Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, October 10, 2013

Fibroid, Cycst dan Endometriosis

Aku bukan doktor... so mari aku terangkan sikit apa perbezaan ke tiga benda ni...

Erm... aku tak tahu... tapi aku google... dapat kat blog ni... senang sikit nak faham. Kalau tak aku baca ulang kali tak faham. Maklumla ai mmg tak ambik kelas sains. Sains biasa pun aku beri tumpuan pada persenyawaan... hahaha lebih dari itu tak penting. Aku kira je duit keluar masuk...

itu yang penting.... hahaha




Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.


Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis CystTerdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.

Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.

Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.

Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.



Ini la perempuankan???? Tapi lelaki tetap jugak tak hargai perempuan... uhuk! Motip??? Beranak sakit, datang bulan sakit. Kalau tak sakit pun mentality sakit. Nak moody je.

2011 aku ada jumpa pakar atas nasihat kawan aku. Sbb lepas kematian Aryssa, nak conceive tu mengambil masa 2 tahun. Macam2 buat. Aku yakin aku tak ada masalah sbb bila mengandung Aryssa pun lepas sebulan nikah dah lekat. Cume yang salah pun sbb masalah tubuh je la, tak dapat nak salurkan darah pada anak dengan baik... mungkin itu punca masalah? Siapa tahukan?

Doktor Hamid Arshad. Doktor yang mak aku kagum... memula tak kenal pun. Bila kawan aku cakap pun aku tak kenal. Tapi google dulu gambar! Ermmm mak aku suke sangat tengok dia dulu... selalu muncul kat Nona la. Wanita hari ini la... Kalau bab sakit puan, mesti doktor ni. So dia agak popular. Aku buat appoiment dengan dia, dan hasil dari rawatan dia, dia dapat kesan ada endometriosis.... apa pulak tu?? memula dia cakap kat aku Cyst. Now what??? endo????? confuse jap gurl gurl. Sbb time mengandung Aryssa, i get to know ada Fibroid. Ni 3 benda yang berbeza.

Aku rasa aku ada cerita dulu... tapi malas nak cari entry lama... secara ringkas dia cakap aku normal.... kalau aku boleh mengandung, period cycle aku 28 hari tepat...tak ada apa yang perlu di risaukan. Its just ko kena tahan sakit bila datang bulan... which is betul.  Dia terus bagi aku vitamin, obemin, asid folic dan jugak hasbatulsauda... pastu dia nasihatkan aku jaga makanan. No fast food dan junk food

No ubat subur....

Hahah aku expecting ubat subur la. Bayaran semua RM 300 lebih... macam tak releven... tapi lepas tu terus melekat....

Lepas amani iman lahir, period ok je sbb makan ubat Kencana. Macam jamu. Tapi aku stop sbb dia membuang melampau lampau. Sampai pernah sekali on the way balik kerja sakit perut sbb nak yak yak... hahaha... rasa nak terbangkan kereta je. Melawaskan la... period sakit pun kurang... dan ubat tu pulak menaikkan keinginan atau nafsu... WTF... jadi gila sat makan ubat tu... hahaha... mcm tak normal je aku rasa! keji sungguhkan. Kang abang Zamani ingat bini dia apa lak... tapi itu yang aku rasa la... so stop makan sbb sendiri rasa tak selesa dengan perubahan diri...

Tapi 3 bulan ni (yang aku ingat la) period aku melampau lampau sakit... macam sakit nak beranak... bole ko bayangkan tak? Memula sehari je... tapi sakit dia 4 or 3 hari seblum dtg bulan ko dah rasa sakit. Hari period jangan cakap la... mmg kalau kena hujung minggu aku mmg syukur. Tapi kalau hari kerja dah macam mayat hidup. Apa pun tak leh buat.  Lepas period habis, than rasa senak... tak sakit sangat tapi senak mcm ko nak tunggu luka baikkan, ko tekan2 sakit...

Perut buncit... walaupun banyak kali aku elakkan ais... mcm sama je. So better makan. Hahaha. Aku rasa sesuatu tak kena... jadi aku ajak abang Zamani gi hospital Umra. Ada rekod kat sanakan...so senang sikit. Jadinya aku pergi. Tengah2 sakit tu, sedapnya doktor tu tekan tuk scan... dr mata kasar doktor tu (ini scan biasa) dia nampak fibroid... ok fine! tak terkejut sbb mmg dah tahu. Tapi bila dia cakap dua fibroid... tu aku terkejut.... and cyst ada juga.

Dia tak berani nak confirmkan. Dia minta aku jumpa pada pakar. Sbb dia hanya doktor biasa. Dia pun cakap tak yah buang sbb kemungkinan tumbuh balik tu ada. Tapi ko nak mengadap period tiap2 bulan ko sanggup ke? Bila aku cakap aku try nak dpt anak, dia mcm terdiam. Kalau dah itu jadinya, dia cakap terpulang dan suruh aku jumpa pakar tuk buat step yang sepatutnya....

Zamani tak ada masalah... tah... bila tanya pendapat dia, dia cakap ok je... why la man in this world suke gune perkataan 'Ai ok jer'.... risau ke apa tak punnnnn.... tapikan at least dia ok dan agree je kalau nak gi jumpa pakar ni. Kalau aku cakap got appointment dengan doktor dengan kadar  segera dia minta cuti or datang hantar... erm i guess that all i need kan... support from en suami.

So 23 ni saya dah buat appointment dengan Dr Hamid... just get his advice. Kalau buang, than buang je la... tak tahan nak tanggung sakit. Ramai yang bagi pendapat , jangan la, jaga makan but that thing mmg dah ada so kalau jaga makan sama effectnya. sama juga yang suruh ambik ubat itu ini, seumur hidup nak bergantung, kalau tak makan makin teruk. Yang menanggung sakit aku. Mak aku lagi sempoi

Buang je la... ibu tengok pun along sengsara sangat dr anak dara sampai dah beranak dua dah. Sampai demam2 bagai... buang lepas tu senang hidup. Hal anak tu mmg kerja Allah... tapi sekurangnya sakit tu kurang... silap2 tak adakan. macam setengah org dtg peyed, mak ai best je aku tengok...

Dan kesian jugak dengan suami dan anak... kalau datang je bulan, kena bawak diri. Zamani akan main dengan Amani iman, siapkan dia, dan tak bagi amani kacau aku... kesiankan? so hope the best... harap zamani tak menyesal kawin dengan aku yang banyak sangat problem. And hope jugak dia tak terdetik merungut, iye laaaa kawan2 dia or org baya dia anak 3-4 org... tapi ok per... aku bagi dia 2 jugak... uhuhu... *nak sedapkan ati sendiri*

Wel beh bu yang nak kawan... sbb amani iman tak nak kawan dia dahhhh.... sob sob...



Free Image Hosting at www.ImageShack.us
 CidaZam bercerita lagi

Wednesday, October 9, 2013

Besday amani iman lagi

Salam....

Hambo nak cerita lagi ni.... ekcelikan nak buat kecil2an je... macam last year. Tapi dulu my opis mate la la ramai... lah ni, ko jemput yang ini, berkait2 ko kena jemput yang lain. Macam tak sedapkan. So buget my opis mate pun ada lebih dari 20 ppl... tapi tak semua la datang... tak datang pun bagi hadiah... adoi la... susah2 je...

Second pulak, kebetulan nenek dan atuk singapore aku nak datang. So alang2 kan suruh diorg dtg dan bole la buat makan2. Jadi last minit semua pasang kemah. Nasib baik pasang. Kalau tak?? penuh kot umah.

Aku tak banyak ambik gambar. Yang mana sempat je... Adik Zamani yang dok kuantan pun balik... lor... tahu diorg sampai hari sabtu, tapi tak dan nak menjenguk sbb sangat la bz nak menerima menantu... hahaha... 'hantaran' semua nak kena siapkan. hehehe....

Ini semua POYO!

Banyak bebudak... that one i like! Than mak dia punya kawan ramai... hehehe siapa punya majlis acik pun tak tahu.

Yang tak sedap, tetamu yang tak datang... alaaa tak datang tapi sempat hulur duit dan hantar/bagi hadiah... serba salah mak! Sampai dia dtg mcm terkejut plak... hehehe... bz sangat omak pengantin besday gurl

Tetamu yang paling lama tak jumpa... rasa lepas kolej dulu... that the last aku jumpa dia... so dah 12 tahun kot sbb last jumpa 2001 lepas grad Diploma.

Wan suhana... Ya Allah.... gembira betul dapat jumpa dia... tak sangka ingatkan msg yang di hantar tu sekadar rancangan je. Mana tahu dia dapat jugak datang, Dalam kesibukan bila dia nak balik, aku tahan ambik gambar... Dia tetap macam dulu... cume bertudung. Ada fb tapi dia tak upload any gambar dia pun. Jadi tanda tanyakan? So happy to see her. Siap bawak hadiah tuk amani. Dapat jugak jumpa Firdaus (anak dia) yang sangat behave... suke sangat tengok.

My ex-school mate... tengah2 tu Azean... kalau korang nak tahu. Dia kawan yang pertama aku jumpa di zaman sekolah year 1987... darjah satu... kami kawan sampai la sekarang. Tak la lepak macam org belum kawin,  tapi still keep in touch. Kawan yang sangat saya sayang... tak pernah kami bergaduh. Kalau gaduh je masing2 bagitahu ketidakpuas hati... hahaha... habis situ je... to be frank, i love jenis kawan yang macam ni...tak simpan2 hati bagai... senangkan? Tepi tu Roziah... sian dia, susah nak dapat umah aku. Last aku jumpa Roziah form 5... which is 1997.


Susi dengan Cahaya.... wajib lakan.... bukan main mami jarum si cahaya dengan gelang tangan dia kan? Acik tunggu cahaya setahun, nescaya mummy macam auntie gak... hehehe


 My ex school friend... Dilla dengan Tini... Ingatkan diorg tak datang... tapi last bila majlis habis baru sampai. Ni baru syok sikit sbb tetamu dah banyak balik. So mmg panjang gosip... cerita cerita back 1997-2013... so best!

Ok gambar saya kembangkan... sob sob... bukan mengandung! tapi mengandungkan lemak! mencik tau.... see perut ku yang mcm org mengandung! ermmm will tell you all pasal ni later ok!


Fadilla dan anak dia... welllllll.... diorg dtg lambat. Tetamu yang betul2 ikut tema parti... gigih my friend beli baju Mickey mouse jugak... dan anak dilla... kalau dtg awal boleh jadi meskot umah acik tau...


 Dilla, me dan anak2...


 Dilla dan Tini... eh gambar aku dengan Tini nan ado??? yer la camera diorg... camera aku baru nak snap sudah kehabisan bateri... mencik!

Tini ni kalau korang nak tahu 'perampas' boyperen kitaorg... wahhh ayat perampas yang best....dia rampas boiperen aku...dia rampas boiperen Dilla... wakaka... nak gelak lagi... mmg itu la topic kami! rampas merampas time tu sekolah menengah pun belum... heheh lawak sangat. Tapi kitaorg sentap dengan Tini ni sampai la menengah. Motip??? Tu cerita balik... kot sekarang rampas mmg kena penampor la... time budak sekolah nak sentap sampai sekarang harus kena bakar hdup2... heheh...

Time tu Tini mmg hot zaman kanak2... kui kui kui.... kami berdua comot...

Imagine lakan...kot time tu silap2 update you tube 'kau rampas boiperen ku....'

Our childhood....


Ni childhood amani iman... dengan kawan2... kak aisyah, aliya and humayraa....


Adyra, Amani dan Adlina... (3A)


Adlina yang suke senyum sokmo macam tu... cute bangat mak long rasa....



Mendengar kak long bercerita.... 

 My doter ikut perangai mak... kalau tak rapat dia tak berapa mesra alam... sbb Adlina dia jarang jumpa so dia hagak sombong sikit... apa laaa....


Cozen talk!



 And baru jumpa new family in house... Humayraa Amna.... yang tak muke gurl... heheh... amani suke Amna sbb Amna pakai baju baby Minnie... Amani cakap 'Antikkkkkk'

Amna yang sangat behave.... senang tul jagakan?

So cerita habis bila gambar habis... ku sudahi dengan gambar mescot on the day....



Minnie mouse versi mata sepet... hehehe

 Mickey Mouse.... Umar Qayyum... macam lupa je anak jantan mak long sorg ni kan???? Umar MIA dalam parti amani iman... tetiba datang tunjuk pakai patung Mickey....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Monday, October 7, 2013

Majlis Amani Iman

Salam...

Mari kita bercerita pasal besday parti anakanda yang ke 2....

Mak mmg over... sampai sentap kena perli dengan kengkawan yang cakap majlis perancangan adalah seperti nak menimang menantu... hok aloooo kata ai wanita kerjaya... wanita kerjaya yang berkira mengenai wang.... ahak... nak buat candy bufet bagai... tengok harga macam...

Mahalnya.....

Mengadu dengan en Zamani... dia cakap semua ni bole buat sendiri....

Ko mampu??? dengan kerja ... dengan anak yang masih tak faham bahasa... ko gunting kertas, dia buat cobaan gunting kotak... bagi dia tido, dengan aku2 tido... bertapa berkiranya kami laki bini....

Tak la....... macam gini ceritanya... ai dont mind kalau bayar tu berbaloi... tapi bayar nak beratus, barang yang di sediakan macam tak releven, as akauntan negara mmg tak approved la belanjawan2 yang tak masuk akal... nanti rakyat marah... hehehe.... jadi gigih lakan me and Zamani merancang segalanya...

Goodies!



Benda yang sangat peningkan kepala lutut...last year aku buat. Tapi tahun ni terpikir nak buat jugak tapi adik ku telah menawarkan nak buat... ai is tak percaya uols si Pidah tu nak buat. Anak dia punya besday pun aku yang buat ok! Knowing her, semua benda boleh di settle dengan duit... kroni tu...hahahah *dush dush*

So let her decide. Dia nak sponser jangan la banyak sangat bunyik... tak elok. Terima je seadanya.. jadi kita pun apa lagi bagi tumpuan je la kat persiaran hari jadi.



Inside Goodies. (Fridge magnet/kit kat/ mickey bangle/swiss roll mickey) and luar tu boleh jadi topeng bebudak.

Makanan kita minta tolong Cik gu Yati A.K.A mak mertua aden... memula nak masak nasik ayam.Tapi macam leceh. So decide buat nasi daging... God! terliur dah tau...

Tp sayangnya... dalam kesibukan tukan... bole la lupa nak appoint juru gambar.... dan akhirnya gambar besday amani mmg tak ada... harap phone aku je... sob sob... sedih tak?? Korang tak sedih tapi aku sedih...hahaha... penat je kan...

Tiap minggu sebelum hari kejadian, aku buat pelan2 dengan Zamani. Selalu kitaorg buat late after 12 am... gila,kan? Week days mmg idoklah. Tapi weekend mmg buat. Sampai 4-5 pagi baru tido...

Sayang anak punya pasal.... hehehe



So ini la hasil kerja kami laki bini... sila kagum! Cost buat semua ni ermmmm tak sampai la RM 200 pun.... belon2 tu semua re cycle je hasil mainan amani. Diakan kalau keluar nak itu je... tak ada menda lain. Tapi ia sangat la berguna, Sama jugak patung2 disney yang kecik2... yang korang nampak kat atas meja tu... semua tu barang mainan amani iman... gune sebagai hiasan...

Label2 pun beli kertas keras dah buat kepala mickey... riben pun murah 9m RM 5.90. Balut la apa ko nak balut... ahahaha...



I love my husband damn so much! hahaha.... di sebabkan dia pun kedekut nak kuar duit maka dia sanggup menulun bini dia... hahaha... Beli barang kat ikea... not more than RM 150 pun. Balang2 yang super cute berharga kurang dari RM 20 je... cume frame gambar yang melekat kat dinding tu je... salah tengok harga!

RM 29.90! Terus sentap! Kalau tak ambik frame tu less than RM 100.... hahahah *tembak diri sendiri sbb ungkit*



Dengan frame ikea yang berharga RM 3.90, dan kecangihan Note 2... maka terciptakan ini.... wahhh teruja. Tak sia2 dinda bagi kanda Note 2 kan... pandai kanda buat!


 
Gigih jugak la last minit cari belon helium! tell yah!!! amani iman org yang paling paling paling teruja dengan belon tu... not only her... oother kiddo jugak... harga belon RM 2.50 satu... Ambik dua kaler... semua RM 86 je tuk 30 belon. Aku order dari en Nizam.... Nizam mana??? tak tahu...hahah goggle belon area klang jumpa contact number dia. Cash on delivery.... penghantaran di buat 30 biji belon ke atas dengan harga penghantaran RM 5 je... gila nak berkira? sbb niat tu nak order 25 biji je... satu hal nak gi ambik bagai. Genap je 30 biji tahu2 terima je...

Ni macam di tentang oleh Zamani... tapi kalau dah tentang, tak gheti2 ke ko kuar duit sendiri??? Ok fine fine!



Di sebabkan tak banyak gambar...maka tengok la berulang kali... hahaha!  Kain alas meja RM 3.00 semeter! sila la like! Uhuhu



 Dan lagi! hahahaa.....

Ai tak ada founten, jadi pakai periuk yang warna biru tu... melt cho dalam bekas tu... lawa sikit... makan dengan biskut, marshmello dan jugak mix fruit... sedapkan? Perasan sendiri.

Itu candy table, i got one table yang tak muat so selitkan kat tepi....



Taraaaaaa.... kejam siapa yang tampal mickey amani macam tu... :(

Apam pokodot yang nak jugak ikut tema... gigih aku suruh ex school mate aku buat itam, kuning and merah... cheese blueberry tart from akak Noor. Superb!!!!! patut order lagi 50 biji RM 40 jer... agak mahal dari org pertama yang aku jumpa. Tapi service yang first tu... kim salam la.... i dont mind to pay more kalau service ko tiptop... tapi akak Noor second order pasti ada!

Kek pulak my ex mate UTM bagi... dia tak dapat datang tapi buat suprise bagi cupcake... ini pun sedap... cantik pun cantik. Rezeki bebudak... Semoga Marhana suscess selalu



Cake form @Cuppy..... introduce by my ex- school mate... kat TTDI nun....


Kek hari jadi Amani Iman Zulaikha.... tadaaaaaaaaaaa......

Majlis akad nikah  acara potong kek berlangsung pukul 3 petang... hambik...ko tahu tak aku kelam kabut sebenarnya. Mana nak siap. Majlis kul 2, tapi kul 2 tu la baru siap... haiz... dengan anak yang tak reti dok diam.



Me with muke stress! Amani? lilil tu bole masuk mulut dia pun! takut macam apa je... 




Majlis potong kek dengan penuh getaran! hahah


Hadiah amani... 


Banyak hadiah minnie....tq so much....

Pilih hadiah....



Amani iman dan hadiah2nya....saya suke dress amani iman ni... Mickey... RM 70 jerk... okkan? kain pun tak panas... cume kaler puteh kennnn.... sakit jantung kalau kotor... sbb i love that dress!


Hadiah istimewa dr nek cu, tok cu, uncle adam and aqil! hadiah yang mak bapak amani pun tak terpikir nak bagi. Pakaikan Amani, dia tarik2... sblm putus, baik simpan... sampai bila?? adoi la anak.

Cerita ku panjang lagi... nak dengar ka?????


Sambung later la yer.....


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Sunday, October 6, 2013

Anak siapa la ni

Salam....

Since aku dah pakai S4, amani macam dah redha dengan aku.... Hahaha. Phone mak dia tak best. Aku download application yang dia suke satu dua je. Itu pun kalau emergency apa2 tak bawak ipad. So dia more dengan ipad sekarang.

Dah pandai nanyi dah kira okkan?

Heheh... Dan dalam ipad ni penuh sangat gambar dia... Syok sendiri...




Memula tengok gambar ni, berderau aku... Hantu mana plak ni kan...



Tengok anak jin mata satu ni... Kenal sangat la... Lawa rambut ko nak... Sungguh seni ibu tengok.

Application ni tak pernah la aku cube... Camera booth kot... Siapa pakai Apple tahu la... Camera yang penuh apps... Sekarang ni budak perasan ni suke sangat pakai apps ni... Motif perangai tak dapat nak di kesan...


Lagi gambar dengan mode yang lain.... Anak ku amani iman.... Hahaha

Yang tak tahan....


Tetiba ko jadi org minyak???? Hahaha macam cerita child play aku tengok... Kan?
Eh rumah hambo tak ada patung 'chucky' kan? Glubbbb... Kot patung ambik gambar sendiri....


Tapi uols tengok tang rambut... Uols tahu la siapakan. Hahaha








Mengembarkan diri dia, adalah sesuatu yang dia suke... Terkekek dia gelak...

Tak caya?



Yahhhhhh....senyuman itu maniskan?

Salam ahad semua!


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, October 2, 2013

Allah Lebih Mengetahui Segalanya....

Allah lebih tahu mana baik... mana yang buruk...

Pikir macam ni je la... maukah kau merayu2  kalau belum tertulis rezeki kau? Bila ia bukan tertulis  bukan rezeki kau tapi kau mahukan juga, jangan di kesali atau merungut kalau 'ia' tidak menepati keinginan kau...Dia sedia memberi... tapi sediakah kau menerima sedangkan Dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk kau.

Maka redha...

Belum tertulis lagi rezeki mu... jadi teruskan doa... org kata biar lambat janji selamat...

Tersenyum bila 'kawan baik' datang lambat bulan ni... delay 3 hari... hati berbunga... langsung tak pikir terus buat test...

Negetive....

Tipu la kalau aku kata aku tak sedih...

Relex la baru 4 bulan... dulu 2 tahun kau makan hati... kan?

Ada org yang lebih susah dari kau... so sabarlah... wait until He decide  its ur turn....

#kupujukhati

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails