Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Thursday, February 16, 2012

kadang kala

One of my follower ada kisah sedih sendiri, walaupun aku tahu blog tu blog yang baru, tapi aku dapat rasai...

hanya menulis mengubat segalanya... bukan nak menjaja atau meraih simpati org. Tapi menulis adalah salah satu medium kita luahkan segalanya. Pasti ko tak nak melihat mereka ni meraung, termenung macam tak boleh move on kan?

Aku dapat kekuatan dari Zamani selama ni...

"Tulis la yang... luahkan apa you rasa... others tak perlu tahu..." Aku masih ingat kata2 Zamani tu.

Setiap kali baca blog mereka yang senasib dengan aku (or lebih teruk dari ku maybe) aku masih tak dapat lupa rasa sedih tu... even now Amani ada menemani... aku sering tersenyum dan sentiasa terdetik dalam ati... kalau aryssa ada, tentu dia main dengan Amani sekarang. Tentu dia kacau Amani Iman. Tentu dia sayang Amani Iman. Tentu dia nak Amani Iman pakai sama dengan dia.Tentu dia menjerit2 memangil diri dia kakak... tentu aku dengan Zamani menjadi sebahgian dari family tarzan, terjerit2 panggil dia yang mungkin mengacau Amani Iman... kan?

Sbb itu mulut ni selalu memanggil Amani Iman 'adik' . Sbb Amani Iman ada seorg kakak...

Yer aku tahu semua kententuan Allah. Dah tertulis ini takdir kami. Jangan salah faham. Kalau kenangan itu indah, kenapa kita nak lupakan?

Sorry petang2 ni emo... bila baca tulisan yang sedih, mula la nak kongsi rindu di hati...kan?


Free Image Hosting at www.ImageShack.usCidaZam bercerita lagi

Wednesday, February 8, 2012

Makan Time pantang

Layak ke aku nak cerita pasal pantang ni? hahaha... tapi aku telah di paksa oleh seseorg pasal makanan dalam pantang sbb dia jeles mak mertua dia tak leh nak jaga mcm my mother in law jaga. Ekcelikan aku ni dalam pantang berat turun 10kg... dari 70kg turun ke 60kg. So bukan salah pantang tapi lepas pantang, aku PANTANG tengok makanan... bedal selagi boleh. Anyway kalau dah c-sec ni macam2 la masalahnya... (salahkan c-sec). Mengembang je perut!

Makan ubat pun skip2... sapu ubat kat badan plak banyak masalah kulit. Panas sangat sampai kulit gatal2. So stop. Bengkung beli sampai RM 200 sayang tau! Pasal kulit sensitipkan maka tak leh nak pakai sangat, bila pakai habis merah2. Ingat dalam pantang je, lepas pantang pakai jugak... erm mula aku terkeruk mcm beruk!

Tapi benda dah lepas tak yah la nak cerita... tapi kalau ko tanya luka ke, bekas jahitan ke, alhamdulilla sangat sangat... TQ mak! mmg baik.

Ok to my cozen sista... ekau dah 37 week... bingit sbb aku tak post lagi entry ni apa yang dia kena makan apa yang dia tak leh makan...

Ok seingat aku, selama sebulan aku makan semua ikan. Tak ada daging tak ada ayam. Sayur pun lauk rebusan, sawi rasanya... erk ke bayam???

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Benda ni tuk pulihkan luka. Baru aku tahu dia bagi betul2 6 botol supaya habiskan 6 botol, jangan kau nak tambah lak sedozen lagi. Sbb luka akan melekat? (something like that) So ambik 6 botol seminggu. Minum la tiap hari. Caranya panaskan botol tu, minum. Rasanya macam ko minum air lumut. Wekkkk!

Dan ada yang ginseng pun jangan beli. Sbb tu lagi kuat. Kalau dengar penerangan aku ni mesti korang kata bagus la... luka baik. Tapi bila luka TERLALU elok pun tak elok sbb ada keskan bila anak kedua kesan c-sec yang pertama tu payah nak operate? Ha gitu la aku dengar. Tak tahu la. Yang penting tak elok!

So first week, haro pertama je mak dah masakkan sup haruan. Sedapppp. Walaupun aku tak suke ikan haruan tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Helo!

Hahah , scraykan tengok muke dak haruan ni! Khimat acik google!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ni la kot rupa ikan haruan. Ni buat sup haruan, lada itam kena banyak! Eshhh terbayang sup tu. Mmg sedap. Aku makan sikit punya laju. Lepas my mother in law kata sup haruan... terkulat la ko menelan di situ. But not bad la! sedap! Mungkin MIL masak sedap kot. Tu yang laju je!

Than hati masak kicap. Pun lebihkan lada itam yang besar2 tu... terkial2 juga la aku makan. Org pantang TAK BOLE letak santan ye....itu yang aku ingat la....

Lepas tu akak urut yang urut aku tu, dia bagi tahu jugak, ikan bilis goreng dengan bawang puteh dan halia. My mil tak pernah buat tuk aku... hahaha... tu rasa kalau macam malas la. Seingat aku, goreng ikan bilis, hiris bawang puteh (panjang2) bukan lebar2 tau. Dengan halia. Goreng sekali. Makan nasik puteh.

Tapi bawang puteh tu sedap jugak. Sbb MIL pernah goreng ikan bawal puteh dengan tepung pastu letak lada itam, and rasanya ada hirisan bawang puteh dan halia kot... makan dengan nasi puteh.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan bawal puteh je yer... yang itam tak boleh makan sbb di katakan berbisa. Siap la ko tergaru2 gatal dan luka lambat baik. Aku tak berani sbb anak sulung aku main makan je. Ambik gatal kat bahagian bawah yang teramat sangat. Bukan gatal biasa ok yang bahagian dalam tu, Ya Allah berdenyut2 ko! So lepas2 tu mmg tak berani!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Dan ikan merah.

For me, mak mertua aku beli semua ikan2 mahal. Tiap2 hari selama sebulan. Some time di sulam dengan hati masak kicap, ikan masin yang paling hevennnnn! Ikan masin ikan haruan. Tapi sbb time tu aku kena gatal2. Doktor suruh aku berhenti makan. Mmg best. Ikan masin goreng, than mak campur dengan bawang goreng... OMG! mmg sedap!

Masak la singang. Or org Singapore kata lauk pindang. Ha Zy minta resepi kat nenek aku. Hahah... tanya aku resepi idok la teman tahu. Rasanya bawang, bawang puteh, halia, letak lada itam lebih dan lada merah tu kot, than tumis, letak air asam. Heheh betul ke tak resepi aku tu? Seingat aku tu la. Tapi lauk singang mak mertua aku buat tahhhh pedas la... mmg sedap hirup2 mcm tu.

Ermmm sea food selain ikan semua di haramkan makan. Tak elok kalau BF baby. Expecially ko makan udang, ketam. Lagi pun benda2 tukan tak elok. Gatal2 jugak. Kang luka tak baik lak

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Ikan cencaru sila JANGAN AMBIL... sangat berbisa!

Tanya resepi tuk pantang aku tak tahu sangat. Tapi tuk org berpantang, nasi jangan tambah ye. Ambil sikit. Makan tak boleh lewat. Macam aku, pagi akan minum pagi. Yang gila kopi sila la minum kopi. Baby dah kuar dr perutkan? Tak yah susah2. Paling tak anak ko jaga malam. Heheh pekena kopi ko minum sbb anak BF... hahaha...

Than genap sebulan, baru nampak ayam... hahah gilakan? tapi mak masak sup2 je.

Daging? Lepas 100 hari yer... sbb di kuatiri luka kat perut ko nanti ada lebihan daging. Kui kui kui... macam ko operatekan? setengah org akan nampak daging timbulkan kat bahagian tu? kata mak sbb makan daging. Tak tahu la, mungkin setengah org macam gitu ke apa aku tak sure. Tapi pantang kalau kita ikut tak salah pun.

Macam aku, bekas operation aku hanya line bersih. So far tak rasa daging timbul ke apa. Perut pun ok... alhamdulilla tanda2 bekas mengandung pun tak nampak...

Kalau tahu nasik ulam lagi bagus. Mmg makan benda tu pun ok.

Erm tu je aku ingat la. Yang lain idok la ku ingat. Yang penting kalau risau sangat masak je singgang 30 hari... hua hua hua... terjelir la lidah ko makan 30 hari lauk yang sama... kui kui kui...

Ohhh ikan masin makan dengan sambal belacan plus nasi panas2... perhhhh sedap ni... tapi itu bukan makan org pantang yer... hua hua hua

Oh ambik oren sunkis tu, makan tuk lawas berak. Mmg payah ko! Aku kurang air. Makan la cepat ko melabur... hahaha... itu sahaja... sekian!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Saturday, February 4, 2012

Dady and doter

Dulu ada org tegur, ambik gambar somi ketika tido tu mengaibkan suami. Even sometime letak or cerita dlm blog tuan punya diri pun masam muke. Habislah org tahu gaya brat pit tido!

But can't help myself nak ambik gambar and share in my blog. My personal blog. Dengan harapan one day amani iman boleh baca entry2 yg penuh cerita dia. (Walaupun aku tak tahu berapa lama blogspot ni bertahan)

Everynite without fail, kedua wajah ini pasti aku tatap sblm tido. She copycat betul muke zamani. Tp syukur skin kaler ikut bonda! Ha ha ha! Tu yg nampak cerah tukan? Mimik muke pun sama. Bila stress tgk ke dua2nya ati jadi sejuk.

Love them both!

Thursday, February 2, 2012

Demam

Sori lama tak tulis blog. Bz sangat2. Kat opis kerja dah macam gunung everest (ok tipu,bkn tipu mcm gunung everest tp byk kerja aku)

amani iman demam... Suhu badan 38.4... Sadis sgt. Tp dia kuat. Tak merengek. Tp bila zamani enterprem ermmm dan dan merengek. Anak abakkan???

Esok EL... Rasa ini tanggungjawab aku and aku x bole nak lepas tangan. Opcos tebalkan muke tido umah MIL sbb aku x ada pengalaman. Apa2 senang mak ada. Biar kita belajar hadapi saat ni dan bukan lepas tangan.

Now dia tido. So better aku join tido sama. Kul 340 kena bangun bg makan ubat. Suhu tadi 38 lepas makan ubat 37...

Amani cepat sembuh ye :)

Sunday, January 29, 2012

Sweet like chocolate

Sajer tgk list follower kat twitter. When I saw zamani's profile ku terasa dia sweet. Hua hua hua. Me???? Sumpah gue tak update2 twitter info. Pasal apa?? Gue bute it! Kah kah kah. Tetiba bodokan? I pandai create je. Since ada BB ni, lepas install application kat phone itu je aku hadap. X pernah nak tukar info ke apa. Gambar pun nak tukar terkial2. I love you deeper la! Like drypers! Ha??? Tetiba kokan!
________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from BlackBerry App World : http://bit.ly/screengrabber_appworld

Saturday, January 28, 2012

Aisyah and liya

Ari selasa lepas, my biras che ta g KPJ, emmergency di atas sbb tertentu (Panjang citer). Maka me and Zamani g la tgk kot apa yg bole bantu. Tengok aisyah,aliya and umar tengah tunggu kat ruang emergency hall tu. Biasalah nampak pak long and mak long diorg x dpt kawal diri. Lari, jerit semua ada la.

So kebetulan ada budak kat emergency room tu terjerit2 nak balik. Mak long gune kuasa dgn menipu bebudak ni

'Ha! Duduk diam2. Tengok akak nurse tu dah tangkap budak tu. Sbb tu dia jerit nak balik. Mesti dia kena ikat'

Aliya, aisyah dgn ummar terus diam. Takut terus. Hua hua hua

'Liya baik kan mak long?'

'Ha... Budak baik kena diam'

Aisyah muke takut2.

'Agaknya apa kakak tu buat eh kat budak tu?'

'Harus la dia kena ikat...' Umar terus peluk kak ngah dia. Takut...

Kejap je. Pak long dgn pak teh enterprem diorg buas balik. Apa pun ampun tatak nurse sbb saya berbohong. Lalalal
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 26, 2012

AmaniZamani

Semalam siapa tengok cerita melayu kul 7 tuh? Apa kalbu???

Aku suke tengok Akashah! I like! Tapi tak leh lawan Aaron Aziz la... may be aku hanya suke tengok muke mamat ala2 macho. Chewah... Muntah la kau.

Kan pasal dia nak buat DNA anak dia?Pasai bapak si ANA tu (bukan nama laki aku) nak tahu ANA ni anak dia, atau anak pada perogol2 bini dia. Abang Zamani biasa... emo!

Zamani :- Budak dah besar baru nak buat DNA! Awat hang tak buat time baby semua...

Aku :- Tah... bodo.

Zamani :- Kan dah susahkan budak tu... sian budak tu. Hang kalau sangsi. Budak tu lahir buat DNA, ni nak nikah baru nak buat. Esh kalau aku, lahir je buat DNA

Eh dia berangan nak jadi pelakon???

Aku:- Ha betul! Kalau you tak yah kot... gi jumpa doktor cakap "Doktor saya mau buat DNA" confirm doktor tu halau you... muke anak lagi potostat, lagi mau DNA! hang gila ka apa??? Sure doktor tu halau u... "gi balik jangan buang masa aku nak ambik DNA. Hang buta ka muke tu serupa"

Lalalalala... Zamani gelak tak hengat! Mengarut. Bercita2 plak nak jadi watak bengong dalam cerita tu.

Saksi gambar berikut... perlu ke buat DNA? Lalalalaa

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Itu la anak... itu ler suami!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

CidaZam bercerita lagi

Wednesday, January 25, 2012

Demam Korea

Situasi pertama :-

Ari tu gi Shah Alam, ambik spec aku kat Tesco Shah Alam. Around 8 malam lepas abang Zamani korang balik kerja. Kedai spec tu call lambat. Kul 7 baru call... abang Zamani boleh je nak singgah ambik cermin mata aku. Tapi dia on the way balik klang. So aku bagitahu dia

Me:- B! Jom ambik spec.

Dia diam jap

Me:- Bole tak?

Dia :- Ok... tapi balik kul sebelum 10;30 malam.

Hari tu hari selasa... biasa la ada RAWkan? Dia tak leh nak tinggal RAW dia tuh..

Me :- ohhh ok... ari selasakan...you nak tengok RAW. Ok!

Dia :- Bukan la... pumkin!

ushhhh aku gelak tak hengat... RAW! nama macam ganaskan? tetiba Pumkin??? ala ala lembut dan manjakan? tak sesuai ko!!!

Dia :- Best la cerita tu...

Yer yer yer what ever!

Situasi ke dua

Dia :- Kita nak ke mana?

Me :- Balik umah je la... nak gi mana pun

Dia ;- Sian Amani. Nak tak gi Icity?

Me :- Ok ke? Kang nak kerja esok.

Dia :- Baru pukul 10

Oklah aku setuju... on the way nak g icity

Dia :- Ermmm b rasa tak yah la... Amani kita gi lain kali je la...

Me :- Lorrr asal plak? tadi ok je...

Dia :- Lewat dah ni...

Me :- Ok... next time la amani...

Tanpa pikir apa pun ler...

Sekali sampai umah, cari control... tekan chanel 393... mmg tak sesuai la!

Sejak jadi bapak ni... alahai abang Zamani ilang macho deeee.... Bole plak mengadap cerita korea ni. Memula kami mmg tak suke. Tapi sejak maternity ari tu, duduk layan dengan my in law sampai mmg leka la menonton drama korea ni. Lepas satu, satu cerita menarik.

Tapi cerita ni mmg best pun... cerita anak durhaka! (Bak kata Encik Azizi) Ini yang abang long mu suke tengok. Kalau aku lebih berminat cerita yang berunsur curang curang ni... Zamani pasal kekeluargaan dia suke la...

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Pelakon utama Pure Pumpkin love... hahahah suke gambar ni. Nanti esok Amani sila jadi muke ibu... kita ambik gambar gini. Ibu yang garang, Amani yang soft2... yer ke bole? Sekarang nak senyum pun payah si montel tu!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
CidaZam bercerita lagi

Tuesday, January 24, 2012

Raja di julang?

Dah mcm raja2 di zaman firaun tau... Gaya mcm tu, bini suap kek ok. Sila tau... Mengada!

Berkelah

Semua berlaku tanpa di rancang. My MIL tetiba buat rancangan pagi tadi tuk berkelah kat sungai congkak. Kata my MIL, nak bawak cucu2 mandi sungai. Tapi at the end cucu2 semua takut nak mandi sbb air sejuk gila. Termasuk Amani Iman. Melalak2 sbb takut sejuk. So turn to be, wan dgn tok bawak anak2 berkelah, bukan cucu. Hehe ni kanak2 purba main ayor. Nasib baik menantu2 ada commitment jaga anak. Kalau tak??? Join masuk ayorrr sama.

Kami enjoy.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails