Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Wednesday, May 22, 2013

Morning!

Salam.... Me on the way to office. Gila mengantuk. Jam pulak tu shah alam ni. Tak yah stress sgt2. Gunekan telipon anda sebaik mungkin.

Amani iman demam. Semalam sblm tido bagi makan ubat demam. Than pukul 4 pagi panas balik badan dia. Sob sob. Mcmmana nak bg dia makan ubat. So daku gune teknik my cozen yg suruh campur dalam susu and once dia mamai bg minum.

Mata amani tutup, tapi takat minum 2 onc jerk. Pagi ni mmg panas. So makan ubat terus. Hopefully dia sihat. Jumaat nak balik kampung. Risau kalau budak2 sakit BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Tuesday, May 21, 2013

Kes anak derhaka

Salam...

Jiwa kacau dengan kes pelakon baru Afiq tu... tengok tak Melodi? Wahhh siapa kau nak kuar statement "ibu jenis apakah tu! yang sanggup buat anak sendiri macam ni?"

Aku dengan Zamani mmg bengang la... nasib baik la bukan adik aku... kalau tak mmg kena tampo dengan kasut terus. Berani sungguh. Walaupun ibu tu seorg jahat sekali pun, ko sebagai anak jaga tertib dan adap. Yang best kenyataan perempuan tu...

"siapa dia (ibu Afiq) nak panggil saya perempuan Sundal... mak bapak saya sendiri tak panggil saya mcm tu"

Mana ada mak atau bapak nak panggil anak sendiri dengan panggilan perempuan sundal. Ini masalah family mamat ni, tak yah la ko nak masuk campur. Ko belum pun kawin dengan mamat ni, but you make sooooo much noise... and jadi batu api... lempang laju2 baru tahu. Kalau ada masalah, biar la mak ko yang buat statement. Ko dok diam2... lets your mom or your dad defense you.

Takat air mata korang tu, simpan laaa... air mata mak tu lebih berharga. Org akan cakap, aku tak tahu cerita sebenar. Kalau aku tahu sekali pun, aku tetap akan cakap ibu tetap ibu. Buruk mana pun perangai mak tu, jangan lupa dia pernah lahir dan besarkan kamu. Mak cik dia pun masuk campur siap buat statement duit yang nak besarkan Afiq tu duit abang dia. Habis? dont tell me not even one cent mak dia tak pernah contribute. Seorg mak akan sanggup buat apa sahaja tuk anak. Aku tak percaya walau benci mana seorg mak, dia takkan sanggup tengok anak dia dalam kesusahan.

Sedar dan bangun la... kalau cari perempuan sebagai seorg isteri, ko tak payah cari org yang suke mencucuk2 ni kasi family berpecah belah. Kalau perempuan tu baik, dia takkan lagakan lagi. Diam sudah la... rugi ke berdiam? Biarkan diaorg 'menyalak' if mereka rasa meluahkan kat media sosial ni dapat beri kepuasan pada mereka. Aku pun tak faham kenapa nak kena tulis everything kat media sosial ni... mungkin mereka rasa puas pihak luar sana memihak pada mereka mugkin? so mcm  'anjing' la tengah menyalak, jangan di kacau. Lagi ko kacau lagi la naik gila. So stop. As friend/gurl friend, if he need your advice, just jadi natural. Jangan nak jadi batu api sangat. Muke cun jangan biar otak kat lutut. Tengah syok bercinta mmg la cakap apa pun ikut. Esok Allah bagi habuan, time tu nak merangkak cari mak.

Aku cakap bukan la aku perfect. Darah muda, i understand. Me also like that satu ketika dulu. Pantang kena 'cucuk' nak naik hangin. But lepas kawin, than ada anak, apa nak buat pikir dulu. Pikir effect pada diri sendiri, pada suami dan pada anak. Seorg ibu tu, kena faham, dia concern dan bertindak melindungi anak, walaupun anak tu da besar dan berkeluarga. Tentu dia tak nak anak dia bercampur dengan org yang tak elok. Ibu mana yang suke anak berkawan dengan org yang jahat? Kalau seorg ibu tu jahat sekali pun, aku yakin dia tak nak anak dia berkawan dengan org yang tak tentu arah ni. Betul tak?

So apa motip ko nak lawan mak ko kat media? Tell kakak now! Mak hang suruh hang balik je. Hang pukul canang macam2... tunjuk msg mak hang bagai...nak tunjukkan apa?

Ni pagi ni terbaca msg ni kat status Dr Prof Muhaya

'Semoga semua anak anak memberi sedikit bantuan walau rm10 kepada ibu bapa untuk keberkatan rezeki. Jika rezeki susah lihat bagaiamana kita membalas jasa ibu bapa. Salah satu Amalan paling baik ialah berbuat baik pada ibu bapa. Cuba lihat orang yang bahagia membahagiakan tentunya amat taat pada ibu bapa. Bagi yang banyak masaalah lihat cara bertutur pada ibu bapa dan bantuan yg diberi dan berapa kali menghubungi ibu bapa. Para suami jangan terbuai dengan keluarga hingga lupa ibu yang tua'
Tuk peringatan diri sendiri  jugak... isteri pun jangan la bising sangat bila suami menjalankan kewajipan dia. Syurga dia masih lagi di bawah kaki ibu dia. Kalau dia (suami) di redahi, kita (isteri) akan mendapat keredhaan... yer ini nasihat BERAS MATI saya Che ta..... thanks, kalau setan mula mencucuk, ingat ni... segalanya untuk Allah... insya Allah segala akan di permudahkan.

Panjang pulak bercerita ye... hahaha... kita ada anak. So kalau bole benda2 ni aku tak nak mempengaruhi sesiapa dalam keluarga aku. Ibu ke ayah ke, ingat! salah mana pun mereka, kita tak ada hak mempersoalkan apa yang mereka buat. TAK ADA HAK ok! Apa yang kita bole buat, diam dan jangan ikut langkah mereka kalau kita rasa mereka bersalah. Itu sahaja...

Ok itu aje... kalau ai salah cakap sorry eh... bukan nak aibkan sesiapa... since berlakunya contoh depan mata. Kita ambik iktibar. Sori ai terlebih emosi... uhuk!


Sunday, May 19, 2013

Shopping at Al-Humaira Contemporary

Salam...

Seronok Bila dapat pergi Al Humaira. Korang pun tahukan tudung2 kat sini mmg lawa2 dan harga sangat berpatutan. Tak la mahal sangatkan. Bole la... And aku pulak sekarang suke pulak pakai tudung yang jenis shawl sekarang. Mungkin sbb model diorg tu cantik kot. Tiap kali diorg update je dah tak tentu arah beta... So last week abang zamani layankan niat akak...

Dia silap biarkan bini dia shopping kat sini... Hahaha kesannya amat buruk sbb habis RM 200 lebih... Hehehe...

Aku suke pakai inner yang lembut dan menutup leher. Mmg org kata kat kedai biasa pun murah tp aku dah beli da. Panas la kainnya... Tapi al humaira punya jenis material mmg tak panas. Serap peluh.... Hahah akibatnya masam la, so kena kerap basuh.




Aku beli 3 jenis inner... First aku beli tudung alhumaira ni on line... Jenis Luja dan inner silang. RM 109 tuk tudung luja dan inner silang. Tapi inner dia mmg best. Terasa lawa... Hahahahha...hak tuiiiiii....

Siapa nak pujikan?


Ai tak leh nak fashion sangat... Baru pakai je anak dah tarik2. So gaya ni je la... Inner silang alhumaira mmg best. Tudung tu gayanya lain, tapi org yang malas macam saya, bawak tudung ni je... Pakai depan belakang... Hehehe...



Tudung yang sama. Terbaikkan ajer. Time ni waktu berkampung kat hosp pantai time fidah bersalin. Satu tudung je ni bawak, so gayakan tiga cara... Hahah... Itam, grey dan campur grey dan itam... Hehehe.



Ini warna hitam... Tudung yang sama... Hahah.... Yer ini tuk org yang malas macam saya yer... Heheh

So now tambah koleksi lagi inner tapi bukan jenis silang. Jenis biasa. Dan tudung keluaran baru 2 pasang...



Ok this is trial... So abaikan tudung yang tak bergosok tu... Muke tak make up. Dan daku try ikut tutorial kat web alhumaira. So ini hasilnya... Boleh buat hoodie bagai... Percayalah! Kejap je kalau aku buat gaya ni.jap lagi ada budak yang tak puas hati tarik tudung mak dia...

Tudung ni pun two layer color... Biasalah sejak dapat tahu tudung duo color ni, beli jer.



Total yang abang zamani kena bayo... Hahah masam muke laki aku...dulukan aku berkira la harga tudung. Seyes... Sbb bagi aku, kita perlukan tudung sbb nak ikut baju. So beli mahal2 satu baju je pakai sayang. But tah... Selagi satu tudung tak lebih 80 ok... Gua rasa ok lagi... Hahah




Ai dapat member card. 10 percent discount tapi tuk RM 100 satu resit. Baju2 kat al humayra cantik jugak la... Tapi buget nan ado... Heheh nantilah.

Tp abang zamani dah cakap. Beli je on line. Tak kose nak datang damansara sbb jam... Sob sob... Kad valid tuk shopping kat kedai je... Online tak dapat....

Yang penting baju raya tak beli lagi... Tudung raya dah beli... Hahah terbaik.... Abang zamani kerut muke pekik dgn alasan aku... Hahaha...

- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, May 17, 2013

Undi

Salam...

Hagak2 terlewat tak kalau cerita pasal pilihan raya umum ke 13? Pedulikla kan... Janji ada... Ini dah kali 3 aku mengundi. Yer saya mmg menjalankan tanggungjawab sebagai seorg Warganegara Malaysia... Bukan Bangla! Heheh tak mo tak mo marah...

Aku rasa kali ni mmg semua org excited nak undi. Kalau tak silap aku, 10 dan 5 tahun yang lepas, jumlah org yang keluar undi bukan la banyak macam ni. Zamani mengundi kat Gombak. Me? Dekat je... Pagi tu macam nak gi raya. Mak aku siap awal 7 pagi nak pergi. Dia nak jalan kaki. She always excited kalau bab undi ni tau. So aku malas sikit, konon nak pergi lambat sikit. Tapi dah alang2 nak hantar cik tipah, pergi la sekali. Tapi punya la ramai org... Tak sanggup. Sampai hilang punca barisan. Hahaha satu hal aku nak cari barisan saluran fulak.

Dah hantar mak aku, aku terus balik. Masak... Sbb aku tahu kalau semua balik mmg kebulur nak makan. So masak ler siap2. Tepat pukul 11 lebih datang nak ambik mak aku balik, tapi dia dah balik jalan kaki. Ingat hilang... Hahaha. So aku pun malas nak balik. Alang dah kat tempat pusat mengundi, maka beratur la...



Dari mula mengundi, ini la tempatnya... Tak ubah pun. Time aku ni kurang la sikit. Pagi dah tak boleh nak nampak jalan pun.




Terpaksa beratur. Dah la tak ada kawan beb. Panas pulak tu...




Perh basah ketiak menunggu tau! Adalah panjang 1km... Lebih kot sbb time aku beratur dah hujung sekolah. Padahal saluran aku tu kat pintu masuk sekolah... Panas je hati...yang datang lambat tapi terjumpa kawan, sukati ko nak bagi kalau kau potong que...




Teramat penat... Mau sejam setengah... Datang beratur 1130, habis nak dekat pukul 1. Muke pegawai SPR pun dah macam apa je... Yer saya faham ponat yer tak?

Zamani undi kat gombak, keluar pukul 7 pagi dan balik umah dalam 11, terus hantar aku. Since dekat dengan umah mil, dia lepak rumah mak dia. Nak ambik aku, tapi tak yah la kot... Jam nak mati... Aku jalan kaki je gi umah Mil...




Lega beb dah sudah... Keluar dari kawasan sekolah laki ai tunggu kat bas stop depan sekolah... Aiii like... Terus together2 jalan kaki balik umah...

Aku tak dalah sental sangat dakwat kekal ni... Balik continue masak... Tahu2 dah luntur... Hahah nasib la siapa yang makan yer tak?

Cerita lawak PRU13... Kat pusat undi zamani, ada mamat ni. Bersemangat nak mengundi. Dalam beratur tu diorg berbual la... Budak ni cerita mmg semangat. So lepas dia memangkah dia jumpa zamani dan adik2 dia (zamani) . Budak tu konon nak ucap selamat tinggal. So zamani tanya dah undi ke... Dengan bangganya...dia jawab...

"Dah saya dah pangkah dah dah cop sekali" zamani dengan adik2 dia pelik... Cop apa?

"Cop apa?"

"Ni... Dakwat kekal ni... Tuk copkan?" Hahaha aku dengar cerita diorg mmg gelak tak hengat!

Sia2 la memangkah, beratur panjang2....

Tu cerita zamani... Mak aku pun buat lawak jugak... Dakwat kekal tercalit panjang kat dahi dia... Dai pusat mengundi sampai rumah... Adik aku perasan... Hahahah lawak sungguh... Than mak aku buat muke bengang...

"Patut la semua org tanya ibu baru balik mengundi ke! Ibu pelik mana diorg tahu ibu mengundi!"

Hehehe nampak kat dahi ibu.... Sayang tak snap gambar... Kalau tak boleh buat kenangan... Kan???

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, May 13, 2013

Bermulanya...

Salam...

Bermulanya ganti pose... uhuk! Termasuk encik somi... ingat lagikan dia operation last year pertengahan ramadhan? So kena la bayar balik. So aku dah jadi baby sitter pulak... tanya mau puasa tak? sbb aku pun nak menganti pose ku. Bila dia jawab nak, oklah maknanya saya tak boleh nak 'lalu' je... perut saya bole la... Tuan Besar tak bole... maka saya dalam process training ni tuk sahur bulan pose nanti. Hahaha...

Tersenguk2 akak panaskan lauk pagi tadi.Nasib lemak ketam dan ikan goreng belah belakang tu ada lagi. Ingatkan dah habis, sbb tinggal sekor tuk ayah bukak semalam, tapi dia tak makan. Jadi panaskan balik, tak payah nak goreng telo.

Tak bole la... memula nak je cakap dengan Zamani , makan la sebelum tido. Tapi! tak pa la... dia perut baby... hahahah.... belum pun setengah ari pose, pagi tadi bawak kereta dah marah2... akak rasa nak pasang break je kat seat penumpang. Well aku yang dok tekan break ok! sangat geram. Hahaha... tekan angin je la... nak marah kang kena marah balik.

Balik ni lagi la... ko tengok je la... sure mood ke laut... tu pasal la kaum lelaki ni puasa bulan ramadhan jangan la tinggal. Sbb mcm gini la... perempuan ok kot sbb nak jaga badan... hahaha... sanggup la. Uhuhu jaga la sangat.

Ok nak sambung kerja/bye

Sunday, May 12, 2013

Menu hujung minggu

Salam...

Hantu rajin merasuk aku hari ni... Rajin ke? Tetiba tekak aku nak makan masakan rumah, so menu tuk lunch hari ni... Not lunch la... Hahah siap masak pukul 4 petang...

First time masak lemak cili apa.

First time bersihkan ketam

First time bersihkan ikan...

First time cubaan masak ikan sumbat cencaru ni.

Yer... Asik daging and ayam je. Nak try lain pulak. Zamani kalau ketam kurang sikit. So sbb tu la try ikan belah belakang ni. Dia selalu suruh aku msak macam mak dia masak...senang je dia cakap, bland cili je sumbat belakang ikan dan goreng... Wah sesenang tu je kanda?

Nampak senang tapi... Erm... Basah jugak ketiak nak masakkan. Hahaha




So ini la ketam masak cili api... Cili api tak leh banyak2. Esok kerja kang buat hal pulak nak gi kerja. Perut dah tua. Huhuhu



Dan ikan belah belakang.

Resepi mak mertua saya... Wahh teruja. Walaupun tak serupa atau tak sama... Abang zamani makan ok la tu...kan?

Than buat sup ayam sikit tuk amani iman... Syukur dia makan walaupun tak banyak. Syukur jugak suami makan tak banyak komen. Hehehe....


- Posted using BlogPress from my iPad

Makan besar

Salam...

Last two week... Adik aku Rafidah belanja kami makan dekat Concorde Hotel Shah alam... Sbb dia kata we ols tolong jaga dia dan anak dia masa dia dlm pantang. Special thanks to my mom la... Me and Zamani kerja... Jangan cakap anak dia, anak sendiri pun tak menang tangan nak jaga.


dinner pukul 8 malam. Beriyo la kami berpakaian protokol... Hahaha... Lawak sungguh. Typical melayu yang dah set dalam otak, makan hotel kena cantik2. Mat salleh turun makan seluar pendek jer...

Bawak 2 org budak mmg tak senang duduk. Kalau amani ni, tengok ada kawan yang dia boleh masuk. Di mula la buas sikit. Dari luar dah nampak rayyan je dah happy gila. 3 month duduk dengan family mak ngah. Of coz la terasa macam ada abang sendiri.



Nenek tak senang duduk bila both cucu gedik nak duduk dengan nenek. Sorry la... Nak snap gambar tapi macam malas. Dengan anak lagi. Itu pun bagi abang zamani makan dulu. Jap lagi nak muntah la, nak kemas meja la... Macam2. Bagi makan tak nak, nak makan sendiri. Mau mak ko tak jadi ijau amani iman?




Nenek well train! Hahaha... Mkn sebelah tangan tak ada hal punya.



Dua budak yang mencabar kesabaran mak bapaknya... Amani dah bengang dah, asal dia buat semua tak bole... Last2 yang memberontak si rayyan... Dua2 kebas punggung duduk dalam baby chair.



Korang tahu je la dalam hotel sunyi macammana... Eshhh kalau ada yang baling kerusi aku mmg larik... Heheh tapi Alhamdulilla... Kita ni sebagai ibu, jangan pernah sesekali merungut... Cakap apa? Syukur Ya Allah....



Best part... Ha tah yah aku cerita... Dengan mukut dia sebesar tu, berapa nyaringnya suara amani iman.... Dia mmg takut org tinggalkan dia tak jauh mana pun, nak ambik gambar dia je... Haruslah mak pak ko step 2-3 tapak... Tapi dia ounya takut macam kami nak melangkah 2-3 km...



Nasib baiklah si ecah ni diam je... Kalau tak, mmg kita makan kedai mamak jer lepas ni ok! ... Hehehe.... Tapi tak tahu la... Kalau mentor rayyan , insya Allah potensi dia sebagai idola mmg ada. Macam amani iman.



And us... The black out 505 group. Wakakaka. Sebelum balik gedik sokmo dulu. Amani iman always...muke blur...

Sorry la mmg nak ambik gambar makanan mmg tak dapat. Susah sikit... Tapi di akhiri gambar?



Sesi motivasi... Tetiba buat perangai nak ikut weols balik... Rayyan kalau jenis nangis, bole buat org sakit jantung. So sesi memujuk. Janji dengan dia to stay his house nanti. Tapi sebenarnya tak berjaya. Melalak nak ikut nenek dengan mak long balik.

Apa pun... Thank you angah. Sok tambah anak lagi, jangan lupa belikan aku tv 40 inci... Hahaha...

Jada mu ku kenang... Lalalala

- Posted using BlogPress from my iPa

Location:Jalan Tun Abdul Razak,Klang,Malaysia

Friday, May 10, 2013

It 4 year being together2....

Salam 1 Malaysia...

Alhamdulilla hari ni genap la saya memegang title 'Puan'. Tak tahu la kalau abang Zamani nak kekalkan jawatan saya tu di Parlimen dia... wakakaka... banyak ko punya kusi kat parlimen? Kena mengaku kerusi yang kosong ada 3!

Tak sesuai ko ni Cida!

Tiada apa yang nak kabokan... semalam hanya samar sahaja. Selalu beria kad bagai. Tapi kali ni kertas kosong. Hahaha.... ini adalah realiti. Kita perlu tukar mentality kita. Wish2 pun tak ada... aku pun lupa aku beli hadiah ni. Tak tau la uols nak beli apa... semua dah beli... hahahaha... kebetulan spek abang Zamani since we all belum kawin tak tukar. Dia temankan aku pergi beli lance try2... aku tengok dia hansem lak... terus je cari masa beli. Dah tu simpan... kalau semalam aku tak bukak almari aku simpan, aku pun tak tahu Anniversary kitaorg yang ke 4. Hahahah

Dengan Cik kecik yang sibuk... aku tulis dia pun nak menulis. Mmg tak sempat nak beli kad atau apa...nampak la paper beg dan kotak2 yang kita dapat time besday Amani Iman tahun lepas... hahah rasa kejam kalau gune kotak2 tu... hehehe... letak je di sebelah phone Zamani...

Panjang cerita...

To encik Somi...

Saya sayang kamu... Kamu la segalanya buat saya...

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Happy Anniversary...

Luv

Your wife...




Thursday, May 9, 2013

Majlis aqiqah Nisrina

Salam...

Sebelum nak tido, meh update sikit la...

Pada 7 april... Hahah cerita dah sebulan baru nak tulis blog. Apa nak jadi ha? Abang sepupu saya buat majlis aqiqah tuk anak perempuan dia di rumahnya di Taman Sri Gombak. Baby ketika tu baru berusia 4 hari...

Baby ni istimewa sikit... Sbb atas Nisrina ada 3 hero... So ni peneman mak dia pulak.



Di mulakan dengan gambar kak mirah yang cube nak ambik hati amani yang jinak merpati ni. Kejap ok tapi lepas tu nangis macam apa je... Hahaha... Well anak aku tak bole tengok camerakan? So jangan ko percaya dia nak org. So nak tarik perhatian dia, ini je la caranya... Tapi kejap je...



Lauk yang di jamu...


Macam biasa... Tak bole nak ambik gambar sangat. Sbb si amani iman yang suke berkepit. Pantang nampak aku kuarkan phone, pasti dia pun nak sibuk.




Muke amani iman yang stress... Hahaha kena marah dengan zamani sbb nak nangis ke! Geram jugak kadang2. Dia menangis macam aku dengan zamani nak tinggalkan dia. Padahal ada je kat situ. Nak dukung je... Ni muke kena marah... Melampau sangat...kang org kata kita tak ajar anak pulak... Dia masuk rumah yang dia tak pernah pergi, dia jadi semacam sikit... Macam masuk rumah hantu!



Hidangan kambing bakar di luar rumah.



Majlis ini tiada persembahan yer... Hahah diorg menonton kambing golek tu aku rasa... Hahaha. Majlis yang di hadiri sedara terdekat dan jugak jiran2. Tapi hari tu cuaca sangat ler panas...




Lepas satu makanan kami terjah... Cume kambing tak sempat nak makan. Kekenyangan.... Huaaaaa kenyang?apakah maksud kenyang bagi org moks seperti saya?*juling mata*



Kuih lapis dan talam dua muke... Hahah yer ke? Ke seri muke? Sedap di makan lepas makan nasi... Buget minum petang sekali la.... Tapi mmg sedap. Tak manis sangat. just nice and seksi... Wakkakak tetiba la kaukan.




Si gedik2... Dah puas menyemak kat luar, menyemak makan dalam rumah, sekurang2nya adalah angin... Dari kat luar... Omg bole pitam.




Ini dia... BUKAN NISRINA.... tapi si RESAH GELISAH (Raeesah Khalisha) amboi ko! Belum tiga bulan pun time ni... Besar! Semangat!


Hello sayalah org baru... Nisrina????? erk maklong dia lupa nama belakang nisrina...semua anak abang sepupu aku ni bermula dengan NF, so Nisrina ni aku tak sure dia Fatiah ke Fatiha. Comeil... Geram! Time nak balik, sempat dia senyum... Chewah dah besar mesti murah senyuman tu... I like!




Comeikan? Bila time saya pulak eh? Hehehe... Love baby... Tapi bila tunjuk amani iman dia suke nak cucuk mata anak org... Sabar bagi dia faham sikit... Kan?

Ok nak tido... Bye!

- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Gombak

Sunday, May 5, 2013

Jom undi!

Salam,

Now saya di pusat mengundi kat Andalas, klang. Memula dtg pagi. Punya l ramai, so i decided to go back. Go back an cook ok! Hahah sbb aku tahu sorg2 balik mesti lapo. Buat makaroni gorenng and sup tuk budak2. Balik nak goreng ayam and buat sambal je.

Terlalu penuh. So far aman la. Tak perasan muke2 org obersea. Kot ada pun malas nk perasan sbb aku nak habiskan cept mengundi ni.

So hot! Mak aku dah sudah. Me waiting. Lambat nak mmpus! Kalau x kerana Ini kalilah! Aku rasa aku undi next 5 year je la. BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails