Under one ruf ^-^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aryssa Dania Dalam Ingatan

Lilypie Angel and Memorial tickers

Langkah Kecil AmanI IMan ZulAikha

Langkah Kecil Ammar Yusuf

Ketibaan Orang Baru

Sunday, December 2, 2012

Amani warded

Amani iman masuk sepital...hari ni dah hari ke 5 dia kat sepital ni. Deman dia nampak 2 hari lepas mmg dah ok. cume doktor cakap ada 2 percent virus so diorg nak hilangkan virus fully so that demam tak berulang lagi. Macam aku cerita entry yang lepas, ahad lepas dalam pukul 3 badan mula panas. Sblm tu elok je. Sbb tak gi mana2, dan malas nak keluar makan, maka aku masak je, dari sarapan ke makan tengahari ke malam. Huhuh...ok tipu! Malam malam makan lauk yang tengahari... Rajin sangat ler aku nak masak tuk malam bagai.

Dalam pukul 5 aku rasa badan amani iman panas. Dalam 37 macam tu, temometer dah tunjuk tanda merah. So bagi makan ubat deman. She look ok after that... Tapi malam! Bahang badan. So isnin, zamani ambik El. Bapa mithali. Omaknya kena kerja. Kata org kuat opiskan?

Zamani bawak pergi klinik biasa. Doktor cakap demam biasa. First time aku tengok anak aku mmg lemah. Lepas gi klinik tu ok dah. Boleh makan dan main2. Tapi lepas aku balik kerja badan makin panas. Aku siap bawak dia keluar makan lagi. Tapi biasalah tak fully baik. Dalam pukul 11 lebih badan dia panas. Malam tu mmg aku dengan zamani tak boleh nak tido. Dia punya merengek sian tengok. Makan ubat pun deman tak surut, mula la aku pikir nak gi sepital malam tu... Siap compress badan dia dengan tuala malam2. Pukul 3 pagi, badan dia semakin panas, cecah 39.7 degree. Aku bukakan baju dan seluar. Tutup air cond dan bukak kipas. Compress badan dia bergilir2 dengan zamani. Time tu aku doa cepat la pagi. Zamani tanya aku nak ke hosp Serdang atau Putrajaya? I was like.... Kenapa jauh sangat? Klang mmg idok la, dengar service yang office mate aku dapat time anak dia kena sengat dengan lebah, aku cancel. Bad service!

'Kita gi Pantai la...' Zamani pandang aku...

'Erk sure ke? Kalau masuk sepital how?' Aku tahu dia tanya pasal charges. Aku pun kalau tak ada insurance tak la aku nak pandai2 sebut Pantai! Sungai kelang bole ler... Hahah... Ok joke tak jadi di situ.

Syukur la... Pukul 7 bangun terus je mandi. Dengan tak tidonya kitaorg. Aku terus sms agent insurance aku... Tell you! Agent insurance aku mmg menjengkelkan! Tapi mmg service tip top. Ko tak payah nak call prudential. Sent sms kat dia, hospital panel prudential kat klang, terus je dia call bagi tahu. Terus je dia buat taklimat pendek... Apa ko kena buat, charge yang di kenakan. So kenalah sediakan cash dalam tangan. Sbb 10 percent kita bayar sendiri. Minimum RM 300 dan max is RM 1000. Tapi kalau opis ko tanggung so ko tak payah la nak bayar satu sen pun. Company aku or zamani mmg tak tanggung. Dia siap cakap rate bilik tuk amani iman. Aku ambik bilik yang RM 100 sehari. So pandai2 buget la. Kalau ambik bilik lebih dari RM 100 bayar yang lebihan sahaja.


Pertama kali masuk hospital pantai klang. Reception mmg tak friendly... Bengang dan sakit hati jugak. Rasa nak tepuk je dahi! Tapi sabo... Dengan amani yang melalak2... Tengah tak sihatkan?


Muke budak tak sihat. Masuk jumpa pakar kanak2... Dia punya menangis! Tuhan tolong la anak aku... Sian sangat. Panas sampai 40 deg. Doktor suruh balik, tapi bila dengar panas amani iman takkan surut malam tu, aku terus minta dia warded.


Bila anak sakit... Semua Benda tak jadi. Dia sakit tak nak aku. Nak abak dia je. Nak masuk ward pun lambat. Nak tunggu approval dari prudential dulu. Mau la dekat satu jam. Abang zamani dah naik hangin. Sabo la... Kalau ko tak sabar aku ni lagi la... Mau dekat 10 kali dok tanya kaunter tu. Siap aku call agent insurance aku. So dia tolong apa yang patut.

Pukul 10 pagi dapat bilik yang 4 org... Si amani iman masuk ward je melalak! Belum lagi nurse atau doktor jumpa dia lagi. Mmg lama la. 2 jam ok... Sabar tak sabar la ko dengan anak yang sakit. Nangis sampai muntah2...


Dia tak nak tido cot dia. Dalam kul 12 macam tu tangan masuk drip. Dan ambik sample darah.


Kesian... Nangis sampai habis suara... At last keletihan dan ketiduran. Pukul 4 mcm tu ada baby baya dia masuk... Melalak serupa dia juga... Tahu lak dia tutup telinga dia. Ha! Ko bising tak pa eh? Tapi aku pun tak tahan. Budak tu aku rasa ok la bole terima sbb anak aku pun bukan diam. Tapi aku tak tahan nenek budak tu. Menanyi macam kat karaoke ko! Hahah budak tu diam dia pulak bising2. Minta tukar bilik yang dua org je... Ingat ok! Worst!!! Jiran bawak org kampung every day! Aku pun tak tahu la family dia mmg turun datang. Dah tu buat macam open house deepavali, cakap tak reti pelan. Mabuk aku!


Amani iman second day... Hahah muke sakit... Demam naik turun jugak, tak surut. Nasib baik ada ipad. Sesekali boleh la hilangkan rasa sedih dia kat tempat berkurung macam nikan?


Tangan tu boleh buat asah gigi. Lawak tau si amani iman ni... Tangan berbalut pun dia bole lagi gunekan tangan yang berbalut tu. Siap cubaan tarik wayer and tiub kat tangan tu,


See how she adapt tangan yang berbalut macam tu... Tidak menghalang tuk baca newspaper. Wakaka...


Bila dah sihat tak reti duduk diam...


Siap cubaan tutup drip tu...suka hati dia jer.


Tangan berbalut tidak membataskan hak bermain ok!


Bila sakit mmg nak berkepit je la. Nak ibu and abak. Dengan tok tak nak, wan pun tak nak, nenek pun tak nak, atuk pun tak nak. Tetiba dia mcm buat tak kenal org... Rimas jugak. Tapi what to do kena faham la dia sakit.

Makan pun tak nak. Tapi alhamdulilla tok buat bubur nasi tuk amani iman dr first day. So sakit2 pun makan jugak. Dapat la tenaga kat situkan. Nanti aku upload video gambar dia makan. Tengok video tu macam budak tak makan setahun. Hahaha tak bole lambat sikit.


Sampai nak solat pun payah. Macam aku pergi mana je. Padahal solat depan mata dia je. Nenek sampai tak larat nak tahan, kata mak aku, nampak je demam, tapi tenaga dia luar biasa. Kalau tolak tu macam nak jatuh nenek tu. Amani.... Amani.... Doa pun ibu tak sempat tau. Ko melalak mcm kena tinggal.

Motip tak pakai baju? Ni hari ke tiga kat sepital. Dah tu cerry berry plak. Langsung kena baju seluar sampai baru perasan hanya seluar yang tinggal. Baju nan ado.
























Layan upin ipin time ni... How la? Org opis dok call berulang kali. Payah rasa. Bukan sengaja. Tapi tengok la anak sakit nak berkepit je. Amani iman sampai tido pun nak aku peluk ok...sampai sakit2 badan aku. Dia pulak bukan main tido je, main2 dulu than baru la lelap.






















Bila anak tido, time omak pulak layan adam and hawa... Oloo syuga dapat tgk aaron aziz kau!

Thank you la brat pit malaya! Abang jamani, gigih dload adam dan hawa 10 episod yang tertinggal tuk bini kesayangan.




Lupa nak bilang, malam pertama tu mak ngah azita dengan pak ngah azizi datang melawat. Aduhhh dah ku bilang tak yah datang sbb kesiankan, mak ngah azita sekarang dah malas nak meredah jam. Dia dah sahut cabaran kerajaan naik public transport. Heheh sian jugak balik lewat, ambik anak2 kat taska semua dan tak sempat nak rehat datang jauh2 dari damansara damai ke klang tengok amani iman.

But thanks alot la. Amani rindu kakak dengan abang dia. Dari moody terus sengeh. Especially jumpa abang umar pujaan hati.

Hilang sakit amani iman... See how she smile. Dan abang umar yang sweet pandai ambik ati amani iman...begitu jugak dengan kak long... Bukan main nasihatkan amani jangan gerak sangat nanti tangan sakit.

Tapi amani imannnn... Mana Nak dengar cakapkan? Ikut perangai abak dia. Keras kepala... Heheh tetiba....


Dan hari ke 4... Aku gosok gigi dan cuci muke... Tetiba dengar suara amani iman macam bercakap... Tapi tak la melalak. Selalu dia nangis bila tengok aku tak ada. Jenguk tengok dia menongeng... Aku dah nampak patung mickey kat bawah katil tu... Org sakit jalan project rupanya. Jatuhkan segala barang yang ada atas katil tu... Tapi rupanya??? Main wayer.

Dah sihat gini plak jadinya... Alhamdulilla jangan merunggut. Dia sakit ko plak yang tak tentu arah.


Maknya tak dapat nak mandi... Haizzzz maka nak lap je badan dia, dah berapa hari tak mandikan? Sekali berak... Bersepah. Nak tak nak basuh, dalam basuh aku mandikan dia... Tapi tak boleh nak sampoo... Bukan main segar lepas tu...

Boleh makan, minum.... Dan main sikit lepas tu zazzzzzz....

Doktor tak nak discharge amani iman walaupun on thurs tu nampak progress dia mendadak. Nak tunggu virus tu pupus dalam badan.

And today aku org yang paling happy nak discharge. Walaupun anak menjadi keutamaan, tapi kerja tetap dalam otak. Tentu je budak opis memerlukan aku. Tapi apa nak buat. Aku pun tak minta amani sakitkan? Nak suruh org faham, org mungkin tak tahu. Tapi aku tahu tak ada yang lebih penting dari suami dan anak. Dua harta yang aku ada kat dunia ni. Mungkin tak ada nilai bagi org lain tapi bernilai bagi aku.

Last day! Pagi sabtu aku kerja. So seblm aku pergi kerja, aku tolong zamani mandikan amani iman. Doktor bagi kebenaran tapi minta jangan sampai balutan tangan basah. Kena charge! Hahah dah nak keluar dah kot. Tapi kalau keluar pun tengahari than balutan tangan tu basah, mau la kecut tangan si amani iman ni.


Senang sikit nak mandikan dia. Tangan tu kami masukkan dalam plastik! Bijak tak mak bapak amani? Dia dok pelik kenapa tangan dia kena berbalut macam tu. Nanti air panas, dia pun rasa selesa kot sbb dah dekat seminggu dia tak mandi. Nasib baiklah baby. Kalau org besar mau aku rasa pengsan tak pun mati org dekat. Hahah


Imagine tanpa bamboo seat ni! Mmg payah la...


Dah mandi, sarapan cornflek. Dia ni tak suke nak campur susu or air bagi lembek. Suke makan macam gitu je. Sambil layan upin dan ipin


Them... Before aku off to work today... Turn abak jaga amani iman. Sbb abak tak kerja hari sabtu.


Bila sampai semua dah sedia kemas... Dua beranak sampai ketiduran. Doktor kata bole discharge pukul 11 pagi. Tapi end up discharge pukul 1 ptg.

Nak tahu berapa cost semua???

Ha! Panjang sangat. Will write about it nanti. Bukan riak tapi nak berkongsi je. Bukan beli tuk anak je... Tapi untuk diri sendiri. Apa lagi insurance la. Time bayar, kaunter mmg lambat. Sbb diorg banyak gune insurance to pay. Mmg lama gila ar! Baik nak masuk mahupun nak keluar hospital.

Nanti kita story eh!

Tuesday, November 27, 2012

Get well lil princess

Amani iman demam panas. Start on sunday evening. Tetiba panas tp suhu hanya 37.5 sajer. Makan ubat ok. Ari ahad tu aku masak nasi tomato. Selera dia makan sampai habis. Than malam tu panas. Mmg aku x tido compress tuala basah kat badan. Around 3 or 4 baru ok sikit sampai pagi. Tapi dia meregek. Bawak g klinik. Balik tu ok je tapi dia tido je la sepanjang hari.

Than malam tadi aku dgn zamani mmg tak tido. Nak tido pun takut. Panas sampai 39.5 nak 40 deg. Mau ko nak tido lena macam tu?? Mmg compress badan dgn tuala basah. Ubat makan x jalan. Tu compress pun 37.5 paling rendah.

Pagi terus ajak zamani gi hosp terus. Doktor still tak nak tahan. Suruh pantau kat rumah sampai malam ni. Sudah kau! Siap ckp tanda2 kena bawak gi sepital balik. Banyak la kerja akukan! Soal anak ni nak pantau2 aku bukan doktor. Malam semalam pun x tido dok pk ok ker. Bahaya ke, patut bawak g hospital now ke? Esok pagi ke?

Tido tah berapa minit. Tak kisah la. Janji anak sihat. Dia merengek tak sedap badan. Pukul 7 terus bangun mandi ajak zamani g hosp. Ekceli aku nak ajak mak ayah aku je sbb zamani kerja tapi dia ckp dia tak sedap nak biarkan amani sendiri dengan aku. If everything ok than lepas tu g kerja.

Aku mcm blur! Doktor ckp selagi dia kuat ada tenaga nangis, meronta should not be problem. Yg takut kalau terkulai tu kena warded. Ha nak tunggu anak aku terkulai baru nak warded??? Terus je tanya

'Can she warded now? ' Cepat je doktor cakap

'Cannnn... Pantai glad to entertain you. Terus je isi borang...' Eh doktor ni. Main2 plak.

Ekceli dia ckp ada parents tak nak anak kena warded. So sbb tu dia bagi peluang since amani x teruk sgt. But as parents u know I don't want take any risk. Masuk je la. Tak perlu aku tertanya2. Rasa muskil pi je kaunter tanya doktor.

Now I'm sleepy. Amani lena di dada zamani. Sakit2 ni nak abak je. Dgn ibu merengek manja. Letak atas badan ibu dia x selesa sgt compare badan abak.

Opis call x henti2... Hetchu!!! But what to do. Kerja pun penting gak. Sian pulak kalau ambik cuti x plan ni. Uhuhu tak pa la, lakukan tanpa rungutan. Anak tu tanggungjawab begitu juga dgn kerja yang sebagai punca rezeki.

Aku nak lelap kejap bole??? ZZZzzzz
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, November 25, 2012

Ready Stok { For Maxi, kaftan and Top Skirt }

Ok seperti yang di janjikan... Baju- baju yang ready stok. Semua baju yang ada di sini adalah Free Postage. So korang bole order kat aku and aku akan checkkan dulu stoknya. Lepas tu baru bole bank in to my account nanti. Aku akan uruskan sampai la korang dapat barang korang. Wink wink... So tak perlu risau yer...

Ok aku gune model so korang bole tengok dan bandingkan. Korang bole ukur sendiri sbb model yang aku gune ni mmg tinggi dia 170 cm. Ha! Budak ni mmg tinggi.



:: Nadira Top Plus Skirt IN 023-333 ::
:: Material Spandex Rayon ::
:: Fit S to L ::
:: Top and Skirt Stretchable ::
:: Price RM 120 Free Postage ::

Top Pink Purple Skirt - Available
Top Black Light Brown Skirt - Availale
Top Red Black Skirt - Sold
Top Purple Pink Skirt - Available
Top light Brown Black Skirt - Available
Top Black Red Skirt - Available


Ok yang di pakai oleh model ini adalah Top Black dan Red Skrit. Jenis skrit ni getah. Dan korang boleh tengok gerah dia di belakang skrit. Jangan risau bahagian peha atau punggung sbb dia jenis strechable.

Panjang skirt - 97 cm
Panjang bahu - 44 cm




:: Maxi Jane Dress Strip::
:: Material Spandex ::
:: Fit S to L ::
:: Price RM 110 Free Postage ::

Red - Available
Gray - Available
Purple - Available
Dark Brown - Available
Pink - Available
Black - Available



Panjang dress dr bahu sehingga hujung - 140 cm. Model mengunakan dress yang berwarna Black



:: Kaftan Hikaru::
:: Material Cotton ::
:: Free saiz Fit to XL ::
:: Price RM 125 Free Postage::

Red - Sold
Yellow - Sold
Tosca - Sold
Purple - Available
Green - Available
Orange - Available


Baju yang di gayakan oleh model adalah warna Green. Boleh di gayakan dengan inner bagi yang bertudung. Atau di gayakan cara moden tanpa inner juga, inner TIDAK TERMASUK.

Panjang baju adalah 130 cm


Bagi meraka yang bersaiz L or XL pun tak perlu risau sbb boleh je muat.



:: Pretty Stone ::
:: Material Sifon Including Inner ::
:: Fit from S to L::
:: Price RM 135 Free Postage ::

Pink - Sold
Dark Green - available
Dark Pink - Sold
Turqoise - Available
Soft green - Sold
Purple - Sold


Model mengunakan baju warna Dark Green. Pelik bila ambik gambar dia jadi blue... Hahah

Baju ni termasuk Inner yer... Inner baju ni panjang yer. Panjang baju. Tapi kalau nak pendek pun boleh. Macam model aku gayakan... Belasah... Cantik jugak bagi yang nak seksi. Tapi yang model pakai bukan la inner yang sebenar... Inner bagi baju ni maxi, so kalau nak pakai inner yang menutup aurat bayi yang bertudung boleh gaya inner lenggan panjang juga.

Panjang baju - 130 cm

Baju ni bagi yang XL pun bole pakai juga :)


:: Sahara Dress ::
:: Material Sifon Renda ::
:: Fit Saiz S to L ::
:: Price RM 120 Free Postage ::

Turqoise - Sold
Soft Blue - Sold
Pink - Available
Peach - Available
Green - Available


Model pakai baju yang berwarna Green . Bahagian pinggang getah

Panjang baju adalah 130 cm.


:: Maxi Sulam Kerawang::
:: Material Spandex ::
:: Fit S to L ::
:: Price RM 110 free postage ::

Black - Sold
Blue - Sold
Green - Sold
Red - Available
White - Available


Panjang baju adalah 140 cm
Panjang bahu 40 cm

Kain jenis memberi. Model memakai baju Berwarna Red.



:: Shiela Etnic Maxi 023-298 ::
:: Material Rayan Spendex ::
:: Fit S to XL ::
:: Price RM 130 Free Postage ::

Black - Sold
Red - Sold
Grey - available
Blue - Available
Khaki - Available
Dk Grey - Available


Model mengayakan baju berwarna Blue. Bagi mereka yang bersaiz XL, boleh juga pakai. Kain tak panas, dan memberi. So memberi keselesaan jugak.


:: Livia Maxi Dress 023-323::
:: Spendex Rayon ::
:: Saiz S to L (small cutting) ::
:: Price RM 110 free postage ::

Purple - available
Khaki - available
Grey - Available
Fushia - Available
Maroon - Available
Black - Availlable


Model mengayakan warna Fushia. Kain yang memberi dan jenis yang tak panas.

Panjang baju dr bahu - 140 cm
Bahu - 35 cm

Ok ini batch yang pertama... Banyak lagi stok sedia ada tuk anda... Sila tunggu yer... Siapa yang berminat boleh la tinggalkan komen di blog.

ATAU

Email :- shida.zam@hotmail.com
Facebook : cida.zam@facebook.com
Twitter : cidazam

Saturday, November 24, 2012

Hyper

Muke noti...

Alamak! Apa dah jadi dengan anak aku ni malam ni. Baru je bernafas setelah dia tido. Plus senior dia pun surender tertido sama sbb letih kot melayan dia hari ni. A.k.a abang zamani.

Aku syak amani iman overdose coklat hari ni. Tapi aku bagi dia biskut coklat 6 keping je. Hahaha mungkin tu banyak. Habis! dah dia mintak. Beli pun untuk dia. Tak la besar pun. Kecik tuk bebudak.

Hasilnya???? Mak aiii rasa sesak napas. Dah la aku lately tido tak cukup. Bz dengan project aku yang tah bila nak mula... Sigh!

Kat opis nak update di larang sbb kerja opis. Ni hujung2 tahun ni... Jangan ko buat pasal. Salah sikit bole effect performance ok.

Balik kerja pulak layan kerenah anak. What to do? Ha sibuk sangat ko nak cari side income. Masa yang ada pun tak terkawal. Bukan la tamak tapi aku ingin menambah apa yang tak cukup. Ada anak ni lain. Bole je kalau aku nak jadi part time account. Ada gak offer, tapi kang masa tak cukup. Sabtu ahad masa tuk anak dan suami terbatas nanti... So kita buat benda yang boleh santai.

Tapi tu la... Balik opis si amani iman nak melekat je. Kalau keluarkan ipad mula la nak berebut sama. Dah tu pakai melampau2. Ulang la berpuluh kali apa dia nak main. Sudahnya bila dia tido aku nak mulakan dah tergendala sbb mengantuk sangat.

So sabtu half day. Balik dah penat. Tak larat nak masak der... Tapau rojak je tengahari tadi. Balik tido. Tapi tak tido sbb si amani 18 kali naik badan aku. Tarik rambut aku. Ambik bantal tekup muka aku, dah tu sendiri gelak. Tak layan dia hempuk kepala aku dengan botol susu dia!

Ini sudah lebih! Zamani bila nampak aku naik hijau mula la dia tarik anak dara dia. Ha jagalah kau! Bini ko tido tak cukup. Malam pun makin kerap si amani bangun. Bukan nak minum susu, sajer je nak aku tepuk manja... Kadang2 nangis suke2 macam mengigau... Mmg tido tak cukup tiap malam. So i need rest! At least one hour. Tapi dengan ini minachi! Mmg tak dapat la nak rehat, bukan kata sejam, sepuluh minit pun tak dapat.

Zamani masuk buai dia meronta2. Ha dah pandai turun buai sendiri tau. Sakit jiwa tak? Bila dah dengar suara 'jantan' zamani, tido pun tak lena. Bangun entertain la anak... Sudahnya dia ajak kita main.

Malam pukul 8 dah tak larat mata. Time tu amani iman naik turun tanga. Mmg tak ada tenaga nak bangun. Dengar suara atuk, nenek terjerit2. Plsss tolong look after her at least half an hour. Thanks to ibu dengan ayah... Hahah tahu aku tak cukup tido. Sbl, tido je dah eskot naik tangga. Bukan satu pusingan yer. Mau dekat 3 pusingan! Herannya ko tak penat ke naik tangga tu banyak kali??? Esok kita gi batu cave nak? Naik la ko tangga tinggi tu.

Terlelap setengah jam terus bangun. Dia main spek aku. Dia main phone aku. Bila suara zamani dah tinggi, so tak kose terus bangun solat. Dia bawak amani naik bilik, tell you dia tak duduk diam. Panjat katil. Cubaan nak jatuhkan diri dari katil. Nak masuk baby cot dia. Masuk bawah konfeter. Kena marah buat muke serba salah. Peluk abak, peluk ibu... Konon insaf tapi buat balik after 3 second! Di ulangi 3 saat!

Last2 peluk dia kuat2...melakak minta di lepaskan. Dah nangis sparuh hati, tentu je penat dan mengantuk! Akhirnya dia tewas dengan mata yang mengantuk... Ohhhh aman sekejap aku rasa. Aku pulak tak boleh tido. Abang zamani dah berdengkur baik after amani iman tido... Gasak la.

Ok goin to continue my project... Tunggu eh. HAHAH ada ke org nak tunggu pun????

Thursday, November 22, 2012

Full housewife

Minggu cuti deepavali dan awal muharam....


Omak dan bapak oden balik singapore sbb ada kenduri kawin. Jadi diorg bercuti selama seminggu kat sana. So its time tuk jaga amani iman. Aku sememangnya nak ambik cuti sepanjang minggu tu, tapi akukan org kuat kat opis. Kalau aku cuti lelama, bos aku akan merindui aku lebih dari abang zamani korang rindukan akak. So akak counter offer cik tipah to balik awal ari khamis. Jadi tak yah la aku or zamani cuti on fridaykan? Sbb perbelanjaan kat singapore adalah sangat mahal, maka dia pun agree nak balik ari khamis dari hari ahad. hahaha *hasutan menjadi*

Tetiba ari isnin, abang zamani cakap dia EL. Dia kesiankan aku kalau aku cuti dua hari. See dia pun mengalah dengan bos aku. Sbb dia cakap ari isnin kerja aku mesti melambak! Sementara dia pulak ari isnin kerja tak banyak. Relex2 jer... So atas persetujuan dan tanpa paksaan maka akak pun agree la... Mmg isnin bagi seorg penjaga buku kira2 mmg payah la ko nak cutikan. Lagi la cuti deepavali. Macam2 hAl kena settle. Org chase payment aku pun chase payment customer sebelum cuti panjang.

Tapi isnin tu aku masuk lambat. Dalam pukul 11 macam tu. Masak tuk lunch. Haaa yer... Baikkan saya? Risau pulak nak tinggalkan tanpa makanan. Leceh nak bawak anak gi kedai makan bagai. Tak la hebat sangat aku masak. Goreng sayur dan telur je. Wakakak... Janji adokan?

Pagi buat sarapan. Nasi goreng yang aku masak malam sebelum tu banyak. So panaskan maka abang zamani dan amani makan je nasi goreng untuk pagi tu... So tengahari makan sayur dan telur. Sebelum pergi kerja uruskan amani iman. Mandi semua. Oh aku lupa! sbb utama abang zamani ambik cuti sbb bila dengar aku nak bawak amani iman pergi opis abang zamani ambik EL tetiba. Eh tak percaya bini la tu. Dia cakap kang amani kacau aku kat opis. Alooo tak la kot... Pernah je bawak dia gi opis, tengok video ok jer. Anyway tak yah bantah la cakap dia. Dia pun dah ambik EL, kalau aku degil jugak, mau makan kasut dia. Glub!

So hari rabu turn aku pulak jaga amani iman. Oh baru teringat sepanjang bergelar ibu, this is the firsr time ok aku stay berdua dengan amani iman. Yer la kalau tak ada la mak ayah aku, tak pun zamani kan. Ni mmg kami berdua. Jeng jeng jeng. Ekceli bukan mudah la. Malam tu terpikir2. Bole ke berdua dengan dia ni? Rumah berselerak. Baju tak berbasuh, kenalah masak sbb tak ada kereta nak keluar pun nak cari makan. Satu malam duduk termenung. Hahaha jaga anak sendir je punkan? Abang zamani bole. Takkan ko tak bole? Eh jaga anak je ok la. Ni kalau ko nak buat kerja lain how? Lagilah mak aku cakap amani jenis tak nak duduk sorg. Dia nak org mengadap dia je. Very mengada. Tapi mmg betul pun. Minah ni tah ikut siapa. Tak bole kesunyian *renung en zamani tajam*

So bermula la kerja sebagai suri rumah sepenuh masa. Hahah poyokan?

Zamani request nak bawak bekal pagi tu. Nasib baik roti dengan pnut butter je.senang sikit. Pukul 7 bangun siapkan roti. Benda senang tak bole buat maka sila resign jadi isteri! Hahah. Since amani tak bangun lagi so aku siapkan susu dia. Than abang zamani pergi kerja, konon nak basuh baju semuakan? Harammmm! Join tido. Sudahnya terlajak kul 10 pagi.

Bangun pelan2 tapi amani iman sedar. Budak ni bukan main happy tengok aku tak kerja. Padan muke anak tido ko tak nak mandi. Sudahnya mandi berdua, sbb aku tak confident tinggalkan dia. Itu pun aku terkejut sbb dengar bunyi benda jatuh. Rupanya dia dah memanjat kepala katil nak capai barang.

Lepas mandi, sama2 tengok tv... Sementara dia layan kartun, aku buat susu dan roti bakar. Tapi amani tak makan, mak dia yang makan. Hahaha.

Around 12 bangun basuh baju. Dia pun sibuk. Aku masukkan dia dlm walker. Ha ikut la muntut mak hang. PAkaikan kasut, aku tak tahu macammana kasut asik terbukak. Dia syok pijak air. Bila aku sidai baju dia syok pulak tarik2 baju yang tergantung. Kira heaven la bagi dia main semua tu.

Than sambil basuh aku siang bahan2 tuk masak. Ari tu masak sup daging dan sambal ikan bilis je. Si amani iman punya la sibuk. Dia bukan nak main kat dapur tapi tak kasi aku buat kerja. Sibuk tarik baju aku nak gi hall. Aku bagi sudu ke, cawan ke, dia campak je. Meronta2 nak jugak duduk depan. Bosan la tu...

Sesekali aku terlari tengok mesin basuh. Tak tahan dengan tangisan dia, aku masuk dia dalam buai maka tido la dia kejap. Sementara dia tido, aku pun kemas la hall yang bersepah dengan mainan dia. Sakit kaki terpijak2 mainan dia. Time dia tido sempat la aku kemas dan sambung masak balik.

Dengar bunyi blander je melalak! Tergendala sekejap sesi masakan. Nasib baik masak sup je time tu... So campak2 je la... Layan dia tengok tv. Tapi ini budak, ada PHD tinggi. Tetiba barang mainan dia tak ada kat lantai. Macam clear. Terus sambung aktiviti memunggah.

Dah kemas dah...tak sampai satu saat dia datang keluarkan balik barang2... Dengki betul. Punya lama barang sepah kat lantai sentuh pun tak tau. Bila masuk bakul dia keluarkan balik. Hijau kakak time tu...





Tak cukup dalam bakul. Atas meja pun dia nak selerakkan. Lantak la ko di situ amani iman.













Abak dia pulak mcm tak percaya me jaga anak dara dia. Keep calling me dua jam sekali. Tanya buat apa... Amani buat apa... Yang best siap buat video call la! Hebat tak hebat tahap ketakpercayaan suami saya tu...

Kerja anak dara saya... Bagi main sepit baju sbb dia dok sibuk time aku tengah goreng ikan bilis. Pernhh tak berani aku.aku tolak walker dia, dia datang balik. Bagi sepit baju, nah! Campak terus.

Malas nak bising... Kang jiran cakap aku dera anak. Dah la nangis mcm kena belasah teruk. Last2 rasa melampau dah, bagi tengok vedio kat ipad...











Dah jadi tuan besar... Aku kalau bole tak nak biasakan dia dengan benda2 ni... Sbb obses yang melampau2. Tapi kadang2 terpaksa jugak sbb dengan benda ni dia diam. Kita nak buat kerja rumah. Dia nak kita temankan tengok tv, so macammana? Any good idea? Lagipun ipad ni pUn dia punya jugakkan? Hahah tetiba mak dia jadi tamak pulak nak bolot sengsorang. Nan adil!

Mmg penat la... Jadi suri rumah lagi susah dari ko kerja pejabat. I mean fizikallah... Kalau takat duduk umah jaga anak, and anak ko jenis sopan, aku rasa bahagia kot. Tapi anak yang lasak sila banyakkan istifar. Sampai amani iman kalau aku marah dia angkat tangan doa... Hahaha minta mak dia bersabar.

But everything semua ok... Lepas masak bagi dia makan dulu. Selera sungguh makan sup daging dengan nasi. Bangga betul bila anak makan bila mak masak. Terus ilang penat dan letih tu. Lepas makan, mandikan dia. Than tunggu abak balik kerja pukul 6 ptg.

Suami balik tersenyum lakan,

Anak dah mandi...

Dinner dah siap...

Rumah dah kemas...

Baju dah berbasuh...

Tapi lepas pukul 8 malam bini dah membongkang tido kat hall kepenatan... Hahaha... Seyes gue tabit spring to wanita yang urus rumah sepenuh masa... Penat wei... Or mungkin tak penat la sbb you have plenty time to do house work... I mean tak buat sekarang esok pun boleh buat, aku bole buat hari tu je la... Lepas tu kalau dah start kerja mmg tak ada la masa nak pegang penyapu.

New project

Hye... I did mentionkan nak buat side income? Heheh well aku menolong kawan aku dalam on line business ni. Baju2 dia mmg cantik dan terpanggil tuk buat business. So kalau korang berminat, korang boleh order dengan aku.

Buat masa ni, as permulaan aku hanya upload kat instagram, than facebook serta twitter. Bila ada twitter, so bole tengok kat page Singgah Sebentar... Hahah page tu page perasan sendiri je. Tapi lama2 rasa macam ada plak kegunaan. So korang bole tengok koleksi baju2 tu kat situ jugak... Since ini permulaankan, maka harge tu mmg harge tuan Kedai la yer. So nak discount ke apa kena tunggu jugak promosi tuan kedai. Kalau sambutan mengalakkan than In Sya Allah boleh la buat sendiri berhad.

Sokongan anda amat di hargai.... In Sya Allah esok akan ku upload koleksi baju2... Harga sekali ok... Heheh



Tungguh eh!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails