Wednesday, September 5, 2012
Amani update!
Ini bukan kompelen. Tp syukur sekurang2nya dia telah masuk ke stage kanak2 yang membesar.
Pandai ckp jerman. Ko ado? Pelik gak mak bapak asal malaysia tp ckp jerman sangat fasih. Tah2 org jerman pun tak faham apa dia ckp. Aku layan je buat2 faham apa dia ckp. Kalau salah paling tak dia tumbuk muke kau. Hahah...
Tp aku perasan sejak balik singapore ari tu, dia jadi keras ati sikit. (Ok itu menurun abak dia punya perangai) selalu dia ok je. May be tgk my twin cozen and abg sepupu dia rayyan, kalau nak satu brg nangis. So dia gune teknik tu. Siap ronta badan ok. Before ni tak plak dia mcm tu. Kat singapore bila bebudak tu nangis nak brg ke apa dia diam tengok je. Tengok tengok sekali balik tiru gaya daaaa.
Since than aku agak letih. Seronok layan tp bila time dia naik angin mmg payah. Amani iman jenis mud ok, dia ok. Tp jgn kasi dia nangis. Mula la tak kena.
Ahad lepas mengada 30 min nangis non stop. Aku dah tak tentu arah. Time tu pukul 7 mlm. Opcos la kan senja2 x baik tido. Habis dah ku bg dia mkn ubat batuk selsema. Mimpi ngeri kot nangis tak henti. Sampai lembek2 badan dia.
Pastu mud ke laut. Abak je pandai pujuk dia. Yerlah abak ada iphone. Bole ar! Hahah tunggu ibu kump duit beli ipad. Jaangan kau panggil ibu kalau aku x dapt pujuk kau! Wakka... Yer la kita tunggu ipad jatuh dari langit.
Mmg menguji kesabaran aku dan zamani. Kitaorg mana leh tgk budak buat perangai ni! Kena anak sendiri kang marah silap2 sampai subuh esok nangis tak henti. So what ever dia tunjuk kita bagi. Siap dia ketuk bb aku kat kepala katil pun aku senyum je dlm geram. Nasib baik casing BB aku tebal. Kalau x??? Pakai 3310 la aku.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, September 1, 2012
Renang.....
Sebelum puasa....
Sebelum abang Zamani operate... yakni sblm doktor bagitahu pun pasal sakit dia... gila lama...
Amani iman baru 10 bulan awal kot...
Biasalah... aku mmg teruja sikit. Tengok FB kawan2 bawak anak berenang, akak pun teruja sama. Lagi la tengok anak angkasawan kita BELLA tu berenang siap posing dalam air... haisemen!!! akak teruja nak kenalkan amani iman mandi dalam pool.
Tapi as a mother yang paranoid! Always paranoid! Takut la jugak... antara yang paling di takuti!!! "Amani Iman akan sakit tak?" Jadi akak gigih beli baju mandi anak... mmg comei2 baju mandi. Ada bikini yang tak tahan tu... tapi pikir balik sok sejuk anak akak... so tak boleh. Bukan sbb seksi comei ke apa. Sbb sejuk. Takut budak selsema. Itu yang paling paling paling aku takut. Anyway premature baby kena selalu hati2. Sbb diorg mudah sangat di jangkitan kuman2. Lagilah dia bukan BF kan? So lagi senang la terdedah pada penyakit.
Kita ke kolam umah mak ngah Pidah je la....
Amani ok dengan air. Even suke berendam mak cik ni.

'Jinak'kan dia dengan air... nampak ok... cume time ni dia mengigil sejuk.... abang Zamani korang la ni! Aku cakap masuk dalam air terus sbb dia sejuk kalau separuh2 ni. Alhamdulilla dia suke... tak la nangis....

Than kita dudukkan dia dalam air....
And the fun begin!!!!

warm up dulu.... Amani kalau dengan abaknya ok sesajo!

Moh abak! moh!

Alhamdulilla tak plak dia takut dengan air... happy je main2 air...

Ok done! Heheheh.... nak mandi lagi tapi cukup la...
TIPS :-
- Jangan paksa anak kalau dia tak nak mandi sbb kalau kita paksa dia akan fobia dengan air sampai bebila.... (this what happen to amani iman... time tu dia 5 bulan, kami paksa dia mandi air sungai... bunyi air pun dia takut ok!)
- Slowly dekatkan dia dengan air... make them sendiri nak masuk air... bukan mak apak yer... mulakan dengan rendam kaki... tangan.... slowly kita masuk dulu than baru di ikuti dengan anak
- Hanya 10 min yer... max 30 min sahaja... sbb anak ko akan selsema nanti....itu yang terjadi... bebudak selalu lepas swimming diorg akan demam la... selsema... so pikir kesihatan anak dan bukan keselesaan mak bapak dan duit kita (some parents bayar mahal2 macam sunway lagoon la apa tukan? Mentang2 bole satu hari, so ko rendamkan anak ko satu hari...) Sbb tu la kalau family cakap nak gi sunway lagoon ke, waterworld ke apa, aku dengan zamani ada sikit berat... sbb kita tahu bila kita bayar mahal2, agak rugi kalau anak tak mandi sama semua. So buat masa ni, kita gi tempat2 yang FOC seperti rumah mak ngah fidah! wakakaka. Budak kalau dah sakit, mak bapak juga sengsara. Betul tak?
So tengok progress dulu. Sbb saya bukan doktor. Tapi sesetengah doktor atau artikel cakap, swimming lagi elaok tuk mereka yang asthma ni sbb helps or train diorg bernafas. Tapi akak tak berani nak buat experiment ni... lain budak lain lakan?

CidaZam bercerita lagi
Monday, August 27, 2012
Kenduri kawin
Kawan zamani kawin. Dah la kami lewat sbb majlis start 830 mlm. Pastu sesat plak tu. Sampai je tengah makan.
Mencabar sbb amani iman not more baby. Lasak dia hanya Tuhan je tahu. Tapi I don't mind at all. Its normal la kot budakkan? Sesekali marah gak dia. Walaupun aku tak sampai ati nak mara. Bila salah kita kena tegur apa dia buat tu salah.
Tp budak ni jalan pun blm. Tapi dah berlagak mcm dia besar. X nak duduk. Nak berjalan. Bole? Jalan plak tu tak gheti lagi. Still mcm puppet (tuk ke eja?) Hahah salah makna sori naaaa... Korg tahukan patung yng ikat tali kat tangan? Mcm tu la amani iman dia syok nak jalan mcm tu.
Sesekali tu malu gak la bila pitching dua2 tinggi org tengok. Than teringat balik time x ada anakkan? Kita dok komplain cara org jaga didik anak. Skrg dah kena... Ha! Baru ada akal! Kan?
Mmg agak payah la nak bawak amani iman jalan2 malam. Maksud aku dia mmg suke jalan. In fact kalau kat umah dia ajak keluar kul 8 malam. Dah puas jalan balik tido. And waktu tido dia malam dlm pukul 10 ke atas.
Bila lebih 10 malam and dia rasa tido dia tak selesa, jawabnya mengadaplah baran mak cik sorg ni ya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, August 24, 2012
Dugaan bulan puasa 2
Cerita i tak habis lagi uols....
Hari jumaat tu, Zamani berlangsung operation TANPA aku.... Tuhan je tahu macammana la aku rasa... walaupun doktor cakap risiko kematian tak ada, tapi aku terkilan la... tapi salah aku la jugakkan? Siapa suruh sibuk nak ke opis?
Tapi kalau opis tu ada share aku, aku tak la kisah sangat. Comp aku ni kecik je. So increment dan bonus mmg performance terus dari bos. Bukan nak bodek la... tapi dah mmg kena jalankan tugas. Tak sedap lakan? Siapa yang tak nak duduk kat sisi suami dan anak?
Lama jugak operation tu... almost 5 hours.... nurse panggl aku ke bilih bedah sbbb diorg nak pindahkan Zamani kat unit rawatan rapi. Macam ICU la... time tu Zamani baru sedar... dan aku rasa bius pun dah habis. Dia jerit jugak la sakit... sayu hati. Maaf la kanda, dinda hati tak kuat. Ngeri tengok kesan luka dan darah. Than sakit tu!!!! aku boleh rasa oooo...

Time masuk unit rawatan rapi. Mmg banyak giler la wayer2 semua... mak guard plak macam harammmm.... ingat aku suke2 ke nak masuk? Ingat aku nak ajak laki aku main-main? Borak2? Bodoh! Doktor dengan nurse kat hosp Serdang ni mmg baik gila! Tengah periksa Zamani pun relex je nampak aku... siap explain itu ini...

Bius Zamani pakai Epidural... dua balang tiub. Tapi tak kesan. So siapa yang bersalin pakai Epidural tahu la kan macammana ubat tu berkesan? Ni Zamani pakai dua tiub tak ada kesan apa-apa. so doktor memula kurangkan dose tapi in evening doktor tarik sbb takut bagi kesan LAIN plak...
Time tu mmg aku yang sedih. My hubby very the manja! merengek... hahaha... nak gelak pun ada... i told you! memula tu dia bukan main suruh aku balik.. tengok Amani Iman... ni dalam bilik ni aku tak boleh nak jaga, kena duduk kat bilik family. Family org lain tak panggil, aku kena panggil. Gelabah jugak bila guard panggil
"Family Ana Norzamani?" Akak terpanjat tau... ingat apa benda lakan?
"Ayang.... I sakit..." alo alo alo... tell me how la i'm going home? Sama gak time my cozen ajak buke puasa kat luar... dia izinkan... than whatsapp
"Ayang buke apa dengan jay? Enjoy your iftar ye..." Sweet... and i know Zamani kalau sakit he such a baby... tapi kalau silap... sila tahan telinga la... asik nak marah jeee....

Ini la kawan2 saya... peneman saya time temankan Zamani kat ICU. Bilik keluarga. Yer saya sorg je yang mude. Mak cik2 sini semua baik. Semua tunggu dan temankan suami masing2. Diorg pun terkejut bila aku bagi tahu suami saya yang sakit. Kalau dengar cerita mak cik2 ni sedih sangat Uols. Biasalah dah berumurkan? So banyak faktor yang kena ambik kira. Semua kes jantung. Yang sedih mak cik baju biru. Ya Allah... mak cik ni senyum je... tapi dia yang paling di Uji... suami dia masuk sepital sblm puasa lagi. 2 minggu di bedah tak sedarkan diri. Dan nak di bedah lagi.Anak2 dia semua org KL, mmg tiap malam berbuke kat hospital. Dah jadi rumah dah hospital tu. Dalam dia cerita dia nangis, tapi tetap tersenyum.
Mak cik yang baju hijau tu, suami dia ok je tapi nak pulih tu lambat sikit. Lama kat ICU sbb suami dia tak nak gerak. So bila tak bergerak dia lambat la nak baikkan? Mak cik ni tiap hari la nasihatkan suami dia. Suami dia buat bypass. 3 salur jantung tersumbat.
Yang mak cik baju coklat tu lagi la... dalam masa 3 minggu, suami dia di bedah 3 kali... adoiii la... mmg kesian tengok dia... bila aku tido dia bangun gi surau... even lepas sahur dia akan ke surau lagi. Solat tahjud, hajat kot than terus solat subuh. Siapa tak risaukan?
Dan aku tak tahu sama ada mak cik2 ni dah balik ke belum... sbb time tu, diorg cakap mungkin lepas raya pun ada.

Aku dah jadi pelarian dah korang tahu... 1001 benda yang aku pikul tau! Tido dah tak menentu. Sampai phone kena bar sbb dok internet je... ahahaha

Zamani extra handbeg raya... heheh. Benda ni di tebuk kat pinggang dia. Doktor cakap nak bagi air keluar dari paru2 dia. Seram!!!! mmg ko boleh tengok darah ketul2... nak muntah mak cik.
Apa pun he recovering dah. Syukur. Lambat sbb dia tak nak makan pati ikan haruan semua ni. mengada! sanggup telan ubat dan tahan sakit. Tapi balik singapore ari tu, my nenek bagi dia sapu minyak gamat nampaknya pulih la.
Apa pun entry ni dah habis! adios!
CidaZam bercerita lagi
Selamat hari raya
Bukan main eh suami x sihat beraya kau kat Singapore. Erm tak yah la nak citer. Mmg berperang dgn suami pasal nak balik. As u all tau,dia operation a week bbefore raya. Hei masih lagi tak sihat. Berperang bkn sbb aku yg nak balik. No no no...
Buat apa pun dah lepas. Zamani is zamani. Kepala dia ada batu besar jugak duduk.
First time raya negeri org. Haha aku pun pestime sbb selama ni pagi raya br masuk singapore. Tok nek pak cik mok cik happy kau! First time jugak diorg jumpa amani iman.
And amani iman being baby monkey bergayut kat mak dia. Perhh azab! Peringatan tuk diri sendiri, dah ada anak, baju kurung kain koten sudah. Mmg tak bole melaram la. Sia2 baju upah RM 320 tukan! Amani rapat dgn aku. Knowing amani plak kan nak melekat dgn abak dia. Dia tau abak sakit. So payah dgn baju lace ni. Sangkut sana sini. Habis rosak ler baju. Kasut tumit mmg ko ucap selamat tinggal la. Pakai kasut baru bole plak jenis tali belakang. Walaupun pilihan getah senang tarik. Tapi aku org last masuk umah sbb nak bukak kasut. Azab!!!
Baju batu2... Tailor dah buat cun da. Baju aku dgn amani kain yg sama. Mmg bj amani x ada batu2 ni. Tang baju aku??? Sedap dia kopek! Siap test ni belian tulen ke palsu (gigit masuk mulut) and time tu ko dah kena perhatikan perilaku anak ko. Kang ada plak tercekikkan?
Anyway its fun la... Amani iman dapat byk collection. Agak janggal bila org bg mak dia duit raya. Hahah terasa ahkak yg punya! Siap memula tolak koooo
'Eh tuk anak yer' hahah lupa plak beta. Tunjuk baik. Tu yg lupa nak belikan anak beg buat koleksi duit. Akhirnya baju melayu abak jadi mangsa. Penuh poket tapi ehem ehem awak pemegang amanah je yer.
Amani iman lebih cenderung pada sampul raya jer. Yang x menahan tu bila org bagi duit, sambil hulur tangan nak dukung. Dia campak balik sampul raya kat org tu. 'Sori awak tak bole nak rasuah saya dgn bg duit ok!' Gitu la. Terbongkok2 abak menahan sakit terpaksa kutip sampul2 anak dara dia yg sombong. Ibu dia kalau kutip ada dua beranak tertongeng. Akhirnya abak bising kat telinga anak. Hahah lawak pun ada. Apa la budak 11 bln ni tau. Yer dak???
Tp mmg sgt mencabar raya ni. Sbb zamani sakit kot. Lucky la jugak nenek ada stok ubat gamat asli. Dua botol percume. Malam nak tido sapu kat luka. Nampak la sihat. Raya ke tiga mmg duduk rumah after dua hari jalan raya tak hengat. Nak ikut p shopping tp pikir 20 kali. Last2 anak aku buat kelas naik basikal pak ci kembar dia. Heheh. Zamani??? Panas punggung. Asik turun naik duduk bawah blok. Nasib la... Aku tak tahan tgk muke dia tahan sakit. Hangin satu badan. Ada gak ku curah minyak gamat tu satu badan. Kih kih kih.
Panjangkan citer aku???
Tp raya di negara org mmg lain la. X sama dgn malaysia. Yang tak best aku x dgr takbir raya pung!!!! Pestime!!! Hanya dengar kat tb! Tak syokk!!!
Bunyi mercun pun tak ada. Masjid pun tak penuh mcm kat malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, August 23, 2012
Z.Amani...
Nenek :- Amani dah makan?
Me :- dah dlm perjalanan tadi kitaorg beli nuget
Nenek :- nuget je? Pergi la makan. Sian dia sakit. Along ni. Pergi pergi, ada lauk rendang. Nasi ada, ketupat ada, lemang ada, suruh dia makan. Tak yah segan2
Aku blur... Nak bg amani makan rendang? Ketupat? Confuse.
Me :- nek... Erk amani ke zamani ni??
Nenek :- laki kau ler
Me ; zamani??? Lor tadi tanya amani.
Nenek :- ha! Letak nama anak dengan bapak sama. Susah aku nak ingat!
Heheh free je kena mara. Aik aku salah sebut ke nenek ni? Heheh
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, August 17, 2012
Maaf saya baru belajar!
Mmg aku tak ada skill menjadi cikgu... aku ni jenis cakap laju... tak leh salahkan dia sbb dia mmg tak tahu apa-apakan? So aku harap dengan sekali arahan dia tahu apa yang aku nak... sekali turn to be mmg aku akan gelak lepas balik umah pikir balik...
First day kerja... aku suruh dia hantar SOA kat customer by post. So aku just bagi dia semua SOA yang aku dah print. Normally aku bagi receptionist je buat, tapi time tu receptionist pun berhenti kerja, so dia buat la. Anyway dia tak ada pengalaman kerja. Nak ajar time tu, mmg aku bz... Sangat suprise ok! Dia cakap how to sent by normal post? So aku ingat dia tak jumpa envelop semua... so aku tunjukkan dia... than dia tengok aku balik...
"Can you teach me how to write?" Aku blur... ha tulis apa yang ko tak tahukan?knowing me dah mula naik hangin... ko tipu cert ko ke apa?
"Just write...this the address..."
"Like this?"
Pitam akak!!! ko bayang satu sampul surat...dia tulis bahagian kanan. Sebab aku terkejut... aku jerit!
"Ehhhh bukan la! u tak pernah hantar surat ke?"
"Tak penah... can u teach me?" So kena buat satu sample. Than seterusnya dia buat. Urut dada kejap
Than cerita ke dua.....
"Pls sent to our branch... gune citylink" Ok tak boleh salahkan dia sbb kalau post yang general tu pun dia tak tahu apa lagi Citylink...
Yang aku plak lupa kejadian kelmarin terus bagi arahan,
"Surat ni masuk envelop than sent to our penang office.Gune Citylink sbb this is urgent document. Ambik consignment note ada kat tempat letak envelop tu "
Dia pun cakap ok.... 10 minit dia ketuk pintu aku
"Shida.... how to call citylink?"
"Get the number from Nor"
"Ok... so if the citylink ppl come, than i just give them like this?" Sambil tunjukkan document kat tangan dia yang tak masuk sampul pun. aku mula risau... eh dia ni faham tak? Rasa aku dah suruh masuk sampul.
"U tak pernah buat eh?" Dia geleng kepala dia... aku time tu bz... so interkom budak yang nama NOR tu... minta dia ajar....
Than 10 minit tu aku dengar NOR menjerit kuat nama budak tu... lepas tu dengan derai tawa budak office depan... aku tak kisah la...kerja aku banyak kot.Than during lunch budak nor ni masuk bilik aku...
"Akak tahu, org ajar dia tulis consignment note tu, org cakap la...you nak hantar penangkan? so you tulis la penang address.... akak tahu dia bukan tulis alamat tapi dia tulis besar PENANG ADDRESS.... org terus jerit... kan consignment note tu kena bayar kakak... mati kalau Mr Andy tahu..." Aku pun jadi gelak...
"habis ko buat apa?"
"Org cakap la... kena tulis alamat... kak shida ada bagi alamat office penang tak? dia jawab ada... org ajar dia."
Tp dia mmg fast learner... tu sekali je la dia buat silap sbb tak tahu apa-apakan?Cume dia sedikit lurus...
Baru2 ni pun sama gak... me and my friend la... puasakan aku balik 430 petang. So masih kat office pukul 5 ptg. Kawan aku masuk bilik aku... dari jauh aku nampak muke minah ni aku dah tunjuk tanda tangan aku tak ada... tapi dia masuk jugak... than budak ni pun masuk sama sbb dia nak tanya aku something la kot...
"Eh account dept dah tutup... now pukul 5 already...."
"Apa i kesah... selagi you ada dalam ini opis... you masih kerja... tak mau kerja sila balik....eh! (sambil tengok budak tu) tak dengar ar you punya kakak cakap department dia sudah tutup..." Korang tahu budak tu terus cakap....
"Sorry shida... saya tak tahu... sorry yer..." terus bukak pintu... we all sama2 jerit... eh ko ni! tak tahu ke apa itu senda gurau?
Than satu lagi insiden bila org yang sama masuk bilik aku... this guy pun ada... lepas tu kawan aku ni dia kartun sikit semua benda dia nak cepat... budak tu dah masuk bilik aku tapi dia potong que
"Nanti nanti... sekejap aje... need to talk to you!" Kawan aku ni celah dia la...
"Esh you ni may! Ambik nombor..." Sajer je la gurau... sbb kalau ramai sangat nak urgent aku selalu suruh ambik nombor ikut turn.
"Yah la... beratur2..." Si May ni tunjuk action suruh the guy beratur belakang dia... and guess what... dia beratur ok! hahaha... adoi la hai...

CidaZam bercerita lagi
Wednesday, August 15, 2012
Dugaan Puasa
Dugaan tahun ni Zamani kena operate tulang rusuknya untuk buang ketumbuhan di tulang rusuknya. Ia bermula bila Zamani start kerja baru. Medical report dia menunjukkan yang dia sebenarnya 'unfit' to work. Ini gara2 dia pernah xcident tahun 1998 which that time akak ko baru je habis sekolah menengah. Wakakak...
Than dia kena buat follow up check up. Tetiba doktor decide dia masuk ward dan operation.
Aku lagi la terkejut sbb CT SCAN dia menunjukkan itu bukan sel cancer dan tetiba kena bedah. Eh bahaya sangat ke? Mcm mimpi. Aku kat opis mmg tak bole nak kerja dengan tenang. Nothing tuk di risaukan. Benda tu tak sepatutnya ada kat situ. Itu penerangan Zamani. Aku ni lemau sikit bab2 gini.
So rabu on 1st aug kami ke Serdang tuk admit.
Zamani yang nampak tenang dr aku. Aku ni sikit2 la nak nangis... sikit2 la nak sedih... apa jer. Rabu dia masuk, khamis doktor buat pemeriksaan darah semua, than yang mendebarkan bila diorg bagi 'taklimat' nak bedah ni. Kesan pembedahan semua, apa procedure yang kena jalan semua. Than tandatangan. Gigil dengan harapan semoga pembedahan ni berjaya. Walaupun tiada risiko kematian sbb its a minor operation. Cume kesanya bila banyak darah keluar dan jankitan pada luka sahaja. Sbb tu lepas operation akan di letak kat unit khas tuk memantauan yang lebih terperinci.

This is the first day. Ward ni semua kronic. Jantung dan paru2. Kalau ko tengok semua warga mas duduk sini... heheh abang Zamani je yang mude belia. Tu yang nurse panggil dia pak cik. Bila berbual2 dengan diorg ni, aku rasa lebih risau sbb diorg duduk kat sepital tu lebih lama dari yang aku jangka... ada yang cecah sebulan yang paling cepat pun 2 minggu. Sudah! beraya la kami anak beranak kat sepital ni kang.
Tapi seyes aku tak kisah raya kat mana pun. Zamani dah mula risau sbb procedure diorg ni lambat. Tak pasal2 mmg lepas raya la... I just tell him that im not going anyway without him. Kalau dah mmg kena raya sepital, apa nak buat? Raya je la. Mana ada dia, situ la ada aku dan Amani Iman. Dah macam ni raya pun tak pikir lagi.
Zamani dok pikir sbb ini first raya Amani Iman. We waited for so longkan. Plan punya plan dulu time tak ada anak. So apa yang boleh aku cakap Tuhan menentukan semua tu. Kita rancang la seindah mana pun.

Muke org tak pose. Dia still puasa this time. Dah ambik darah satu botol tu. Aku dah rasa mmg batal. Tapi Zamani kan sekolah agama! cit! dia kata tak pa bole pose... aku pun diam la. Siap dengan gigih aku cancel makan dr pihak sepital ok! Sekali MIL aku cakap tak bole kena buke. Order balik kat misi... hahaha... mmg aku nak kena lempang laju2 dengan Misi tu... muah hahahah

Knowing Zamani, mana la dia boleh duduk diam. Dia tak makan pun makan sepital sbb dia kata tak sedap. Ahhh demand laki aku tu. So akak tebalkan muke turun ke cafe belikan makanan. Memula tu segan tapi apa ada kisah. Aku puasa pa... perlu ke org2 tu tahu aku beli tuk siapakan? Ramai lagi misi-misi beli makanan kat cafe tapau... hahaha nak kata tuk buke lambat lagi kot?? Kih kih kih...takkan misi baik beli tuk org sakit kot? kan kan kan? Lepas lama2 kat sepital gua relex dah... siap order air bawak naik atas.
Memula tu aku tak terpikir nak temankan abang Zamani. Sbb Amani mmg tak biasa dengan ibu kalau tido malam. Tapi lepas ni kena ajar so dia biasa kot ada emergency case macam nikan? Zamani pun suruh aku balik. Tapi tah la... kesiankan anak, kasihkan suami. Dia tu mulut je kata balik, hati nak aku stay. Faham sangat.

So dapatkan pass menunggu... gila belagak aku dengan pass ni. Tell you guard kat sepital Serdang macam haram! Kawalan macam nak masuk penjara je...
So malam tu berbuke di ward. Solat pun di ward... sempat la gak buat terawih. Heheheh.... Tapi laki aku biasalah...panas punggung... nak keluar je. So petang khamis tu nurse dah bagi dia ubat tuk bersihkan usus. Mandi pakai ubat pembasmi kuman...
Tapi dia tetap tak leh duduk diam nak sneak out dr hospital. Malam pertama dia berjaya bila aku solat dia ambik pas semua keluar berjalan2 cari angin... aku yang geram. Hari kedua dia nak buat macam tu aku sound dia...
"Mesti ada reason diorg suruh u mandi ubat basmi kuman tukan? Than what the point? You keluar balik than badan berkuman? Cube dengar cakap bole?"
Senyap! Still merayu2 dengan aku nak keluar. Tapi macammana? Minta idea...Zamani ni kalau kata dia, kata dia je nak dengar. Makan hati sometime. Aku yang keras ati ni pun kadang2 malas nak layan. Buat gaduh je.Dia buat lawak.... ambik tudung aku. Nak pujuk me actually....

"I keluar macam ni guard perasan tak yang?" Hahahah me pun terus tak jadi nak merajuk.... adoi laa!
Yer bersuke2 kami dalam tu... hahah katil kiri kanan semua lepas operation tak kuar lagi menahan sakit. Kami laki bini memekak... maklumlah org tu belum lagi operatekan?

Pandangan ward dr tempat tido saya... hahah tengok ni macam dah tido bawah katil pun adakan? 5 hari tido atas lantai... sob sob... dah rupa org pelarian pun ada.
Jumaat kami dia kejutkan pukul 6 pagi... bulats mata! Zamani kena mandi anti basmi kuman, dan di bagi baju tuk operation. Operation di jadualkan pukul 3 ptg... tapi bangun 6 pagi ko!

Tido semula.... jam 8 doktor Fahmi datang... cakap operation postpone! Ari selasa sbb monday public holiday... lor! aku takkan nak cuti lelamakan? So minta izin suami nak pergi kerja. Kang Selasa depan la cuti.
Well its look like aku ni pentingkan kerja dari suami sendiri. Nampak bit kejam. Tapi aku kerja bukan tuk diri sendiri. Aku bukan sangat nak kejar kerjaya tapi itu sumber pendapatan aku. Walaupun tak banyak but itu la jugak membantukan? Zaman sekarang semua berduit... Walaupun aku berat hati nak tinggalkan Zamani. But aku kena ingat tanggungjawab aku yang satu lagi...
So aku pergi kerja. Sam[ai je opis Zamani cakap dia kena bedah... YA Allah!!! hanya dia je yang tahu. Marah geramnya aku dengan diri sendiri. and pihak hospital. Walaupun operation tak besar tapi, tapi still la! I should listen to my gerak hati tau! Sepanjang jalan ke opis rasa berat hati sebenarnya. Tapi tu la!
Balik semula ke opis dalam pukul 1.... rupanya operation major tu dapat siap within time frame. Tapikan... oeparation punya jadual pukul 3 petang, tapi pukul 1.30 petang dah masuk... korg bedah org ke ayam ni? Nurse bagi barang2 Zamani yang dia tinggal kat kaunter. OMG.... sedih time tu tau... Than ada amoi ni tegur aku...
"Ur husband ar??? " Aku angguk... bila dia tunjuk katil kosong.
"He lucky la! saya patutnya masuk ooooo... sepatutnya saya punya jadual pukul 130 petang... tadi doktor cakap tak jadi sbb jadual sudah penuh. Saya pun makan lor... ur husband tido. Dia belum makan apa-apa so dia ganti saya wor...."
Oh gitu ceritanya... sbb zamani punya timekan pukul 3 petang? Mungkin kalau cina tu tak makan dia mmg dulu. So dia postpone ke ari Rabu... ush....
Lucky tak lucky la... sbb tu aku tak dapat jumpa dia.
ok sambung entry lain la... aku yang tulis pun nak muntah cerita panjang2...ok time to work!
PS:- MUD RAYA BAI!

CidaZam bercerita lagi






