku boleh cakap abang Zamani ambik sikap sambil lewa!

Tapi itu dalam pantang. Lepas pantang start kuar together2, Amani Iman kadang2 kita bawak, sometime tak. So personally aku tengok dia banyak habis survey barang tah apa-apa tuk anak dara dia. Baju la, stokin la, susu, pampers. Sampai aku pun join sama survey ini dan itu. Padan la lama sangat kalau keluar. Dia belek2 itu ini.

Kerete pun tinted, sbb tak nak anak dia panas. Aku duduk sama dengan dia dua tahun, haram nak tinted bila aku mengadu aku panas. Hahaha.

And Amani Iman pun sangat rapat dengan Zamani. Mmg aku jeles. Amani Iman kalau siang dia tahu bawak diri. Malam mmg ko tak dapat tido selagi dia tak dapat abak dia. Mcm malam tadi. Mmg lawak. Aku ajak Zamani kuar beli kipas sbb Amani ni puteri lilin, habis ruam kepala2 dia. Pipi pun kasar2. Than sbb anak buah aku Amira ada, kami bawak gi makan. Amani mmg kalau ibu dengan abak dia nak kuar dia mmg suke nak ikut. Kalau tak dia melalak sampai la ko minta maaf kat dia sbb tak bawak. Seyes! itu la anak Zamani kalau korang nak tahu. Eh sori ibu dia nak minta maaf. Hahah kijam! Laki aku je minta maaf bagai kat anak dia. Mengajo sangat.

So pendek cerita balik, aku tukar lampin semua. Zamani kuarkan barang2 dari kereta masuk umah. Si Amani ni mengantuk minum susu. Boleh dia meragam!!! imagine la! Sudah! Mak aku dah bising kata bawak anak kuar malam2, ada benda tegur la apa la. Aku lak siap tanya2 budak tu asal nangis? Si mirah muke pucat siap baca fatiha dalam hati.

Zamani dukung je, dia senyap!!!! ko tak meroyan tengok anak ko menangis sbb nak bapak dia??? Satu bunyi tak kuar siap senyum2, tido di pangku abak dia. Abak dia bangun dia mula la bunyik. Aisss pelik sungguh!

Tapi bagus la aku ler senang. Ha ha ha.

Mandi pun mcm tu. Kalau aku mandi ok la dia bunyik sikit2... tapi kalau abak dia??? gedik! sengeh2. Kalau lambat siap paling tak dia kencingkan abak dia je. Pastu buat muke cute! Mana abang Zamani korang mampu nak marahkan?

Alhamdulilla. Mmg betul la kata org. Macam adik nina Zee tu tulis. Bila ada anak ni lagi la ko tahu dan nilaikan suami ko macammana. Mungkin Zamani tak ada pilihan sbb anak dia mmg nak kat dia je. Senang ati bila gi shopping ke jalan2, mmg Amani Iman mudah tido dalam jagaan abak dia. Kalau dengan mak dia? Banyak hal. Jap nak susu. Jap tak nak, jap nak dukung cara duduk, jap nak baring, jap nak berdukung. Last2 kena marah, dia lak nangis macam kena pukul.

Tapi rasa berdosa bila makan kat luar macam ari tu, aku makan dulu. Zamani makan after Amani Iman tido. Mesti org kata aku isteri tak gune buli suami. Hahaha. Tapi hakikatnya mmg mcm tu anak diakan?

Itu yang org tak tahu and tak nampak... hahah... muke may be muke Zamani, tapi part nak perhatian ober2 ni, sentap menyentap ni mmg kompom genetik aku. Kih kih kih. Nasib la ko Zamani, bila berdua mengadap isteri yang banyak ragam.BIla dah ada anak lak, anak ekau copy cat perangai mak dia... tunggu dah besar. Kita pakat sentap sama2... see dady akan pujuk siapa? Ibu ka anak ka??

Hope apa yang jadi kekal selamanya... jangan abang Zamani korang bosan plak dah.

Wednesday, November 23, 2011

Amani two month

Amani dah dua bulan lebih dah! baru la ibunya terkedek2 nak update pasal dia.

Selalunya kami ke poliklinik UMRA. Tapi yang check baby bukan DR Umu or Rafi or Karamjitt. Semua tu dr fav aku tuh! Tah apa tah doktor tu. Lambat satu hal. Dah tu tak beri keterangan apa-apa pun.

Time Amani Iman nak sunat, Dr Umu yang take ober. Dia yang beria2 cerita penjagaan baby. Sbbnya Amani Imankan premature 35 weekkan? So dia yang suruh minum S-26 sbb dia kata kecik.

Sila tahu berat Amani Iman lepas lahir turun from 2.5kg ke 2.3 kg... so kecik sangatkan?

So bincang dengan my mother in law. Kot dia kenal mana2 pakar kanak2. So she suggest pergi Salam medical Centre. Doktor situ semua mak kenal. So we decide nak tukar PED kat sana. Sok kalau Amani Iman apa-apa senanglah. Bukan la mintak. Tapi aku dah tengok banyak org kena. Anak sakit gi klinik, dr bagi ubat ini itu. Dah teruk lepas tangan, by that time tak gune lakan? Kita ni bukan la ada kelulusan medic ke apa. Apa doktor bilang kita nganga mulut je la.

Ok aku mmg ibu yang paranoid sikit. Kalau klinik kerajaan bukan aku tak nak pergi. Tah macam aku cakap macam2 aku dengar. Dah la akak ko susah nak dapat anak. So mmg tak mau ambik risiko. Bukan la belagak ke apa. Mmg time mengandung tengok nurse2 ni check perkembangan anak2 best je... penerangan sangat terperinci. Aku tak question about the nurse in general hosp or klinik. Yang aku question adalah doktor. Sometime macam tak bertauliah. Tengok je time aku mengandung. Dia macam MENDENGAR saje. Do something bole? Paling tak tulis dalam buku.

SILA RUJUK HPJ. Lorrr buang masa aku buat apa??? But nurse kat klinik kerajaan mmg bagus. The thing is aku tak percaya kalau bab2 inject ni. Sbb cara diorg inject mcm inject ayam... hahah ko bual2... ko gelak2 dgn kawan2 ko. Aku rasa tak selamat. Sori but that the fact la...

Awal tahun aku akan ambik Insurance tuk Amani Iman... now expenses banyak lak. So buget nan ado. Insya Allah awal tahun aku ambik plan tuk Amani Iman. Sbb aku bukan org senang.

Panjang bebel!!!! jangan marah naaaa

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan hosp SALAM mmg bagus! the doktor sangat friendly... nurse 2-3 org masuk dalam tu... semua baik. Sampai aku nak kuarkan buku kesihatan Amani Iman, payah nak ambik nurse tolong pegangkan beg aku... nice tak???

Alaaa korang mesti cakap biasa la tu tolong menolong... well poor me, sbb aku masih belum dapat layanan macam tu kat sepital mana2... kah kah kah.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dalam masa sebulan anak aku menambah berat sebanyak 1.56 kg.... yup sebulan ari tu 3kg.

Dan doktor NIK ni sangat peramah. Sebelum dia buat suntikan, dia terangkan pada aku, zamani dengan MIL suntikan tu tuk apa. Cover tuk penyakit apa. Kesan dari suntikan tu. Which is bagus la... at least aku dengan Zamani tak la terkejutkan. Sbb lepas injection tu, Amani Iman demam... not nice! Cube kalau tak ada penerangan, dah tentu aku dengan Zamani terpinga2.

Injection dia cost RM 129. Tutup mata je la... kalau kat klinik kerajaan freekan? That the cost yang aku kena bayar atas 'paranoid' aku... sorry hubby kamu yang kena kuar duit. Kih kih kih...

Malang mmg tak berbau. Mesti korang kata, 'alaaaa kalau kat tempat berbayo pun kalau nak kena, kena jugak. Baru ada akal!'

Sekurang2nya terjamin sikit rasa tukan? Sbb tu la aku berkerja. Ikut hati bila dah habis bayo credit card dan hutang2 tu, rasa nak berhenti kerja jaga anak. But semua ni tuk Amani dan Zamani. At least pendapatan aku bole la cover apa-apa yang patut. Sekarang semua ni bukan free.

Mmg ku akui banyak belanja kena kuar ada anak ni. Walaupun we try to buget on certain thing. Tu pun kos beli stroller, baby cot, car seat, dapat jimat sbb hadiah dr kawan2 dan family. Kalau tak?? Gue cakap rambut abang Zamani tak tumbuh, rambut lebat gue pun makin luruh tau!

By 3 month abang Zamani dah kuar arahan... Amani Iman kena gune cloth diapers... waaaa cuci la ko! Tapi tak susah nak cuci cloth diapers ni. Sental menyental pun tak. May be nak cari apa yang ada kat mother care. Bring my sista or my BERAS yang expert pasal ni boleh tunjuk i product yang menyenangkan. Mungkin kos dia mahal tapi berbaloi compare kita pakai lampin pakai buangkan? See how la... kalau penat mungkin akan minta request allowance bulanan di naikkan? Haiiii banyak abang zamani save, habis yang ponat bini dia?? hansem muke diakan? Ho! ho! ho!

Tuesday, November 22, 2011

hilang sudah macho!

Dulu lelaki ini sangat macho... bole laaaaaa... bagi aku lakan?

Semua cakap zamani hiphop... hahah hip hop sbb dia suke pakai seluar yang paras lutut dan cap tu je... yang lain hopeless... wakaka lariksss laju-laju

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Senyum melihat anak dara dia. Beg yang dia sandang tu, jangan la ko mimpi ko nak letak barang ko,kan?

Tapi barang gurlpren tomei kecik tu tak pa! mak sentap uols...

Kasi zoommmmmm


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Tak pa la... at least lega sikit handbeg aku kan??? hehehe.

Majlis sang puteri

Ok ibu Amani Iman sangat sibuk. Ada dateline yg bos bagi sampai 15 dec report kena ada pada dia. Wallaweh! Harus ambik serious sbbnya akhir tahun apa lagi yg di harapkan bonus and increment.

Byk cerita pending. Majlis amani iman, sambutan birthday my father in law and brother in law. Serta acara tahunan keluarga hj anwar main bowling. Ahhh banyaknya!!!

See if I got time, I will update hehhhh.

Now nak siap2. Masuk lambat sbb nak g klinik. Chow sinnn cheee!

Aku upload gambar amani iman. Happy budak tu tgk buaian tu berbulu2. Lenaaaa. Bagus anak ibu.

Monday, November 21, 2011

Special entry for tok mama

-Entry ni feeling dr Amani Iman tuk Tok Mama....

Dear Tok Mama

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

First of all Amani Iman nak cakap terima kasih dengan Tok mama sbb belikan baby cot ni untuk Amani Iman. Kata tok mama, dia belikan baby cot ni sbb umah kat klang banyak nyamuk, tok kesian sbb muke dan badan2 merah2 kalau dtg umah tok... kih kih kih. Tok tak leh tengok. Sayang tok mama... tapi sayang bukan dapat baby cot tau...

ALAHHHH bukan baby cot ni jer la... tok banyak beli tuk Amani Iman barang...

Terima kasih di atas segala kepayahan dan kesusahan yang tok mama buat untuk Amani Iman, ibu dan abak. Mmg jasa tok tak dapat kami balas dengan ucapan terima kasih sahaja. Di saat Amani Iman melihat dunia, Tok banyak jaga Amani Iman, bimbing ibu menjadi ibu yang baik (walaupun tak berapa nak baik) dan menjaga ibu jadi sihat.

Tok pilih semua yang terbaik tanpa mengira atau merungut pun sedangkan Amani Iman tahu tok dengan wan dah tak kerja. Tok dengan Wan sediakan semua yang terbaik tuk kami sekeluarga.

Segalanya tok buat dengan penuh iklas dan kasih sayang. Alhamdulilla Amani Iman tak banyak ragam, nangis pun bila lapar dan sakit je. Lebih dari tu Amani Iman bawak diri. Heheh. Semoga benda ni kekal sampai bebila. Tok ajar ibu dengan sabar. Amani Iman tahu tok penat jaga Amani Iman sedangkan tok sendiri kadang2 tak sihat. Tok kejutkan Amani Iman tido, tukar lampin bila tepat masanya, sedangkan ibu dengan abak hanya bangun bila Amani Iman nangis lapar dan basah. Barulah diorg bangun buat semua tu. Teruk tau diorg ni. Tu yang bila tok kata JOM TIDO dengan tok, Amani Iman suke sengeh. Sbb Amani Iman tahu tok jaga Amani Iman dengan baik sangat. And Alhamdulilla Amani Iman belum lagi nangis sbb kembung atau nangis sbb pot pot sakit sbb ruam atau alahan. Erk susah berak tu tak leh nak kata apala kan, tok? sbb Amani Iman tak suke air kosong. Hahaha... itu pun atas jagaan tok, Amani Iman ok je boleh berak, cume payah sikit.

Kadang2 ibu kata dia segan sbb tok banyak habis duit beli baby cot, baju la, puting la, yang best tok bersekang mata buat bantal untuk Amani Iman. Eh bantal tu bukanla tok buat tuk Amani Iman, tapi tok buat sbb tok kata cucu2 tok yang lain kalau datang bole gune bantal baby tu. Tapi di sebabkan most of the time yang pakai bantal tu Amani Iman, maka Amani Iman berterima kasih dekat tok sbb susah payah buat bantal empuk tuk Amani Iman.

Humayraaaa! kita kena ucap terima kasih sesama.

Entry ni kalau org nak kata Amani Iman, ibu dan abak nak show off, nak berlagak baik, nak ambik ati tok, kami tak peduli sbb mmg kami nak ambik hati tok pun (hahahah)! tak dapat nak balas dengan wang ringgit mahu pun dengan ucapan terima kasih pun.

Aqiqah Amani Iman, tok yang bersusah payah. Buat bunga telo, beli barang2. Dan yang buat kami terharu, Tok tetap ingat Kakak Aryssa. Tentu dia pun gembira walaupun dia tak ada dengan kita sekarang ni. Ingatan tok tetap pada cucu2, yang ada dengan tok mau pun yang dah pergi. Kami semua sayang tok.

Tok, kalau kami sekeluarga ada buat tok terasa atau kecik ati, tok tegur la ibu tu... dia tu kadang2 malas... sometime besarkan tido jer! Sian tok. Abak pun sama suke lengahkan buat kerja. Kalau tok tak ada, tak tahu la apa jadi kat Amani Iman. Mungkin jadi baby yang susah nak jaga. Bila tok jaga Amani Iman, ibu pun gelabah ikut cara tok jaga. Kih kih kih. Now Amani Iman sangat selesa... kalau ikut ibu, berak pun 'selet' dengan tisu basah jerk. Tapi tok tak! tok angkat basuh. Kalau cuaca sejuk tok spray muntut Amani Iman dengan air. Kata tok kalau kita berak tak basuh, selesa ke??? Betul jugak. semua puji cara ibu bersihkan Amani Iman. Hahah diorg tak tahu kalau tok tak tegur mmg malas la ibu Amani tu.

Esh banyak bebel lak... terima kasih tok. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan tok. Nanti Amani Iman suruh abak belanja tok dengan wan dengan mak su eh...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Terima kasih tok mama atas segalanya...

Saturday, November 19, 2011

Al-fatihah buat Aryssa Dania Zulaikha

Al - Fatihah buat anakanda yang berjauh di sana...

Dear Aryysa...

Ibu tak tahu nak ucapkan apa pada hari ini. Hari Lahir? Hari kematian? yang pasti hari ini hari yang meninggalkan kesan buat ibu dan abak.

Apa kabar sayang? Tentu Aryssa gembira di sana bermain di Jannah bersama2 kawan2 Aryssa dan di awasi olehNya. Ibu dan abak di sini sentiasa rindukan Aryssa walaupun Amani Iman ada menemani kami di sini. Amani Iman sihat, dan semakin bijak. Alhamdulilla Amani Iman tak banyak ragam. Dan hari ni ibu akan buat Aqiqah untuk Amani Iman, but ibu dan abak tak lupa awak di sana.

Hari2 menatap wajah Amani Iman, ibu bayangkan kalau la Aryssa ada, pasti Aryssa duduk sama menatap Amani Iman. Bangga dan harap Amani Iman cepat besar supaya Aryssa ada teman tuk bermain. Seeing kak Aisyah dan Kak aliya, buat ibu tersenyum. Kalau usia mu panjang, tentu saja kecoh umah Tok dan Wan.

Ibu harap Aryssa gembira hari ni, menerima 'hadiah' istimewa dari ibu, abak dan adik Amani Iman. Kenapa Aqiqah Amani Iman ibu sambut pada 19 Nov? Sbb ibu nak kita sekeluarga bergembira. Apa yang kami buat tuk Amani Iman, mungkin tak sama dengan apa yang ibu dan abak buat tuk Aryssa. Ini yang termampu dan terdaya. Ingatan tentang Kakak mmg takkan padam. Sentiasa ibu ingat dan tidak akan mudah tuk ibu lupakan. Walaupun tarikh ini tercatat satu peristiwa yang amat sedih tapi ibu rehda sbb ibu yakin kalau ibu dan abak ingat Aryssa di sana, pasti Aryssa akan menunggu kehadiran kami di tempat Aryssa satu hari nanti.

Ibu tak dapat melawat pusara Aryssa, walaupun ari ni pada tahun yang lepas ibu datang menjenguk pusara Aryssa, tapi kali ni ibu tak dapat buat macam tu sbb Amani Iman ada. Tunggu dia besar sikit yer, ibu janji Amani Iman akan tahu kewujudan Aryssa. Dia tak perlu pergi setiap hari, tapi Insya Allah ibu akan ajar dia tuk sentiasa mengigati Aryssa dengan bacaan Fatiha sebagai hadiah kecil tanda ingatan.

Walaupun sekarang nama mu semakin kurang di sebut tapi percayalah ibu tak pernah lupa kamu. Kamu sentiasa di hati. Sbb ibu yakin Amani Iman peneman kami di dunia, Aryssa peneman kami di akhirat.

Ibu tak penah anggap Amani Iman penganti Aryssa. Kamu berdua anak ibu dan tiada beza antara kalian. Mungkin pandangan wajah yang seiras adalah cara tuk ibu lepaskan rindu ibu pada mu.

Kita tak penah berjumpa, hanya ini sahaja yang ibu ada sebagai pelepas rindu.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Melihat gambar 3d ni, ibu tersenyum... ermmm kakak dengan adik sama jekan? Sume main tangan tutup muke.

Pak teh pernah cakap kat ibu...walau apa pun jangan sekali lupa aryssa yang dah tak ada. Ibu hanya senyum, kalau pak teh ingat Aryssa yang tak ada, apa lagi ibu yang mengandung dan melahirkan, kan? Terima kasih pak teh...

Tok pun siap beli gula2 nak bagi budak2. Ibu tanya tuk apa sbb banyak sangat berkat yang kita nak bagi, bila tok cakap tuk Aryssa, ibu hanya mampu tersenyum. Ibu hanya mampu terpikir tahlil je, tok kata sedekah kat budak2 supaya aryssa dapat pahala. Bukan pahala yang kami kejar tapi amalan yang boleh membantu kami bertemu kamu di sana satu hari nanti.

Semua mendoakan kesejahteraan Aryssa. Aryssa pun jangan lupa doakan tuk mereka yer?


Al- fatihah buat mu di sana...

19 Nov 2011

Sticky Note....
SEKEROL FOR NEW ENTRY

JEMPUTAN MAJLIS AQIQAH AMANI IMAN ZULAIKHA BT ANA NORZAMANI 
DAN
MAJLIS TAHLIL ARYSSA DANIA ZULAIKHA BT ANA NORZAMANI


Dengar sini orang-orang kampung!!! chewah... me and Zamani akan buat majlis aqiqah dan majlis tahlil pada 19 Nov 2011 bersamaan dengan hari sabtu.  

MASA :- 12:00 TENGAHARI - 4:00 PETANG (JAMUAN MAKAN)

Mesti korang tertanya kenapa buat ari sabtu? sbb ramai yang berkerja, termasuk aku.Hahaha lawak tau, 14 Nov masuk kerja, 19 Nov minta cuti. Mampus bos aku fire aku! Tapi aku tahu bos aku ok... insya Allah dapat la cuti, kalau dia tak bagi cuti, aku nangis depan dia. He3.

Bukan apa. 19 Nov ialah tarikh pemergian puteri kami yang sulung. Diam tak diam Aryssa dah pergi 2 tahun. Cepatkan masa berlalu? Aryssa dah dapat adik dah...bak kata Zamani, Amani akan jadi kak long bila dia dapat adik... ibu dia sentap ko!!! ayat tak habis lagi...

"Aryssa adalah KAKAK... and Amani will be Kak long..."

Aryssa takkan kami lupakan. Sbb tu kami memilih tarikh 19 Nov yang kebetulan jatuh hari sabtu. Lama aku tak jengguk pusara dia. Hanya harapkan abak dia je. One day... bila Amani dah besar sikit baru la boleh melawat. 

Uhhsss nak buat jemputan pun nak bebel panjang2. Well you know me! ratu bebelkan?? 

Berbalik pada jemputan... aku tak dan nak jemput kat FB je. Silence reader pun anda di jemput yer. Kalau berminat pls tinggalkan email add kat kotak komen, nanti aku akan bagi alamat umah dan direction (chewahhhh gue buget popular)

Bole la kita berkenalan nanti... jangan lupa yer... yang nak datang tinggalkan email add kat kotak komen yer...

 TURUT MENGUNDANG
  • ANA NORZAMANI ANWAR
  • HJ ANWAR NAWAWI DAN HJH NORHAYATI
  • RUSLI JANTAN DAN LATIPAH MOHD

Friday, November 18, 2011

Happy Birthday Wan!

Sticky Note for Today....
pls Scroll for new entry (kot ada laaaaa)



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Sat sat!!! nak pikir... nak pikir...

nak susun ucapan ni on behalf Ibu dengan Abak sama!

Ehem ehem...

Hari ni TAN (Gaya kak Aliya) hari besday (Word kak Aisyah) Wan kita... senyum simpol (Gaya abang Umar)

Meh kita sama2 nyanyi or may be berbual penuh gaya ( Macam Humayaraa)


Allah Selamat TAN kamu
Allah Selamat TAN kamu
Allah Selamat TAN Tok Wan TAMI
Allah Selamat Tok Wannnnnnnnnnnnnn

Hahah bole la kita dengar Aisyah dengan Aliya nanyi lagu ni. Akhirnya budak berdua tu dah pandai lirik lagu ni. Hebat tak hebat la!

Oh berbalik pada entry special ni...

Amani Iman, Ibu dengan Abak, nak ucapkan Selamat Hari Jadi tuk Wan yang ke 59! Apa ada pada umurkan wan? Wan kita masih lagi segak dan sihat (alhamdulilla). Semoga Allah panjangkan umur wan dan murahkan rezeki buat wan.

Terima kasih Wan di atas segala yang wan buat tuk Amani Iman,ibu dan abak... tempoh dua bulan lebih ni kami satu family menyemak dan menyusahkan wan dan tok je kui kui kui. Terima kasih juga sbb wan sudi jaga Amani Iman malam2 ketika Amani Iman buat perangai memalam. Ngeh ngeh ngeh...

Amani Iman tecik lagi, esok kalau Amani Iman dah besar, Amani Iman bagi wan hadiah ok? hari ni Amani Iman buat wish je. Hehehe

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

And wan... sekali lagi Selamat hari Jadi and we love you wan!


Salam dari Amani Iman Zulaikha
and
Ibu dan abak

Thursday, November 17, 2011

Nak tido lena kena la rajin

Aku selalu pelik tau... Bila Amani Iman tido dengan MIL aku, MIL aku cakap dia tidur tak bangun. Balik MIL aku yang bangun jaga dia tuk salin lampin and minum susu.

Kalau tido dengan aku and Zamani, sumpah! satu jam sekali dia nangis ko!!! nak susu. Akak macam pelik... kot my MIL ada baca apa-apa. Hahaha. Tapi cari cerita my MIL sangat la biasa mcm aku buat. TAPI! dengar MIL berbual dengan siapa eh tak ingat... MIL kata tiap kali dia bagi Amani Iman minum, dia bancuh susu panas.

Ok Amani Iman dah tak BF... BF dia mengamuk2 mungkin sbb tak cukup. Kalau menyusu badan dia tarik2 rambut dia macam bengang. Hahaha. Aku pun tak kose nak bagi dia nangis bagi satu umah bangun. Pump mmg tak banyak... sadis! Satu umah bangun aku tak heran sangat, paling tak tutup telinga dengan bantal. Bila Zamani bangun tak syok sbb diakan kerja awal sebelum subuh. Walaupun dia tido tak sedar diri, but still la! kalau dah kuat sangat mesti terjaga.

Berbalik pada cerita... ermmmm aku tak buat gitu... padan la. Semalamkan hujan, susukan dia sekali dia minum takat sedut je. Kalau dia boleh bercakap mesti dia cakap nak susu suam! ni sejuk mcm baru kuar peti ais. So buat baru, mmg dia minum satu botol habis.

Lena ko!!!! akukan dah biasa terjaga kul 2 pagi. Terjaga pelik asal budak ni tak merengek ke apa. Tengok muke dia, cek napas dia (yup aku ibu yang paranoid). Ok je... so bangun buat susu panas. sumbat mulut dia, laju je dia minum...

Kat umah ada warmer tapi tak nak gune! pemalas ubi! So dia minum separuh botol, separuh lagi aku panaskan. Kul 4 tak bangun jugak... keajaipan berlaku, aku yang bangun, tengok lenanya ko tido nakkkk! kejut dia minum susu, minum terus tido. Kul 6 pagi dia merengek sikit, sumbat susu dia tak tido... hahah puas tido kot.. ajak berbual. Salin lampin semua, bawak turun.

Mmg pening kepala tak cukup tido. Tapi apa nak buat?

nak jadi mak, kenalah rajin walaupun ko BENCINTA nak buat. Walau ko BENCINTA nak bangun. Dalam hati doa dan request satu maid tuk buat semua ni waktu malam. Hahaha. Harapan la kan? Macam tu tak osah merintih dulu nak anak cida...

Amani Iman punya sayang ibu dia, sampai time aku gurau2 dengan dia, dia muntah jenis menyembur kat muke ibu dia ok! hahaha... geli ke? anak org lain mau aku muntah sama, anak sendiri ermmm cium lagi lepas tu ada la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails