Erm... aku tak tahu... tapi aku google... dapat kat blog ni... senang sikit nak faham. Kalau tak aku baca ulang kali tak faham. Maklumla ai mmg tak ambik kelas sains. Sains biasa pun aku beri tumpuan pada persenyawaan... hahaha lebih dari itu tak penting. Aku kira je duit keluar masuk...
itu yang penting.... hahaha
Ovarian Cysts
adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air
yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang
kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka
mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis CystTerdapat
beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan
tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada
juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan
ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst:
Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan
telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang
paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum:
Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan
mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair
terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk.
Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh
menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah
(burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas:
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami
endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada
ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada
ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas:
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari
yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair
mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts:
Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi,
rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi
besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries:
Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi
matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini
akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Gejala Ovarian Cysts
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
Sakit perut
Rasa perut penuh dan tak selesa
Rasa berat pada ari-ari
Sukar atau kerap kencing
Sakit semasa hubungan seks
Muntah dan loya.
Diagnosa
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
Rawatan
Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.
Ini la perempuankan???? Tapi lelaki tetap jugak tak hargai perempuan... uhuk! Motip??? Beranak sakit, datang bulan sakit. Kalau tak sakit pun mentality sakit. Nak moody je.
2011 aku ada jumpa pakar atas nasihat kawan aku. Sbb lepas kematian Aryssa, nak conceive tu mengambil masa 2 tahun. Macam2 buat. Aku yakin aku tak ada masalah sbb bila mengandung Aryssa pun lepas sebulan nikah dah lekat. Cume yang salah pun sbb masalah tubuh je la, tak dapat nak salurkan darah pada anak dengan baik... mungkin itu punca masalah? Siapa tahukan?
Doktor Hamid Arshad. Doktor yang mak aku kagum... memula tak kenal pun. Bila kawan aku cakap pun aku tak kenal. Tapi google dulu gambar! Ermmm mak aku suke sangat tengok dia dulu... selalu muncul kat Nona la. Wanita hari ini la... Kalau bab sakit puan, mesti doktor ni. So dia agak popular. Aku buat appoiment dengan dia, dan hasil dari rawatan dia, dia dapat kesan ada endometriosis.... apa pulak tu?? memula dia cakap kat aku Cyst. Now what??? endo????? confuse jap gurl gurl. Sbb time mengandung Aryssa, i get to know ada Fibroid. Ni 3 benda yang berbeza.
Aku rasa aku ada cerita dulu... tapi malas nak cari entry lama... secara ringkas dia cakap aku normal.... kalau aku boleh mengandung, period cycle aku 28 hari tepat...tak ada apa yang perlu di risaukan. Its just ko kena tahan sakit bila datang bulan... which is betul. Dia terus bagi aku vitamin, obemin, asid folic dan jugak hasbatulsauda... pastu dia nasihatkan aku jaga makanan. No fast food dan junk food
No ubat subur....
Hahah aku expecting ubat subur la. Bayaran semua RM 300 lebih... macam tak releven... tapi lepas tu terus melekat....
Lepas amani iman lahir, period ok je sbb makan ubat Kencana. Macam jamu. Tapi aku stop sbb dia membuang melampau lampau. Sampai pernah sekali on the way balik kerja sakit perut sbb nak yak yak... hahaha... rasa nak terbangkan kereta je. Melawaskan la... period sakit pun kurang... dan ubat tu pulak menaikkan keinginan atau nafsu... WTF... jadi gila sat makan ubat tu... hahaha... mcm tak normal je aku rasa! keji sungguhkan. Kang abang Zamani ingat bini dia apa lak... tapi itu yang aku rasa la... so stop makan sbb sendiri rasa tak selesa dengan perubahan diri...
Tapi 3 bulan ni (yang aku ingat la) period aku melampau lampau sakit... macam sakit nak beranak... bole ko bayangkan tak? Memula sehari je... tapi sakit dia 4 or 3 hari seblum dtg bulan ko dah rasa sakit. Hari period jangan cakap la... mmg kalau kena hujung minggu aku mmg syukur. Tapi kalau hari kerja dah macam mayat hidup. Apa pun tak leh buat. Lepas period habis, than rasa senak... tak sakit sangat tapi senak mcm ko nak tunggu luka baikkan, ko tekan2 sakit...
Perut buncit... walaupun banyak kali aku elakkan ais... mcm sama je. So better makan. Hahaha. Aku rasa sesuatu tak kena... jadi aku ajak abang Zamani gi hospital Umra. Ada rekod kat sanakan...so senang sikit. Jadinya aku pergi. Tengah2 sakit tu, sedapnya doktor tu tekan tuk scan... dr mata kasar doktor tu (ini scan biasa) dia nampak fibroid... ok fine! tak terkejut sbb mmg dah tahu. Tapi bila dia cakap dua fibroid... tu aku terkejut.... and cyst ada juga.
Dia tak berani nak confirmkan. Dia minta aku jumpa pada pakar. Sbb dia hanya doktor biasa. Dia pun cakap tak yah buang sbb kemungkinan tumbuh balik tu ada. Tapi ko nak mengadap period tiap2 bulan ko sanggup ke? Bila aku cakap aku try nak dpt anak, dia mcm terdiam. Kalau dah itu jadinya, dia cakap terpulang dan suruh aku jumpa pakar tuk buat step yang sepatutnya....
Zamani tak ada masalah... tah... bila tanya pendapat dia, dia cakap ok je... why la man in this world suke gune perkataan 'Ai ok jer'.... risau ke apa tak punnnnn.... tapikan at least dia ok dan agree je kalau nak gi jumpa pakar ni. Kalau aku cakap got appointment dengan doktor dengan kadar segera dia minta cuti or datang hantar... erm i guess that all i need kan... support from en suami.
So 23 ni saya dah buat appointment dengan Dr Hamid... just get his advice. Kalau buang, than buang je la... tak tahan nak tanggung sakit. Ramai yang bagi pendapat , jangan la, jaga makan but that thing mmg dah ada so kalau jaga makan sama effectnya. sama juga yang suruh ambik ubat itu ini, seumur hidup nak bergantung, kalau tak makan makin teruk. Yang menanggung sakit aku. Mak aku lagi sempoi
Buang je la... ibu tengok pun along sengsara sangat dr anak dara sampai dah beranak dua dah. Sampai demam2 bagai... buang lepas tu senang hidup. Hal anak tu mmg kerja Allah... tapi sekurangnya sakit tu kurang... silap2 tak adakan. macam setengah org dtg peyed, mak ai best je aku tengok...
Dan kesian jugak dengan suami dan anak... kalau datang je bulan, kena bawak diri. Zamani akan main dengan Amani iman, siapkan dia, dan tak bagi amani kacau aku... kesiankan? so hope the best... harap zamani tak menyesal kawin dengan aku yang banyak sangat problem. And hope jugak dia tak terdetik merungut, iye laaaa kawan2 dia or org baya dia anak 3-4 org... tapi ok per... aku bagi dia 2 jugak... uhuhu... *nak sedapkan ati sendiri*
Wel beh bu yang nak kawan... sbb amani iman tak nak kawan dia dahhhh.... sob sob...
CidaZam bercerita lagi
No comments:
Post a Comment